Silent Melody [✔️]

By arniey11

353K 33.8K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 20

3.2K 327 12
By arniey11

Eva berjalan seorang diri di korido itu. Dirinya masih malu dengan kejadian hari itu.

Dia fikirkan, kalau dia meluahkan perasaan di hadapan orang ramai, Ian akan terima dia. Rupanya tak!

Malah ditolak dengan sangat teruk. Sudahlah sejak kejadian hari tu, semua orang mengertawakannya dan rakannya, Alice turut menjauhi diri dia daripada Eva kerana terlalu malu dengan perbuatan Eva.

Hatinya memang terasa panas dengan kejadian hari itu. Dia tidak mahu dimainkan oleh pelajar sekolah ini. Dia tidak mahu pangkatnya yang tinggi sebagai anak buah kepada pengetua sekolah ink turun kerana perbuatannya itu hari.

Sudahlah cintanya ditolak dan sekarang pula dia dijadikan bahan gosip pelajar sekolah ini.

Kakinya menghentak kuat ke lantai itu. Dia berjalan tidak tahu destinasinya keraan apa yang dia tahu dia tidak mahu mendengar suara yang mengusik dirinya.

Setelah agak lama berjalan, aku berhenti di satu koridor yang sunyi tidak berpenghuni. Yang ada pun adalah seoarang pelajar perempuan yang merenung ke luar tingkap bangunan ini.

Mata Eva dikecilkan untuk melihat sosok pelajar perempuan yang berambut pendek itu. Setelah beberapa lama dia mengetahui bahawa pelajar itu adalah Rechel.

Dia tersenyum senin lalu melangkah menuju ke arah gadis itu. Dihatinya memang berasa beruntung kerana bertemu dengan perempuan yang membuat dia begini.

Bagi Eva Rechel adalah penyebab Ian menolaknya dan dia mendapat malu satu sekolah ini. Jadi kalaulah dia dapat hajar gadis itu memang puas hatinya.

"Woi! Perempuan!" Jerit Eva.

Gadis itu menoleh ke arah Eva. Sedikit terkejut Eva melihat keadaan Rechel. Mukanya tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Gadis itu seperti mayat hidup sekarang.

Namun itu dihiraukan oleh Eva kerana apa yang perempuan itu tahu sekarang adalah dia mahu kerjakan Rechel.

"Kau tahu tak, sebab kau lah aku dapat malu satu sekolah ini," ujar Eva marah.

Rechel pula hanya mendengar semua itu. Dia seakan tidak kisah semua itu. Dan perkara itu membuat Eva sakit hati.

"Hidup kau memang tak habis-habis menyusahkan aku!" Jerkahnya lagi.

Pandangan datar diberikan oleh Rechel. Mata mati itu tidak kisah akan bicara perempuan di hadapannya ini.

Eva yang sudah seperti api membara panasnya menarik kolar baju Rechel dengan kasar.

"Kau memang sengajakan buat semua tu!" Baru sahaja tangan Eva ingin menampar pipi Rechel, tiba-tiba tangannya sempat ditahan oleh Rechel.

Sekelip mata Rechel menangkap tangan itu lalu di genggam dengan kuat. Eva yang mula terasa sakit dengan genggaman tersebut melepaskan tarikan kolar tadi.

Tangan Eva dilepaskan oleh Rechel apabila melihat Eva kesakitan itu. Mata Eva melihat ke arah Rechel yang seakan orang lain di hadapannya.

"Kau!" Eva mula mahu menarik rambut gadis itu namun tidak kesampaian apabila dia pula yang terkena.

Tangan Rechel lebih pantas menarik rambut perempuan di hadapannya. Tatapan tajam ditujukan ke arah muka yang menahan kesakitan itu.

"Selama ni aku sabar sahaja apa yang kau buat pada aku," ujar Rechel kepada Eva.

"Tapi sekarang kau memang sudah melampaui batas," Rechel menolak perempuan itu sehingga jatuh.

Eva yang tadinya terasa sungguh berani tiba menjadi takut apabila melihat Rechel begini.

"Arh!" Rambutnya ditarik kuat oleh Rechel. Tanganya cuba melepaskan tarikan tersebut.

"Kau ingat dulu kau pernah tuduh aku mencuri duit kau, tapi kenyataannya kau lupa duit tu." Rechel menceritakan kisah lalu.

