Silent Melody [✔️]

By arniey11

343K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 34

3K 299 11
By arniey11

Pandangan aku dilontarkan di sebuah air pancut yang ada di hadapan aku. Kepala aku sekarang lagi serabut dengan semua yang telah terjadi.

Setelah pembantu rumah baru tu hadir di rumah itu, sungguh banyak masalah terjadi. Hari itu dia sentuh rak buku arwah ibu aku, dua hari lepas dia tak sengaja terpecahkan pasu bunga di hadapan bilik dan hari ini pula dia boleh pula tumpahkan air ke baju aku.

Disebabkan perempuan itu, aku lambat datang ke sekolah. Aku tak faham kenapa semua benda malang yang perempuan itu lakukan mesti akan menimpa aku juga.

Aku mahu buang perempuan itu, namun Mary kata perempuan itu tidak boleh dibuang kerana sekarang rumah itu kekurangan pekerja. Memang aku geram.

Perempuan itu seperti ingin mencari masalah dengan aku. Sudahlah sejak dua menjak ini, aku lihat dia seakan sengaja rapat dengan Arshen. Apa dia berfikir mahu menggoda abang aku?

Memang panas betul hati ini. Mahu sahaja mendidih darah dalam badan aku ini apabila mengingatkan muka gedik perempuan itu.

"Kau kenapa duduk sorang sini? Mana Claire?" Tiba suara Ian kedengaran.

Aku menoleh 30 darjah dan kelihatan Ian sudah pun duduk bersama dengan aku di bangku itu.

"Claire library," balas aku.

"Kau ada masalah ke?" Soal Ian. Nampaknya aku telah membuat dia risau lagi.

"Adalah sikit."

Ian mengeluh mendengar jawapan itu. Mesti dia tidak suka dengan jawapan aku tadi.

Bagi aku Ian ini terlalu risaukan aku. Tahap dia risau macam aku ini ahli keluarga dia. Walaupun kenyataan bukan. Hubungan kami hanyalah teman kecil yang rapat sahaja.

"Apa masalah kau?"

Aku diam seketika. Cerita atau tidak ya. Aku tak naklah tambah risau dia tapi aku tahu dia tidak akan berhenti selagi tak tahu masalah aku tu.

"Ada seorang maid baru ni. Sejak dia datang kerja dekat rumah aku tu, macam-macam masalah jadi dekat ku. Aku tak faham kenapa dia macam nak cari masalah dengan aku."

"Maid baru? Kenapa kau tak buang jer, macam maid hari tu?"

"Kalau aku dapat, dah lama aku campak dia keluar dari rumah tu. Tapi sekarang masalahnya tak dapat."

Aku mengeluh sendiri di situ mengenangkan nasib malang aku. Semakin hari semakin banyak masalah yang timbul.

Aku rasa kalau terus begini, memang boleh suruh Emerline keluar selesai masalah perempuan itu. Tapi nasib sahajalah aku masih boleh tahan.

"Emerline macam mana? Dia ada tak tunjuk nak ambil alih badan kau tak?" Aku menggelengkan kepala menjawab soalan tersebut.

"Aku cadangkan kau supaya kau tak perlu bertembung dengan maid tu lagi. Kau tak tahu apa yang akan dia lakukan lagi nanti. Kalau dia ada buat sesuatu yang kau tak suka lebih baik kau endahkan dan terus pergi. Cara tu lebih selamat supaya Emerline tak ambil alih badan kau," ujar Ian.

Aku tersenyum mendengar cadangan itu. Memang terbaik cadangan itu. Tidak sia-sia aju berkawan dengan orang seperti dia.

Mungkin aku akan cuba guna cara itu juga nanti. Lagipun niat aku memang tidak mahu berjumpa, malah mendengar suara perempuan itu di rumah itu juga aku tidak mahu. Lebih baik aku duduk berkurung di dalam bilik sahaja.

"Oh ya, mana nombor kau kata nak beri aku tu?" Aku baru teringat apabila Ian menyebutkan hal tersebut.

Beg yang aku letakkan dipangku aku dibuka. Buku nota kecil aku selalu ada dekat aku dicari.

Cari, cari dan cari, namun hasilnya tiada. Pelik aku. Mana tujunya buku tu?

Mungkin tertinggal di rumah. Telefon aku pula dibuka lalu aku membuka satu aplikasi nota. Satu nombor telefon yang pernah aku catat di sana diberikan kepada Ian.

Untung aku ingat untuk tulis di dalam telefon ini juga. Kalau tak mesti kena pukul kepala kerja Ian ini.

.
.
.

Time skip

Aku yang baru sahaja tiba daripada sekolah ini mengeluh sendiri. Baru tadi Ian kata jangan dekati perempuan itu, tapi malang menyebelahi aku.

