Silent Melody [✔️]

arniey11 द्वारा

343K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... अधिक

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 46

2.9K 296 60
arniey11 द्वारा

Bam!

Pintu bilik itu dihempas oleh Rechel. Terkejut juga mereka bertiga apabila pintu ditutup dengan sungguh kuat itu.

Arshen memandang ke arah pintu tadi. Fikiran dia melayang terhadap apa dia katakan kepada Rechel tadi.

Dia sangat yakin tadi dia sudah berbuat salah. Dia tak patut tolong perempuan itu tadi.

Melihat Rechel semarah ini memang bukan niat dia. Bagi dia itulah kali pertama dia melihat adiknya marah sehingga menggunakan kekerasan seperti tadi.

Selama ini dia tidak pernah melihat Rechel begitu. Malah gadis itu kelihatan seperti orang lain. Bukan adiknya tetapi orang yang sungguh jauh beza dengan adiknya.

Sama juga dengan encik Shawn, lelaki itu tidak pernah melihat anak perempuannya menjadi begitu. Kata-kata yang dia keluarkan untuk gadis tadi tidak sengaja dikatakan.

Dia hanya mahu anaknya itu berhenti namun dia terkeluar kata yang boleh melukakan hati Rechel. Sudah semestinya kini, anaknya akan bertambah benci terhadapnya.

"Tuan..." panggil Jane.

Mereka berdua menoleh ke arah perempuan itu. Muka yang meminta simpati itu diberikan.

"Kamu boleh pergi sekarang. Panggil maid lain untuk bersihkan semua ni," arah encik Shawn sambil menunjukkan dulang makanan yang sudah jatuh itu.

Perempuan itu mengangguk lalu beredar dari situ. Manakala encik Shawn dan Arshen tetap berdiri di sana.

Tentang kejadian tadi mereka tidak tahu siapa yang salah, jadi mereka mahu bercakap dengan Rechel. Mereka mahu mengetuk pintu bilik namun hati mereka terasa ragu.

Mereka juga yakin bahawa gadis tersebut tidak akan membuka pintu ini. Lihat situasi tadi sahaja mereka tahu Rechel sangat marah dan mustahil untuk gadis itu dengar kata mereka.

"Apa dah jadi sini?" Tiba suara Cruz datang menyapa mereka yang berdiri di hadapan pintu bilik tersebut.

Dua orang lelaki itu menoleh ke arah Cruz yang sedang dalam perjalanan mendekati mereka. Lihat dari segi baju, nampaknya dia baru sahaja balik. Sama seperti Rechel tadi yang masih menggunakan baju sekolahnya, dan Cruz masih menggunakan baju kerjanya.

Lelaki itu berhenti tepat di hadapan bapanya. Mata tertumpu kepada makanan yang tertumpah di atas lantai itu.

"Ada apa-apa jadi ke?" Soal Cruz.

Arshen mengeluh lalu memandang ke arah adik lelakinya itu.

"Tadi Rechel bergaduh dengan maid baru tu."

"Gaduh? Rechel? Pelik juga. Biasanya budak tu tak akan kisah dengan orang lain. Ni sampai gaduh bagai. Apa sebab dia?"

"Maid tu ada buat salad tapi salad tu yang tak bagus, jadi dia marah. Sangat marah," Arshen menekan kata itu.

Cruz memandang ke arah pintu bilik ini. Dia yang arahkan perempuan tadi untuk bagi Rechel makan malam namun tak sangka pula sampai begini.

Tetapi itu tak dapat jadi sebab utama Rechel boleh jadi semarah itu. Dia tahu Rechel sangat marah kerana dia boleh dengar suara Rechel herdik sampai ke biliknya yang agak jauh itu. Dan sebab itu juga dia keluar lalu berjalan menuju ke sini.

"Selama ni Rechel memang ada jadi macam tu ke, Arshen, Cruz?" Soal encik Shawn.

Arshen menggelangkan kepala lalu berkata, "ini kali pertama juga lihat dia begitu. Dia macam orang lain jer tadi."

Cruz memandang ke arah abangnya itu. Dia tidak tahu apa yang terjadi tadi, jadi tidak dapat menjawab soalan itu.

Mata Cruz menandang ke arah kakinya. Dia terlihat satu kotak ubat harian Rechel. Diambil dia kotak tersebut lalu dia buka.

Terkejut besar dia melihat ubat yang terdapat dalam kotak itu. Sebagai seorang doktor memang dia tahu ubat itu ubat apa.

"Rechel ada kata apa-apa tak tadi?" Soal Cruz.

"Dia ada kata dia tak pernah fikir untuk bunuh tuan sendiri dengan beri ubat yang salah," jawab Arshen.

Kini Cruz sudah faham kenapa gadis itu sangat marah. Bukan sebab makanan tapi sebab ubat ini.

"Aku rasa yang salah adalah perempuan tadi," ujar Cruz.

