Silent Melody [✔️]

By arniey11

343K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 9

3.4K 346 13
By arniey11

Kaki aku bebas melangkah ke dalam sekolah ini. Sesungguhnya hidup aku sungguh tenang sekarang.

Untung betul guru membenarkan kami bebas berjalan sekitar sekolah ini setelah aktiviti sebentar tadi selesai. Dapat juga aku mahu melihat persekitaran sekolah ini.

Aku dan 2 lagi kawan aku berjalan menuju ke satu bangunan yang agak besar. Bagunan itu kelibatan cantik dan menarik perhatian aku.

"Claire, ini bangunan apa?" Soal aku.

Claire melihat bangunan yang cukup besar dihadapan mata aku. Reaksi mukanya kelihatan tahu ini adalah bangunan apa.

"Dewan orkestra," jawabnya.

Aku kagum melihat bagunan orkestra yang sungguh besar ini. Di sekolah aku kini memang ada bangunan orkestra tapi tak sebesar bangunan ini. Bangunan ini sudah seperti bangunan orkestra tempat para ahli muzik yang profesional membuat persembahan bukan lagi untuk para pelajar.

Memang bagus betullah sekolah ini. Semua yang ada dekat sini seperti 10 kali ganda lebih bagus dari sekolah bawahannya.

Aku melihat Claire berjalan masuk ke dalam dewan itu lalu aku turut mengikutinya. Dapat aku lihat beberapa pelajar melakukan kerja mengemas dewan ini sekarang. Mesti dewan ini akan digunakan nanti.

Dalam aku bersaksi kagum di sini, tiba aku melihat seorang budak tidak sengaja melanggar Claire. Namun Claire tidak terkejut malah seperti kenal budak itu.

Mungkin kenalan dia di sekolah ini. Aku memberikan isyarat supaya dia pergi meluangkan masa bersama mereka itu dahulu. Biarlah Claire bercakap dengan kenalan dia dahulu. Mesti mereka sudah lama tidak berjumpa.

Aku tersenyum melihat Claire begitu. Bagi aku itulah kali pertama melihat Claire bersikap begitu. Sikap seperti seorang kakak kelas yang sangat baik terhadap adik kelasnya.

Seketika kemudian, berjalan keluar dari dewan ini dan melihat Ian sedang bercakap bersama seorang perempuan yang tidak aku kenali. Patutlah tidak masuk sekali, rupanya ini sebabnya.

"Maaf, saya tak boleh," suara Ian seperti sedang menolak sesuatu.

Apa yang lelaki itu tolak. Muka perempuan itu pula kelihatan sedikit sedih mendengar penolakan tadi.

"Eh! Rechel, jom jalan dekat sana pula." Tiba lelaki itu berjalan mendekati aku dan menarik tangan aku.

Kenapa pula lelaki ini? Tiba-tiba tarik aku. Biasa dia akan ajak sahaja tak ada lah tarik-tarik begini. Muka perempuan yang bercakap dengan Ian tadi pula kelihatan marah selepas Ian pergi.

"Siapa perempuan tu?" Soak aku.

"Entah," pendek jawapannya.

"Dah tu kenapa cakap dengan kau?"

"Dia tu nak nombor aku sebab dia kata dia berminat dengan aku. Tapi aku tak nak bagi."

"So, kau tarik aku ni sebab nak jadikan alasan terlepas dari dia," lelaki itu tersenyum lalu mengangguk.

Tangan aku dengan ringannya terus memukul kepala Ian. Suka-suka guna aku jadi alasan dia. Kalau itu perempuan serang aku sebab ini nanti, ingatlah kau. Kau orang pertama aku kerjakan.

Ian dengan lembutnya mengusap tempat pukulan aku tadi. Siapa suruh gunakan aku, kan dah kena.

Aku membuka langkah menuju ke arah satu kawasan yang terdapat banyak booth yang dibuka oleh pelajar sekolah ini.

Satu persatu booth di jengguk oleh aku. Manakala Ian pula setia menemani aku. Untuk Ian ada kalau tak mesti aku sorang sekarang.

Yalah, Claire sudah pergi bersama kenalannya tadi dan kalau Ian tak ada aku nak pergi dengan siapa. Rakan sekelas aku yang lain?

Aku memang rapat dengan mereka tapi tak serapat Claire dan Ian. Mereka itu aku kawan-kawan biasa sahaja. Bukan macam Ian yang sudah rapat dengan aku sejak kecil dan Claire yang aku percayai itu.

"Aku lapar lah. Nak makan tak?" Tanya aku kepada Ian.

"Kau lapar. Kalau macam tu, kau duduk sana dulu, aku akan beli makanan."

