HI, ENCIK PROFESSOR!

Oleh Angel_k20

126K 13.7K 7.9K

G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesai... Lebih Banyak

Bab 1
BAB 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10 [1]
Bab 10 [2]
Bab 10 [3]
Bab 11 [1]
Bab 11 [2]
Bab 11 [3]
Bab 12 [1]
Bab 12 [2]
Bab 12 [3]
Bab 13 [1]
Bab 13 [2]
Bab 13 [3]
Bab 14 [1]
Bab 14 [2]
Bab 15 [1]
Bab 15 [2]
Bab 15 [3]
BAB 16 [1]
BAB 16 [2]
Bab 16 [3]
PERHATIAN
Bab 17 (1)
Bab 17(2)
Bab 17 (3)
Bab 18 (1)
Bab 18 (2)
Bab 18(3)

Bab 14 [3]

2.9K 360 230
Oleh Angel_k20

"Betul Prof. Sumpah." Amirul membuat gaya mengangkat sumpah.

Amirul nampaknya begitu bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan daripadanya. Entah 'jin' manalah yang merasuk fikiran pelajarnya ketika itu untuk menjadi berani. Yalah, kebiasaannya, pemalas tambah pembengap saja kerjanya.

"Okey. Silakan." Qarizh menarik kerusi lalu duduk dengan relaks.

Dengan kedua-dua belah tangannya disilangkan, matanya kemudian dipandang tajam kepada Amirul. Hari ini, dia mahu melihat dengan mata kepalanya sendiri akan kebolehan pelajarnya itu dalam mendeduksi kes terpencil yang sehingga kini masih belum dapat diselesaikan oleh pihak polis.

Cold case. Sudah 15 tahun kejadian tersebut berlaku dan sehingga tahun ini, si pembunuh masih lepas bebas. Entahlah sama ada pembunuh itu sangat cerdik ataupun pihak polis telah diperbodohkan, kes itu 'terdiam' sendiri bagaikan ada tangan ghaib yang cuba menutup kes.

"Menurut penelitian saya, kes ini  berantai dengan kes terbaru yang berlaku kawasan perumahan setinggan baru-baru ini. Mengikut data daripada pihak forensik, mayat yang dijumpai di dalam dinding juga turut mempunyai titik di ibu jari kakinya." Amirul berjeda seraya menarik nafas panjang.

Letihlah bercakap gaya orang profesional. Professional itu bukan perwatakannya. Jika tidak dikenangkan si skema di rumahnya, tidaklah dia mahu berlagak pandai seperti ini. Tetapi itulah apakan daya apabila balik sahaja ke rumah, telinganya pasti akan 'penat' akibat terpaksa mendengar bebelan abangnya, si Dr. Aiman Ghafur.

"Team Satria Hitam sentiasa serius, Amirul. Jangan susahkan Qarizh dengan perangai tak matang kau tu," bebel Dr. Aiman seraya menggeleng kepala beberapa kali.

Mengingatkan bebelan abangnya itu pun, Amirul sudah berasa senak otak. Nasibnya memang malang betul kerana mendapat abang skema seperti Dr. Aiman yang selalu serius. Patutlah sampai sekarang, abangnya itu bujang berjaya. Heh.

"Mangsa adalah seorang wanita muda dalam lingkungan 20-an dan dikenali sebagai Darina Izza." Amirul berjeda lagi seraya mengerling kepada Darin yang berada di sisinya.

Kenapalah nama mangsa itu sama dengan nama kawan baiknya si Darin ini? Tanpa sedar, terleka dia memerhatikan gerak-geri Darin yang selamba saja mengunyah gula-gula getah walaupun gadis itu sepatutnya tahu yang perbuatan itu akan mengundang kemarahan besar Profesor Dr. Qarizh Zahwan!

"Jauh berangan, Amirul. Dah sampai ke alam baqa' ke?" soal Qarizh seraya menarik senyuman sinis.

"Sorry, Prof." Amirul kembali menumpukan perhatiannya kepada kertas hasil kajiannya.

Melihatkan tindakan Amirul, Qarizh menarik nafas panjang seraya menggeleng lagi beberapa kali. Haih. Pelajarnya itu sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengungkap kata ketika mendeduksi kes tadi.

Tidak sedarkah Amirul bahawa Darin, si kawan baiknya itu sudah pun sebulan lebih meninggal dunia? Darin yang dikatakan Darin di sebelahnya itu bukanlah Darin yang sebenar. Gadis itu... tidak lain tidak bukan hanyalah pelanduk dua serupa yang dihantar oleh Black untuk mengintip pergerakannya!

