Silent Melody [✔️]

By arniey11

353K 33.8K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 36

3.1K 324 12
By arniey11

"Ian, aku ambil telefon aku dulu. Kau tunggu aku depan rumah ya," ucap aku lalu berlari masuk ke dalam bilik.

Selepas selesai kami berdua berbual di taman bunga mawar aku tadi, seperti yang dirancang kami berdua akan keluar bersama hari ini.

Dan baru sahaja aku mahu keluar tadi, tiba aku teringat bahawa telefon pintar aku tiada. Nampaknya aku terpaksa naik semula ke dalam bilik aku.

Nasib sahaja hari Ian datang awal, kalau tak mesti aku akan tergesa hendak keluar dengannya.

Setelah selesai mengambil telefon tadi, aku terus berlari keluar dari rumah ini. Pintu dibuka dan tiba satu pandangan seseorang yang paling aku tidak suka hadir tepat di hadapan rumah.

Tadi pembantu rumah itu dan sekarang perempuan ini pula. Memang hari ini semua orang nak buat hati aku sakit ke.

Beth.

Itulah perempuan yang menyakitkan mata aku kini. Aku tak fahamlah kenapa dia suka datang ke sini? Sedangkan dia tidak ada apa-apa urusan tetapi tetap juga datang ke sini.

Sudahlah dia buat rumah ini seperti rumah dia. Suka hati dia sahaja arah pekerja rumah ini ikut arahannya seperti dia tuan rumah ini.

Sedangkan aku juga tidak pernah buat semua itu. Nanti bila ditentang dia akan sebut bahawa dia itu adalah saudara bapa aku.

Saudara sahaja bukannya anak pun. Aku yang anak tuan rumah ini pun tidak segedik dia. Memang aku tidak faham.

Sudahlah sekarang ni, boleh pula dia bercakap dengan Ian. Tersipu malu sikapnya ketika bercakap di hadapan Ian itu tetapi bila hadapan aku syaitan pun boleh kalah.

"Awak ni presiden hari tu kan. Awak buat apa sini? Cari saya ke?" Soal perempuan itu dengan nada gediknya.

Aku dapat lihat Ian sekatang sedang berusaha untuk bertahan dengan sikap perempuan itu. Mesti Ian fikir dia sedang berhadapan dengan Eva 2.0.

Nampaknya aku terpaksalah tolong sebelum aku menjadi mangsa mendengar bebelan Ian mati.

"Saya-" kata Ian terhenti.

"Tak ada makna dia nak cari kau!" Kata aku membuat dua orang itu menoleh ke arah aku.

Muka Ian tersenyum bila melihat aku tiba. Lega hatinya mungkin tak perlu berhadapan dengan Beth itu.

Manakala Beth pula menunjukkan muka tidak puas hatinya kepada aku. Pernah ke dia tunjuk muka senangnya kepada aku ini? Setiap kali berjumpa itu sahajalah ekspresinya.

"Kau! Kau buat apa sini?" Soal Beth. Bodoh ke apa tanya soalan itu.

"Rumah aku, memanglah aku ada sini," budak itu tersentak.

Sudah lupa ke yang ini rumah aku bukan rumah dia. Jadi aku nak ada ke tak itu pilihan aku, bukan dia.

"Tak, sekarang kau nak pergi mana dengan dia?" Soal Beth lagi.

Aku melihat perempuan itu. Tiba satu idea jahat terlintas di fikirkan aku. Sekali sekala kerjakan budak ni tak apakan.

"Aku nak pergi mana dengan dia? Hmm... Dating!" jawabku sambil tersenyum senin.

"Da-dating!"

"Kenapa? Salah ke?"

"Ka-kau!"

"Dah lah Ian. Jom pergi D.A.T.I.N.G!" Aku terus menarik tangan Ian pergi dari situ.

Dapat aku rasakan perempuan itu sekarang tengah berdengus geram terhadap aku. Senang sikit hati aku ini.

Tak adalah hari ini aku hanya sakit hati. Dapat juga aku senang sikit apabila melihat perempuan itu begitu.

"Kau ni memang savage buat dia macam tu," ujar Ian sambil tertawa.

"Lama juga aku tahan nak buat dia macam tu. Apa lagi bila tengok peragai gedik dia tu!" Aku tersenyum senin.

Untung Ian ni dapat tengok drama depan mata tadi. Sampai boleh tergelak pula sekarang. Ni kalau Claire tengok mesti dia tepuk tangan. Macamlah aku tak tahu peragai dia kalau nak uruskan orang macam tu. Memang syaitan boleh tunduk dengan dia.

Tapi aku mengakulah Claire teruk lagi dari aku. Ingat lagi aku kes ketika lawatan hari tu. Sempat dia berkerjasama dengan ahli ketua pelajar sana untuk membuang kawan dia tu.

Aku sendiri tak tahu dia ada rancangkan semua tu. Patutlah waktu tu dia sahut cabaran tu dia nampak tenang sahaja. Rupanya ada udang sebalik batu.

"Sudahlah ketawa kau tu. Sampai bila-bila memang tak sampai kita nanti," aku menyuruh Ian berhenti tertawa. Lawak sangat ke kejadian tadi sampai macam tu sekali?

"Baiklah, cik Rechel. Jom kita pergi D.A.T.I.N.G!" Balas Ian lalu kami memasuki keretanya dan bergerak pergi.

.
.
.
.
.

Mata Cruz tajam melihat kereta yang berhenti dihadapan ini bergerak pergi dari tingkap biliknya. Matanya bukanlah tertumpu pada kereta itu tetapi penumpang ketera itu iaitu Rechel, adik perempuannya.

