Silent Melody [✔️]

By arniey11

353K 33.8K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 16

3.2K 315 12
By arniey11

Ian berjalan keluar dari kelasnya menuju ke kelas Rechel. Niatnya mahu bertemu dengan Rechel daripada tidak berbuat apa-apa di kelas pianonya kerana ketiadaan guru.

Pintu kelas jurusan violin dibuka dan kelihatan murid di dalam kelas itu berselerak seperti tiada guru yang mengajar.

Kakinya melangkah ke saru meja yang berada di hujung kelas. Tempat itu adalah tempat biasa Claire dan Rechel duduk namun kini tempat duduk itu kosong.

"Mana Claire dan Rechel pergi?" Soalnya kepada pelajar perempuan yang duduk di hadapan meja tersebut.

"Mereka kata nak berlatih dekat asrama tadi," jawab pelajar tersebut.

Ian mengucapkan terima kasih kepada pelajar perempuan itu lalu mula melangkah keluar dari kelas itu.

Namun langkahnya terhenti apabila Eva berdiri di hadapan pintu keluar. Lelaki itu tahu niat Eva berbuat begitu. Dia sebenarnya malas mahu melayan perempuan ini tetapi macam mana dia mahu keluar kalau dia berdiri tepat di hadapan pintu.

Dan sebab inilah dia tidak suka apabila masuk ke kelas jurusan violin. Malas dia mahu menghadap perempuan gedik ini. Sudah benyak kali tolak pun masih juga tidak berhenti.

"Tepi aku nak keluar," ujar Ian dengan nada dingin.

"Boleh, tapi sebelum tu saya ada benda nak cakap dengan awak."

"Kita cakap dekat luar."

"Tak, saya nak cakap sini juga."

Ian pasrah dengan keras kepala perempuan ni. Bila dia kata itu mahukan ini. Memang menyusahkan orang.

"Cakaplah," balasnya lalu menyandar di dinding kelas itu.

Ian perasan bahawa setengah budak dari kelas ini memandang ke arah dirinya sekarang.

Mereka mesti mahu tahu kenapa si Eva ini kecoh-kecoh sangat dekat depan ini. Harap sangatlah bukan benda mengarut yang perempuan ni nak beritahu nanti.

"Saya sukakan awak. Sudi tak awak jadi boyfriend saya?"

Satu kelas terkejut dengan luahan hati Eva tersebut. Memang sungguh berani perempuan ini meluahkan perasaannya kepada Ian di hadapan satu kelas ini.

"Maaf, aku tak ada masa nak bercinta." Selamba Ian menolak.

Ian tahu strategi Eva yang meluahkan perasaannya di hadapan kelas kerana dia tahu Ian tidak boleh tolak kalau tidak mahu malu.

Tapi perempuan itu salah. Lelaki bernama Ian Eveniel Ayzel itu lebih sanggup menahan malu daripada berurusan dengan perempuan gedik di hadapannya.

"Kenapa pula?" Soal Eva.

"Aku mesti belajar," pendek jawapan Ian.

Satu kelas tercengang melihat situasi ini. Bagi mereka inilah kali pertama mereka melihat orang meluahkan perasan di hadapan orang ramai dan ditolak begitu sahaja.

"Kalau awak tak ada masa nak bercinta, apa kata awak jadi pianist saya?" Eva masih tidak mengaku kalah.

"Aku dah jadi pianist untuk Rechel."

Eva mengetap giginya. Panas betul hatinya apabila nama perempuan paling dia benci itu dipetik.

Sudahlah sekarang satu kelas sedang melihat ke arahnya. Boleh dapat malu begini.

"Awak boleh sahaja tukarkan!"

"Aku tak nak."

"Kenapa awak tak nak?"

Ian mengeluh pasrah lalu berjalan ke hadapan perempuan itu. Tatapan yang tajam seperti mahu menusuk mata diberikan kepada perempuan tersebut.

Faham sangat dia dengan keadaan ini. Satu kelas sedang melihat mereka dan mungkin dia boleh gunakan masa ini untuk hentikan Eva buat selamanya.

"Eva, berapa banyak kali pun kau minta aku jadi pianist kau, aku tak akan mahu. Aku lebih suka jadi pianist Rechel daripada perempuan macam kau." Ian tersenyum senin kepada perempuan itu.

"Dan satu lagi, jangan fikir disebabkan kau ada pertalian darah dengan pengetua sekolah ni, kau dapat buat sesuka hati kau. Kau tak ubah macam sampah yang cuba tarik perhatian manusia yang langsung tak hiraukan kau," Ian sengaja menguatkan suaranya.

Dia mahu satu kelas ini kendengar kata itu supaya Eva mendapat malu dan akhirnya tinggalkan dia sendiri.

