Golden Brain vs Golden Physic...

By reenshi

81.6K 14.6K 7.9K

▪︎Kenapa kita perlu pilih untuk menjadi salah satu, sedangkan kita boleh menjadi kedua-duanya sekali▪︎ 《A Jeo... More

Introduction
1: Kedatangan
2 : Kelas
3: Pelik
4: Sekarang!
5: Pensel
6: Lari
7: Berbeza
8: Denda
9: Welcome
10: Deal?
11: Sertai
12: Rahsia
13: Same
14: Sejuk
15: Berita
16: Dua?
17: Kawan
18: Ketua
19: Cover
20: Idea!
21 : GPS
22: Belakang
24: Perhatian
25: Add
26: Karnival
27: Kaunter
28: Together!
29: Tolak
30 : Duality
31: Game
32: Jangan!
33: Jauh
34: Nama
35: Dating

23 : Bikar

1.4K 318 263
By reenshi

140 votes + 120 votes 

"Minjung, benda ni tak sakit pun, aku cuma perlukan sel kau buat mitosis untuk cipta klon kau" kata saintis itu.

"Tak nak! jauhkan diri kau!" teriak Minjung.

"004 pegang dia" kata saintis itu kepada lelaki yang mempunyai wajah seperti Jeon Jungkook. Iya, itu klon Jeon Jungkook yang dihasilkan melalui proses mitosis sel Jungkook pada beberapa belas tahun yang lepas.

"Awak, saya tak nak cederakan awak, boleh tak kalau awak jangan banyak bergerak?" soalnya dengan nada yang lembut.

"Tak nak! tak nak! tak faham ke?" balas Minjung sambil menolak badan lelaki itu.

"Awak, tolonglah" pujuknya lagi. 

"004! paksa dia! jangan berlembut sangat!" marah saintis itu sambil tangannya sibuk mengambil peralatan untuk mengambil sel otak dan sel somatik milik Minjung.

Sel somatik-   sel badan

Lelaki yang digelar sebagai 004 itu tidak terus mendengar kata-kata saintis itu, dia masih lagi cuba memujuk Minjung dengan cara yang baik.

Jika anda tertanya-tanya mengapa saintis ini mengumpulkan sel-sel golden brain dan golden physical, kerana mereka ingin menggabungkan kesemua sel itu bersama menghasilkan manusia yang paling sempurna dari segi fizikal dan pengetahuan di dunia ini.

Manusia itu akan dikawal dan digunakan sebagai alat saintis-saintis ini untuk menguasai dunia. Bunyinya seperti masuk akal tetapi kejam. 

Klon yang terhasil daripada eksperimen itu tidak diminta untuk hidup, mereka dipaksa, bukan dengan rela hati.

"Hei!" satu suara garau datang daripada hujung bilik itu.

"Jungkook! Jaehyun!" jerit Minjung sebaik sahaja melihat Jungkook sudah memukul seorang lagi saintis sehingga pengsan.

"A-apa kau buat dengan Bongshik?!" soal saintis tadi sibuk menyiapkan peralatan untuk membedah Minjung.

"Oh, tak ada, cuma dia pengsan je" balas Jungkook bersama wajah yang sengaja dibuat seperti orang yang tidak bersalah.

"Macam mana kau masuk dalam ni?!" soal saintis itu lagi kerana makmal ini sudah dilengkapi dengan sistem keselamtan yang kukuh.

"Oh tu, saya yang buat, hyung" kata Jaehyun si pakar computer coding.

"004! musnahkan mereka!" arah saintis itu.

"Oh, ni ke klon aku yang Minjung kata sama hari tu" kata Jungkook kepada 004. 

Sejujurnya, dia terkejut dengan apa yang dilihatnya tetapi sudah pasti dia mengawal tingkah lakunya.

"Eh, samalah muka korang" kata Jaehyun sebaik sahaja melihat wajah 004.

"Mana ada, aku lagi kacak lah" kata Jungkook kepada Jaehyun.

004 yang tadinya sedang memegang tangan Minjung kini dia sudah berganjak menuju ke arah Jungkook dan Jaehyun yang berada dihujung sudut makmal itu. Agak jauh juga dari situ.

"Hei, Minjung, kau pelari kan? lari sekarang, Jaehyun dah buka semua pintu makmal ni" teriak Jungkook kepada Minjung yang membuatkan gadis itu terus berlari menjauhi saintis gila yang menghampirinya.

"Kau dengan Jaehyun macam mana?!" soal Minjung sebelum dia keluar daripada bilik pembedahan itu.

"Jangan risau, aku bijak dalam subjek kimia" balas Jungkook lalu menyuruh Minjung meneruskan lariannya.

