Silent Melody [✔️]

By arniey11

343K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 33

2.9K 308 39
By arniey11

Arshen memandang kepergian adik perempuannya dari bilik tersebut. Dia tahu adiknya tengah marah namun apa dilakukan oleh gadis itu juga salah.

Terkejut juga dia apabila terdengar suara adiknya seakan mengherdik kepada seseorang tadi.

Jarang bagi dia melihat gadis itu untuk mengeluarkan perasaan lain selain perasaan suramnya. Jadi memang terkejut juga bila dia lihat Rechel marah akan pembantu rumah ini.

Dan apa yang lebih mengejutkan, budak itu sudah mula menggunakan kekerasan. Apa dia sangat marah hanya disebabkan rak itu disentuh?

Arshen memang tidak faham situasi adiknya yang begitu marahkan perempuan ini. Dan satu lagi, siapa pula perempuan ni. Tak pernah lihat muka dia dalam kalangan pembantu rumah.

"Maafkan tuan Arshen. Saya tak sangka salah saya boleh buat cik Rechel marah macam tu sekali. Saya memang minta maaf," ucap perempuan ini.

Arshen hanya memandang sekilas sahaja perempuan itu. Tidak berminat mahu ambil tahu. Dia lebih nak tahu kenapa Rechel boleh marah begitu sekali.

"Tuan, saya bukan apa. Saya memang tak sengaja sentuh rak tu. Saya lihat rak tu tak terurus, jadi saya susun sikit. Tapi tak sangka pula Cik Rechel boleh tampar saya hanya sebab tu," dia membuat muka kesiannya.

"Kau boleh pergi," ujar Arshen dengan dingin.

"Ta-tapi tuan, saya-"

"Kamu boleh pergi sambung buat kerja kamu Jane," Mary mengarahlan perempuan itu pula.

Jane dengan geramnya memandang wanita 40an itu. Baru sahaja dia mendapat peluang untuk bercakap dengan lelaki itu, wanita itu sudah mengacau.

Dengan diri yang sedikit geram itu, dia pergi meninggalkan tempat. Arshen pula tidak menghiraukan perempuan itu. Hanya dibiarkan sahaja.

"Tuan, saya harap tuan janganlah marah cik Rechel. Dia ada sebab kenapa dia boleh marah begitu," ujar Mary cuba memujuk tuannya untuk tidak memarahi Rechel.

Sebenarnya dia tidak marah pun pada Rechel. Dia cuma terkejut melihat Rechel yang marah sampai begitu.

"Ada sebab? Apa sebab dia?" Soal Arshen.

Mary mengeluh kecil. Matanya memandang ke arah rak buku tadi. Datang sedikit memori silam di fikirannya.

"Rak itu adalah rak buku kegemaran puan Amel. Cik Rechel selalu jaga buku di rak tu dan tak pernah ubah kedudukan buku di rak tersebut dari dulu. Bagi dia rak buku tu antara peninggalan puan Amel kepadanya. Jadi dia sangat marah apabila ada orang sentuh rak tu," jelas Mary dengan nada sayu.

Dan pada ketika itu Arshen baru sedar apa yang telah dia lakukan. Dia lupa itu adalah rak buku peninggalan arwah ibunya.

Seketika dahulu, dia selalu datang ke sini untuk belajar. Namun setelah dia tamat belajar dan sibuk dengan syarikat bapanya, dia sudah mula melupakan tempat ini.

Jadi maknanya tadi yang salah adalah perempuan itu. Rechel berhak untuk merah sebegitu. Jikalau dia tahu, mungkin dia tidak akan hentikan Rechel begitu.

Dia tahu bahawa Rechel tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu dan sebab itu juga tempat ini amat istimewa untuk Rechel.

Malah tempat ini adalah tempat arwah ibunya banyak meluangkan waktu ketika masih hidup dahulu.

Memang sedih bila diingatkan. Lagi sedih apabila dia mula sedar dirinya dan Rechel sangat berbeza. Dia dapat merasai kasih sayang seorang ibu, manakala Rechel tidak.

Malah Rechel menghadapi tantangan yang sangat teruk sejak dia lahir di dunia ini. Kalaulah semua itu tidak terjadi mesti gadis itu dapat hidup di kehidupan yang dia inginkan.

"Kalau sudah tidak apa-apa, saya minta diri dulu tuan." Ujar Mary meminta diri pergi dari situ.

"Mary, tolong hukum perempuan tadi," pinta Arshen sebelum Mary beransur pergi.

Arshen mengeluh seorang diri di situ. Dia baru sahaja balik dari kerjanya dan sekarang semua ini pula terjadi.

Memang memenatkan. Lagi penat bila dia bergaduh sekali lagi dengan adiknya akibat salam faham yang berlaku.

Kaki lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Rak yang dikatakan tadi dipandang olehnya. Betul kata Rechel bahawa ada papan tanda mengatakan tidak boleh sentuh rak ini.

Jadi memang sah bahawa perempuan tadi yang salah. Agak-agaknya kenapa perempuan itu sibuk nak sentuh rak ini. Seingat dia, rak ini tidak pernah tak teratur. Apatah lagi bila Rechel yang selalu gunakan bilik tersebut.

