Silent Melody [✔️]

By arniey11

343K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 32

3K 307 21
By arniey11

Kaki aku melangkah menuju ke bilik membaca yang terdapat di dalam rumah ini.

Rumah ini sebenarnya mempunyai 2 bilik membaca dan bilik yang aku hendak perrgi adalah bilik membaca arwah ibu aku.

Bilik itu adalah tempat aku selalu habiskan masa selain daripada bilik tidur aku.

Di dalam bilik itu terdapat banyak buku milik arwah ibu aku yang merupakan penulis novel. Dan disebab itu jugalah aku suka membaca buku.

Arwah ibu aku seorang penulis novel yang sangat terkenal satu ketika dahulu. Hampir semua novel buatannya terlaris dijual.

Aku juga pernah membaca novel buatan namun tidak faham kenapa dia suka masukkan konsep keluarga. Setiap karya yang dia tulis mesti akan mengajar tentang keluarga.

Aku tidak faham semua itu. Apa dia menginginkan sebuah keluarga yang bahagia?

Atau mungkin dia mahu menyampai satu pesanan yang aku masih tidak dapat ungkapkan.

Aku tidak tahu. Apa yang aku tahu adalah karya dia memang terbaik. Sangat terbaik.

Kadang-kala aku terdetak dengan penulisnya yang menyentuh hati. Kalaulah dia tidak pergi, mungkin lebih banyak penulis yang dapat menyentuh hati terhasil di dunia.

Terasa amat bersalah.

Aku mengeluh kecil di dalam hati. Mata aku memandang ke luar tingkap yang ada di laluan ini. Dapat aku lihat taman bunga mawar yang ada di hadapan rumah ini mekar dengan bunganya.

Setelah selesai termenung seketika aku berjalan kembali ke bilik membaca tadi. Dalam perjalanan itu tiba aku terserempak dengan pembantu rumah baru itu.

Apa dia buat sini?

Seingat aku di laluan ini hanya bilik membaca itu sahaja. Tugas untuk membersih bilik itu diberikan kepada dia ke? Bukan sepatutnya orang lain ke?

Aku mengendahkan semua itu dan hanya terus berjalan. Sempat aku menjeling ke arahnya sebelum aku berhenti di hadapan pintu bilik tersebut.

Pintu tersebut dibuka lalu aku terus masuk. Seperti biasa, kawasan dalam bilik ini memang besar. Sudah jadi hobi arwah ibu aku membaca buku dan sebab itu bilik ini besar.

Meja yang ada di tengah bilik ini didekati oleh aku. Buku nota yang aku selalu bawa bersama diletakkan di atas meja lalu aku berjalan menuju ke rak buku.

Dan tiba mata aku terbeliak besar memandang rak buku tersebut.

"Mary!" Jerit aku dengan nada yang marah.

Mata aku memandang rak buku yang aku perasan perubahannya. Siapa yang lakukan semua ini?

Bukan aku sudah kata, jangan sentuh rak buku ini kalau hendak mengemas bilik ini.

"Ya, cik." Mary akhirnya tiba.

Mata aku memandang tajam wanita itu. Muka wanita itu kelihatan seperti takut akan sesuatu.

"Siapa yang bersihkan bilik?" Soal aku.

"Hari ini sepatutnya Amy tetapi sudah diambil oleh Jane sebab Amy sakit."

"Panggil perempuan tu sekarang," arah aku dengan marah.

Mary yang mendengar arahan tadi terus berjalan untuk berjumpa dengan pembantu rumah tersebut. 

Hati aku sangat panas sekarang. Berani perempuan tu sentuh rak buku ini.

Apa dia mahu berhenti kerja awal?

Apa dia tidak tahu bahawa rak buku ini tidak boleh disentuh kecuali aku. Kalau dia tidak tahu itu mustahil kerana sudah terang-terang aku lekat papan tanda 'jangan sentuh' dekat rak ini.

Tak kan buta huruf pula tak pandai baca. Ini kalau orang tua umur 60an pun pandai baca.

"Ya cik, cari saya." Akhir perenpuan itu tiba.

Mata aku menatap tajam muka yang kelihatan tidak bersalah itu.

"Kau ke yang kemas bilik ni?" Soal aku.

"Ya, saya. Kenapa ya cik?"

Aku mengetap gigi aku. Kaki aku berjalan mendekati perempuan tadi. Dan satu tamparan tepat di pipinya di hadiahkan oleh aku tanpa rasa bersalah.

"Kenapa kau sentuh rak tu!" Marah aku.

Perempuan yang masih memegang pipinya akibat sakit hanya terkejut dengan apa yang berlaku. Mary yang ada di belakang perempuan itu pun terkejut dengan kelakuan aku.

