My Mate , That's Diavolo Crim...

By danedheera

232K 16.9K 20.2K

" She's my girl . Don't touch her . Nobody can steal her from me . I don't care who both of you are . Even th... More

β†­One
β†­ Two
β†­Three
β†­ Four
β†­Five
β†­ Six
β†­ Seven
β†­ Eight
β‡œNine
β†­Ten
β†­ Eleven
β†­Twelve
β†­ Thirteen
β†­ Fourteen
β†­Fifteen
β†­Sixteen
β†­Seventeen
β†­Eighteen
β†­ Nineteen
β†­Twenty
β†­Twenty One
β†­ Twenty Two
β†­ Twenty Three
β†­Twenty Four
β†­ Twenty Five
β†­ Twenty Six
β†­ Twenty Seven
β†­ Twenty Eight
β†­ Twenty Nine
β†­ Thirty
β†­ Thirty One
β†­ Thirty Two
β†­ Thirty Three
β†­ Thirty Four
β†­ Thirty Six
β†­Thirty Seven
β†­ Thirty Eight ✨
β†­Thirty Nine ✨
β†­ Forty
β†­Forty One
β†­ Forty Two
β†­ Forty Three
β†­ Forty Four
β†­ Forty Five
β†­ Forty Six
β†­ Forty Seven
β†­ Forty Eight
β†­ Forty Nine
β†­ Fifty
β†­ Fifty one
β†­ Fifty Two
β†­ Fifty Three
β†­ Fifty Four
β†­ Fifty Five
β†­ Fifty Six

β†­ Thirty Five

3K 251 522
By danedheera




' If you try to run... I've got six little friends and they all can run faster that you can. '

_________________











Semua tugasan untuk memerangkap ketua dan konco-konco perompak telah diselesaikan dalam masa yang singkat daripada sangkaan mereka . Irfan di bahagian bawah manakala Kizz Calvien di atas . Kini , hanya perlu menanti kedatangan mereka sahaja .

Sebelum memulakan kerja , Irfan ada bertanya kepada Kizz Calvien tentang senjata disebabkan mereka tidak membawa satu pun senjata .

Perasaan ingin tahu kuat menyelubungi diri . Namun , jejaka berperangai dingin itu sekadar membalas persoalan Irfan dengan senyum sinis .

Kizz Calvien dipandang dengan curiga . Mesti dah rancang awal-awal tanpa memberitahunya . Ada masa otak Kizz Calvien ni gila-gila , ada masa jadi pelik .

Ke dia yang pelik ?

Barangkali berkawan dengan Kizz Calvien, otak dia jadi kurang waras .

Bunyi pintu kereta dihempas , badan dipusing , melihat ke luar di lubang kecil di sudut tengah pintu . Iris matanya menangkap beberapa figura yang dianggarkan seramai lebih sepuluh orang berjalan ke pagar dengan senjata berbahaya .

Matanya meluas .

" Shit ! Ramainya ! Semua badan sasa-sasa , tinggi . Dia orang ni mesti model - Eh aku pun model , seksi lagi ." Dalam masa tengah sibuk , sempat lagi Irfan memuji diri sendiri .

Mereka makin hampir dengan pagar .

Baru ingin memanggil , matanya membulat . Terkejut tidak terhingga apabila senjata-senjata yang mereka pegang ditarik dan melekat di pagar .

Mag- magnet !

Jangan cakap -

Itu Kizz Calvien punya kerja .

Dan dari mana Kizz Calvien mencari magnet yang mempunyai daya tarikan yang sangat kuat ? Malahan Irfan pasti ianya magnet serbuk yang mana boleh disalut pada sesuatu benda atau ditabur di mana-mana tempat . Magnet sebegitu memang jarang dijumpai di Malaysia .

Mereka cuba mengambil senjata-senjata yang terletak di pagar

" Bijak Vien . Bijak ! " Pujinya sendirian . Kalau Kizz Calvien dengar, mahunya kembang hidung jejaka itu .

Tumpuan Irfan masih kepada kumpulan perompak yang kelihatan ragu-ragu ingin masuk ke dalam namun tetap melangkah jua.

Daripada 12 orang , hanya segelintir kecil mengambil keputusan untuk berjalan di atas rumput palsu . Dan masing-masing terngadah apabila langkah mereka tidak boleh diteruskan kerana tapak kasut telah digam .

Irfan tersenyum senget .

Mana dia orang nak pergi ?

Keseluruhan kawasan rumput itu telah diletakkan gam DUNLOP . Memang tiada harapan untuk melarikan diri ke tempat lain .

Sekarang ahli kumpulan perompak berbaki 8 orang . Irfan sedar lelaki bertopi dan menutup mukanya dengan topeng , memarahi konco- konconya . Sah itu ketua !

Lalu laju langkah diatur ke arah pintu .

Tiga daripadanya mengikutnya manakala yang lain menuju ke arah lain. Mungkin mencari jalan untuk masuk ke dalam selain pintu utama .

