Sebuah organisasi yang dianggotai oleh para pengkarya muda yang mempunyai pelbagai bakat merangkumi bakat penulisan cerpen, novel, puisi dan lagu, serta bakat seni lukis. 

Ditubuhkan pada sekitar akhir tahun 2013 oleh Zelkahf yang pada ketika itu masih lagi di dalam pengajiannya di sebuah kolej Islam di Pahang dalam jurusan Pengajian Media Islam.

Tujuan organisasi ini ditubuhkan adalah untuk mencari bakat-bakat muda yang baru untuk digilap dan diasah demi menghasilkan produk-produk karya yang berkualiti serta menyumbangkan sesuatu manfaat dan kesan baik terhadap masyarakat, khususnya umat Islam di Malaysia.

Organisasi ini dianggotai oleh kira-kira 30 orang ahli yang mempunyai pelbagai latar belakang dan bakat-bakat untuk dikembangkan dan diterbitkan karya-karya mereka.

Semoga organisasi ini dapat memberi manfaat kepada ahli-ahlinya dan para peminat setianya (masyarakat).

In shaa Allah.
  • Kuala Lumpur
  • JoinedOctober 19, 2015