"Hei, tengok ni" kata Jungkook sambil menunjukkan cecair hydrogen peroxide dan botol gas aerosol yang terletak dia atas meja makmal itu.

"Lain kali, letak tu tempat yang sikit" kata Jungkook sambil mencampurkan kedua-dua bahan itu lalu Jaehyun menghidupkan penunu bunsen.

"Selamat tinggal" kata Jungkook lalu berlari bersama Jaehyun untuk keluar daripada makmal itu.

☆☆☆☆


Kim Minjung POV💚

BBOM!

Terhincut bahu milik gadis itu sebaik sahaja mendengar bunyi letupan yang datang daripada makmal itu. 

Weh, apa jadi ni? kenapa tiba-tiba meletup? Jungkook dan Jaehyun selamat ke?

Kim Minjung melepaskan nafas lega sebaik sahaja melihat Jungkook dan Jaehyun sedang berlari menunju ke arahnya.

"Kau ok?" soal Jungkook kepada Minjung.

"Aku ok, kau tu, ok ke tak?" soal Minjung sambil meneliti wajah Jungkook takut apa-apa terjadi kepadanya.

Jungkook hanya mengangguk laju.

"Weh, aku pun ada dengan Jungkook tadi, tak nak tanya pasal aku ke?" soal Jaehyun dengan nada memerli.

"Oh, maaf hehe, kau ok tak?" soal Minjung.

"Ok, sihat, baik, tak ada cedera" kata Jaehyun lalu mendapat tumbukan perlahan pada bahunya sudah tentu tumbukan itu dia dapat daripada Jungkook.

"Lebih-lebih pulak kau eh" kata Jungkook.

"Apa korang buat sampai makmal tu meletup?" soal Minjung.

"Bahan mudah nak buat bom, guna hydrogen peroxide dengan sembur gas aerosol" kata Jungkook sambil mengeluarkan pengetahuan kimia.

"Oh, maaf aku bodoh subjek lain selain matematik" kata Minjung.

"Oh ya, Jungkook, macam mana klon kau boleh ada? bila dia ambil kau sebagai spesimen?" soalan Jaehyun membuatkan Jungkook membisu buat seketika, dia tidak tahu langsung tentang hal ini.

"Eh, dah nak malam ni, kita masuk kelas cepat nanti cikgu marah" kata Minjung yang sengaja mengubah topik perbualan.

☆☆☆☆


"Korang pergi mana?" soal Chanyeol sebaik sahaja melihat Minjung, Jungkook dan Jaehyun bersama-sama masuk ke dalam kelas.

"Kitorang pergi jalan-jalan kejap tengok dekat hutan belakang sekolah" balas Minjung.

"Buat apa?" soal Chanyeol lagi.

"Nak ambil oksigen" Jeon Jungkook menyampuk perbualan itu membuatkan Chanyeol takut untuk terus bertanya apabila dengar nada suara ketua kelas yang dingin itu.

"Mana cikgu?" soal Minjung kepada Nayeon sebaik sahaja dia mengambil tempat duduknya.

"Oh, cikgu pergi hospital sebab anak dia patah kaki, jadi cikgu suruh kita belajar sendiri lepas tu balik pukul 10 malam" kata Nayeon.

" Uish, kali pertama aku tengok budak kelas belajar walaupun cikgu tak ada dalam kelas" kata Minjung sambil melihat ke arah Eunwoo, Taehyung dan Chanyeol yang sedang membaca buku teks.

"Budak kelas sky yang senyap sangat sampai tak ada yang berani buat bising" balas Nayeon. Kim Minjung hanya mengangguk tanda memahaminya.

"Weh, korang lapar tak?" soal Eunwoo.

"Lapar lah!" balas Chanyeol.

"Jom pergi kantin beli makanan, aku lapar gila" kata Minjung, tadi berlari banyak sangat sampai habis tenaga.

"Kantin tutup" balas Park Jimin.

"Tapi kita semua belum makan malam lagi" kata Jisoo yang mendapat persetujuan daripada Son Chaeyoung.

"Jungkook, kau lapar tak?" soal Jimin kepada ketua kelas itu.

"Tak" balas Jungkook dengan nada dingin sambil dia mengeluarkan buku latihannya.

Grrr..

Satu kelas memandang ke arah ketua kelas yang sering berperangai dingin itu.

"Iya? betul ni tak lapar?" soal Minjung dengan nada memerli.

"Aish, kalau lapar pun kita nak makan apa? kantin dah tutup" balas Jungkook.

"Hehehe, tengok ni" Eunwoo membawa keluar beberapa peket mi segera.

