athyeleanor

Bila mau describe mata orang tu bersinar kan, aku mesti cuma terfikir 'seakan ibu bapanya telah mencuri bintang dari langit' HAHAHA 
          	
          	It could be a good way to compliment someone actually. 
          	
          	"Did your parents steal a couple of stars on the sky to put it in your eyes?" 

athyeleanor

"Rather than saying she's comforting, I'd much prefer describing her like the sound of the sea. Same meaning, which is comforting. But it is more specific. Hearing the sound of the sea won't give you the same feeling as when you are sitting alone in your room while it is raining, no?" 

athyeleanor

"Kau orang tahu tak masa sekolah menengah dulu ada tiga orang lelaki gaduh sebab berebut aku?"
          
          "Oh yeah? And the world keeps spinning, everyone is still living their lives. You are really not that special."
          
          Aku menampar lengan kawan aku. Dia hanya buat muka bengang. Rakan sekelas kami yang memang terkenal dengan perangai suka mereka cerita itu pula sudah terdiam, tidak jadi hendak berbual. 
          
          
          

athyeleanor

"Can't you take care of your appearance a little? You selalu mengeluh I tak expose you dekat mana-mana. Macam mana nak expose kalau you tak jaga penampilan? Asyik-asyik pakaian yang sama. Muka pun, you pakai lipbalm aje ke? Pucat semacam." Dia menggeleng, seolah jijik.
          
          Aku pandang lelaki itu, bosan. Takut kalau buka mulut nanti, segala jenis perkataan keluar sampai bertukar bahasa sekali. 
          
          Dulu, dia okay saja dengan penampilan aku yang ala kadar dan cukup menutup aurat ini. Aku siap tanya dia banyak kali, boleh ke dia terima aku yang biasa-biasa. Sebab aku sedar, aku banyak kekurangan. 
          
          Dan ya, aku memang pakai lipbalm saja. Itupun, yang berwarna. Tak adalah pucat tak berdarah. Dia ini yang melebih-lebih, sengaja nak burukkan aku. 
          
          Entah apa yang dia dapat daripada perbuatan itu. Mungkin dia rasa dirinya terlalu sempurna berbanding aku. Walhal muka dia ini setakat laku kalau dilelong. Kalau tahu perangai, kasi percuma pun orang tak mahu. 
          
          Barangkali aku terima dia sebab ini pertama kali aku rasa ada orang cintakan aku. Jadi aku rasa aku perlu simpan dia elok-elok. Hasilnya, inilah. Mental aku rosak kerana keputusan sendiri. 
          
          Dia pula, suka bila aku jadi bodoh sebab cinta. Dia suka dapat kawal aku. 
          
          Hampir setahun, aku baru terjaga dari mimpi yang kononnya indah. Realitinya, lelaki ini memang tak guna. 
          
          "Kau ingat aku ajak keluar ini sebab nak dengar kau merungut pasal penampilan orang ke?" Aku bersuara. 
          
          Keningnya berkerut. Terkedu mungkin. Aku mana pernah cakap kasar dengan dia. 

athyeleanor

"Do you think I'm an avatar you can customize the way you like? Nak macam itulah, inilah. Kalau dah kahwin tak apa juga. Ini diri pun sendiri pun macam hmm entah! Sibuk nak mengata pasal orang."
            
            "I take care of myself better than you, okay?"
            
            "Jadi? Kau nak aku suruh satu dunia berdiri dan tepuk tangan?" Air mata ditahan sedaya upaya. Tak boleh tipu, hati aku tetap sakit. "Lelaki macam apa kau ini? Kalau betul sayang orang, kau tak akan guna perkataan yang menyakitkanlah untuk tegur. Kau ada fikir ke pasal perasaan aku?"
            
            Dia terdiam. 
            
            "Tak ada! You were talking like I'm the worst person alive." Tangan yang menggigil aku genggam kuat. "Lepas itu, kau expect aku untuk bertahan dengan kau?" 
            
            "What? I yang try untuk bertahan dalam hubungan ini. I tak dapat apa-apa benefit pun jadi boyfriend you."
            
            Tergamam. Bahu aku seakan jatuh dihentak langit. Sakit. Tapi terlalu banyak perkara mahu aku katakan.
            
            "Well, memandangkan kau dah cakap macam itu. I'm gonna say what I've been keeping in. Kau pendek. Your perfume smells bad! Kau selalu minta split bills lepastu still bercakap macam anak CEO terpaling kaya! Tak malu ke? Muka pun, tak adalah hensem mana! Nak cakap pasal muka penampilan orang biar muka itu boleh buat duitlah!"
            
            Rahangnya jatuh. Mata terkebil-kebil dan wajahnya mula berona merah. 
            
            Aku pula tersenyum puas. Puas hati dapat keluarkan semuanya. Walaupun sebenarnya ada lagi. Tapi aku dah malas tengok muka dia. 
            
            "Let's end it here. Assalamualaikum!" 
Reply

athyeleanor

Ya Allah, semoga roomate ku mampu menerima aku apa adanya kerana aku ialah seorang yang dramatik dan clingy ketika bersama dengan orang yang aku rapat. Semoga juga aku dapat menerima dia dengan baik agar suasana di dalam bilik kekal harmoni. Aamiin.

athyeleanor

"You're so smart, Aweena."
          
          Aku tidak melayan. Tapi itu tidak bermaksud tiada tindak balas yang berlaku disebabkan oleh pujiannya. Sungguh, aku kini sedang melayan debaran di dada yang buatkan aku ingin menampar mukanya. 
          
          "You're so cold, Aweena."
          
          Bukan pujian, tapi jantung masih berdetak laju. 
          
          "Eh diamlah! Orang nak buat kerja ini!"
          
          Dia tertawa sebelum kembali hadap buku. 
          
          Oh aku sangat yakin. Jantung aku jadi begini kerana nama aku yang disebut di setiap hujung ayatnya.