Badan Irfan berpusing dan bersandar di dinding . Stapler tembak yang dia pasang sendiri di celah pintu dengan menggunakan akalnya , dikerling sekilas dengan senyum senget yang masih bergayut di bibir .

" Masuklah . Masuklah cepat . " Gesa Irfan saat tombol pintu ditolak ke bawah perlahan-lahan .

Satu...

Dua...

Ti-

Serta-merta jeritan dan carutan daripada sang ketua dapat Irfan dengar . Irfan tersengih jahat sambil melihat ke atas pintu pula .

Di atas pintu , terdapat satu beg pakaian yang berat dengan peralatan untuk penyelenggaraan seperti spanar , skru driver, tukul dan banyak lagi . Apabila pintu itu ditolak ke dalam atau ditendang , automatik beg itu jatuh menghempap mereka .

" Daripada aku duduk sini, baik aku lari dulu . First round here ... done ! Now let's go to the next game . " Lekas Irfan naik ke atas. Anak tangga satu persatu dia langkah dengan segera .

Langkahnya mati sejenak di tangga yang teratas setelah melihat keadaan laluan jalan di hadapan sangat gelap padahal dekat luar terang benderang lagi .

" Vien dekat bilik mana eh ? Bilik kiri ke kanan ? Banyak sangat bilik dalam rumah ni . Seramlah pulak nak lalu . Mesti semua bilik berhantu . " Irfan berjalan berhati-hati .

Gedebuk !

" Arghh ! TAK GUNA ! INI SEMUA SALAH VIEN ! YANG DIA PERGI SINI APAHAL ! TAK TAHU KE TEMPAT NI BERHANTU ? TENGOK... DIA DAH USIK AKU ! " Sambil hamburkan leteran , Irfan berlari lintang-pukang menyelamatkan diri daripada makhluk yang bernama hantu .

Tanpa dia sendiri sedar , bunyi itu sebenarnya datang daripada pintu yang telah ditendang kumpulan perompak dan dua orang konco-konconya pengsan akibat dihempap beg yang berat di kepala .

Dua sudah pengsan, tinggal enam orang lagi .





♕•♕•♕





Pintu wad dikuak dari luar. Semua mengalih pandangan . Qaz masuk ke dalam wad dengan sekuntum bunga lily .

Bibirnya tidak lekang dengan senyuman . Dia terus meluru ke arah Hana seraya mendakap erat wanita itu seakan tidak mahu lepas .

" Sayang! I miss you so much! " Luah Qaz romantis . Dahlah suara Qaz itu kuat. Boleh dengar sampai ke luar .

Tak malu betul !

" Ya Ya. Hana rindukan abang juga. "

Dari sebalik dakapan Qaz, Hana mengangguk sambil menepuk belakang badan Qaz , meminta sang suami melonggarkan pelukan .

" Abang lepaskan Hana. Hana le- "

Automatik badannya menjauhi daripada badan Hana . Iris matanya menatap Hana tidak percaya . Bahu Hana dipegang erat .

" Sayang . Kenapa sayang cakap macam ni? Abang ada buat salah dekat sayang ke sampai sayang sanggup suruh abang lepaskan Hana ?" Mata Qaz berkaca-kaca. Sensitif apabila Hana sebut perkataan ' lepaskan' .

Hana terkedu melihat mata Qaz mahu berair. Lah, dah kenapa pulak suami dia ni . Manakala yang lain , menepuk dahi sambil menggeleng kepala.

" Abang. Abang - "

Tak sempat Hana mahu menerangkan , Qaz awal-awal potong .

" Abang minta maaf sebab tak ada sekali dengan sayang tadi. Abang bukan sengaja. Abang nak tenangkan fikiran je. Janganlah sayang minta abang lepaskan sayang . I can't live without you . " Luah Qaz lagi .

Dia menunduk kepala. Tersengguk-sengguk mengeluarkan tangisan . Masing-masing berbalas pandangan . Tak tahu nak buat apa.

Shen yang paling hampir dengan Qaz mengguling matanya . Dia menggapai rambut Qaz dan menariknya kuat sampai kepala Qaz terdongak ke atas .

" Argh ! Sakitlah ! Woi Shen ! Lepaskan rambut aku. Berani kau tarik rambut aku . Aku abang ipar kaulah, setan! Derhaka ! "

Makin kuat Shen menarik rambut Qaz . Geram dengan perangai abang iparnya.

" Padanlah dengan muka kau . Rasakan ! Kau ingat aku kisah dengan gelaran abang ipar tu . Haish kau ni. Kau tahu tak kau dah salah faham dengan Kak Hana pasal ' lepaskan '. Maksud Kak Hana dia suruh lepaskan pelukan. Bukan lepaskan yang cerai tu. Cengeng! " Naik turun nafas Shen. Rambut Qaz dia lepaskan . Puas hatinya dapat menghamburkan perasaan geram terhadap Qaz.

