Silent Melody [✔️]

By arniey11

343K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 30

3K 302 7
By arniey11

Mata aku terkelip-kelip memandang loker aku yang kosong ini. Mana beg violin aku?

Bukan sepatutnya ada sini ke?

Tapi sekarang loker kosong. Sunyi yang tidak berpenghuni. Ke mana perginya beg aku.

Nak kata aku letak dekat meja, tak ada. Letak dekat loker pun tak ada. Tak kan hilang pula!

Hati aku seakan mahu menanggis sahaja sekarang. Violin aku itu sudahlah mahal. Bukannya murah nak beli.

Memang menanggis tak bersuara aku sekarang. Rasa macam nak humban sahaja diri ini di dalam loker ini. Kenapalah boleh jadi macam ni?

"Kau ni dah kenapa? Tak nak pergi kelas ke?" Claire menegur aku.

Aku memandang Claire dengan muka kesian aku. Harap untuk mendapat simpati dia.

"Claire... Violin aku tak ada..." nada sedih aku keluar.

"Tak ada? Kau tak lupa ke?"

Tiba kepala aku teringat akan kejadian pagi tadi. Seingat aku, aku ada letakkan beg itu di lantai apabila bertengkar dengan abang aku.

Tak kan lah aku lupa nak ambil balik.

"Aku lupa!" jerit aku perlahan.

"Dah lupa tu, ambil lah. Kau tinggal dekat asrama kan."

"Aku belum beritahu kau ya. Aku dah tak tinggal asrama lagi. Aku tinggal luar macam kau," aku teringat bahawa aku belum menceritakan hal itu lagi pada Claire.

Ini jugalah sebab kenapa aku tak suka tinggal luar. Kalau lupa barang, memang mustahillah nak ambil. Rumah aku bukan sedekat asrama depan sekolah ni.

"Kalau macam tu kau pinjamlah sekolah punya dulu," Claire memberi cadangan.

"Sekolah punya aku nak pinjam, memang tak lah. Kau tak tahu macam mana teruknya sekolah ni punya alat muzik. Entah-entah violin yang aku pinjam nanti ada yang sudah putus string," lemah diri ini apabila mendengar alat muzik sekolah ini.

Memang patut pun alat muzik sekolah ini hancur begitu kalau dapat pengetua tak amanah seperti sekarang.

Kalau sekolah lain mesti sudah ganti alat muzik dia. Sedangkan sekolah ini, 10 tahun dia muncul belum pasti alat muzik dia akan diganti.

"Dah tu macam mana sekarang?"

"Terpaksalah aku serah diri hari ni dengan cikgu singa tu," kata aku dengan nada yang sungguh sedih.

Aku berjalan menuju ke tempat duduk aku. Beberapa minit lagi cikgu singa itu akan datang dan dalam beberapa minit itulah aku harus mengenangkan telinga ini yang akan mendengar berpuluh ribu bebelan dia.

Kepala aku direbahkan di atas meja. Sakit kepala ini apabila teringat semya benda tang terjadi pada aku hari ini.

Aku baru hari pertama aku tinggal di rumah itu, sudah banyak benda malang berlaku. Belum lagi selepas ini. Sudahlah aku masih ada dua semester lagi nak habis sekolah.

Dan dua semester itu entah apa lagi yang akan terjadi. Tidak hairanlah nanti kepala aku tumbuh rambut putih sebab tertekan.

Aku mengeluh seorang diri di sana. Mata aku melihat Claire yang bermain telefon di sebelah aku sementara menunggu cikgu masuk.

Seingat aku Claire ini sama seperti aku. Tinggal di luar tetapi dia datang sini guna kereta. Mungkin aku boleh guna kereta aku juga kalau nak turun sekolah.

Aku ada lesen kereta cuma aku punya malas hendak pandu kereta itu sampai syaitan pun rasanya boleh tepuk tangan. Lagi pun aku tak nak menunjuk sangat.

Rasanya hampir satu sekolah ini tidak tahu aku datang dari keluarga Astrade iaitu keluarga kaya dalam dunia perniagaan. Jadi kalau aku tiba bawa kereta itu mungkin boleh terbongkar identiti aku.

Lagipun aku tak nak semua orang tahu. Biar mereka anggap aku sama taraf dengan mereka. Aku tak suka dipandang tinggi oleh mereka.

"Claire aku terfikir, kalau rancangan kau tu dah berjaya, kau pindah sekolah lama kau lagi ke?" Soal aku menghilangkan kebosanan diri ini.

Claire yang sibuk bermain telefon tadi berhenti. Riak mukanya seperti sedang berfikir.

"Tak kot. Tak lama lagikan sem akhir. Jadi aku fikir aku nak habiskan study aku sini je."

