Ilmu

180 15 0
                                    


Butang 'press' pada mesin Cuckoo ditekan untuk mengeluarkan air panas.

Brubrubrubru......
*bunyi air memenuhi gelas*

Setelah separuh penuh, sudu kecil diambil untuk sebatikan campuran.

Kting. Kting. Kting.
*bunyi sudu berlaga dengan cawan*

Setelah itu, ditambah pula air sejuk agar air tersebut menjadi suam dan sesuai untuk diminum.

Slurp~~~
*bunyi hirup air*

Cawan berwarna putih yang berlabel 'DZ' diletakkan di atas meja selepas tiga kali hirupan.

Sunyi. Sepi. Kosong.

Keadaan yang sama sejak 6 tahun lepas dan mungkin tidak akan pernah berubah sampai bila-bila.

Tiba-tiba telefon pintar miliknya bergetar.

Abah

Tertera 'abah' pada perut skrin telefon. Dia membiarkan beberapa saat sebelum mengangkatnya. Sengaja mahu mengumpul kekuatan sebelum sesuatu berlaku.

"Assalamualaikum.", sapa Encik Fakhirudin yang berada jauh dari Malaysia. Dalam setahun, paling minima Encik Fakhirudin dapat berjumpa anaknya ialah 2 kali manakala paling maksima hanya 4 kali. Namun, acap kali berlaku hanya tempoh minima.

"Waalaikumsalam, abah sihat?", soal Daiyan.

"Alhamdulillah sihat. Dheos dah solat Isyak?", soal Encik Fakhirudin.

"I always pray on time, abah.", jawab Daiyan. Walaupun jauh namun, Encik Fakhirudin tidak pernah melupakan tanggungjawabnya yang berada di Malaysia.

"Bravo ragazzo. Ustaz Ilham datang ajar Dheos tak harini?" , lanjut lagi Encik Fakhirudin bertanya.

"Alhamdulillah macam selalu. Abah, Dheos nak tanya boleh?"

"Tafaddhol. Apa dia?" Encik Fakhirudin meletak telefon tersebut dan membuka pembesar suara. Dia membuka kod putih yang dipakai lalu digantung pada rak penyangkut pakaian.

"Abah, erm... ", Daiyan cuba untuk menyusun ayat yang sesuai. Bukan dia tidak mahu bertanya kepada ustaz tetapi agak malu baginya.

"Apa dia Dheos? Cuba ulang, abah tak dengar sangat.", pinta Encik Fakhirudin. Dia sangka bahawa capaiannya kurang bagus.

"Okok. Like this. Erm... What are the... signs of semen?", soal Daiyan dengan muka yang mula memerah. Walaupun abah tiada di hadapannya, namun dia masih terasa malu.

Encik Fakhirudin tersenyum apabila mendengar soalan daripada anak terunanya.

'Dheos dah besar', monolog  seorang abah.

"Toyyib. Tanda-tanda Air Mani ada 3.", kata Encik Fakhirudin sambil membetulkan duduknya di kerusi rehat. Angin Subuh menambahkan rasa sejuk tetapi masih tenang.

Daiyan yang berada di dapur segera membilas cawan dan menuju ke tingkat atas iaitu biliknya. Dia mahu membuat nota agar dapat menjadi rujukan kelak.

Pak Cik Google boleh sahaja membantu tetapi Daiyan lebih suka jika ilmu itu diambil secara bertalaqqi.

"Tanda yang pertama ialah keluar secara memancut-mancut. Haa.... Bukan macam air kencing yang keluar terus sahaja. Ianya memancut? Mancut....", terang abah supaya anak terunanya faham.

Daiyan mengangguk faham meskipun abah tiada dihadapannya.

"Second is, berasa lazat apabila ia keluar. Haa... Pada masa ini, nafsu syahwat seseorang akan hilang iaitu selepas air Mani keluar. Dheos faham kan?", tanya abah.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now