Eva sudah mula berasa kecut perut sekarang. Mahu minta tolong tetapi kawasan ini tidak berpenghuni kecuali mereka berdua.

"Aku tanya kau ingat tak!" Rechel menarik kuat rambut itu.

"Argh! Aku ingat," Eva terpaksa jawab.

Pam!

Satu penampar dihadiahkan ke muka Eva. Mata si pelaku itu langsung tidak hairan dengan perbuatan sendiri.

Kini Eva menahan sakit yang mendalam. Sudahlah rambutnya sakit ditarik begini dan sekarang pipinya ditampar kuat.

"Sakitkan! Tapi tu tak sesakit apa yang aku terima!" Rechel menginjak salah satu tangannya.

Eva mengerang kesakitan. Namun Rechel mengendahkan semua itu. Gadis itu tidak kisah siapa lagi perempuan itu.

"Sini aku beri kau amaran," tangan Rechel seperti mengambil sesuatu dari poket bajunya.

Satu pisau pemotong kertas dikeluarkan lalu dia tujukan ke muka Eva. Muka perempuan itu sudah mula ketakutan melihat pisau tajam tersebut.

"Sekali lagi kau kacau aku, kau akan kena dengan benda ni. Aku tak kisah kau anak buah pengetua ke apa, tapi ingat aku lebih kuat dari kau. Aku boleh hancurlan muka kau ni," mata tajam itu seperti mahu membunuhnya.

Eva menelan air liurnya. Sungguh dia sudah salah cari lawan. Dia bukan berlawan dengan kucing tetapi dengan singa yang sedang kemarahan.

Bila-bila masa nyawanya boleh melayang di tangan gadis ini. Rasa takut itu memang merasuki dirinya.

"Ingat amaran aku!" Rechel menyimpan kembali pisau tadi lalu melepaskan tarikan rambut tersebut.

Kemudian gadis itu terus pergi dari kawasan itu meninggalkan Eva sendiri. Eva melihat kepergian gadis yang menakutkan itu.

Dia memang terasa sangat takut terhadap gadis itu sekarang. Selama ini dia membuli Rechel dan Rechel tidak pernah melawan. Tetapi hari ini dia melawan. Bukan melawan biasa malah memberi amaran maut kepadanya.

Dia memang sudah salah mencari musuh.

.
.
.

Pintu bilik rawatan dibuka oleh Ian. Kaki dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Satu langsir yang melindungi sebuah katil di bilik itu diselak oleh Ian. Seorang gadis berambut pendek berbaring di atas katil itu sambil menghadap dinding yang bertentangan dengan Ian.

Gadis itu tidak bersuara walaupun tahu Ian datang ke situ. Manakala Ian pula memandang tajam figura yang berbaring di atas katil itu.

"Kau okay?" Soal Ian.

"Okay."

"Ubat kau dah makan?"

"Dah."

Ian memandang tajam lagi ke arah gadis itu. Dia tidak suka kalau gadis itu menjawab soalannya begitu.

Dia tahu bahawa gadis itu tidak akan menjawab pendek soalannya dan kalau dia buat begitu maknanya ada apa-apa terjadi pada gadis itu.

"Kau Rechel ke?"

Diam. Gadis itu tidak menjawab. Malah hanya diam seperti tidak ada soalan yang dikemukakan.

"Bukan," jawab tiba gadis itu.

Ian mengecilkan matanya. Dia tahu maksud semua ini.

Gadis yang tadinya berbaring terus bangun duduk di katil itu. Kepalanya menoleh ke arah Ian. Mata mereka berdua bertembung.

Ian dapat rasakan bahawa itu bukan tatapan mata Rechel. Dia tahu siapa gadis di hadapannya kini.

Dia adalah...

"Aku Emerline."

Ian menatap tajam muka gadis itu. Walaupun luaran dia Rechel tetapi gadis itu bukan Rechel. Dia adalah DID Rechel, Emerline.

Lelaki itu dapat mengenal pasti diri itu kerana perwatakan dua orang itu berbeza. Rechel bukan orang yang agresif seperti Emerline. Malah perwatakan mereka jauh berbeza.

"Apa dah jadi pada Rechel malam tadi?" Soal Ian teringat akan makan malam gadis itu bersama keluarga.

