anrazlan

Mengalah. Aku mengalah. Obor api yang aku jaga selama ini terpadam angkara hembusan nafas ku sendiri. Aku letak jawatan ku sebagai penulis ataupun lebih layak lagi sebagai manusia dan imaginasi.
          	
          	Terima kasih kepada yang menyokong. Aku akan tetap mengingati jasa mereka. 
          	
          	(Aku hanyalah penulis muda yang layak menulis cerita pendek "cerpen"... Tahun ini aku baru menginjak 15 tahun...Doakan aku berjaya mencari hala tuju kehidupan. Kerana, tiupan angin tak lagi sanggup ku redahi. )
          	
          	Benar kata Lily Haslina Nasir, "Penulis juga perlu tahu batas daya fikir mereka" 
          	
          	Aunty Lily menyedarkan aku bahawa aku tak layak menulis cerita panjang berjela. Jasa aunty Lily sangat besar dalam membantu aku terus semangat untuk menjadi pengkarya. Buktinya, tahun lalu ketika aku ingin berehat dari bidang menulis aku dipertemukan dengan aunty Lily di dalam sebuah kursus menulis. Beliau sangat baik dan arif, segala perkara yang disampaikan olehnya sangat jelas dan membantu.
          	 
          	Buktinya, tahun lalu aku berjaya mencipta 2 buah cerpen yang bertajuk "Keluarga ku Yang Retak" dan "Sesalan Ayah" . 
          	
          	Sebagai penutup kata...aku berterima kasih kepada semua yang sudi membaca dan menyokong cerita ku.. meskipun tidak ramai mengenali ku namun aku amat menghargai dunia penulisan ini.
          	
          	"SEKIAN, AKU MENCINTAI DUNIA PENULISAN INI NAMUN AKU MASIH MEMERLUKAN SEDIKIT MASA."
          	
          	-anrazlan-
          	15/2/2024

Pada tanggal 13 october 2023, 
          
          aku bagai baru terjaga dari lena yang panjang,
          
          badanku basah akibat keringat yang keluar. 
          
          Air mataku tumpah kerana sakit yang menghunus jiwa. 
          
          Ya Allah, aku berdosa. 
          
          Aku lalai dibuai lena yang panjang sehingga aku tidak sedar aku telah membuang masa. 
          
          Terimalah aku ketika aku bersujud. Terimalah aku, ya Allah. 
          
          Aku ingin bertaubat ke jalan mu. Aku ingin diampuni mu, ya Allah. 
          
          Aku seorang hamba yang lalai dengan dunia. Sedarkanlah aku, ya Allah. Jentiklah sekuat mana jiwaku. Aku sanggup, ya Allah.
          
          -ainurazlan-

anrazlan

Aku lelah.
          
          Seketika dunia yang luas kini terasa sempit,
          
          Aku menapak dan terus menapak ke hadapan, 
          
          Ketakutan ku semakin membara apabila aku tidak jumpa penghujungnya. 
          
          Di manakah aku berada? 
          
          Aku mempercepatkan lagi langkahku sehingga aku tiba di suatu tempat. 
          
          Aku melihat ke bawah, alangkah terkejutnya apabila aku melihat curam hitam yang dalam. 
          
          Aku ke belakang namun dunia makin menyempit. 
          
          Semakin lama semakin aku ditolak merapati curam tersebut. 
          
          Dekat. 
          
          Dekat. 
          
          Terus mendekat...
          
          Dan...
          
          "Argh!" 
          
          Aku tersedar dari lena. 
          
          Aku menghela nafas panjang. Apa semua ni?

anrazlan

Setitis demi setitis air mataku mengalir. Hampir semuanya jatuh membasahi bumi. 
          
          Aku kekal berdiam diri tanpa ada suara esakan. Air mata semakin deras mengalir. Aku mencampak pandangan ku ke muka pintu. Berharap yang si dia akan hadir. 
          
          Lama aku pandang sebelum aku mengeluh sendiri. 
          
          Kenapa aku masih berharap yang dia akan hadir?
          
          Aku tersenyum hambar seperti orang bodoh. Aku lupa kehadiran dia di dalam hidupku hanyalah sebuah harapan!
          
          -anrazlan- 
          
          11/8/2023