Silent Melody [✔️]

By arniey11

344K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 40

3K 283 20
By arniey11

"Boleh duduk sekali?"

Mata menatap lelaki yang tersenyum mengetuk meja ini. Ada pula dia ni dekat sini. Mana-mana aku pergi memang ada jer di datang. Letak GPS dekat aku ke apa ni?

"Mana aku pergi memang ada jer muka kau ya, Ian." Dia tersenyum lalu duduk di tempat Jason tadi.

"Mana ada. Ni pun kebetulan aku jumpa kau," dia tersengih.

Aku hanya dapat mengeluh sahaja dengan peragai lelaki itu. Entah-entah kalau aku pergi luar negara pun dia boleh kata kebetulan jumpa juga.

Tak tahulah apa yang lelaki ni pakai apa sampai tahu jer dekat mana aku berada.

Kertas yang ada di tangan aku tadi disimpan kembali ke dalam sampul surat.

"Kau masih cari ke pasal kes tu?" Soal Ian memandang surat tersebut.

Aku mengangguk perlahan. Sudah semestinya aku cari. Kes ini melibatkan nyawa seseorang yang amat aku sayangi. Kalau aku tak selesaikan kes ni hidup aku tidak akan pernah tenang buat selamanya.

Apatah lagi kalau aku tahu ini adalah kes pembunuhan bukannya kematian yang tidak disengajakan.

"Jadi Jason tadi tolong kau lah?" Kepala aku diangkat apabila dia menyebut nama Jason.

Seingat aku, aku tak pernah kenalkan Jason pada Ian tapi bagaimana dia kenal Jason.

"Kau kenal Jason?"

"Semua orang dekat dengan kau, aku kenal," dia tersenyum curiga.

"Ian, jawab betul-betul." Aku memandang serius terhadap lelaki ni. Entah kenapa aku dapat rasakan aura berbahaya dari lelaki ni.

"Okay, okay. Ya, aku kenal lelaki tu."

Susah aku mahu percayai. Aku yakin dia bukan setakat kenal tetapi lebih dari itu.

Mungkin aku sudah lama kenal dengan Ian tetapi banyak benda yang aku masih tidak tahu tentang lelaki ini. Senang cerita lelaki ini memang misteri.

Aku takut kalau satu hati nanti aku tersilap langkah dan boleh menyebabkan aku tahu benda yang tidak sepatutnya aku tahu.

"Macam mana kau kenal dia?" Soal aku.

"Tu aku tak nak beritahu. Tapi satu jer aku nak beritahu kau," nadanya bertukar serius.

Aku menengguk air liur aku. Tak tahu tetapi rasa macam benda yang dia akan beritahu nanti adalah sangat penting.

"Jason tu orang yang berbahaya. Kau jangan nak rapat sangat dengan dia. Kau tak tahu apa benda yang dia akan buat satu hari nanti."

Aku memandang serius ke arahnya. Jason adalah orang berbahaya? Kenapa pula?

Aku lihat dia baik sahaja dengan aku. Atau sebenarnya Jason itu ada dalam maksud dalam menolong aku. Aku tidak pasti semua itu.

Tapi bila kali pertama aku berjumpa dengan Jason memang pertemuan yang tidqk terduga. Pertemuan kami berdua seakan dia memang sudah tahu aku sedang cuba mencari jawapan misteri itu.

Dan dia datang untuk berkerjasama dengan aku supaya dia dapat bongkarkan misteri itu juga. Sebenarnya apa kena-mengena kes ini dengan dia?

Memang aku tidak faham.

"Kau dah lunch ke?" Tanya Ian. Aku menggelengkan kepala.

"Kalau macam tu lunch sekali dengan aku sahajalah. Aku pun belum lagi ni," ujar Ian lalu memanggil pelayan restoran ini.

Aku juga hanya mengikut sahaja Ian. Lagipun aku juga belum makan tengahari lagi. Sekurangnya ada juga peneman aku makan. Tidaklah aku makan seorang hari ini.

.
.
.
.
.

"Dah balik kau, Jason?" Soal seorang perempuan yang berdiri di hadapan mejanya sambil membawa cawan kopi.

Jason yang baru tiba dari restoran tadi hanya mengangguk. Meja yang berselerak itu dikemaskan. Sejak dia bekerjasama dengan gadis itu, kerjanya dalam menyelesaikan misteri kematian pesakit tersebut semakin senang.

Kalau dia tahu gadis itu sebijak itu dalam menyelesaikan misi ini sudah lama dia mahu berkejarsama dengannya. Tidak susah dia cari penyelesai sendiri.

Otak gadis itu sudah cukup bijak. Malah dia sendiri tidak terfikir akan cara kes pertukaran ubat tersebut.

"Kau masih lagi dengan kes tu?" Soal perempuan itu lagi. Matanya memandang longgokan kertas mengenai kes 18 tahun lepas.

"Ya. Kau fikir aku boleh lepaskan ke kes ni," jawab Jason.

"Kes tu dah 18 tahun berlalu. Kenapa kau nak sangat selesaikan kes tu? Sedangkan kau tahu pihak hospital kata dia pergi sebab tahap kesihatan dia tak berapa bagus." Wanita itu tidak faham akan rakan sekerjanya itu.