******

Jam menunjukkan waktu 12 tengah hari. Kelasnya yang berlangsung selama tiga jam pada sesi itu telah pun tamat dan kini, dia sudah pun selamat kembali ke pejabatnya bersama dengan Aralyn. Sungguh, dia berpuas hati dengan prestasi pelajarnya kali ini.

Mereka semua sangat cemerlang dalam mendeduksi kes yang dikemukakannya tadi. Nampaknya, Aralyn berjaya menjalankan tugas dengan baik selaku tutor yang mengajar secara bersemuka para pelajarnya itu ketika dia terlantar sakit dan hanya mampu memberikan pengajaran secara atas talian saja. Nice, Cik Tunang Abang Sayang.

"Kau ada kelas lagi kan lepas ni?" soal Aralyn seraya duduk berhadapan dengan Qarizh.

"Ada. Lepas Zohor nanti," jawab Qarizh selamba.

"Kenapa?" tanyanya pula.

Mendengar jawapan Qarizh berserta soalan balas yang dilontarkan kepadanya, Aralyn menarik senyuman nipis seraya menyilangkan tangannya ke dada. Jujur la jujur, dia ada benda mahu ditanyakan kepada jejaka dingin itu.

"Qarizh." Berhati-hati, Aralyn menuturkan kata.

"Ya." Qarizh menalakan pandangannya pada Aralyn.

"Erm..." Aralyn menarik nafas panjang lalu menghembuskannya perlahan.

Berat ya berat. Sungguh, berat soalan yang bakal dikemukakan kepada Qarizh Zahwan. Dia takut untuk bertanya, tetapi jika tidak dibuahkan soalan itu, sampai bila-bilalah dia tidak akan mendapat jawapannya. Malu bertanya sesat jalanlah, Aralyn Awliya.

Persoalan sama ada Qarizh akan menjawabnya ataupun tidak, itu bukanlah perkara yang dikisahkannya. Namun, apa yang dipedulikannya ialah sama ada jejaka itu akan marah ataupun tidak dengan lontaran soalan itu. Berdebar jantungnya ingin bertanya, tetapi jika malu mengayuh, perahu hanyut.

Fuh. Bismillah, Aralyn! Setelah diam buat beberapa ketika, Aralyn mengangkat kepada lalu menentang tajam anak mata Qarizh. Pandangan mereka bersabung, namun masing-masing tidak mahu mengalah sehinggalah Aralyn memberanikan diri membuka mulut.

"Kenapa Black bermusuhan dengan kau?" soal Aralyn, berani.

"Kenapa aku adalah target dia?" soalnya lagi.

Tangannya digenggam kemas, mimik mukanya dikekalkan bertenang. Aralyn Awliya tidak boleh lemah dalam hal ini. Dia, pemilik agensi penyiasatan Guardian of Life, seorang yang tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi ancaman kumpulan mafia Crow.

Dia, seorang yang berani walaupun cengengnya itu selalu memeningkan kepala Qarizh. Tetapi, dia masih tidak faham mengapakah Black juga turut mentargetkan dirinya sebagai musuh. Adakah kerana dirinya digunakan sebagai umpan untuk melemahkan Qarizh? Sungguh, dia tidak tahu.

"Aralyn." Qarizh memandang tepat wajah gadis di hadapannya.

"Kau nak dengar satu cerita tak?" soalnya pula.

Hah?

Mendengar soalan Qarizh, Aralyn terkaget sendiri. Eh, pak cik ini! Orang tanya dia, dia pula yang bertanyakan soalan. Sudahnya, Aralyn hanya menjongketkan kening seraya menganggukkan kepala. Dengar sajalah, tidak rugi pun mendengar cerita profesor ini.

"Pada suatu hari, ada seorang hero bertopeng separuh muka dan bersenjatakan anak panah sedang berada dalam misi. Tiba-tiba, dia mendapat panggilan daripada partnernya bahawa ada seorang gadis berada dalam bahaya." Qarizh berjeda.

"Dia yang ketika itu sedang sibuk, terpaksa meninggalkan rakan seperjuangannya demi menyelamatkan gadis yang dimaksudkan oleh partnernya itu." Qarizh berjeda lagi seraya memandang lagi ke wajah Aralyn.

"Nasib baiklah rakannya itu pun hero juga. Jadi, tidaklah dia berasa terkilan sangat apabila terpaksa meninggalkan misi tersebut," sambungnya lagi.

"Gadis itu akhirnya berjaya diselamatkan. Tapi itulah, bengang juga dia. Kenapalah gadis itu suka membuat kerja gila? Apa kes tengah-tengah malam buta pergi ke tempat berbahaya? Sudahlah tempat tu lokasi 'panas'." Qarizh menarik senyuman sinis melihat wajah Aralyn berkerut-kerut mencerna maklumat.

