• banana milk • yoon jaehyuk

By xxybaexx

29.7K 5.3K 4.9K

[Completed] Aku tahu memang aku tak tahu malu sebab bergaduh dengan seorang lelaki kerana sebotol banana mil... More

× 1 ×
× 2 ×
× 3 ×
× 4 ×
× 5 ×
× 6 ×
× 7 ×
× 8 ×
× 9 ×
× 10 ×
× 11 ×
× 12 ×
× 13 ×
× 14 ×
× 15 ×
× 16 ×
× 17 ×
× 18 ×
× 19 ×
× 20 ×
× 21 ×
× 22 ×
× 24 ×
× 25 ×
× 26 ×
× 27 ×
× 28 ×
× 29 ×
× 30 ×
× 31 ×
× 32 ×
× 33 ×
× 34 ×
× 35 ×
mari kita i n t e r v i e w
appreciation + spam
end --
a/n
a/n 2

× 23 ×

634 126 92
By xxybaexx

    


       Aku gosok mata aku berulang kali. Eh, sumpahlah Jaehyuk ada depan mata aku sekarang? Takkanlah kan?

      Dia kan demam, dengan panas macam ni takkanlah dia nak terpacak bawah cahaya matahari terik ni. Mestilah tak larat.

       Tak cukup dengan itu, aku tampar muka aku sendiri sebab nak yakinkan diri aku yang aku ni hanya berimaginasi je.

       Sehinggalah satu tangan menahan tangan aku daripada terus tampar diri sendiri.

       "Kenapa awak tampar muka awak? Tak sakit ke?" kata Jaehyuk. Tiba-tiba tangan aku jadi lemah bila tengok dia betul-betul depan mata aku.

        Dia usap pipi aku yang aku tampar dari tadi. Okay sekarang pipi aku merah bukan sebab sakit, tapi malu.

        Apahal Jaehyuk suka sangat buat jantung aku berdebar-debar hah?

        "Bukan ke... Kau demam?"

         Dia tersenyum kecil mendengar pertanyaan aku.

        "Demam saya dah kebah sikit. Lagipun saya risau awak balik seorang-seorang. Kan tak elok..."

         "Perempuan jalan seorang," sambung aku. Aku pun dah tak tahu berapa kali dia cakap ayat tu.

         Ish Jaehyuk ni, dia ingat aku budak tadika kot perlu dijaga selalu. Hey, aku dah besar okay?

         "Yalah tapi kau kan demam? Tak eloklah kau duduk kat tengah panas macam ni," bebel aku. Sesungguhnya aku sebagai  kawan yang baik sangat risau ya dengan kesihatan Jaehyuk.

         "Kau ni degil betul! Aku dah suruh rehat kan?" bebel aku lagi.

        Jaehyuk yang tadi senyum perlahan-lahan menjadi muram. Dia sedih sebab kena marah dengan aku ke omo

        "Sorry. Awak tak suka ke saya teman awak balik?" katanya, suaranya seperti sedang merajuk. Dia menunduk ke bawah. Topi yang dipakainya hampir menutup wajahnya.

         Alolo dia merajuk ke? Aku pula rasa bersalah tiba-tiba. Yalah, dia mesti dah tunggu aku lama gila sebab aku kena kutip sampah dengan Jihoon tadi.

        Aku tarik tangan dia dan pandang wajahnya yang cuba disembunyikan.

         Aku tak pandai pujuk orang tapi aku cuba eh. Kalau korang pandai pujuk orang, pinjamkan aku semangat dan pengalaman korang hahahah

         "Jae, aku bukan marah kau. Tapi aku risau nanti demam kau teruk. Aku okay je kalau kau takde kat sisi aku. Kau pun kenalah jaga diri kau juga okay?" kata aku dengan lembut.

         Ni kalau Chanhyuk dengar, mahu dia gelakkan aku setahun sebab geli dengar suara aku.

         Jaehyuk angguk lalu peluk aku buat kali kedua. Aku terkejut dengan tindakan dia tapi aku balas sahaja pelukannya. Aku dapat rasa badannya masih panas lagi.

         Kebah apanya. Nampak sangat tipu.

        "Okaylah Jaehyuk. Aku belanja kau err 5 botol banana milk okay tak?" kata aku. Jaehyuk hanya tersenyum, sukalah tu orang belanja banana milk.

        Lalu, aku dan Jaehyuk sama-sama melangkah ke 7E demi mencari banana milk pujaan hati Jaehyuk.

-----

      "Jaehyuk jalan elok-elok tau!" jerit aku dari balik pagar. Jaehyuk buat tanda okay lalu berjalan pergi. Aku melihat kelibatnya sampai hilang dari pandangan.

       Botol banana milk yang dah kosong kat tangan aku, aku buang dalam bakul sampah yang tersedia di luar.

       "Eh Haera, Jaehyuk teman kamu balik ke tadi?" tanya omma yang sedang menanam pokok cili di tepi rumah. Aku mengangguk malas.

        Teringat pula kejadian pagi tadi. Beria-ria betul cari Jaehyuk. Risau betul nampaknya.

        "Kamu kata dia demam? Dah baik dah demam dia?" Aku angguk lagi. Suka betul omma cerita pasal Jaehyuk tu.