Aku setuju dengan Ian lalu duduk di satu sebuah kerusi yang terletak tepat di hadapan sebuah tasik.

Sementara menunggu Ian, aku menikmati dahulu permandangan ini. Sungguh menenangkan. Mesti pelajar sekolah ini gembira dapat sekolah sebagus ini.

Angin yang meniup terasa sejuk sahaja. Andai aku boleh merasai suasana seperti ini setiap hari.

Dalam aku menikmati permandangan itu tiba ada seseorang berdiri tepat di hadapan aku. Kepala aku ditinggalkan dan kelihatan Eva bersama rakannya, Alice berdiri di hadapan aku.

Muka mereka kelihatan seperti tidak puas hati akan sesuatu. Ni mesti nak cari masalah dengan aku lagi. Memang tak habis nak cari gaduh.

"Senang kau duduk sini nampak," tegurnya.

Aku hanya tersenyum mendengar kata perempuan ini. Dengar nada dia sudah sepertu mahu mencari gaduh dengan aku.

"Mana Ian?"

"Dia tolong aku beli makanan," balas aku.

Perempuan memandang rakannya lalu tersenyum senin.

"Kau kawan dengan dia memang untuk gunakan dia sahajakan."

Terkejut aku mendengar kata Eva itu. Kenapa pula aku nak berkawan dengan Ian hanya untuk gunakan sahaja?

"Aku tak sangka kau seteruk ni. Entah-entah Ian jadi pianist kau pun sebab kau ugut dia kan."

"Ugut apa kau ni. Dia memang nak jadi pianist aku dari dulu," aku sudah hilang sabar.

"Penipu. Aku tahu Ian tu terpaksa sahaja jadi pianist kau."

Perempuan ini memang mencabar kesabaran aku. Sudah banyak kali dia cuba menghancur nama aku hanya sebab Ian.

"Aku rasa lebih baik kau lepaskan sahaja Ian tu. Aku ni lebih bagus dari violinist dia."

Aku mengetap bibir aku. Cuba menahan diri ini. Aku takut dia akan muncul.

"Aku pun rasa Eva ni lebih sesuai untuk Ian. Dan kau lebih baik berundur sahaja. Kau bukan dapat tolong Ian dalam apa-apa. Kalau dia pilih Eva sekurangnya Eva boleh naikkan point dia lebih dari kau."

Dasar perempuan!

Aku tahulah kau adalah anak buah kelada pengetua gemuk tu tapi kau tak ada hak untuk guna kuasa dia.

Dan tak ada hak juga nak tentukan dengan siapa aku akan berpasangan. Banyak lagi pianist lagi tapi kenapa dia mesti mahu Ian.

"Opss! Tak sengaja. Ingatkan tempat sampah tadi," tiba dia membuang aiskrim tepat ke kasut aku sambil tersenyum senin.

.
.
.
.
.

Ian yang berjalan sambil membawa makanan di tangannya itu menuju ke tasik tempat dia bersetuju dengan Rechel untuk berjumpa di sana.

Tiba sahaja dia disana tiba dia milihat Eva dengan sengajanya menumpahkan aiskrim ke kasut Rechel dan tepat setelah itu Rechel dengan tiba-tiba menarik baju Rva dengan kuat.

"Oh, shit! Waktu ni pula," kata Ian lalu berlari menuju ke arah mereka.

Sampai sahaja di sana, dia dapat lihat Eva dengan penuh tenaganya cuba melepaskan tangan yang menarik kolar bajunya itu.

"Ian, tolong saya. Dia ni tiba-tiba sahaja tarik saya. Saya tak buat apa-apa pun," ujarnya seperti ini lendapat pertolongan dari Ian.

"Kau tak buat apa-apa! Kau sengaja tumpahan aiskrim tu apa! Ke kau buta sampai tak tahu tempat sampah mana!" agresif suara Rechel menyahut perempuan itu.

Eva yang dalam keadaan itu sedikit terkejut apabila perempuan di hadapannya meninggikan suara begitu. Tidak pernah selama ini Rechel melawan katanya walaupun seteruk mana dia buat padanya.

"Rechel, stop. Semua ini tak akan selesai dengan cara ni," Ian cuba membuat Rechel berhenti.

Gadis itu menjeling ke arah Ian. Mukanya memang sudah berubah. Pandangan mata tajam itu bukan Rechel.

"Kau selamat kali ni. Tapi jangan fikir lain kali aku akan lepaskan kau," ujar Rechel lalu melepaskan tarikan tadi dan beredar dari situ.

Eva yang berjaya dilepaskan itu merasa lega. Entah kenapa dia berasa sangat takutkan Rechel tadi. Tidak pernah sekali pun dalam hidupnya takut akan gadis itu tetapi tadi dua tidak tahu kenapa.