"Namun, tindakan si hero menyelamatkan gadis itu membawa padah. Rupa-rupanya, hero dan gadis itu sedang menyiasat hal yang sama. Kerana itulah, penjahat turut menjadikan si gadis sebagai sasarannya." Qarizh menyudahkan ceritanya seraya bangun dari kerusi.

Telefon pintar dicapai, cermin mata berteknologi tingginya juga turut dipakaikan di matanya. Figura Aralyn Awliya yang kekal statik di kerusi pula dipandang dengan ekor mata. Heh. Cik Tunang Abang Sayangnya itu pasti sedang dalam kebingungan dalam menghadam ceritanya tadi.

"Qarizh," panggil Aralyn perlahan.

Diam. Sedetik, dua detik. Qarizh memilih untuk tidak menyahut panggilan gadis itu bahkan terus bersandar dengan relaks di dinding dengan tangannya disilangkan ke dada.

"Adakah ini bermakna, kes pembunuhan anak pengarah universiti ini berkaitan dengan Black?" soal Aralyn. Serius.

Tetap juga memilih untuk terus diam, Qarizh hanya memandang lagi gadis itu dengan ekspresi wajah tenang. Sengaja dia membiarkan gadis itu mendeduksi sendiri kes yang berlaku dengan mengaitkannya dengan ceritanya tadi.

"Kes penemuan mayat di dalam dinding rumah di kawasan perumahan setinggan juga berkaitan dengan Black." Aralyn mengusap dagu sambil berbicara perlahan.

"Mayat di dalam rumah itu dibunuh di kawasan pembinaan bangunan terbiar terlebih dahulu sebelum disimen ke dalam dinding." Aralyn bercakap sendirian lagi.

Semuanya nampak kabur dan berpecah-pecah fragmennya, tetapi ketika ini dia masih gagal lagi menangkap siapakah gerangan manusia yang dipanggil hero dan gadis di dalam cerita Qarizh tadi.

Dia keliru. Fikirannya galak menidakkan, namun hatinya kuat membisikkan kata bahawa gadis yang dimaksudkan di dalam cerita tadi adalah dirinya. Tetapi... ah, segalanya pusing!

"Dahlah, jom pergi makan. Muka kau kan kalau lapar nanti, lebih teruk daripada koala tercekik daun eucalyptus," ajak Qarizh seraya menarik daun pintu.

Tak guna! Mendengar saja Qarizh menyamakan dirinya dengan koala tercekik daun, Aralyn terus bercekak pinggang seraya meniup muncung tudungnya. Qarizh Zahwan ini kan, kalau tidak menyakitkan hatinya memang tidak sah!

"How dare you, Qarizh Zahwan!" Aralyn terus menuding jari telunjuknya ke arah Qarizh.

"Sentiasa dare, Cik Tunang Abang Sayang," balas Qarizh seraya ketawa sinis.

Eii...

Dengan perasaan terbakar, Aralyn terus mencapai beg tangannya lalu menonong keluar dari bilik pejabat Qarizh. Panas tahu tak? Kenapalah Qarizh Zahwan suka sangat mengenakannya? Lelaki itu langsung tidak sama dengan hero pujaan malamnya, The King!

Eh?

Sebaris nama samaran yang tiba-tiba menerjah minda serta menerobos masuk ke hatinya serta merta memberhentikan langkah marah Aralyn. Pelik. Kenapa dejavu pula dirasakannya ketika ini?

The King. Hero berpakaian serba biru dan bertopeng merah berukiran helang serta bersenjatakan anak panah itu adalah penyelamatnya pada malam itu yang menyelamatkan dirinya daripada diserang oleh anjing liar.

Lelaki itu tidak pernah lagi muncul di hadapannya selepas kejadian tersebut. Ya... mungkin The King itu hanya kebetulan menyelamatkannya pada hari itu. Jadi, buat apalah mahu dikisahkan mengenai hero itu?

Tetapi... kenapa... dirinya berasa dekat sahaja dengan The King?

Done!

Saya dah sihat. Rindu saya tak? Nak 🌟 boleh?

FAKTA KOALA

Koala sangat memilih dan cerewet bab makanan. Mereka sangat suka makan daun pokok eucalyptus (lebih 400 jenis pokok ini ada di Australia) dan akan jadi sedikit agresif jika tidak dapat makan daun tersebut.

__________________
24 Disember 2020
10:10 malam.

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

208K 6.5K 57
BOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya...
1M 35.2K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
2.4K 128 13
becky baliklah aku perlukan kau,i'm sorry- freen maaf freen,aku ingkar janji aku-becky
1.2M 51.4K 77
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 1 ) 🏅RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) 🏅RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) 🏅RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020...