ItzBABYCrystal

KERANA DIA BUKAN BIDADARI SEMPURNA
          	
          	Taeser :
          	
          	"Tu! Kau tengok sunset tu!" Teruja Elmeeyara menundingkan ke arah matahari terbenam.
          	
          	Hazeeq menghalakan pandangan ke arah yang ditunjuk oleh Elmeeyara. Bibirnya mengukir senyum tipis.
          	
          	"Cantik kan?" Soal Elmeeyara seraya matanya melekat pada matahari terbenam.
          	
          	"Terlalu cantik." Hazeeq turut merenung ke arah matahari terbenam di langit yang kini berubah menjadi warna jingga yang indah.
          	
          	"Aku nak jadi macam sunset." Beritahu Elmeeyara bersama senyuman lebar.
          	
          	Hazeeq mengalihkan pandangan dan merenung wajah sisi Elmeeyara. Dia menjungkit sebelah kening.
          	
          	"Kenapa?"
          	
          	Elmeeyara kekal tersenyum. "Aku harap pemergian aku akan dirindui. Setidak-tidaknya walau seorang pun sudah mencukupi. Macam sunset, pemergiannya selalu buat orang merinduinya dan menantinya untuk muncul semula."
          	
          	Elmeeyara menatap anak mata Hazeeq seraya tersenyum kecil. "Dan aku harap aku mampu menjadi sunset yang akan dirindui oleh insan di muka bumi ini pada saat pemergian aku nanti."
          	
          	Hazeeq terdiam lama. Dia tergamam merenung ke dalam anak mata hitam Elmeeyara.

ItzBABYCrystal

KERANA DIA BUKAN BIDADARI SEMPURNA
          
          Taeser :
          
          "Tu! Kau tengok sunset tu!" Teruja Elmeeyara menundingkan ke arah matahari terbenam.
          
          Hazeeq menghalakan pandangan ke arah yang ditunjuk oleh Elmeeyara. Bibirnya mengukir senyum tipis.
          
          "Cantik kan?" Soal Elmeeyara seraya matanya melekat pada matahari terbenam.
          
          "Terlalu cantik." Hazeeq turut merenung ke arah matahari terbenam di langit yang kini berubah menjadi warna jingga yang indah.
          
          "Aku nak jadi macam sunset." Beritahu Elmeeyara bersama senyuman lebar.
          
          Hazeeq mengalihkan pandangan dan merenung wajah sisi Elmeeyara. Dia menjungkit sebelah kening.
          
          "Kenapa?"
          
          Elmeeyara kekal tersenyum. "Aku harap pemergian aku akan dirindui. Setidak-tidaknya walau seorang pun sudah mencukupi. Macam sunset, pemergiannya selalu buat orang merinduinya dan menantinya untuk muncul semula."
          
          Elmeeyara menatap anak mata Hazeeq seraya tersenyum kecil. "Dan aku harap aku mampu menjadi sunset yang akan dirindui oleh insan di muka bumi ini pada saat pemergian aku nanti."
          
          Hazeeq terdiam lama. Dia tergamam merenung ke dalam anak mata hitam Elmeeyara.

ItzBABYCrystal

Takdir Aku dan Dia ( New Version )
          
          
          Jatuh cinta dalam diam itu memang indah. Namun dalam masa yang sama amat menyakitkan. Apatah lagi, hanya kita sahaja yang mengenalinya. Tetapi tidak dia. Paling sakit, bila mengetahui dia juga menyimpan perasaan terhadap orang lain. Dan kita hanya mampu merasakan sakit dan cemburu sendirian tanpa berhak melakukan apa-apa. Dia, tidak ubah seperti bulan. Yang hanya mampu diperhati daripada jauh namun terlalu sukar untuk didekati.
          
          
          Istimewa,
          
          ItzBABYCrystal / Nrmairahh

ItzBABYCrystal

Takdir Aku Dan Dia ( New Version )
          
          Taeser :
          
          "Kau masih sukakan aku?" Aisy menyoal seraya merenung tajam ke dalam anak mata Imani.
          
          "Kenapa kau tanya?" Imani tayang muka acuh tak acuh. Walhal dalam hati hanya Tuhan yang betapa lajunya degupan jantungnya saat ini.
          
          "Just answer me." Nada Aisy semakin keras.
          
          Imani menghela nafas. "Ya, aku masih sukakan kau. Jadi kenapa?"
          
          Aisy diam seketika. Matanya masih tajam memaku wajah selamba Imani.
          
          "Aku just nak pesan awal-awal... jangan pernah berharap pada aku."
          