Dia sudah melihat semua kejadian yang terjadi sebentar. Walaupun dia tidak dapat mendengar apa yang dikatakan oleh Rechel pada Beth tadi tetapi dia dapat rasakan bahawa Rechel mengatakan sesuatu yang teruk kepada Beth.

Dia dapat rasakan semua itu. Kalau tak kenapalah Beth itu kelihatan marah campur geram sahaja masuk ke dalam rumah ini tadi.

Sudah dari bilik ini sahaja dia sudah boleh dengar suara Beth mengarahkan pembantu rumah ini. Sejujurnya lelaki itu tidak sukakan Beth.

Baginya Beth itu hanyalah parasit di dalam rumah ini. Datang sahaja lalu membuat masalah seperti dia adalah tuan rumah ini. Tapi bila berhadapan dengannya, boleh pula tunjuk sikap gadis lemah lembutnya.

Macamlah dia tidak tahu bahawa Beth itu talam dua muka. Depan dia mungkin baik tapi belakang mengalahkan syaitan. Cruz sendiri tidak pernah mengarahkan pekerja rumah ini seperti dia sedangkan dia sudah membuat lebih dari tuan yang sebenar.

Memang perempuan tak sedar diri. Tapi apa boleh buat. Kalau dihalau nanti mulalah 1001 drama sedih dia.

Cruz mengeluh seorang diri di situ. Kakinya melangkah menuju ke meja belajar yang tidak jauh dari cermin tersebut.

Terdapat satu buku nota kecil di atas mejanya. Buku itu adalah buku milik Rechel. Baginya buku itu kelihatan sungguh misteri dengan tulisan yang tertulis.

Tulisan yang ditulis oleh Rechel seakan sedang memberi satu pesanan. Apatah lagi dengan satu tajuk besar di muka surat terakhir buku tersebut.

"Living in death."

Tulisan yang tertera itu membuat fikiran Cruz serabut apabila memikirkannya. Apa maksud semua itu?

Apa yang Rechel cuba sampaikan?

Pernah dia berfikir mahu bertanya tapi nanyi mesti Rechel tidak akan menjawab.

Dulu luka yang terdapat pada lengan Rechel membuat dia tidak senang duduk dan sekarang buku ini pula. Dia yakin sangat ada sesuatu yang adiknya itu sorokkan.

Hal itu sebab dia semalam sempat dengar Rechel bercakap di dalam biliknya seorang diri.

.
.

Flashback

.
.

"Aku tak nak tambah masalah, Emerline."

Tangan Cruz terhenti mahu mengetuk pintu bilik adiknya apabila mendengar suara Rechel sedang bercakap. Niatnya mahu memulangkan buku nota adiknya itu terhenti begitu sahaja.

"Cukup Emerline! Aku tak nak. Kau hanya akan tambahkan masalah."

Dia hairan dengan apa yang dia dnegari. Dengan siapa adiknya tengah bercakap itu.

Emerline?

Itu bukan nama tengah Rechel ke? Tak kan dia bercakap dengan diri dia sendiri. Dan apa maksud dia menambahkan masalah?

Percakapan itu seperti Rechel sedang memutus sesuatu keputusan. Tetapi apa?

"Emerline, memang aku bencikan keluarga ni. Tapi aku tak mahu timbulkan masalah. Biar aku keluar dari rumah ini dengan cara baik. Aku malas mahu risaukan hati ini lagi."

Keluar dari rumah ini!

Ayat itu membuat Cruz terkejut. Kenapa pula gadis itu mahu keluar dari rumah ini?

Mendengar perbualan itu memang membuat fikiran semakin serabut. Niatnya mahu memulangkan buku tadi terbatal. Dia tak tahu kenapa tetapi buku itu ada kaitan dengan apa yang dia dengar.

Ini bermaksud apa yang adiknya katakan tadi adalah benar dan dia mesti cari apa benda yang disorokkan oleh adiknya itu.

.

End of flashback

.

Bila dia teringat akan kejadian semalam memang membuat dia tertanya. Dia sangat yakin Rechel sedang bercakap seorang diri. Kalaulah dia bercakap dengan telefon, mustahil bunyi bercakap begitu.

Tetapi dengan siapa dia bercakap? Emerline?

Siapa Emerline? Tak kenal pula budak namanya Emerline kecuali nama Rechel sendiri.

Apa yang dia tahu, Emerline adalah nama tengah Rechel iaitu Rechel Emerline Asdarte.

Tak kan dia gelarkan dirinya Emerline sedang semua orang gelar dia Rechel. Cruz juga tidak pernah dengar gadis itu dipanggil Emerline.

Semua itu memang pelik. Lagi-lagi bila dia tahap ini. Nampaknya lelaki itu terpaksa membongkar semua ini.

Dia dapat rasakan kalau dia tidak tahu semua ini nanti satu benda buruk akan berlaku. Bukan pada diri tetapi adiknya, Rechel.

Disebabkan ada org dpt jawab soalan aku di mb tadi, jadi ini hadiah untuk dia dan korang yang baca karya aku.

Anyways, Ian dan Rechel pergi dating. Jom stalk mereka! HAHAHA!

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 124K 151
[Completed] Kisah cinta fantasi diantara si serigala, Aiden Lycans dan juga si gumiho, Eilya Eara. Aiden, The son of Lycans merupakan pemburu makhluk...
301K 12K 81
| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yan...
80.9K 8.8K 67
Suhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang ob...
2.9M 109K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...