Perempuan itu seperti ada maksud lain atas kerja ini. Entah apa yang perempuan itu rancangkan.

Mata Arshen memandang ke arah satu buku di rak tersebut. Buku yang agak tebal dan berkulit merah. Tangan dia diangkat lalu dia mengambil buku tersebut.

"Servant of Evil"

Itulah tajuk buku tersebut. Ingat dia, dulu ibunya amat meminati karya ini. Kata ibunya dahulu, orang yang menulis karya ini seperti pernah merasai situasi yang berlaku di dalam cerita ini.

Jalan cerita yang seakan benar dan dapat menyentuh hati para pembaca. Pengkarya buku ini juga adalah salah seorang kenalan ibunya dahulu. Tapi dia tidak mengenali siapakah orang tersebut.

Buku itu dibuka lalu dia membaca sekilas. Lelaki itu sudah membaca karya itu, jadi dia ingat semua jalan ceritanya.

Buku itu mengisahkan seorang lelaki yang agak malang hidupnya. Ditindas oleh keluarga, rakan dan orang sekelilingnya, namun dia tidak boleh bersuara. Suaranya dikunci ketat untuk terus diam. Lalu sebab itu juga lelaki itu menjadi sungguh kejam apabila dia meningkat dewasa.

Lelaki itu adalah watak utama namun dia bukan protagonis, dia adalah antagonis. Disebabkan memori silam yang amat pedih, hatinya mula hitam untuk menerima semua kebaikan seseorang sehingga dia sanggup berkelakuan kejam.

Penamat cerita ini memang sedih apabila lelaki itu meninggal kerana perbuatannya sendiri. Tetapi ramai pembaca yang suka kerana lelaki itu terlalu kejam terhadap orang lain.

Bagi Arshen, dia tidak setuju dengan penamatan begitu. Lelaki itu tidak salah tetapi memori silamnya yang salah. Kalaulah memori silamnya tidak begitu, sudah semestinya dia tidak akan jadi begitu.

"Kau buat apa sini?" Tiba satu suara menegurnya.

Arshen menoleh dan kelihatan Cruz berdiri menyandar di pintu bilik ini. Lihat daripada pakaian dia, seperti dia baru balik dari kerja juga.

"Tak ada apa-apa, saja nak tengok tempat ni," balas Arshen.

Cruz mengangkat keningnya. Susah mahu dipercayai abangnya itu. Mustahil untuk Arshen datang ke situ tanpa ada apa-apa terjadi.

Apatah lagi ini adalah tempat yang Rechel selalu gunakan. Mesti ada apa-apa yang terjadi antara dia dan Rechel.

"Itu bukan buku yang mama suka baca tu ke?" Cruz berjalan mendekati Arshen. Matanya memandang buku berwarna merah di tangan Arshen.

"Ya, aku terfikir nak baca balik buku ni," Arshen menutup buku tadi lalu ditunjukkan kepada Cruz.

Cruz pila hanya diam memandang buku tersebut. Dia juga pernah membaca buku itu dan tak sangka masih ada lagi buku tersebut di dalam bilik ini. Kulitnya juga masih bagus tidak seperti buku yang ditinggalkan selama 19 tahun ini.

Mata Cruz seterusnya menjeling ke arah meja yang tidak jauh dari mereka. Terdapat satu buku kecil seakan nota seharian seseorang.

"Ni buku siapa?" Soalnya sambil mengambil buku nota bersaiz tapak tangannya.

"Entah, buku tu memang sudah ada sejak tadi," jawab Arshen.

Cruz tanpa berfikir terus membuka buku tersebut. Terpapar nama pemilik buku itu. Rupanya itu adalah buku Rechel, adik mereka.

Mesti gadis itu terlupa buku tersebut apabila keluar dari bilik itu tadi. Siapa sahaja akan ingat bila marah menghantui diri itu.

Kertas di dalam buku itu diselak. Namun kosong. Tidak tercatat apa-apa. Apa guna buku ini kalau tidak dicatat apa-apa di dalamnya.

Cruz menyelak lagi sehinggalah hampir ke muka surat terakhir. Di situ terdapat beberapa tulisan. Cruz berasa pelik dengan buku tersebut.

Tulisan memang tulisan tetapi ini seakan contengan ketika marah sahaja. Hampir keseluruhan muka surat di akhir buku ini penuh dengan contengan marah seseorang.

Cruz menyelak lagi buku itu sampailah muka surat terakhir. Terkejut dia melihat ada satu tulisan besar seakan tajuk buku ini.

"Living In Death"


Kalau korang nak tahu cerita the death cure tu, sebenar cerita yang aku pernah fikir nak buat. Cuma tak nak publish jer sebab tak ada idea.

Tapi kalau aku ada idea nanti, mungkin aku akaj sambunh cerita tu.

Continue Reading

You'll Also Like

61.1K 4.3K 53
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
853K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
53.5K 4.4K 54
Book 2 of fantasy series. [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] Setelah keamanan menguasai Wonderland, dunia perlahan-l...
64.1K 8.8K 101
Kalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. **************...