          Imani menjungkit sebelah kening. Dia berusaha menayang wajah tenang walaupun dalam hati terasa ditikam. 
          
          "Aku tak pernah berharap pada kau." Imani memberi jawapan jujur. Dia memang tidak pernah berharap pada Aisy walaupun dia amat menyukai jejaka itu. Mungkin... kerana dia tahu, dia tidak akan pernah menjadi sebahagian hidup Aisy.
          
          Aisy senyum tipis. "Aku tahu. Aku cuma pesan awal-awal. Aku tak nak kau sakit semata-mata tunggu aku."
          
          Imani hanya diam tanpa membalas. Pandangannya dibuang ke arah langit yang cerah membiru. Aku memang dah sakit, Aisy. Hatinya menggetus perit.
          
          "Aku minta maaf sebab aku tak boleh balas perasaan kau. Hati aku dah ada orang lain."
          
          Aisy membalik badan untuk berlalu. Namun sempat dia menoleh seketika memandang sisi wajah Imani.
          
          "Dan yang paling penting... kau bukan gadis langit yang aku tunggu."

ItzBABYCrystal

KERANA DIA BUKAN  BIDADARI SEMPURNA
          
          "Kau dah kenapa?"
          
          Tampang garang gadis yang berdiri di hadapannya itu dipandang dengan rasa tak puas hati.
          
          "Kau tu yang dah kenapa tiba-tiba berhenti kat tengah jalan? Nak mampus awal?" Kasar Elmeeyara menyoal. Tajam sahaja dia mencerun ke arah lelaki yang berada di atas katil pesakit itu.
          
          "Kalau aku nak mampus awal pun apa masalah kau?" Bidasnya jengkel.
          
          Bibir Elmeeyara terjungkit sinis.
          
          "Kau boleh tanya apa masalah aku? Ehh kau tahu tak, tindakan kau tu boleh memudaratkan orang lain? Aku tak kisah kalau kau nak mati sekali pun. Tapi jangan ajak orang lain mati sekali dengan kau!" Bergema bilik wad persendirian itu dek bentakan Elmeeyara.
          
          Lelaki itu berdecit sebelum membuang pandang ke arah lain.
          
          "Kau tak faham."
          
          "Dah tu? Masalah aku ke kalau tak faham?" Elmeeyara memutar bola mata.
          
          "Kau tak faham..." Dia kembali menoleh menatap anak mata hitam itu.
          
          "Kau tak faham... benda tu terjadi secara spontan. Fikiran aku kosong dan aku tak sedar apa yang aku buat. Yang ada dalam otak aku waktu tu, aku cuma nak tamatkan semuanya. Aku cuma... aku cuma nak hapuskan rasa sakit ni selamanya."
          
          Terdiam. Elmeeyara membisu merenung air mata yang mengalir pada pipi lelaki itu.
          
          Helaan nafas berat dilepaskan.
          
          "Tak semua masalah boleh diselesaikan dengan mati. Mati bukan penyelesaiannya. Kau ingat kalau kau mati dengan cara macam tu, derita kau akan habis?"
          
          Elmeeyara senyum sinis seraya menggeleng kepala. 
          
          "Tidak, Hazeeq... tidak. Cakaplah berapa banyak amalan baik kau dah buat kat dunia ni... tapi bila kau berani mati dengan cara macam tu, semuanya sia-sia. Derita yang kau hadap selepas kematian boleh jadi lebih teruk daripada apa yang kau hadap dekat dunia ni."
          
          Dingin di setiap pertuturan dan nada gadis itu. Elmeeyara sempat menjeling tajam ke arah Hazeeq sebelum memusing badan untuk berlalu keluar daripada wad tersebut.
          
          "Live, Hazeeq. Itu je yang aku nak cakap."

ItzBABYCrystal

 1 :
          
          Aisy bersandar pada batang pokok. Dia mendongak ke arah langit malam. Kilauan-kilauan bintang bertebaran di dada langit. Tangan kanannya diangkat ke arah langit. Jari telunjuk perlahan-lahan bergerak mengukir sesuatu pada langit mengikut bintang-bintang yang bertaburan di situ.
          
          "Kau buat apa?" Teguran seseorang buat Aisy pantas menoleh.
          
          Terlihat seorang gadis manis bertudung bawal dan hanya berpakaian t-shirt biasa berlengan panjang sedang elok berdiri tegak di sebelahnya. Tangan kiri gadis itu pula erat memegang sebuah novel.
          
          Aisy senyum simpul.
          
          "Aku dah agak."
          
          Gadis itu berkerut memandang Aisy. "Apa yang kau dah agak?"
          
