![](https://img.wattpad.com/useravatar/Niemza.84.790803.jpg)
Niemza
KRONIKA INDERAGANA Genre: Fiksyen sejarah, fantasi & aksi Status: On Going (26 bab) •❅───✧❅✦❅✧───❅• Ketika matahari pagi sudah semakin menerangi langit, mereka sudah jauh dari tembok batu yang mengelilingi kota. Puncak tertinggi Istana Purnama Windu kelihatan sayup-sayup antara rimbunan daun. “Kalau patik boleh bertanya, kenapa tengku tiba-tiba mahu keluar dari istana?” Athari akhirnya bertanya. Dia sebenarnya mewakili musykil rakan-rakannya yang lain. Putera Zulkarnain hanya menoleh seketika pada Athari sebelum menjawab, “Beta tidak akan mendapat rehat yang sebenar-benar rehat jika beta kekal di istana. Terlalu ramai yang akan mencari beta. Sesak.” “Tapi… bukankah hari ini kerabat sebelah gemulah bonda Tengku ingin datang berkunjung?” “Tepat sekali.” Putera Zulkarnain mendesah, lelah. “Beta tidak ingin menemui sesiapa. Noktah.” Ada lagi yang ingin Athari pertanyakan, dia pilih untuk membungkam. Rombongan itu diselubungi khali. Hanya diisi oleh bayu yang berdesir dan redup rimbunan dedaunan pokok membawa tenang ke dalam diri. “Beta akan kerap lakukan ini lagi di masa hadapan. Jadi, jangan pernah lupa bawa senjata dan perisai ringan kalian.” Putera Zulkarnain menyambung. Dia menoleh lalu melemparkan senyum segaris. “Ramai yang mengincar nyawa beta.” Para Satria serentak menggenggam erat senjata masing-masing. •❅───✧❅✦❅✧───❅• Baru jumpa? Mulakan pembacaan di sini! https://www.wattpad.com/story/307221667 Sambung baca Bab 26 di sini: https://www.wattpad.com/1452029684?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=Niemza
![](https://img.wattpad.com/useravatar/Niemza.64.790803.jpg)
Niemza
@Alif_Firdaus_Azis Alhamdulillah, terima kasih! Jangan segan tinggalkan komen kalau ada apa-apa kesilapan. (◕ᴗ◕✿)
•
Reply