Ian yang mengikuti Rechel dari belakang tadi hanya diam sehinggalah gadis itu berhenti. Badannya dipusingkan dan Ian dapat melihat pandangan tajam bak panah itu.

"Kau tak patut hentikan aku tadi. Aku baru sahaja campak perempuan tu dekat tasik ni. So annoying!" marah gadis itu.

Ian diam memerhati sikap gadis itu yang sungguh berbeza. Dia tidak sangka semua ini akan jadi dekat sini dah hal itu perlu diselesaikan dengan segera.

"Kau bukan Rechel. Kau Emerline kan?" Wajah serius itu berkata.

Gadis di hadapannya tersenyum apabila ditanya begitu. Rambut yang mengganggu mukanya diselak sambil bibirnya tersenyum senin.

"Kau memang hebat dapat cam aku. Ya, aku Emerline."

Emerline.

Nama kepada DID Rechel. Dan dia ni sangat bahaya. Bahaya sekiranya hilang kawalan. Boleh sahaja nanti dia akan ambil sepenuhnya badan Rechel tanpa pengetahuannya.

"Beri aku balik Rechel," pintanya dengan tegas.

"Kalau aku tak nak."

"Kau!" Ian seperti mahu hilang sabar dengan DID itu.

Emerline yang melihat keadaan itu tertawa tanpa sebab. Mungkin di hadapan orang lain dia melihat Rechel tetapi untuk Ian dia melihat Emerline. Perwatakan yang sungguh berbeza dengan Rechel.

"Aku tak fahamlah kenapa budak ni dapat bersabar dengan apa dia lalui dalam hidup dia. Kalau bukan disebabkan aku, mungkin dia sudah tidak ada dekat dunia ni," ujar Emerline.

Ian yang sudah panas hati itu terus menahan tangan gadis di hadapannya. Lelaki itu memang tidak suka apabila mendengar apa-apa tentang Rechel yang mahu membunuh diri itu.

"Mungkin kau fikir kau ada untuk tolong Rechel. Tapi tak! Kau ada hanya bebanan pada Rechel. Rechel tak pernah sukakan kau," tegas lelaki itu.

Gadis di hadapan memberi senyuman senin. Kemudian matanya melihat balutan di tangannya sendiri.

"Mungkin sekarang dia fikir aku bebanan tapi satu hari nanti aku yang akan akhiri semuanya," dia menunjukkan balutan itu.

Ian memandang balutan itu. Mukanya menunjukkan reaksi marah kepada Emerline.

"Kau-" baru sahaja dia mahu berkata tiba dia melihat gadis itu sudah terpejam mata.

Ini maksudnya Emerline sudah pergi dari mengambil alih badan Rechel. Badan Rechel digoncangkan seketika untuk menyedarkan gadis itu.

Beberapa saat kemudian mata itu terbuka kembali. Mukanya menunjukkan ekspresi yang tidak tahu akan yang terjadi.

"Macam mana aku..."

"Emerline," jawab Ian sebelum Rechel sempat menghabiskan katanya.

Gadis itu menyentuh kepalanya. Memang terasa sakit dan itu adalah tanda Emerline mengambil alih badannya tadi.

Dia tidak sangka bahawa DID nya akan keluar di waktu begini. Salah dia juga tidak terus lari apabila Eva cari pasal dengannya tadi.

"Eva! Dia nampak ke aku tadi?" Gadis teringat. Bahaya kalau orang lain tahu benda ni.

"Dia nampak tapi rasanya dia tak akan fikir lebih," balas Ian.

Rechel mendengus nafas leganya. Badannya disandarkan di pagar sebelahnya. Sungguh pening kepalanya.

Memang DID sungguh menyusahkannya sekarang. Mahu sahaja tadi rahsianya terbongkar kalau Ian tidak datang awal. Tidak tahulah nanti bagaimana pula dia akan hadapi semua ini.


Kenapa aku rasa watak Emerline ni cool sangat ya? Kalah Ian macam ni.

Continue Reading

You'll Also Like

84.1K 10K 83
Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap Tuanku namun kehilangan Sang Puteri menj...
64.2K 8.8K 101
Kalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. **************...
373K 21.4K 41
Aku Alisa Natasya. Seorang gadis yang mempunyai perwatakan yang hodoh, bodoh, dungu, dan semua yang negatif untukku. Ya aku mengaku itu. Dan aku tida...
26.8K 1.1K 57
Seorang gadis bernama luna yg tinggal di bersama keluarganya malah tragedi kematian berlaku di atas ibubapa luna mempunyai 5 orang adik beradik luna...