          "Setiap kali bintang muncul dekat langit, kau pun mesti muncul sekali." Tenang Aisy memberikan jawapan.
          
          "Aku tak faham." Beku tatapan diberikan kepada jejaka yang tenang duduk di atas rumput dan bersandar pada batang pokok itu.
          
          "Aku rasa kau lebih faham apa yang aku cakap. Sebab kau tu... pembaca novel." Aisy tersenyum kecil kepada gadis itu.
          
          Gadis itu hanya diam tanpa mempamerkan sebarang reaksi.
          
          "Bintang tak selalu muncul. Tapi dia selalu muncul setiap kali aku bersama dengan kau." Aisy kembali mendongak pada langit dan mata bundarnya kelihatan berkilau indah merenung pada setiap bintang yang bertaburan di dada langit yang menghitam.
          
          "Aisy, apa yang kau cuba nak sampaikan ni?" Dahi gadis itu mula berkerut kecil. Sudahlah tempat dia selalu beristirehat itu telah diambil oleh lelaki di hadapannya ini. Geram saje rasa.
          
          Senyuman Aisy memudar perlahan. Dia berpaling ke sisi dan anak mata coklat cairnya bertaut dengan anak mata hitam itu. Pandangan yang berikan oleh lelaki itu terlalu dalam sehingga membuatkan mulutnya bagaikan terkunci daripada bicara.
          
          "Imani, aku rasa... aku dah jatuh cinta pada bintang."
          
          Imani kekal membisu. Namun detak jantungnya mula berdegup pada tahap kelajuan maksima. Novel yang berada di dalam pegangannya semakin erat digenggam.
          
          Aisy senyum tipis.
          
          "Dan bintang itu... adalah kau."

ItzBABYCrystal

Taeser :
          
          Takdir Aku dan Dia ( New Version )
          
          Imani mengukir senyum tipis buat si sahabat. "Aku bodoh. Aku mencintainya dalam diam sehingga aku lupa dia juga seperti bulan yang hanya mampu diperhati dari jauh tetapi terlalu sukar untuk aku gapai."
          
          Airis tergamam. Dia kemudiannya menunduk seraya menguis jari-jemarinya sendiri.
          
          "Kenapa... kau tak pernah confess dekat dia? Kau dah crush.. tak. Kau dah suka dekat dia daripada darjah lima sampai sekarang. Sampai kita dah Tingkatan 4. Tapi kenapa kau tak pernah sekali pun berdepan dengan dia dan luahkan apa yang kau rasa?" Soalnya tanpa memandang ke arah si sahabat.
          
          Imani menghela nafas. "Kau lupa ke? Mustahil orang pemalu macam aku ni nak confess kat dia. Aku ni..."
          
          Imani mengalihkan pandangan ke arah sang jejaka yang sudah sekian lama mendiami hati remajanya.
          
          "Aku ni... pengecut. Tak punya keyakinan diri yang tinggi untuk bercakap dengan orang yang tak rapat dengan aku. Aku takut... aku takut apa yang orang fikirkan pasal aku. Aku takut diabaikan. Aku takut apa pandangan diaorang dekat aku. Aku... aku takut dibenci."
          
          "Imani..." Mata Airis berkaca-kaca. Imani jarang sekali bercerita mengenai kekurangan dirinya. Tetapi sekali dia bercerita, itu tandanya Imani memang benar-benar sudah selesa dengan insan yang menjadi teman perbualannya.

ItzBABYCrystal

"Pertemuan kita ini... adalah suatu takdir, bukan?"
          - ELMEEYARA HANIESHA
          
          "Kau hadir menjadi penyembuh dalam hidup aku... itu juga adalah sebuah takdir, Meeya."
          - HAZEEQ MUIZ AL-QAYYIM
          
          Kisah pertemuan dua jiwa yang kosong.
          
          Bermula kerana satu kemalangan, kini mereka berdua menjalin persahabatan akrab yang saling berkongsi rasa dan cerita.
          
          Ayat cliche, "Lelaki dan perempuan mana boleh berkawan. Salah seorang pasti akan menyimpan rasa juga."
          
          Dan ya, betul. Tetapi bukan salah seorang. Namun kedua-duanya saling menyimpan rasa. Saling menyukai, saling mencintai. Namun mereka lebih selesa mengekalkan hubungan sebagai sahabat tanpa perlu mengikat diri mereka berdua sebagai kekasih.
          
          Bagi mereka, cukup sebagai sahabat sahaja. Asalkan mereka sentiasa ada untuk satu sama lain. Itu sudah memandai.
          
          Namun...
          
          "Kenapa kau buat aku macam ni?! Apa dosa aku pada kau, Meeya?!!"
          