Aku tersenyum gembira. Tidak percaya apa yang dikatakan oleh Claire.

Hampir aku ingat Claire akan balik ke sekolah lamanya apabila dia berjaya merampas sekolah ini. Nampaknya satu-satunya kawan perempuan yang paling aku sayang tidak tinggalkan aku.

Rasa hendak bersorak kegembiraan sahaja sekarang.

"Aku ingat kata kau Claire. Kalau kau pindah, rambut panjang kau ni aku potong sampai pendek," ujar aku seakan memberi amaran kepada rambut Claire yang diikat ekor kuda ini.

"Sebelum kau potong rambut aku, kepala kau aku botakkan dahulu."

Aku tergelak kecil mendengar kata Claire itu. Ada ke nak botakkan kepala aku ni. Tahulah rambut aku pendek, tapi tak perlulah nak botakkan kepala ni.

Memang lawaklah gadis ini. Tak sia-sia aku kawan dengan dia walaupun peragai lebih kurang kejam macam syaitan.

"Rechel, ada orang nak jumpa kau!" Jerit seseorang yang berada di pintu hadapan sekolah.

Aku memandang pelik ke arah perempuan yang bercakap tadi. Ian ke nak jumpa aku?

Kalau Ian mesti mereka tahu, tak adalah mereka juga perkataan 'orang'.

Siapa pula nak jumpa aku?

Aku berdiri dari duduk aku lalu berjalan ke hadapan. Dapat aku lihat beberapa pelajar perempuan kelas ini seperti memandang ke luar kelas dengan pandangan yang terpukau.

Entah apa yang mereka terpukau sangat tu. Ada bomoh ke luar kelas ni? Sampai boleh terpukau.

Kaki aku melangkah keluar dari kelas ini dan tiba satu sosok yang amat aku tidak mahu jumpai berdiri tegak di hadapan kelas aku. Jangan cakap mereka terpukau sebab sosok ini.

"Buat apa datang sini?" Soal aku dengan dingin. Pintu tadi ditutup tidak mahu ada orang mendengar percakapan kami berdua.

"Aku nak bagi ni," satu beg dihulurkan kepada aku.

Aku memandang tajam beg tersebut. Itu bukan beg violin aku ke? Tak kanlah lelaki ini datang sini hanya nak hantar beg ini sahaja.

"Nak ke tak nak beg ni?" Lelaki menyoal.

Aku menatap tajam muka lelaki ini atau boleh aku panggil abang pertama aku, Arshen. Tidak tahu apa motif dia datang hantar beg ni.

Beberapa saat kemudian, aku mengambil beg tersebut lalu berjalan masuk ke dalam kelas.

"Kejap!" Langkah aku terhenti.

Sekali lagu aku menoleh ke arah lelaki tadi. Kelihatan lelaki itu seperti sedang mengambil sesuatu dari poketnya.

"Kau balik bawa kereta aku ni. Albert tak ada hari ini. Dia hantar papa kerja luar bandar," satu kunci kereta dihulurkan ke arah aku.

Aku berfikir sejenak. Kalau dia bawa kereta dan beri kuncinya kepada aku, jadi macam mana dia nak balik pula.

Ke dia ni ada motif lain lagi. Jangan fikir pagi tadi aku tolak dia, dia boleh paksa aku pula.

"Ambillah! Ke kau nak tumpang aku balik ni."

Aku terus mengambil kunci tersebut. Lebih rela aku bawa kereta dari duduk sekereta dengannya.

Pintu kelas dibuka lalu aku masuk kembali. Sempat aku menjeling ke arah lelaki itu. Seperti biasa hanya muka yang serius sahaja dia hadiahkan kepada aku.

Bukan tak biasa, malah terlalu biasa. Pernah ke dia senyum kepada aku? Rasanya tak.

Satu keluarga aku tak pernah senyum kepada diri ini. Apatah lagi nak layan aku. Memang tak lah!

Yang mereka tahu, aku masih bernafas di bumi ini dan tidak hancur nama keluarga itu pun sudah memadai.

Aku tak salahkan mereka. Memang betul pun cara mereka melayan aku seperti itu. Malah aku tidak kisah kerana tidak lama lagi aku akan keluar dari rumah itu.

Tak tahulah aku nak cakap apa sekarang...

Continue Reading

You'll Also Like

53.5K 4.4K 54
Book 2 of fantasy series. [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] Setelah keamanan menguasai Wonderland, dunia perlahan-l...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
242K 15.8K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
26.8K 1.1K 57
Seorang gadis bernama luna yg tinggal di bersama keluarganya malah tragedi kematian berlaku di atas ibubapa luna mempunyai 5 orang adik beradik luna...