DesbarTargar

Salam, hari ni 23 Zulhijjah 1445... tak lama lagi dah tahun baru Hijrah 1446, sekejap ja masa berlalu, hmm masih bergelumang dosa dan noda kita-kita semua. Moga Allah rezekikan waktu untuk kita sempat memohon ampun dan taubat (insha-Allah).
          	
          	Sedikit kemaskini berkenaan pra-tempah KKM. Alhamdulillah dah selesai dah (hari ni hari akhir sebenarnya, tapi iyalah kita stop-kan sebab, buku pun dah cetak, awal dari jangkaan dan telahpun diposkan. Ada yang dah terima, ada yang masih menanti (esok lusa dapatlah tu). 
          	
          	Pada yang tak sempat jangan risau. Boleh dapatkan di sini https://my.shp.ee/PXcgRv4 
          	
          	KKM berkemungkinan akan mengembangkan "sayapnya" ke negeri Sarawak. Ada rumah penerbit di Sarawak, Kota Samarahan menjemput penulis swaterbit untuk memasarkan karya ke sana. Jadi ini sebenarnya peluang yang baik juga untuk direbut, sebagai salah satu pelaburan. Nantikan berita lanjut berkenaan perkara ini 15 Julai nanti insha-Allah.
          	
          	Terima kasih semua.

DesbarTargar

Salam, hari ni 23 Zulhijjah 1445... tak lama lagi dah tahun baru Hijrah 1446, sekejap ja masa berlalu, hmm masih bergelumang dosa dan noda kita-kita semua. Moga Allah rezekikan waktu untuk kita sempat memohon ampun dan taubat (insha-Allah).
          
          Sedikit kemaskini berkenaan pra-tempah KKM. Alhamdulillah dah selesai dah (hari ni hari akhir sebenarnya, tapi iyalah kita stop-kan sebab, buku pun dah cetak, awal dari jangkaan dan telahpun diposkan. Ada yang dah terima, ada yang masih menanti (esok lusa dapatlah tu). 
          
          Pada yang tak sempat jangan risau. Boleh dapatkan di sini https://my.shp.ee/PXcgRv4 
          
          KKM berkemungkinan akan mengembangkan "sayapnya" ke negeri Sarawak. Ada rumah penerbit di Sarawak, Kota Samarahan menjemput penulis swaterbit untuk memasarkan karya ke sana. Jadi ini sebenarnya peluang yang baik juga untuk direbut, sebagai salah satu pelaburan. Nantikan berita lanjut berkenaan perkara ini 15 Julai nanti insha-Allah.
          
          Terima kasih semua.

DesbarTargar

Salam, hari ni 12 Zulhijjah 1445. Selamat menunaikan ibadah korban. Berita baik Des ada menulis cerita baru berjudul "Cerita-Cerita". Jom baca di sini
          
          https://www.wattpad.com/1454921900-cerita-cerita-Seorang-Tua-dan-Dua-Pemuda-Kaki
          
          Karya ini merupakan himpunan kisah-kisah pendek lah, hmm kepanjangan cerita tu macam kepanjangan cerpen-lah, 700-1500 mungkin (entah Des pun tak kira sebenarnya).
          
          Baik, selamat membaca ya. Terima Kasih atas sokongan. Oh by the way pre-order Kembara Ksatria Muda masih berjalan... sudi-sudikanlah ya. https://forms.gle/q9H6vRBHAJFJrHBQ8 .

DesbarTargar

Salam, hari ni dah (kira Maghrib dah kan, dah nak masuk Isya' dah ni) kira 4 Zulhijjah 1445. Yang mana baca Quran tu, boleh teruskan dengan juz 4.
          
          Maaf, dah agak lama sepi dari menulis di sini. Tapi sebenarnya menyertai cabaran menulis konten di FB - Alhamdulillah dah selesai cabaran tu, dan alhamdulillah terpilih sebagai 9 terbaik, dan alhamdulillah - terpilih sebagai 3 peserta paling konsisten.
          
          Sambil-sambil tu - menguruskan penerbitan Kembara Ksatria Muda (KKM). Hari ni alhamdulillah dapat dah kod bar ISBN dan dapat juga maklumat data pengkatalogan dalam penerbitan (maksudnya KKM telah berdaftar dengan sistem Perpustakaan Negara Malaysia, semak di sini https://opac.pnm.gov.my/lib/item?id=chamo:1010973&fromLocationLink=false&theme=PNM2 ).
          
          Dan, perkara terakhir yang nak dikongsikan. Ya, fasa pra-tempah KKM TELAH DIBUKA, alhamdulillah. Pada yang berhajat untuk mendapatkan naskhah KKM, silalah isi borang pra-tempah di sini https://forms.gle/q9H6vRBHAJFJrHBQ8 .
          
          Kalau tak ada aral, andai semua lancar (doa doa). Dalam bulan Julai akan mula menghantar pada semua penempah novela KKM.
          
          Dan seterusnya, bulan Julai juga... inshaAllah Des akan mula menulis semula di sini dengan judul baru CEY! ...kisah tentang alam persekolahan, cikgu baik cikgu jahat, masalah itu ini begitu begini. Haha, tak boleh la kongsi semua kan. 1 Julai nanti jemputlah baca. InshaAllah.
          