"Sebab?"

"Ubat ini diberi tak ikut bilangan yang betul. Biasanya Mary bagi jadi dia tak perlu risau tapi ni orang lain bagi. Jadi Rechel cuba lihat dan bilangannya salah. Sebab tu dia marah. Kalau ni tak libatkan nyawa dia, dia tak akan jadi begitu. Tapi ni, libatkan nyawa dia."

Ubat yang selalu Rechel ambil sepatut perlu diambil dua kali sehari dan bilangannya hanya dua biji. Tetapi ubat ini perempuan itu beri 4 biji sekaligus. Kalau ubat berbeza tidak apa tetapi ini ubat yang sama.

Kalau Rechel makan tanpa periksa tadi, rasanya gadis itu boleh overdose ubat dan nyawa mungkin hujung tanduk sahaja.

Arshen dan encik Shawn yang mendengar penyataan tersebut sangatlah terkejut. Jadi tadi memang gadis itu tidak salah.

Mereka yang sudah salah menolong. Sepatutnya mereka biarkan sahaja tadi. Memang patut gadis itu marah seperti tidak ada hari esok.

Kalau mereka yang kena, mereka juga akan marah seperti itu. Perkara ini sudah libatkan nyawa bukannya perasaan lagi. Hampir sahaja mereka kehilangan Rechel kerana sikap cuai perempuan tadi.

"Tuan, panggil saya ke tadi," datang seorang pembantu rumah yang lain.

"Ya, tolong bersihkan semua ini," arah encik Shawn.

Perempuan itu mengangguk lalu mula membersihkan kawasan yang kotor tersebut. Tidak sampai lima minit, lantai tersebut sudah pun bersih seperti masih baru. Ini baru namanya kerja profesional.

Perempuan tadi berdiri semula sambil membawa dulang yang penuh dengan makana yang sudah kotor. Mereka dapat lihat yang sudah memburuk tadi. Berani betul perempuan tadi hidangkan makanan itu kepada Rechel.

"Boleh aku tanya sikit?" Ujar Arshen kenapa pembantu rumah tersebut.

"Ya, tuan."

"Siapa maid baru tu? Maid tu memang tak pandai buat kerja ke?"

"Oh, dia tu Jane. Dia memang tak pandai buat kerja. Hari tu pun dia pernah tertumpahkan air yang kotor dekat baju cik muda. Puan Mary sudah beri amaran dengan dia tapi dia masih lakukan benda yang sama."

Arshen tidak sangka perempuan itu pernah buat kesalahan sampai begitu. Perempuan itu layak untuk dibuang kerja terus kerana berbuat begitu pada tuan rumah ini, namun disebabkan krisis kekurangan pekerja, perempuan itu terpaksa disuruh menetap dahulu di sini.

"Selalu dia buat salah memang akan kena dengan Rechel ke?" Cruz pula menyoal.

"Biasanya memang pada cik Rechel. Hampir setiap hari saya dengar dia buat salah dan hampir semuanya ada kena-mengena dengan cik Rechel."

Cruz mula curiga terhadap perempuan itu. Kenapa semua kesalahan yang dia lakukan mesti akan kena pada adiknya?

Perempuan itu seakan mahu membuat Rechel hilang sabar lalu buat sitausi bahawa Rechel yang bersalah sedangkan bukan gadis itu yang bersalah.

Perempuan itu memang ada sesuatu yang disorokkan dan perkara ini ada kena-mengena dengan keluarga ini.

"Tuan, kalau sudah tak ada apa-apa, saya minta diri dulu."

Mereka bertiga mengangguk lalu terus pembantu rumah tadi beredar dari laluan tersebut.

Sebelum tiga orang itu beredar juga, sempat mereka memandang sekilas pintu bilik gadis tadi. Kotak ubat yang ada ditangan tadi disimpan terus oleh Cruz. Dia mahu siasat lagi yang terjadi sebenarnya.

Hal seperti ini kalau dibiarkan takut akan melibatkan nyawa gadis itu. Dia sangat tahu bahawa tahap kesihatan gadis itu tidak berapa bagus sejak lahir jadi kalau dibairkan memang boleh menyesal seumur hidup. Jadi dia mesti siasat benda ini. Takut nanti akan menjadi lebih teruk.

Antara Jane, Beth dan Eva, yang mana satu watak antagonis korang paling tak suka?

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

26.8K 1.1K 57
Seorang gadis bernama luna yg tinggal di bersama keluarganya malah tragedi kematian berlaku di atas ibubapa luna mempunyai 5 orang adik beradik luna...
165K 16.7K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...
49.5K 5.5K 55
Selama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi kor...
The Rivals✔ ISYA HANN द्वारा

किशोर उपन्यास

497K 29.9K 53
Mereka bersaing antara satu sama lain walaupun berada dalam bidang yang berbeza. Matlamat mereka hanya satu iaitu menjadi JUARA Everyone want to be...