DARYAN DELISHA | COMPLETED |...

Por nisaamuttalib

197K 15.6K 762

[ S H O R T S T O R Y ] - 3rd | KNOWN AS MY WIFE | ________________________ Cinderella ? Ada lagi ke perkataa... Más

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20

BAB 8

7.8K 780 53
Por nisaamuttalib

"Kau okay?"

Tengku Zahin menyapa sahabatnya yang asyik merenung sesuatu. Dia sendiri terkejut dengan kejadian tadi. Nasib baik dia tidak menjemput mana-mana pihak media kerana dia tidak mahu menjadi liputan mana-mana majalah atau berita mengenainya.

"Erm okay" balas Daryan ringkas. Malah dia beberapa kali menyembur pewangi bagi menghilangkan bau yang tidak enak di hidu itu. Tahi kucing kut tercampak di tubuhnya.

Tengku Zahin akhirnya melepaskan tawanya. Mujurlah majlis sudah lama berakhir dan dia juga sudah menukar pakaian. Hanya tinggal saudara mara dan sahabat dekat keluarga mereka sahaja.

Daryan menjeling sahabatnya. Ingin saja dia menumbuk wajah kacak itu biar lebam. Gelak-gelak. Potong lidah tu baru tahu. Daryan berkata di dalam hati. Berang juga dia bila dia mengingati kembali.

Tetapi Daryan menjadi hairan, wajah gadis itu kelihatan menyimpan beribu luka disebalik wajah cerianya. Semasa mereka bertatapan tanpa sengaja, Daryan akui gadis itu mempunyai tarikkan dia sendiri. Tidak seperti wanita-wanita yang bersamanya sebelum ini.

Gadis itu- lain daripada yang lain. Daryan tersenyum sinis dalam diam. Dia boleh membuat semua perempuan tunduk di kaki dia, kenapa tidak dengan gadis itu.

"Maaf lah. Adik ipar aku yang sorang tu memang perangai dia luar alam sikit. Itu pun Qis yang cerita serba sedikit tadi. Tapi kau jangan risau, Isha tu sebenarnya baik. Ada sebab dia jadi macam tu..."

Daryan hanya mengangguk. "Tapi tak sangka pula kau yang terkena target dia. Elok pula tu landing atas dada kau. Erm...kalau aku memang kat situ dah aku kerjakan orang tu!" Sambung Tengku Zahin

"Itu kau. Bukan aku. Well, adik ipar kau pun boleh tahan..." Daryan menjungkit kening tinggi.

Mata Tengku Zahin membulat besar.

"Woahh...a big no bro! Aku tak akan bagi kau dekat-dekat dengan Isha. Dia tu dah macam adik aku. Walaupun aku ni cuma abang ipar, tapi aku tak akan bagi pada lelaki buaya macam kau..."

Daryan hanya tergelak sinis. Tengku Zahin tidak habis fikir jika Daryan dapatkan Delisha. Entah-entah dah dapat apa yan dia nak, dicampak macam tu je. Bukan dia tidak kenal perangai Daryan. Dah macam setan.

"Aku tak bodoh lagi lah. Lagipun perempuan lain. Erm...aku nak dia..." ujar Daryan serius.

"Sudahlah Noah. Dia bukan mainan untuk kau..." bahu Daryan ditepuk beberapa kali oleh Tengku Zahin. Dia tidak habis fikir jika Delisha jatuh ke tangan Daryan.

"Aku gerak dulu. Bini aku dah panggil tu..."

Tengku Zahin berlalu meninggalkan Daryan di bawah khemah. Dari jauh, kelihatan Qistina melambai tangan ke arah Tengku Zahin. Mereka sudah berjanji untuk mencuci periuk belanga di belakang dapur.

Daryan memandang ke arah sebuah bilik yang masih terang benderang. Hari pula semakin gelap, mendung kerana mahu hujan. Daryan mengingat kembali wajah Delisha. Cantik. Sangat cantik. Bagi dia, Delisha seorang perempuan yang istimewa kerana berjaya menjentik hati seorang setan macam dia ni.

"Very well baby. You will be mine soon!"
