          Okey, dah banyak dah tulis ni. Terima kasih semua. Moga dalam rahmat Allah sentiasa, jaga diri. Teruskan berkarya!

DesbarTargar

Salam, hari ni 1221, palindrome tarikh 12 Zulkaedah 21 Mei. Haha, Berita baik, kelmarin naskhah Kembara Ksatria Muda dah kembali ke penulis (dah selesai proses suntingan). Terus bersegera buat layout (A5) dan beberapa dokumen², halaman² yang diperlukan untuk proses ISBN dan PDP. Tapi rupa-rupanya yang nak swaterbit pun kena daftar sebagai penerbit baharu. Jadi proses daftar dah selesai — sekarang menunggu respons dari pihak sana.
          
          Road to "Swaterbit" is ON, mohon doa sekalian pendukung, terima kasih.

DesbarTargar

@Auni_Sy aameen, terima kasih atas doanya, teruskan sokongan ya ! :)
Reply

Auni_Sy

@DesbarTargar Terbaiklah Desbar! Semoga dipermudahkan urusan✨
Reply

DesbarTargar

@AinaaAmNa Alhamdulillah, terima kasih atas doanya, moga Aina pun dapat terus berkarya dan direzekilan dengan penerbitan buku — aameen.
Reply

DesbarTargar

Assalamualaikum, Salam Sejahtera buat semua.
          Sudah terlalu lama tak kongsi apa-apa di sini. Hari ini 6 Zulkaedah 1445. 
          
          Untuk makluman, karya Kembara Ksatria Muda telah dihantar ke editor (untuk proses suntingan). 14 Zulkaedah (lagi seminggu lebih) akan dapat semula, kemudian akan dibuat layout dan reka kulit (untuk dihantar cetak). InshaAllah pra-tempah akan dibuka setelah karya ini dihantar untuk cetakan (Print on Demand)
          
          Dari masa ke semasa saya akan kongsi perkembangan berita ini. Cuma memang tak sempatlah untu k PBAKL 2024.
          
          Terima kasih kerana menyokong. Harap anda semua dapat memiliki naskhah Kembara Ksatria Muda apabila telah jadi buku nanti, inshaAllah.

Auni_Sy

@DesbarTargar wah, baguslah itu. Dapat pengalaman swaterbit sendiri! Semoga berjaya hendaknya~
Reply

DesbarTargar

@Auni_Sy wah, thank you, much appreciated! oh btw... swaterbit ja Auni, tak ada hantar ke mana-mana rumah penerbitan, saja nak cari pengalaman swaterbit.
Reply

Auni_Sy

@DesbarTargar Waalaikumussalam, wah, tahniah!✨
Reply

Auni_Sy

Hai @DesbarTargar ! Terima kasih sudi vote karya picisan saya, Pembunuh Empayar! Semoga hari anda baik-baik sahaja✨

Auni_Sy

@DesbarTargar Ah, malu pula rasanya. Tak adalah sampai begitu sekali. Apa-apapun terima kasih(⁠人.⁠ ⁠❛⁠ ⁠ᴗ⁠ ⁠❛⁠.)⁠。⁠*゚⁠+
Reply

DesbarTargar

@Auni_Sy eh, jangan la sebut "karya picisan" - pada saya Pembunuh Empayar ni karya hebat ni, perbendaraan kata pun pelbagai, naratif dengan plot pun menarik - sampai terkesima dibuatnya, terus semangat menulis, inshaAllah akan sokong terus...
Reply

DesbarTargar

"Kenapa tak perlu peduli perasaan sendiri? Kenapa perlu jaga perasaan orang lain? Apa kau tak ada hati dan perasaankah?"
          
          "Aku juga punya hati, aku juga punya perasaan,  aku marah, geram, kecewa..." 
          
          "Habis tu, kenapa kau sanggup pendamkan perasaan pada Rhya, sedangkan kau suka padanya," 
          
          "Suka pada Rhya, kerana Allah, cinta padanya juga kerana Allah, aku tidak mahu berlebih-lebih dalam mengharap pada makhluk, aku serah segala-galanya pada Dia."
          
          "...dalam usahaku meraih cinta, Dia-lah yang lebih ku dambakan."
          
          — perbualan Ayesha dan Zif (satu babak dalam Lara)

DesbarTargar

@eimazayn aha, lepas selesai tulis tesis, akan fokus tulis Lara dengan Loka Nyza, inshaAllah
Reply

DesbarTargar

Assalamualaikum. Alhamdulillah 6 Ramadan 1445. Terus semangat berpuasa.
          Sambil-sambil rehat dan dah baca Quran tu, jom-lah sambung baca Kembara Ksatria Muda, dah habis dah. Allahu Akbar.
          
          Bilangan patah perkataan mencapai sasaran 17000-20000 (Novella format)
          
          https://www.wattpad.com/1426331717-kembara-ksatria-muda-14-mencabar-kegelapan
          https://www.wattpad.com/1426331790-kembara-ksatria-muda-15-runtuh
          https://www.wattpad.com/1426331845-kembara-ksatria-muda-16-akhir-perjuangan
          https://www.wattpad.com/1426331893-kembara-ksatria-muda-17-sekali-lagi
          https://www.wattpad.com/1430904941-kembara-ksatria-muda-0-epilog
          
          Terima Kasih semua.

DesbarTargar

@zafalim_hfy Alhamdulillah, thank you
Reply