Eva seperti tidak percaya tentang apa yang dikatakan oleh Ian tadi. Dirinya sekarang terasa sungguh malu. Malah sekarang satu kelas mendengar dan perkara itu menambah lagi malunya.

Dengan perasan yang sakit dan malu, perempuan itu terus berlari keluar dari kelas meninggalkan Ian. Memang sangat malu dirinya pada waktu itu.

Sudahlah ditolak cintanya depan-depan, lepas tu dihina pula dengan lelaki idaman hatinya. Siapa sahaja tidak malu begitu?

Ian yang melihat kepergian Eva berasa seronok. Akhirnya perempuan itu dapat berambus dari hidupnya.

Selepas ini tidak ada lagi pengganggu hidupnya di sekolah ini kalau Eva sudah begitu.

Dengan hati yang tenang lelaki itu keluar dari kelas tersebut dan berjalan menuju ke asrama mencari Rechel yang dari tadi dia mahu berjumpa.

.
.
.
.
.

"Sarapan esok tunggu aku tau, bye!" Ucap Ian sebelum kami berdua berpisah memasuki asrama masing-masing.

Kaki aku melangkah masuk ke dalam bangunan asrama aku. Baru sahaja aku hendak menuju ke lift bagunan ini tiba aku melihat satu sosok yang amat aku kenali.

"Finn," tegur aku kepada seorang lelaki yang duduk di sofa berdekatan dengan pintu masuk ini.

Aku amat mengenali lelaki ini kerana dia adalah pembantu bapa aku dirumah dan juga di pejabat. Lebih kepada pembantu peribadinya.

Lelaki itu menoleh ke arah apabila namanya dipanggil lalu dia berjalan mendekati diri ini.

"Selamat petang cik muda," ucapnya.

Aku menjawab lelaki itu dan hanya memandang ke arahnya. Apa tujuan lelaki ini datang ke sini?

"Saya datang sini sebab ada benda nak beritahu dengan cik."

"Apa dia?"

"Esok, tuan nak cik hadir ke majlis makan malam keluarga cik dan cik wajib hadir. Pasal kenderaan, nanti saya akan hantar."

"Dinner? Kenapa tiba-tiba?"

Tidak pernah lelaki itu hendak membuat makan malam menjemput aku sekali. Biasanya dia akan buat dan hanya jemput ahli keluarga lain bukannya aku.

"Tuan kata ini adalah pertemuan keluarga cik," balasnya membuat aku ragu.

Aku berfikir sejenak. Memang ada benda tidak kena. Kalau pertemuan keluarga aku tidak mahu hadir tetapi ini dia kata wajib.

Aku tidak mahu berjumpa dengan mereka ini. Kalaulah aku hadir, apa yang aku dapat hanyalah caci-maki mereka. Atau lebih tepat aku ini akan merosakkan suasana sahaja.

"Oh ya, ini tuan Arshen pesan pada saya untuk beri pada cik." Satu beg kertas sederhana dihulurkan kepada aku.

Aku ragu mengambil beg itu. Katanya diberikan oleh abang pertama aku. Kenapa tiba-tiba pula ni? Dan satu lagi apa benda tu?

"Tuan kata cik mesti ambil ni walaupun cik tak mahu," ujarnya seperti memaksa aku.

Aku dengan paksanya mengambil beg kertas berwarna putih tersebut. Nampak gaya logo beg ni macam beg jam tangan sahaja. Tak kan dia beri aku jam kot.

"Kalau sudah tak ada apa-apa, kau boleh pergi." Kaki aku terus melangkah menuju ke arah lift.

Sebelum pintu lift tertutup dapat aku lihat sosok lelaki tadi tersenyum kepada aku. Bagi aku lelaki itu memang misteri.

Senyuman yang diberikan tadi seperti memberi seribu makna. Aku takut satu hari nanti semua rahsia aku akan terbongkar akibat lelaki tadi.

Dapat dirasakan bahawa lelaki itu dapat lakukan apa sahaja untuk bapa aku. Jadi tak hairan kalau bapa aku suruh dia untuk bongkarkan rahsia aku.

Aku memang tidak boleh percayakan orang di dalam rumah tersebut. Semuanya berkerja untuk bapa aku bukannya untuk aku.

Jadi tak mustahil kalau satu hari nanti mereka akan khianati aku ketika aku sangat mempercayai mereka.

Rasakan Eva. Tu lah suka sgt tergedik-gedik depan Ian tu.

Continue Reading

You'll Also Like

19.8K 1K 72
"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa...
Lanets By /zu:/

Teen Fiction

3M 305K 86
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi y...
915K 66.3K 85
BOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Tr...
88.2K 6.3K 58
Syairish Rey, pelajar kolej yang menjalani rutinnya sebagai seorang pelajar. Kehidupannya normal sehinggalah pada hari dia diselamatkan secara tidak...