"Sa-saya hanya nak kemas buku di rak itu sahaja," semakin sakit hati aku mendengar jawapan dia.

"Kau kemas! Kau dapat baca tak benda tu," tangan aku menunjuk ke arah papan tanda yang aku lekatkan di rak buku tersebut.

"Sa-saya dapat."

"Dah tu kenapa kau kemas rak buku tu!"

"Saya tengok buku tu tak teratur cik. Sebab tu saya kemas."

Aku menggenggam tangan aku. Geram bertambah marah. Aku berjalan mendekati perempuan itu lalu aku tolak dia.

"Cik muda," Mary cuba memberhentikan aku.

Perempuan tadi pula dengan muka kesian melihat aku yang sudah naik darah ini.

"Kemas kau kata! Kemas apa semua tu. Semua tak ikut susunan yang betul. Ke kau dah tak ada mata nak tengok yang mana betul!" herdik aku.

Sungguh aku sangat marah.

"Cik muda, saya-"

"Aku kata dekat situ jangan sentuh, jadi kau jangan nak berlagak sentuh benda tu! Kau tak faham bahasa ke?"

Nafas aku naik turun, naik turun sahaja apabila berada di situasi ini. Hati ini sungguh panas.

Muka perempuan ini memang aku akan ingat sebagai muka yang mencari masalah dengan aku.

"Tapi saya hanya nak kemas sahaja."

Hati aku semakin panas. Baju perempuan itu ditarik dan tangan aku sedia untuk aku hadiahkan di pipinya lagi.

Namun terhenti apabila ada satu tangan aku tangah aku daripada menamparnya. Aku melihat gerangan manusia tersebut.

Dan yang membuat aku terkejut, Arshen adalah orang tersebut. Sejak bila dia ada sini?

"Apa kau buat ni?" Mata dia memandang tajam ke arah aku.

Aku tidak menjawab jawab soalan itu dan hanya melepaskan tangan aku yang menarik baju perempuan tadi.

"Tuan, sebenarnya saya tadi ditugaskan untuk kemas bilik ni, tapi saya tersalah buat, jadi cik Rechel marah pada saya." Perempuan itu cuba mendapat simpati abang aku.

Memang licik perempuan ini. Sudah buat salah tetapi masih mahu mendapat simpati orang.

"Apa yang kau buat salah?"

"Sa-saya sentuh rak itu tuan," suaranya seakan takut sambil menunjuk ke arah rak buku tadi.

Aku hanya bersabar dengan lakonan perempuan itu. Kalau aku boleh koyak mulut perempuan itu, sudah lama aku lakukan.

"Dia sentuh rak tu jer, kenapa kau sampai nak tampar dia?" Mata aku menjeling tajam ke arah Arshen yang menanyakan aku soalan tersebut.

"Tuan, sebernanya-" kata Mary terpotong akibat aku.

"Salah ke? Dekat situ sudah terang-terang kata jangan sentuh. Tapi perempuan ni dengan berlagak sentuh dan ubah susunan buku sana," balas aku.

"Hanya sebab tu jer. Kenapa kau nak heboh-hebohkan sangat hal ni?" Nadanya seakan marah akan aku.

Aku tertawa kecil. Nampaknya dia sudah lupa itu rak siapa dan kenapa rak itu aku kata jangan sentuh.

"Jadi sini Rechel yang bersalah. Walaupun perempuan ni yang mula dulu benda ni."

"Rechel! Kau sudah melampau sangat. Minta maaf pada dia sekarang."

Aku tersenyum senin. Lawak betul. Aku ke yang patut minta maaf sekarang.

"Rechel tak akan minta maaf pada perempuan yang tak mengaku kesalahan dia," ujar aku sebelum aku beredar dari bilik itu.

Malas aku mahu berhadapan dengan orang toksik seperti mereka itu. Perempuan itu juga, macamlah aku tak tahu dia tersenyum bila Arshen memarahi aku tadi.

Nampaknya perempuan itu memang mencabar aku. Muka itu aku akan ingat sampai bila-bila.

Perempuan tu memang ....! Tak nak aku cakap. Sakit hati nanti.

Arshen juga satu tak siasat terus nak marah Rechel. Kesian pula aku.

Continue Reading

You'll Also Like

165K 16.7K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...
192K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
181K 19.4K 90
#RANKED 1 in VIP 28/3/2019 #RANKED 1 in TOP 6/4/2019 #RANKED 1 in Gengster 11/4/2019 #RANKED 1 in sabahanWriters 16/4/2019 #RANKED 1 in Top 6/6/2019 ...