         "Alolo baik tau dia tu. Kalau dia jadi menantu omma kan bagus," katanya dengan mata bersinar-sinar. Tersenyum-senyum malu dia kat tepi tu.

         Jangan kata dia bayangkan aku dengan Jaehyuk kahwin omg omma aku dah kenapa ni? Sesiapa tolong sedarkan dia please

        Aku cepat-cepat masuk rumah, biarkan omma dengan imaginasi dia yang mengarut tu.

       Walaupun aku macam suka dengan Jaehyuk, tapi aku takdelah sampai terfikir macam tu sebab yalah aku ni siapa jelah kan.

       Argh, lantaklah ! Penat gila sekarang ni, baik aku tidur.

-----

      Jaehyuk picit kepalanya yang berdenyut. Argh, panas sangatlah ni.

      Ya memang dia tipu Haera tadi, kata demam dia dah kebah tapi sebenarnya makin teruk adalah. Ommanya dah larang dia keluar rumah tadi dia paksakan dirinya untuk jemput Haera di sekolah.

     Tiba-tiba lengan bajunya ditarik kuat. Badannya tertarik sekali dan belakang badannya terhentak kuat di dinding tembok tersebut.

      Satu tangan mencengkam kolar bajunya. Jaehyuk cuba pandang tepat ke arah manusia yang berani-berani cari pasal dengannya.

      Tanpa sebarang kata, lelaki di hadapannya menumbuk kuat pipinya tanpa sebarang amaran. Badan Jaehyuk terhuyung-hayang lalu jatuh tersungkur ke lantai.

     Pipinya rasa kebas. Belum sempat dia bangun, lelaki itu menarik lagi sekali kolar bajunya.

     "Kau." Itu sahaja yang keluar dari mulut Jaehyuk. Diikutkan hatinya, mahu sahaja dia kerjakan lelaki di hadapannya seperti dia pernah buat dahulu.

     Tapi ya, disebabkan kepalanya yang pening dan demam yang semakin teruk menyukarkan dia untuk bergerak.

     "Aku belum habis lagi dengan kau Jaehyuk. Aku akan buat kau merana. Lagi sekali," kata Chanwook dengan sinis.

     Dia melepaskan kolar baju Jaehyuk dengan kasar sebelum menolak Jaehyuk dengan kuat. Dia menghadiahkan satu tendangan tepat pada perut Jaehyuk.

     "Argh," jerit Jaehyuk lalu meringkuk, menahan rasa sakit yang tak digambarkan.

     Chanwook hanya gelak lalu meninggalkan Jaehyuk seorang diri yang masih bergelut dengan kesakitannya.

    Jaehyuk menumbuk tanah. Nampaknya Chanwook sengaja mahu menempah maut dengannya. Dan, kali ni dia takkan biarkan perkara yang sama berlaku.

     "Wei Jaehyuk!" Kedengaran suara orang berlari mendekati Jaehyuk yang masih terbaring.

       Mashiho memangku kepala Jaehyuk manakala Asahi di sebelahnya menghulurkan sebotol air mineral. Jaehyuk capai lalu minum dengan perlahan. Tekaknya rasa perit.

       "Wait, siapa yang buat kau macam ni?" tanya Mashiho. Teruk sangat keadaan Jaehyuk di hadapannya kini.

       Asahi yang selalunya pasang muka robot dia, kini beriak risau. Mana taknya kalau kau tengok muka kawan kau lebam-lebam.

      "Chanwook." Itu sahaja yang keluar dari mulut Jaehyuk. Kebas di pipi masih tidak hilang.

      "Jom, kitaorang tolong kau balik rumah," kata Mashiho. Asahi angguk-angguk.

      "Asahi kau tolong papah Jaehyuk. Aku bawa semua beg plastik ni." Asahi mengangguk, siap buat gaya tabik lagi. Dia papah Jaehyuk dengan berhati-hati. Mashiho mengangkat semua beg plastik hasil belian mereka di pasar raya tadi.

      Mereka bertiga melangkah pergi ke rumah Jaehyuk untuk menghantar Jaehyuk pulang. Pasti Mak Cik Yoon terkejut melihat keadaan anaknya nanti.

-----

Omo aku pulak geram dengan Chanwook ni grrrr 🔪🔪🔪 mohon segera taubat

Time aku tulis ni, aku currently tengah dengar lagu Jasmine 🌸 - DPR LIVE omg sumpah aku teringat Ha Yoonbin huhuhu dahlah dia bias aku dalam magnum dulu

Anyway let's support this hidden treasure  💎

        Uwu sumpah comel gila dia senyum hahhah but in this pic he looks cute ♥️

Continue Reading

You'll Also Like

60.1K 7.5K 53
" it's my fault meeting you at the first place" [ Sequel to Swimming Pool is out]
6.6K 361 31
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
24.1K 4.6K 43
[Completed] Dia orang paling annoying yang pernah aku jumpa dalam hidup ni. Tapi tanpa aku sedar, aku tersuka dia. Apa aku nak buat? © Park Jihoon...
37.5K 4.8K 26
[ KIM DOYOUNG FANFICTION ] Park Yoojung yang tak sengaja mencabar seorang buaya darat iaitu Kim Doyoung. Aku takkan percaya dengan lidah buaya! Start...