Silent Melody [✔️]

By arniey11

344K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 26

3K 294 5
By arniey11

"Rechel!" Ian berlari ke arah gadis yang terbaring di lantai tersebut.

Gadis itu tidak sedarkan diri. Ian cuba membangunkan gadis itu namun tidak berjaya.

Dirinya mula panik melihat sitausi ini. Dia tidak tahu kenapa Rechel tiba-tiba boleh pengsan di dalam bilik ini.

Dia melihat ke arah tangannya. Tidak ada kesan luka baharu, maknanya gadis itu pengsan bukan sebab perbuatannya dulu.

Lelaki itu cuba memeriksa dahi gadis itu pula. Dan tiba satu tangannya terasa sangat panas. Dahi Rechel sangat panas sekarang. Mungkin dia deman.

Ian mendukung Rechel untuk memindahkan gadis itu ke atas katil. Setelah selesai, sekali lagi dia cuba memeriksa kepala gadis itu. Memang panas.

Ian yang buntu mahu berbuat apa itu panik tidak tahu apa-apa. Kalau nak bawa ke hospital tak boleh, nanti boleh kena dengan Rechel bila dia bangun nanti.

Nampaknya dia terpaksa buat sendiri kerja ini. Satu almari yang tidak jauh dari katil itu didekati olehnya. Dia ingat Rechel pernah kata di situ adalah tempat dia meletakkan semua ubatnya.

Ian membuka almari itu lalu terkejut melihat keadaan almari itu. Penuh dengan ubat yang dia tidak pasti ubat apa. Selama ini dia fikirkan Rechel hanya mengambil beberapa ubat sahaja tetapi apabila melihat keadaan almari ini maknanya Rechel bukan ambil beberapa. Tetapi banyak. Sangat banyak.

Ian membaca satu-persatu nama ubat yang ada di dalak almari tersebut. Sungguh banyak ubatnya dan kebanyakan ubat itu adalah ubat untuk despresi yang dia alami.

Selama ini dia tak tahu bahawa despresi Rechel seteruk ini. Atau mungkin ianya bertambah teruk sejak kebelakangan ini. Lelaki itu juga selalu melihat Rechel seperti kurang bermaya sejak dua menjak ini.

Setelah bebarapa minit dia menbaca nama ubat itu, akhirnya dia menjumpai ubat untuk deman.

Ubat itu diletakkan di meja tidak jauh dari katil Rechel. Seterusnya dia pergi ke bilik air untuk mengambil kain basah dan diledakkan di atas dahi gadis itu.

Harap sahaja cara ini boleh menurunkan suhu badannya. Takut juga melihat Rechel deman sebegini. Pagi tadi dia lihat gadia itu baik sahaja jadi dia tidak tahu bahawa gadis itu sedang deman.

Rechel memang pandai dalam berlakon. Sangat pandai berlakon untuk menyembunyikan kesakitan yang dia hadapai.

"Bila agaknya kau akan jujur pada aku?" Soal sayu suara Ian.

.
.
.
.
.

"Kau pembunuh!"

"Kau tak patut ada dalam keluarga ni."

"Anak pembawa malang!"

Aku terjaga dari tidur aku. Nafas aku tersekat-sekat apabila termimpi akan memori silam aku. Kenapa aku harus mimpi memori itu?

Peluh aku memenuhi dahi ini. Aku cuba membangunkan diri ini. Mata aku memandang ke sekeliling bilik ini.

Dan tiba mata aku menangkap satu kertas yang diletakkan di atas meja belajar aku. Aku mengambil kertas itu dan membaca tulisan yang tertera di atasnya.

"Makan ubat tu. Kau deman dan tolong rehatkan diri kau." -Ian

Aku melihat ubat yang ada di atas meja. Sejak bila pula Ian ada datang bilik ini? Dan macam mana pula dia masuk bilik ni?

Seingat aku, aku tidak pernah beritahu dia bahawa aku demam. Kepala aku memang buntu tambah pening sekarang.

Aku tidak ingat apa-apa pun yang terjadi siang tadi. Yang aku ingat adalah aku bergaduh dengan Beth lalu aku terus balik ke sini. Tapi tak ingat pula aku ada tidue ke apa.

Pelik betul.

Ubat yang ada di atas meja dicapai oleh aku. Aku mengambil satu ubat tersebut lalu aku menelannya dengan bantuan air mineral yang sudah tersedia di atas meja.