Qistina tersenyum malu apabila dirinya dijadikan bahan usikkan pada malam itu. Sudah pasti, pipi sudah kemerahan. Ini saja dia menyorok di mana-mana kalau boleh. Mentang-mentang dia pengantin baru, boleh pula mengusik dia mengenai hal-hal sebegitu.

Tengku Zahin pula elok saja ketawa di sebelah dia. Lelaki itu- Qistina pasti suaminya memang tidak ada rasa malu apabila dibahan mengenai hal-hal sebegitu. Dia pula yang ingin mengetuk kepala semua orang yang asyik mengejeknya.

"Isha sayang..."

Tawa mereka terhenti apabila mendengar suara mama Aisyah berbunyi. Mereka automatik memandang ke arah tangga, dimana Delisha berdiri dengan wajah ditutupi hud miliknya. Besar dan menutupi seluruh tangan dia.

"Nak pergi mana sayang? Meh makan. Mama ada simpankan nasi dan lauk kesukaan Isha..." ujar mama Aisyah lembut.

Dia tahu, anak tirinya terkesan dengan kehadiran bekas isteri suaminya. Ibu kandung Delisha sendiri. Dia tahu, gadis itu cuba menutupi raut sedihnya dimata mereka semua.

"Kenyang..." balas Delisha sepatah.

Dia terus keluar tanpa kata-kata pamitan. Mama Aisyah berubah wajah mendengar suara dingin Delisha. Dia menyentuh dada. Sakitnya rasa. Ingin saja dia memeluk tubuh itu, menenangkan Delisha.

"Sudah sayang. Biar Isha tenang dulu. Nanti dia baliklah..." pujuk Hanz pada isterinya. Dia tahu, anaknya sedang bersedih dan Delisha ingin bersendirian.

Dia tahun kemana Delisha pergi. Dia tersenyum memandang saudara mara dia yang lain. "Dah lewat ni. Jom kita tidur..." ujar Hanz. Dia tidak mahu memanjangkan perihal anak perempuannya.

"Kamu Noah. Buat macam rumah sendiri. Kamu sahabat Zahin, automatik macam anak papa dah..." sambung Hanz. Tidak sangka, rakan perniagaan dia itu merupakan sahabat kepada menantunya.

Dia amat mengalu-alukan kedatangan Daryan ke rumahnya. Tengku Zahin dan Qistina saling berpandangan. Lalu mereka beredar naik ke tingkat atas terlebih dahulu.

"Uuu...pengantin baru dah tak sabar ke nak sambut malam pertama?" Usik salah seorang sepupu sebelah Qistina.

"Sabar-sabar. Malam masih muda. Jangan jerit kuat-kuat. Kesian...kami yang bujang ni nak tidur!" Jerit Faez pula. Menyertai sepupu lelakinya mengiat kakak sulungnya.

Apalagi, gamak dengan tawa kaum lelaki. Qistina di tingkat atas yang geram menunjuk penumbuknya. Tengku Zahin pula hanya tersenyum tenang. Tidak sangka, keluarga belah isterinya meriah macam ni. Ada saja usik mengusik antara mereka.

"Dah. Jangan layan. Makin kau layan, makin jadi-jadi..." Tengku Zahin memeluk pinggang isterinya.

Qistina mendengus. Dia mengikuti langkah Tengku Zahin yang membawa dia ke dalam biliknya. Maklumlah dah isteri, kena patuh cakap suami. Lagi pun, Tengku Zahin tidak seteruk yang dia fikirkan selama ini. Lelaki itu baik, romantis yang ditutupi dengan wajah dingin dan seriusnya.
















"Kak Asha!"

Sekumpulan kanak-kanak mengerumi seorang gadis yang baru sahaja turun dari keretanya. Mereka berebut-rebut mahu memeluk gadis itu. Sudah lama, gadis itu tidak singgah disitu. Malah mereka sangat-sangat bahagia menyambut kedatangan gadis itu.

"Kita semua rindu kakak!" Ujar kanak-kanak lelaki. Berusia dalam lingkungan lapan tahun.