Emerline diam memandang lantai bilik itu. Lihat dari ekspresinya seperti dia tidak mahu menjawab soalan tadi.

Ian yang sakit hati terhadap sikap itu berjalan mendekati Emerline. Matanya tajam seperti menusuk gadis tersebut.

"Aku tanya apa dah jadi pada Rechel?" Dingin suaranya bertanya.

"Lebih baik kau tak perlu tahu. Aku rasa Rechel tak nak kau tahu apa yang dah jadi malam tadi," jawab Emerline.

Ian mengetap giginya. Geram dia melihat gadis itu. Dia mahukan Rechel bukannya Emerline.

Lelaki itu faham kalau Emerline keluar maksudnya Rechel menghadapi satu masalah. Dan masalah itu mesti besar sehingga mengganggu fikirannya.

Itu amat berbahaya bagi Rechel. Emerline tidak boleh keluar kerana perwatakannya. Emerline mungkin menolong menghadapi masalah itu namun DID tersebut akan menghancurkan hidup Rechel sikit demi sedikit.

"Bawa Rechel balik," arah Ian.

Emerline tersenyum senin. Mata mereka berdua saling menatap.

"Kau ingatkan, aku pernah kata aku adalah kunci Rechel menghadapi masalah dia. Dan kau tak nak dia ada masalahkan. Tapi kenapa kau benci aku tolong dia?"

"Kau bukan tolong dia. Kau hanya menyusahkan dia. Rechel boleh hidup bahagia walaupun tanpa kau," tegas Ian.

"Macam mana kau tahu?" Soalan seperti mencabar lelaki itu.

"Sebab aku sangat kenal dia. Aku boleh tolong dia lebih dari kau."

Emerline tertawa kecil di situ. Baginya ayat tadi sangatlah lawak.

"Kalau kau boleh tolong dia, jadi kenapa kau biar perempuan gedik tu kacau dia?"

Serta-merta tempat ini menjadi sunyi. Terkejut Ian apabila Emerline mengatakan pasal Eva.

Hatinya sudah mula risaukan Rechel. Dia berfikir Emerline keluar mungkin ada kena-mengena dengan Eva. Kalaulah betul, jadi itu sangat bahaya.

"Apa kau dah buat?"

"Aku tak buat apa-apa cuma beri dia sedikit amaran," Emerline tersenyum senin.

"Kau!" Ian geram akan perbuatan Emerline.

Kalaulah Rechel tahu memang Rechel juga akan kesal pada dirinya kerana tidak dapat menahan semua itu. Dan selepas itu Rechel akan menyalahkan dirinya sendiri.

"Aku nasihatkan kau, kalau kau tak suka aku keluar lebih baik kau jaga budak ni betul-betul. Sekarang ni dia hanya percayakan kau seorang sahaja," gadis itu terus pengsan selepas auat terakhir daripada Emerline.

Ian yang berada di hadapannya sempat menangkap gadis itu daripada terjatuh. Badan gadis itu dibaringkan semula ke atas katil.

Kepala Ian memikirkan apa yang dinasihatkan oleh Emerline tadi. Sesungguhnya dia sangat risaukan Rechel sekarang.

Dia tidak tahu apa yang terjadi apabila dia tiada di sisi gadis ini. Takut nanti perkara yang tidak diingini terjadi pula.

Lelaki itu tidak mahu semua itu. Rechel sudah terlalu lama menahan semua itu dan perkara itu mungkin boleh menghancurkan diri gadis itu lagi.

"Maafkan aku, Rechel." Akhir katanya.

Tu lah Eva, cari lagi masalah dengan si Rechel tu. Kan dah dapat balasannya.

Anyways, korang lebih suka perwatakan yang mana satu? Diri Rechel yang lemah lembut atau pun diri Rechel yang sadis seperti Emerline?

#Scene ini ada di cp 75 Tears of melody

Continue Reading

You'll Also Like

88.7K 10.3K 83
Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap Tuanku namun kehilangan Sang Puteri menj...
80.9K 8.8K 67
Suhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang ob...
2.2M 124K 151
[Completed] Kisah cinta fantasi diantara si serigala, Aiden Lycans dan juga si gumiho, Eilya Eara. Aiden, The son of Lycans merupakan pemburu makhluk...
301K 12K 81
| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yan...