Seterusnya, aku terus membaringkan diri. Mata aku memandang bumbung bilik yang gelap ini. Tidak tahu kenapa kepala aku selalu pening sejak kebelakangan ini.

Mungkin sebab kejadian terjadi beberapa hari lepas. Aku tidak tahu pula efeknya boleh sampai sebegini.

Mata beralih melihat ke arah jam dinding. Sudah masuk jam 3 pagi sekarang. Untung esok aku cuti sekolah. Ada juga aku masa untuk rehatkan diri ini.

Penat juga aku disebabkan Beth tadi. Aku sudah tolong dia, bukannya mahu berterima kasih malah hampir diberi penampar.

Nasib juga ada Claire. Kalau Claire tak mungkin aku sudah belasah budak tu macam aku buat pada Eva. Bukan aku lah tapi Emerline.

Kalau aku mustahil sedikit mahu buat dia seteruk Eva, tapi Emerline tak mustahil. Dia kan diri aku yang agresif. Memang bolehlah hajar budak tu sikit.

Mata aku sikit demi sedikit mula terlelap dan akhirnya masuk kembali ke alam mimpi aku.

.
.

Time skip

Mata aku leka memandang kaca telefon ini. Memandangkan hari ini cuti sekolah, jadi aku berfikir mahu bermalas-malasan sahaja di sini.

Deman aku pun sudah reda sedikit pagi tadi, jadi aku bolehlah berbuat apa-apa sahaja.

Dalam aku sedang bermain telefon tiba satu panggilan masuk ke ini. Dan nama orang yang menelefon aku itu adalah Jason. Seorang lelaki yang katakan mahu menolong aku.

"Hello," aku menjawab panggilan tersebut.

"Rechel, aku ada jumpa beberapa maklumat kau nak tu. Tapi ada sikit masalah."

"Apa dia?"

"Aku tak dapat jumpa kau untuk bincang masalah ni."

"Tak apa. Kau email sahaja semua maklumat kau dapat pada aku. Biar aku baca sendiri."

"Okay." Panggilan terus diberhentikan.

Aku melihat ke arah telefon aku. Memang berguna aku berkejarsama dengan Jason.

Aku ingat lagi dulu dia datang dekat aku dan berkata mahu menolong aku. Awalnya aku tidak tahu apa yang dia maksudkan dengan tolong itu tetapi apabila dia katakan benda itu terus aku setuju.

Aku tidak tahu bagaimana dia tahu aku sedang cuba mencari jawapan kepada misteri kes tersebut tetapi yang lebih penting adalah aku mahu kes itu selesai dengan cepat.

Kaki aku berjalan menuju ke meja belajar yang terletak bersebelahan dengan katil ini. Kerusi ditarik lalu diduduk oleh aku. Laptop di hadapan ini dibuka.

Satu email datang kepada aku. Memang bagus betul kerja lelaki itu. Tidak rugi meminta tolongnya.

Mata aku membaca satu-persatu maklumat dia hantar. Sungguh banyak maklumat yang dia perolehi.

Dan semua yang aku fikirkan selama ini. Wanita itu pernah berkerja sebegai jururawat di hospital itu beberapa tahun lepas dan berhenti setelah kejadian itu dengan alasan mahu berehat dari berkerja.

Kalaulah semua ini betul maknanya tidak lama lagi semua teka-teki yang bermain di hidup aku akan terbongkar. Dan aku dapat bongkarkan semua muslihat yang dia telah lakukan.

Ding dong!

Tiba aku terdengar bunyi loceng biling ini ditekan. Laptop tadi ditutup lalu berjalan ke arah pintu.

Mungkin Ian yang datang. Ya lah selepas kejadian semalam, mesti dia nak tahu apa yang jadi.

Aku tanpa berlengah masa terus membuka pintu tersebut. Baru sahaja aku mahu menyebut nama Ian tiba-tiba kata aku terhenti apabila melihat siapa yang sebenarnya datang.

"Abang..."

Wait! Apahal pula tu? Kenapa dia dtg?

Continue Reading

You'll Also Like

53.5K 4.4K 54
Book 2 of fantasy series. [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] Setelah keamanan menguasai Wonderland, dunia perlahan-l...
73.5K 1.4K 8
Diterbitkan di bawah publisher Fajar Pakeer sempena PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2023. Perlawanan seterusnya bakal bermula...
192K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
242K 15.8K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...