Aku tersenyum melihat kanak-kanak ini. Mereka semua merupakan anak-anak terbiar. Menjadi pengemis, peminta sedekah, dan bermacam lagi kerja demi menghidupi diri mereka. Malah, di bawah jambatan ini ada lagi sekumpulan gelangan yang aku rasa mereka sangat nantikan kedatangan aku.

"Jom akak. Kita jumpa ayah..."

Seorang budak perempuan, berpakaian baju lusuh berwajah comot mengheret tangan aku menuju ke bawah jambatan. Aku sempat menahan tangan dia. Hampir lupa pula aku.

"Sekejap sayang. Tolong kak Asha angkut barang. Kita bawa ke sana...hati-hati ya..."

Aku membuka pintu belakang dan bonet kereta. Aku membawa keluar bungkusan makanan, beberapa kotak air mineral, mainan, pakaian baru dan macam-macam lagi. Aku sempat singgah ke kedai dan membelikan mereka semua itu.

Turut membantu, remaja perempuan dan lelaki yang aku kira pasti seusia Faez. Tapi mereka tidak ke sekolah kerana tidak cukup wang untuk tampung kehidupan mereka. Aku membawa beberapa beg plastik yang berisi cadar dan selimut baru untuk mereka.

Tidak ramai yang tahu tempat ini wujud, aku tersenyum melihat kebahagiaan terpancar di wajah mereka. Di bawah jambatan lama. Dikeliling lampu kelimatang. Hanya berbumbungkan jambatan, kotak sebagai alas tidur membuatkan hati aku meringis sakit.

"Nak Asha..."

Aku mendongak. Tersenyum melihat seorang lelaki tua mendekati aku. Jalan dia akan pincang. Hanya menggunakan kayu sebagai penguat untuknya. Aku segera mendekati lelaki itu yang aku panggil sebagai ayah.

Dia yang menjaga kawasan ini. Menghidupi anak-anak ini. Menjaga mereka tanpa lelah. Dia merupakan lelaki kedua yang aku sayang selepas papa.

"Ayah. Duduk ayah..." aku segera mendudukan ayah di atas batu besar berhampiran dengan longkang.

Ayah tersenyum senang melihat kehadiran aku. "Asha datang. Dah lama dia orang tanya tentang Asha. Kenapa lama tak datang? Kak Asha pergi mana? Kak Asha tak sayangkan dia orang ke? Puas ayah nak menjawab soalan dia orang..."

Aku tersenyum nipis. Hud yang menutupi kepala aku turunkan. Kerana tiada sesiapa mengikuti di sini. Risau jika ada mata-mata pihak media melihat kelibat aku disini. Aku tidak mahu sesiapa mengetahui tentang ini.

"Biasalah dia orang tu ayah. Risau sangat kalau Asha tak datang sini. Tengok tu ayah...gembiranya dia orang..." aku tersenyum senang.

Melihat mereka semua lahap makan tanpa bercakaran. Menikmati dengan rasa penuh kesyukuran. Bahkan, aku sendiri berasa sedih melihat mereka.

Ayah turut senyum sama. "Asha...ada sesuatu ayah nak bagitahu kamu..."

Aku segera menoleh memandang ayah. Hati aku tiba-tiba menjadi tidak sedap. Ayah tersenyum nipis. Dia membuang pandang ke hadapan. Di mana anak-anak disitu sedang bergelak tawa tanpa memikirkan nasib mereka di kemudian hari.

"Tempat ni tak lama lagi akan dirobohkan. Ayah dan anak-anak akan pergi dari sini. Lagi pun, pemilik tanah itu dah bagi amaran. Kalau kami masih disini, mereka tak teragak-agak jadikan budak-budak tu semua budak mereka...jadi ayah tekad untuk pindah dari sini..."

Aku tergamam. Tempat ini banyak menyimpan memori pada aku. Ayah. Dan yang lain. Malah tempat ini dimana aku kembali tersenyum tanpa perlu mengingati kembali kedukaan dalam hati.

"Ayah...tapi kalau Asha nak jumpa macam mana nanti?"