Sudah terang lagi bersuluh kes itu adalah disebab tahap kesihatan yang merosot. Lagipun pihak hospital sendiri yang berkata bergitu.

Jason duduk di kerusi kerjanya. Matanya memandang atap pejabat tersebut. Terfikir dia akan soalan tadi.

Kenapa?

"Mungkin sebab orang tu adalah orang yang aku kenal."

"Sebab tu jer?"

Lelaki itu mengangguk perlahan lalu berkata, "dan aku tahu dia pergi bukan sebab tu. Dia pergi sebab dirancang oleh seseorang."

Perempuan itu diam. Dia pasrah dengan sikap rakan sekerjanya yang tidak pernah mengalah akan kes tersebut.

Bukan baru tahun ini dia mulakan carian pasal kes tersebut tetapi sudah hampir 5 tahun. Lelaki itu tidak pernah mengalah walaupun sekali.

Dan tahun ini entah kenapa usaha lelaki itu kelihatan semakin membuah. Seperti dia sudah mendapat satu pertolongan dari seseorang.

"Aku harap kau bolehlah selesaikan kes tu," ujar perempuan tadi sebelum beredar dari situ.

Jason tersenyum lalu mengucapkan terima kasih di dalam hatinya. Sekurangnya dia dapat sokongan dari rakan sekerjanya.

Komputer di hadapan matanya dihidupkan. Satu fail ditekan lalu terkeluar semua maklumat yang dia dapat selama ini.

Dia menekan satu data yang menunjukkan biodata kes orang yang dia sedang selesaikan sekarang.

Amel Seville.

Nama orang tersebut tertulis besar di atas data dia. Sesungguhnya dia sangat kenal akan wanita ini.

Dan sebab itu jugalah dia mahu menyelesaikannya kes tersebut. Dia yakin wanita ini pergi bukan sebab tahap kesihatan yang merosot tetapi disebabkan kerja seseorang yang tidak berperikemanusiaan.

Lelaki itu mengeluh lalu menaip sesuatu di dalam komputernya. Bingkai gambar yang ada di atas meja itu diambil olehnya.

Itu adalah gambar dia ketika dia masih lagi di sebuah rumah anak yatim. Hidupnya ketika kecil dahulu sangatlah susah.

Ibu bapanya meninggal disebabkan kemalangan. Semua saudara dia tidak mahu mengambil dia sebagai anak angkat jadi dia hanya boleh ditempatkan di rumah tersebut.

Baginya hidup di rumah anak yatim tidaklah susah namun dia merasai kesunyian itu. Tetapi semua itu berakhir apabila dia berjumpa dengan wanita itu.

Wanita itu selalu datang ke rumah anak yatim tempat dia diami. Dia sangat baik sehinggakan semua orang di sana menyukai. Jadi tidak hairanlah kalau dia sangat sayangi wanita itu.

Jadi apabila dia mendengar berita bahawa wanita itu meninggal kerana melahirkan anak, dia sangat sedih.

Umurnya pada waktu itu masih lagi berbelasan dan wanita itu sudah dia tidak dapat berjumpa lagi.

Awalnya dia fikirkan wanita itu memang meninggal sebab melahirkan anak tetapi apabila dia lihat rekod kematian dia, dia perasan sesuatu yang sangat pelik.

Kematian wanita itu seperti sengaja ditutup oleh pihak hospital. Biasa apabila ada kematian di hospital, pihak hospital akan tulis laporan. Tetapi ini tidak.

Tidak ada laporan kematiannya. Memang sangat pelik. Dan dari situ juga dia tahu kematian wanita itu dirancang oleh seseorang.

"Kalau aunty masih hidup, aunty rasa siapa pembunuh tu?" Soalnya sambil mengusap bingkai gambar tersebut.

Dia tahu gambar tidak boleh bercakap. Namun perasaan rindu akan wanita itu memang terasa. Sudah 18 tahun sejak pertemuan terakhir dia bersama wanita tersebut.

Dan hampir satu tahun juga pertemuan dia bersama anak wanita itu yang dikatakan penyebab kematian dirinya.

Memang sungguh banyak kejadian sudah berlaku sejak hari itu. Semakin hari semakin banyak kepingan puzzles dia dapat jumpai.

"Jason, Roel panggil kau!" Jerit seorang rakan sekerja.

"Okay!" dia membalas.

Gambar tadi diletakkan semula lalu terus dia berjalan menuju ke bilik rakannya a.k.a boss dia juga.

Dihatinya kini sudah tekad mahu selesaikan kes tadi dengan bantuan gadis itu. Dia yakin kes ini dapat diselesaikan.

Okay, sini ada sapa-sapa tak faham hubungan Jason sama ibu Rechel tak? Kalau tak faham aku boleh beri korang fahamkan lagi.

Continue Reading

You'll Also Like

497K 29.9K 53
Mereka bersaing antara satu sama lain walaupun berada dalam bidang yang berbeza. Matlamat mereka hanya satu iaitu menjadi JUARA Everyone want to be...
908K 66.2K 85
BOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Tr...
373K 21.4K 41
Aku Alisa Natasya. Seorang gadis yang mempunyai perwatakan yang hodoh, bodoh, dungu, dan semua yang negatif untukku. Ya aku mengaku itu. Dan aku tida...
64.2K 8.8K 101
Kalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. **************...