"Gila, kita nak masak macam mana? air panas dekat pejabat, nanti kantoilah bawa barang terlarang datang sekolah" balas Jungkook.

"Kita pergi bilik masak" jawab Eunwoo.

"Weh, kita kena lintas tiga bangunan nak sampai sana, jauhlah" balas Chaeyoung pula.

"Tapi, kelas dekat dengan makmal sains" kata Jisoo yang membuatkan seluruh kelas memandang ke arahnya.


☆☆☆☆


Eunwoo menghidupkan penunu bunsen manakala Taehyung mengambil tungku kaki tiga dan Chaeyoung, Minjung serta Jisoo mengambil beberapa buah bikar, sebuah bikar besar dan sepuluh bikar bersaiz kecil.

Jungkook dan Jaehyun pula sedang mencari lidi di dalam laci-laci di makmal sains itu untuk dijadikan sebagai pengepit mi segera.

Chanyeol, Jimin dan Nayeon pula menawarkan diri sebagai penjaga di luar untuk memastikan cikgu kelas lain tidak melalui kawasan itu.

Kim Jisoo mengisi air di dalam sebuah bikar bersaiz besar sebelum dia meletakkannya ke atas tungku kaki tiga yang sudah satu set siap dengan penunu bunsen.

"Ok, sekarang kita tunggu sampai air ni mendidih lepas tu masukkan mi segera dengan perencah dalam ni" kata Jisoo.

"Boleh ke? tak mati keracunan bahan kimia?" soal Taehyung.

"Oh, jangan risaulah, semua bikar dalam makmal ni dah dibersihkan dengan baik oleh pembantu makmal, jadi jangan risau ok" balas Jisoo.

"Kalau kita mati macam mana?" soal Eunwoo.

"Tak apa, kita semua mati sama-sama sweet kan macam tu?" balas Minjung kepada Eunwoo.

Ah, pergi mampus beracun ke tak, sekarang ni semua orang lapar kerana tidak makan sejak petang tadi. Sekarang ni, kawanke gaduh ke, baru lepas kena culik ke, baru lepas lari daripada letupan ke semua tu ditolak ketepi buat seketika akibat semua sekali lapar kebulur.

"Eish, kau ni" balas Eunwoo sambil membuat muka kepada Minjung.

"Ok dah mendidih" kata Chaeyoung sambil tangannya merenyuk-renyukkan mi segera itu lalu memasukkannya ke dalam bikar bersaiz besar itu.

Jeon Jungkook mengeluarkan kepalanya sedikit keluar pintu makmal sains itu untuk menyuruh Jimin, Chanyeol dan Nayeon untuk makan bersama.

Jaehyun mengagihkan dua batang lidi kepada setiap orang dan Minjung menghulurkan bikar kecil untuk mereka jadikan sebagai mangkuk.

Mereka semua mula menyuapkan mi segera ke dalam mulut masing-masing. Tiada siapa yang bercakap, hanya bunyi slurpp slurpp sahaja yang memenuhi ruangan itu.

"Weh, makan dalam bikar ni sedap duh, feeling dia lain macam" kata Eunwoo.

"Iya duh, lain kali aku nak makan nasi dalam piring  petri lah pulak" sambung Jimin.

"Piring petri tu yang mana?" soal Chanyeol yang tidak berapa mengenali alat radas.

"Yang tu" jari jimin dihalakan ke arah gambar alat radas yang tertampal di dalam makmal itu.

"Weh, nanti bawa nasi pulak, kita makan dalam tu" kata Chanyeol kepada Eunwoo.

"Eh, jangan nak mengarut nanti tertangkap ni, nahas kita semua" kata Nayeon kepada mereka berdua.

Tiba-tiba pintu makmal sains itu dibuka dari luar membuatkan mereka semua serentak memandang ke arah pintu itu.

"Kamu semua buat apa ni?"

Alamak!

TBC

HSHS maaflah kalau chapter kali ni hambar dan cliche dan tak comel.

Tapi aku rasa comel. HAGAHAHA

Continue Reading

You'll Also Like

22.7K 4.5K 74
A D D I C T E D 2 : H I S B U T T E R F L I E S na jaemin fanfiction 15+ Because the devil need his queen Because the devil obsessed with his queen ...
42K 2.4K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
1K 295 40
"Hanya dirimu yang berhak... Memiliki kasih ini."
414K 15.5K 48
[IF I HAVE FREE TIME MAYBE I WILL UPDATE THIS STORY] [MAFIA] Start writing on wattpad when I was 13. Immature storyline alert ⚠️⚠️ Psiko? Dulu memang...