iclumzie

takut.

iclumzie

i thought i'm prepared enough to love you with all my heart. i thought i'm prepared enough to bear the weight of my love for you. i actually am not, mentally, emotionally, physically, prepared for any of those. i finally get to feel the fear of losing the person i love. i finally acknowledge how love can hurt us both. i want 'us' to keep existing and come true. i don't want me and you. i want us. but if us is too much, i guess love isn't something i deserve.

iclumzie

frankly, i dont know where exactly we are heading. the end line for us both is still vague. of course, i want to believe and hold onto it. i'm staying, fighting. but if fate decides that 'we' will be no longer exist, i hope we get our good ending and decent separation. just know that, i really love you with all my heart.

iclumzie

nota rahsia untuk kamu.
          
          akhirnya kau hambur amarah. ekspresi jelas tanpa tapis. tingkahku yang tak masuk akal, lisanku yang maha mencabar, dan ego yang seteguh tembok — pasti kau muak dengan semuanya. kalaulah kau tahu sesunyi apa siang aku dan sesepi apa malam aku, bila kau tak ada. tamaklah jika aku mengekang. jadi aku kias dengan perangai. melampau, bukan? tapi setidaknya lompong perhatian terisi walau hanya dengan marah dan sebal kau. aku cuma berimpi, ingin realisasi semua momen kali-pertama bersama. tapi sayang, kali-pertama yang aku angan, kau laksana tidak dengan aku. rasa terkhianati oleh ketidakadilan yang kau takkan pernah faham. maaf, aku salah lagi. maaf, kau sakit lagi. tapi kau tahu? aku juga sama?

iclumzie

nota rahsia untuk kamu.
          
          aku tahu kau bungkam. aku nampak riak geram. kalau kau tergamam, aku sendiri juga tercengang. maaf, sebab aku sendiri macam hilang jiwa. tapi tak terungkap dengan kata. aku cuma mahu lari dari buruan itu, yang wajar dinamakan entah sebagai apa. tapi masih juga terperangkap dalam sangkar yang sama. metafora yang kau tak akan faham. sebab aku juga runsing mengolah jawapan. teka teki bodoh yang cuma tunggang terbalikkan jalan hidup. kalau referensi yang cuba kau cari. gila. mungkin ini kata yang tepat. maaf, garis takdir kau terpaksa bersilang dengan aku, yang mungkin selayaknya direferensikan sebagai kata itu.

iclumzie

nota rahsia untuk kamu.
          
          kau tak letih? di sisi aku? sebab aku sendiri telah habis daya. lumpuh kudrat dan putus asa. terkapai kapai mencari jiwa yang hilang. termengah mengah berlari dari bayang-bayang. tercungap cungap mencuri nafas yang tenggelam. tapi aku masih bingung dalam tanda tanya. alasan kau setia sedang aku semakin hilang nyawa.
          
          aku letih.
          
          kau? tak letih?

iclumzie

nota rahsia untuk kamu.
          
          rasa bagai atap dunia meruntuh. mendatangkan keluh yang akhirnya turut sama tarik kau jatuh. tapi bila kau hulur tangan, aku cuma pandai bengang. semakin kau mendekat untuk tarik, semakin jauh pula aku menolak tak serik. jika kau hilang upaya untuk mengerti, apatah lagi aku yang saban hari kian mati hati. maaf, aku hanya parasit yang menumpang kasih. sedang balasannya kau cuma dapat sakit dan perih.

iclumzie

nota rahsia untuk kamu.
          
          kau tak faham, tak mungkin akan faham. dalam setiap usaha yang kau cuba, hanya luka yang kau terima. aku gadis yang jauh dari normal apatah lagi sempurna. mendampingiku cuma bawa derita. kau takkan faham aku, sebab itu tugas aku, yang aku sendiri tak mampu galas. dengarlah bisik hati yang sunyi ini. jiwa berteriak rayu jangan pergi sedang bibir meratib usir tak henti. maaf, aku juga tak mengerti. jadi kau masih mahu cuba memahami?