hubungan baik yang terjalin antara aswad dan humairah sejak dari kecil retak dek satu insiden. walaupun bukan salah humairah,namun gadis itu tetap bersalah pada pandangan mata aswad hinggakan lelaki itu membencinya sehingga mereka melonjak dewasa. Perasaan SAYANG itu bukan susah untuk menjadi BENCI.... Kerana harta, aswad akur dengan permintaan ibu bapanya asalkan harta keluarganya tidak jatuh ke tangan orang lain. Walaupun dulu memang sayang, dulu memang cinta, namun perasaan itu telah lama terkubur. Fikir aswad, keperitan yang dia alami tak seteruk layanannya terhadap humairah. Lain pula di pihak humairah. Rasa hormat kepada aswad yang berpangkat abang kepadanya sejak dari kecil, membuatkan dia hanya menerima cara layanan lelaki yang bergelar suami itu. Syurga di bawah tapak lelaki suami, kan ? Menguburkan rasa cintanya kepada lelaki lain dan menerima jiran sebelah sebagai suami bukan sesuatu keputusan yang mudah baginya. Hati merintih dan doa tidak pernah terputus .. "abang,kenapa pakai apron terbalik?" -HUMAIRAH "Terbalik?! aiyayai! buat malu betul! Dahlah dia nampak aku pakai apron, terbalik pulak tu!" -ASWAD "abang Aswad yang masak ?" -HUMAIRAH "then?ingat ad orang gaji ke dalam rumah ini ?" -ASWAD Tapi... Kalau dah namanya duduk sebumbung,siapa kata cinta tak boleh berputik kembali di antara lelaki dan perempuan? saat cinta mula berkembang , Allah menguji mereka dengan pelbagai ujian. Sekuat mana hati Humairah kepada Aswad? permintaan yang bermula daripada paksaan.... bagaimana pengakhirannya?