"Tak apa nak. Anggap saja ini hari terakhir kamu bersama kami. Kamu dah banyak tolong ayah dan anak-anak lain. Cukup sampai sini saja. Kami pun tak nak terlalu berharap pada kamu Asha..."

Aku menahan tangisan aku. Tidak sangka, ini pertemuan aku yang terakhir kali. Aku memeluk ayah erat. Tidak sanggup aku berpisah dengan mereka. Apatah lagi mahu berjauhan dari mereka.















"Kau kenal ke orang tua tu?"

Daryan memandang lelaki yang berada di tempat duduk memandu. Mereka berada tidak jauh dari jambatan lama itu. Memandang Delisha yang asyik bergelak tawa, bermain dengan mereka dengan senyuman lebar. Seakan-akan tidak terjadi masalah pada raut wajah itu.

"Aku tak kenal. Tapi tak silap aku tu tempat Leo. Dia beli dari rakan kongsi dia minggu lepas. Dia nak dirikan kasino dia dekat tempat tu..."

Daryan mengangguk. Dia cukup kenal Leo. Lelaki itu memang kejam dan tidak pernah memberi muka. Dia memandang Eric yang asyik menghembus asap rokok itu. Daryan tersenyum sinis.

"Aku nak kau beli tempat tu dari Leo"

Eric tersentak. Segera dia mencampak putung rokoknya ke dalam semak berhampiran. Dia memusing badannya menghadap ke arah ketuanya. Wajah datar Daryan dipandang dengan riak tidak percayanya.

"Biar betul? Bos pasti?"

Eric meminta kepastian. Daryan hanya mengangguk. "Aku nak tempat tu. Berapa dia letak, kau tinggikan saja harga. Kalau Leo banyak soal, aku sendiri jumpa dia..."

Eric tertelan air liur. "Erm...okay bos"

Kalau Daryan turun padang, bermakna orang itu memang ingin mulakan perang. Kerana seorang Daryan cukup benci tawar menawar untuk membeli sesuatu yang dia inginkan. Apa yang dia tahu, apa yang dia mahu semua sudah ada di depan mata dia.

"Bos kenal ke budak perempuan tu?"

Eric akhirnya menyoal. Mata ketuanya tidak habis-habis melihat seorang gadis yang asyik membaca buku cerita kepada sekumpulan kanak-kanak disitu. Malah, Eric pasti gadis itu berjiwa lembut dan sangat penyayang.

Daryan tidak membalas. Dia hanya merenung wajah bahagia Delisha. Tidak sangka, gadis itu akan ke tempat sebegini. Seorang diri tanpa sesiapa. Daryan tersenyum dalam hati. Tidak sia-sia dia mengikuti Delisha.

Keluar dari rumah agam Tan Sri Hanz Mikael sangat mudah untuknya. Dia begitu mudah mengaburi CCTV disitu dan melompat melalui pintu pagar belakang. Eric sudah menunggu dia di sana.

Tapi jika Leo berjaya menangkap Delisha, sudah pasti dia tidak akan melepaskan perempuan cantik macam Delisha. Akan dia tiduri dengan kasar sekali dan akhirnya dijadikan pelacur di klub malamnya. Dan pasti Leo menjadi Delisha sebagai seorang pelacur kelas atasan.

Daryan tidak akan membiarkan itu terjadi. Apa pun, Delisha hanya miliknya. Gadisnya. Sesiapa berani menyentuh perempuannya, Daryan tidak teragak-agak menunjukkan sisi gelapnya yang selama ini dia tutupi.

Seguir leyendo

También te gustarán

ADIK Por symeimei

Historia Corta

323K 3.2K 23
Salah ke kalau minat abang sendiri? well dia abang aku kan? abang.. adik? kalau ikutkan.. akulah adik. Tu nama panggilan aku sejak dulu. Aku anak tun...
551K 1.4K 29
As in 6 December 2022: 1st place #18sx 1st place #lucah 1st place #malay 1st place #asrama Violet memilih untuk dimasukkan ke sekolah berasrama penuh...
2.6M 68.4K 69
- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna...
999K 46.2K 52
"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara