Golden Brain vs Golden Physic...

By reenshi

81.6K 14.6K 7.9K

▪︎Kenapa kita perlu pilih untuk menjadi salah satu, sedangkan kita boleh menjadi kedua-duanya sekali▪︎ 《A Jeo... More

Introduction
1: Kedatangan
2 : Kelas
3: Pelik
4: Sekarang!
5: Pensel
6: Lari
7: Berbeza
8: Denda
9: Welcome
10: Deal?
11: Sertai
12: Rahsia
13: Same
14: Sejuk
15: Berita
16: Dua?
17: Kawan
18: Ketua
19: Cover
20: Idea!
22: Belakang
23 : Bikar
24: Perhatian
25: Add
26: Karnival
27: Kaunter
28: Together!
29: Tolak
30 : Duality
31: Game
32: Jangan!
33: Jauh
34: Nama
35: Dating

21 : GPS

1.5K 330 163
By reenshi

130 votes + 100 comments

Kim Minjung POV💚

Kim Minjung sedang duduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu rumahnya sambil matanya melihat ke arah kaca televisyen yang sedang menyiarkan berita tengah malam.

Manakala si abangnya Kim Seokjin sedang sibuk berbual di telefon bimbitnya, tidak tahu apa yang dibualkan tetapi bunyinya seperti perkara yang serius.

Alangkah terkejutnya Minjung apabila melihat tajuk utama berita yang disiarkan itu.

Serangan mengejut telah dikesan di hujung sempadan perairan negara. 

Lantas kepala Minjung dihalakan ke arah abangnya yang merupakan antara salah seorang tentera laut negara.

"H-hyung" panggilnya dengan nada yang sedikit gentar.

Seokjin hanya memberikan senyuman tawar sebelum dia kembali bercakap di telefon bersama komandernya berkaitan hal ini.

"T-tapi kau baru je balik beberapa minggu" ujar Minjung lagi. Dia dapat merasakan yang abangnya akan kembali ke laut dalam masa terdekat ini untuk membantu masalah yang sedang berlaku di sana.

Seokjin melepaskan keluhan berat setelah habis berbicara di telefon. Apabila panggilan dimatikan dia mengalihkan pandangannya ke arah adik bongsunya.

"Nak pergi tengok perlawanan tinju underground  tak malam ni?" soal Seokjin.

"Bila kau kena pergi?" soal Minjung tanpa menjawab soalan Seokjin pergi. Sudah tentu abangnya mengajaknya pergi melihat perlawanan itu kerana abangnya perlu bertugas.

"Esok pagi" balas Seokjin.

"Kau kata tentera laut kerja enam bulan, cuti enam bulan. Kenapa kau kerja enam bulan,cuti beberapa minggu je?" soal Minjung.

"Minjung, kau sendiri nampak berita tadi. Tak akan aku perlu terangkan lagi" balas Seokjin.

"Appa sibuk, eomma sibuk semua sibuk, Aku ingat kau boleh temankan aku masa tahun terakhir sekolah ni. Tapi kau pun sama saja!" marahnya. Lantas Minjung bangkit dari sofa dan berjalan meninggalkan ruang tamu.


☆☆☆☆

"Korang! Korang!" jerit Eunwoo sambil kakinya berlari memasuki pintu kelas Atmosfera.

Semua pelajar di dalam kelas itu menumpukan pandangan mereka terhadap Eunwoo.

"Tahu tak?" Eunwoo memulakan perbualan.

"Tak, tak tahu" balas Nayeon.

"Ish, dengarlah dulu" balas Eunwoo.

"Apa benda?" soal Jimin.

"Kelas petang kita di batalkan, kita dibenarkan balik tengah hari ni" kata Eunwoo.

"Maksudnya kita boleh balik sekaranglah?" soal Jaehyun untuk mendapatkan kepastian.

Eunwoo mengangguk dengan laju membuatkan mereka semua bersorak gembira.

"Kelas malam macam mana?" soal Jungkook yang membuatkan seluruh pelajar kelas itu kembali diam.

"Err lupa nak cakap, lepas tu kita kena datang balik sekolah pukul 8 malam ni sebab cikgu nak buat ulang kaji subjek kromosom" balas Eunwoo.

"Baik tak payah balik" ujar Chaeyoung bersama nada mendatar.

"Jadi, sementara tunggu kelas malam tu, aku cadangkan kita semua siapkan barang karnival tu hari ni. Tinggal lagi dua hari, jadi kita perlu cepat" Jeon Jungkook memberikan cadangan.

Semua hanya bersetuju memandnagan masa semakin suntuk. Kecuali Kim Minjung, arh, secara mentalnya dia belum bersedia untuk menghadapi perangai Jungkook yang mengjengkelkan itu lagi- lagi abangnya baru sahaja meninggalkan rumah pagi tadi.

Belum termasuk dengan perangainya yang suka menyakat sampai rasa naik darah. Aduhai.

☆☆☆☆

Jungkook mencuri-curi pandang ke arah  Minjung yang sedang berjalan berselahan dengannya menuju ke kedai elektronik untuk membeli GPS dan walkie-talkie yang akan digunakan oleh pelajar kelas Atmosfera supaya tidak berlaku penculikan atau diapa-apakan ketika melakukan dating service nanti .

"Kau ok?" soal Jungkook apabila melihat riak wajah muram pada wajah gadis itu.

"Tak" balas Minjung.

"Wae? " soal Jungkook lagi.

"Sebab kena keluar dengan kau" balas Minjung membuatkan Jungkook tergelak kecil.

"Kenapa kau marah sangat? aku belum mula cari fasal lagi" balas Jungkook.

"Aku marah awal-awal sebelum kau mula cari fasal" balas gadis itu.

"Tch, payahlah kau ni" balas Jungkook sambil menyeluk kedua-dua belah tangannya kedalam poket seluar sekolahnya.

"Kedai tu ke kita nak pergi?" soal Minjung sambil jarinya dihalakan ke arah sebuah kedai elektronik.

Jungkook hanya mengagguk sekali sebelum mereka berdua meneruskan langkah memasuki kedai itu.

"Selamat datang" pekerja di kedai itu mula menyapa mereka berdua.

"Tumpang tanya, walkie-talkie dengan GPS ada jual tak dekat kedai ni?" soal Jeon Jungkook.

Pekerja itu hanya mengagguk tanda ya lalu berjalan menuju ke arah rak yang berkenaan.


☆☆☆☆

"Nah, kau pakai GPS ni dengan ambil walkie-talkie ni" arah Jungkook sambil memasangkannya kepada Minjung.

"Kenapa?" soal Minjung.

"Aku nak tengak sejauh mana GPS dengan walkie-Talkie ni boleh detect kita, orang kedai tu kata dua kilometer, aku takut dia menipu kita" balas Jungkook.

Tidak kiralah bagaimana perwatakkan Jeon Jungkook yang talam dua muka, dia akan tetap dengan prinsip ketelitiannya. 

"Oh, ok, lepas tu aku kena pergi jauh-jauh lah?" soal Minjung untuk mendapatkan kepastian.

"Kau pergi kedai belakang sana, buat tempahan kad ucapan dan aku kan pergi bangunan sana untuk beli timer" kata Jungkook dengan nada yang serius.

"ok" balas Minjung lalu dia mula berjalan menuju ke kedai tersebut.

Tiba-tiba suara Jeon Jungkook memanggilnya membuatkan dia berpaling ke belakang.

"Yah, Kim Minjung!" teriak jejaka itu.

"Jangan pergi jauh sangat, nanti aku rindu!" sambungnya lalu jejaka itu terus berlari ke arah bangunan yang dia perlu pergi tanpa berpaling kembali memandang ke arah Minjung akibat malu.

☆☆☆☆


"Akak, saya nak tempah kad yang design b tu ya" kata Minjung kepada pekerja di kedai itu.

Pekerja itu hanya mengagguk tanda memahami lalu dia beralih pergi ke belakang kedai untuk membungkus seratus keping kad ucapan yang diminta oleh Minjung.

Tiba-tiba pintu kedai itu berbunyi alunan muzik kecil tandanya ada pelanggan baru masuk ke dalam kedai itu.

"Oh, J-jungkook, cepatnya kau sampai" kata Minjung sebaik sahaja melihat kelibat Jungkook memasuki kedai itu.

"Awak dah siap ke?" soal jejaka itu sambil berjalan ke arah Minjung.

Dan ketika Jungkook menyebut perkataan 'awak' , Minjung menyedari sesuatu yang pelik, Jungkook memakai baju kemeja sekolah bersama blazer  rasmi sekolah. Seingat Minjung, dia masih belum memulangkan blazer milik Jungkook yang dia pinjam hari itu.

"J-jangan dekat" kata Minjung.

"Kenapa? saya ada buat salah ke?" soal jejaka yang mempunyai wajah yang sama dengan Jungkook.

Minjung melihat ke arah GPS yang terletak di tangannya, Koordinat Jeon Jungkook berada dalam lima ratus meter darinya. Lima ratus meter, bukan satu meter.

Jadi  siapa yang berdiri di hadapannya sekarang ini?

"J-jungkook t-tolong aku"



TBC


Baiklah, pertama sekali maaf sebab cerita ni cliche sangat, aku rasa korang dah boleh agak kot apa jadi dalam chapter ni. Sorry gais sebab hampakan korang T-T.

Dah lah lawak aku makin hambar.

Part sweet tak jadi.

Aduh maleh ah aku.

Continue Reading

You'll Also Like

4.1K 231 24
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
36.6K 2.7K 153
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
349K 26.1K 80
Sebelum menyertai TAPOPS,BoBoiBoy merupakan salah seorang daripada ejen muda MATA dan merupakan ejen muda paling hebat dalam MATA kerana dia mampu me...
89.7K 6.2K 41
Ali adalah anak dari peneraju Cyberaya dan Boboiboy anak dari duta besar dimana mereka masing-masing masuk ke organisasi. Suatu saat, masing-masing d...