Boleh pula perempuan terjatuhkan sampah yang sudah dia sapu di hadapan aku. Bila dimarah oleh Mary tadi, disalahkan pula aku. Katanya aku ni tiba-tiba sahaja masuk ke dalam rumah ini secara terkejut.

Aku ke yang salah. Selama ini pembantu rumah lain yang buat kerja tu tak pernah pula terkejut bila tengok aku masuk ke dalam rumah.

Lagipun jarak aku dengan dia memang jauh. Memang sah perempuan tu cuba cari masalah dengan aku. Dia cuba cabar kesabaran aku di dalam rumah ini dan seterusnya minta simpati dengan abang aku.

Dasar perempuan murahan. Sudah salah masih lagi mahukan simpati. Memang bodoh!

"Kalau kau benci perempuan tu, kenapa kau tak balas balik sahaja benda yang dia lakukan." Suara Emerline kedengaran.

Mesti sebab aku terlalu tertekan memikirkan hal tadi sehingga membuat Emerline bertindak begini.

"Aku tak nak tambah masalah, Emerline," balas aku.

Cermin yang berada di hadapan aku memantulkan diri ini. Aku seperti dapat lihat diri Emerline di dalam cermin itu.

Wajah yang sama tetapi sikap dan personaliti yang berbeza. Dia tersenyum jahat, aku hanya duduk diam.

"Kau terlalu lembut, Rechel. Perempuan macam tu kalau tak diajar dia akan terus buat benda yang sama. Kau kena suruh aku ajar dia!"

"Cukup Emerline! Aku tak nak. Kau hanya akan tambahkan masalah."

"Aku tak pernah tambahkan masalah kau. Aku hanya tolong kau keluar dari kesengsaraan kau. Kau benci keluarga ni bukan?" Pantulan aku dicermin tersenyum jahat.

Memang ini personaliti aku kedua? Kenapa agaknya aku terlalu kejam sehingga Emerline begini?

Sudah lama Emerline hidup di dalam badan ini. Dan semakin hari semakin dia cuba untuk mengambil alih badan ini.

Aku tidak mahu tetapi kenapa Emerline begini. Doktor kata DID ini wujud untuk selamatkan kita, namun kenapa Emerline bertindak bergitu kejam.

Aku masih tidak lupa apa yang telah Emerline lakukan pada Eva tempoh hari. Perkara dia lakukan sungguh kejam sehingga Eva takut bertembung mata dengan aku lagi.

Doktor juga ada kata DID ini muncul kerana kemahuan diri ini juga. Apa aku memang mahu membuat Eva begitu dan semua yang terjadi kerana keinginan aku.

Aku tidak mengerti.

"Emerline, memang aku bencikan keluarga ni. Tapi aku tak mahu timbulkan masalah. Biar aku keluar dari rumah ini dengan cara baik. Aku malas mahu risaukan hati ini lagi," keluh aku sendiri.

"Itu memang kau, Rechel. Tapi ingat, aku adalah kau. Kita adalah dua manusia yang sama. Kau mungkin boleh tipu semua orang tapi bukan aku. Aku dapat tahu semua yang kau rasakan dalam diri kau. Jadi aku tahu bila kau perlukan aku. Hanya aku seorang sahaja boleh tolong kau."

Suara itu terus menghilang. Pantulan Emerline di cermin sudah bertukar ke pantulan aku semula.

Kadang-kala aku takut akan nasihat Emerline. Bagi aku itu bukan nasihat tetapi amaran kepada aku untuk dia ambil alih diri ini.

Memang betul kata dia bahawa kami berdua adalah sama. Tapi aku tidak mahu dia ada di dalam diri ini.

Sejak dia datang, semakin bertambah masalah aku. Dulu aku hanya perlu sorokkan bahawa aku ini ada despresi tetapi sekarang aku kena sorokkan dia pula dari pengetahuan keluarga ini.

Aku takut satu hari nanti dia akan muncul di hadapan keluarga aku dan membuat masalah lagi. Kalau benda ini terjadi, aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan pula.

Jadi sekarang aku hanya boleh mengawal dia dan berharap semua itu tidak akan berlaku.

Jane tu kan memang *bib*.

Aku tak pernah jumpa maid seteruk perempuan tu.

Continue Reading

You'll Also Like

497K 29.9K 53
Mereka bersaing antara satu sama lain walaupun berada dalam bidang yang berbeza. Matlamat mereka hanya satu iaitu menjadi JUARA Everyone want to be...
908K 66.2K 85
BOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Tr...
373K 21.4K 41
Aku Alisa Natasya. Seorang gadis yang mempunyai perwatakan yang hodoh, bodoh, dungu, dan semua yang negatif untukku. Ya aku mengaku itu. Dan aku tida...
73.5K 1.4K 8
Diterbitkan di bawah publisher Fajar Pakeer sempena PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2023. Perlawanan seterusnya bakal bermula...