          "I'm... I'm sorry, Hazeeq..."
          
          "Maaf kau takkan mampu kembalikan orang-orang yang aku sayang! Kau dah hancurkan hidup aku! Aku menyesal sebab pernah cintakan perempuan macam kau!"
          
          Dan di saat itu baru Elmeeyara sedar... ini merupakan karma atas dosa-dosa di masa lalunya yang harus dia terima. Menghancurkan hidup satu keluarga yang bahagia... memang tidak mungkin dimaafkan dengan mudah.
          
          Dia lupa, dia adalah villain di dalam hidup lelaki itu.
          
          "Aku merayu, Hazeeq... tolong bagi aku peluang kedua untuk tebus segala dosa aku pada kau. Aku mohon..."
          
          "Aku bodoh. Aku bodoh kerana masih mencintai orang yang patut aku benci sehingga mati."
          
          Bertahun-tahun terpisah, takdir menemukan mereka berdua kembali. Namun di saat itu, Elmeeyara bukan lagi gadis yang sama Hazeeq pernah kenali.
          
          Perasaan yang sudah lama terbenam ke dalam jiwanya yang kelam kembali tercetus dan mengetuk pintu hati.
          
          Janjinya, Elmeeeyara akan dijaga dengan sepenuh hati.
          
          "Dengan nama Allah, aku cintakan kau, Elmeeyara Haniesha. Aku cintakan kau kerana-Nya."
          
          Lalu apakah pengakhiran buat kedua-dua jiwa ini? Bahagia atau derita?

ItzBABYCrystal

New Story,
          
          KERANA DIA BUKAN BIDADARI SEMPURNA
          
          
          Kita boleh benci dosanya, tetapi kita tidak boleh membenci pendosanya. Kerana syurga adalah tempat yang dipenuhi dengan para pendosa yang berusaha bertaubat demi menuju ke jalan yang diredhai Allah.
          
          Kita ini manusia dan manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Tidak kiralah walau seburuk mana pun dia di masa lalunya, kita tidak berhak untuk menghukum dia kerana kita tidak tahu bagaimana dia cuba untuk bangkit dan berlari keluar daripada kegelapan masa lalunya.
          
          Istimewa daripada,
          Nrmairahh / ItzBABYCrystal
          
          
          "Aku menyesal. Aku telah terlanjur mencintainya terlalu dalam sehingga aku lupa yang aku pernah menyakitinya separuh mati."
          - ELMEEYARA HANIESHA
          
          "Aku bodoh. Walaupun aku tahu dia telah menyakiti aku sedalam ini, aku tetap mencintainya sehingga aku lupa dia adalah insan yang patut aku benci."
          - HAZEEQ MUIZ AL-QAYYIM

ItzBABYCrystal

Assalamualaikum readers...
          
          Apa khabar? Sudah agak lama gue menyepi ye hahaha. Al-maklumlah, sejak masuk asrama balik ni memang takde langsung masa nak bukak wattpad balik. Stres dengan assigment berlambak. Lagipun bulan lima saya nak exam. Jadi ade banyak bende saya perlu perbaiki.
          
          Readers...
          
          Setelah agak lama saya berfikir, saya rasa saya nak unpublish semula story Takdir Aku dan Dia untuk menggantikan ke new version yang lebih baru. Saya bukan dah tak ade idea. Tapi sebab saya sedar... jalan cerita yang saya buat agak rumit, slow dan berterabur untuk bagi readers faham.
          
          Jadi untuk mengelakkan apa-apa masalah, saya terpaksa unpublish semula TADD. Maaf kepada readers yang setia menanti saya untuk update story TADD. Story Takdir Aku dan Dia ade banyak yang perlu saya perbaiki lagi. Jadi saya minta maaf jika ade readers yang terasa hati dengan saya.
          
          Saya minta maaf sangat-sangat...
          
          Insya Allah, nanti saya akan gantikan dengan cerita yang baru. Lagipun saya dah ade laptop... so mudah untuk saya menulis dengan lebih banyak dalam tu.
          
          Sekali lagi saya nak minta maaf dan terima kasih tau kerana sudi membaca kisah saya yang tak beberapa menarik ni.
          
          Esok pukul 5.00 petang, saya akan unpublish TADD. Pada mana-mana readers yang nak baca balik tu, bacalah sebelum saya unpublish. Lepas ni saya takkan re-publish balik macam sebelum ni, okey?
          
          Itu je. Bye, readers...

ItzBABYCrystal

@ QayNotRookie  yup. Student kolej vokasional. Tahun ni baru masuk 17 tahun
Reply