" Manalah aku tahu. Sayang. Sorry, abang salah faham. Hehehe. " Qaz menyengih sambil membuat sign peace . Namun , sengihannya hanya sejenak .

Kepala terpusing ke kiri dan ke kanan . Mencari sesuatu yang dia pegang tadi hilang dari tangannya .

" Abang cari apa ? "

" Ada tadi. Sekejap. Abang cari. Rasanya ada dekat sini. " Lain Hana tanya, lain Qaz jawab memandangkan dia tengah gelisah .

Bila dia bangun ,masa tu dia tunduk kepala ke bawah dan mengalihkan kaki.

Bunga Lily yang dipegang kesudahannya hancur musnah. Barangkali dia terpijak dan tidak perasan yang bunganya jatuh.

" Tak ada rezeki lah sayang. Bunga dah hancur. "

" Tak apa, abang. Nanti kita petik dekat taman bunga, okay. " Pujuk Hana dan nyata pujukannya terhasil apabila Qaz menyinggung senyum lebar .

" Ehem . Aku dekat luar ni tak nak jemput masuk ke ? " Sapa satu suara dari muka pintu .

Masing-masing ternganga setelah berpaling ke arah pintu .

" Karl ! "

" Miss you , bruh! "

Serentak geng Qaz dan Shen kecuali Qaz bergegas mendapatkan Karl . Karl dipeluk erat . Nampak sangat mereka rindu akan Karl . Lama sungguh tak bertemu .

Dan Qaz terasa disisihkan. Hanya Hana sahaja melayannya . Dia mencebik bibir .

" Tak apalah . Aku tak kisah pun . Aku ada Hana . Bluerkk ! "

Tapi Qaz langsung tidak nampak kelibat anaknya dan Irfan. Hanya Black Rose sahaja di sini . Ke mana mereka berdua pergi? Lupa pula ingin bertanya kepada rakan-rakannya .





•♛•♛•







Tacapan terakhir dikemaskan dengan sempurna . Seluruh ruang di dalam bilik , dia perhatikan bersama riak puas hati . Memang tidak sia-sia dia berlama di bilik yang penuh dengan tin-tin dan tong cat .

" Done ! "

Hampir 70 peratus ruang bilik ini penuh dengan tompokan cat minyak yang dicampur aduk dengan varnish dan syelek . Plastik lut sinar sengaja diletakkan di depan pintu .

Apabila salah seorang daripada mereka masuk, sudah semestinya plastik lut sinar itu dipijak sebelum memijak lantai yang licin tanpa perasaan was-was .

Bunyi derapan kaki melangkah membuatkan Kizz Calvien berpusing badan . Kedengaran bunyi itu datang daripada luar sana . Kizz Calvien menghampiri tingkap bilik yang terbuka sedikit .

Segala tingkah laku empat orang ahli kumpulan perompak direnung tajam . Salah seorang daripada mereka mula menaikkan kaki, memanjat tangga besi namun awal-awal lagi telah terlincir dan jatuh ke bawah .

Begitu juga yang lain ,turut mencuba untuk naik ke atas .Hujung bibir Kizz Calvien naik sedikit dek geli hati dengan usaha mereka untuk naik tangga besi yang telah disapu dengan cat minyak .

Sekali lagi mereka cuba melakukan cara lain dengan meloncat ke metal leach bin . Tong sampah yang besar dan beroda .

Malangnya, mereka termasuk ke dalam tong sampah tatkala berpijak di atas penutup yang automatik berpusing ke bawah .

" O'oo. That's not my fault ."

Terkebil-kebil mata Kizz Calvien melihat . Okay , tong sampah itu bukan dalam rancangannya tapi bagus juga tong sampah ada di situ .

Dia cepat-cepat berpaling ke arah pintu saat telinganya terdengar bunyi derapan kasut berlari .

Sebelum mereka masuk , jejaka kacak itu telah membuat keputusan untuk menghilangkan diri di sebalik dinding yang boleh berpusing 180° darjah dengan hanya menyentuh permukaan dinding .

Dilekapkan telinga pada dinding sebelah dinding yang automatik berpusing jikalau disentuh .

" Dekat sini pun tak ada orang . "

" Dia orang mesti ada . Cari betul-betul sampai jumpa . Aku nak tahu siapa yang berani sangat nak bermain dengan kita . Silap oranglah !Huh ! "

Perbualan antara dua orang yang kedengaran angkuh buatkan Kizz Calvien tersenyum senget . Dalam hatinya , kalau dia tidak ada keberanian untuk datang ke sini , bukan Kizz Calvien namanya .

Silap orang ya ?

Let's start the game .

Senyum senget tidak lekang di bibirnya . Lantai simen diketuk tiga kali untuk memberi mereka suatu isyarat .

Sang ketua dan seorang konconya yang masuk dengan sedikit luka akibat beberapa permainan Irfan di bawah , mematikan langkah daripada keluar daripada bilik ini .

Melihat tiada apa-apapun berlaku , sang ketua berjalan lancar keluar daripada bilik meninggalkan si konconya di belakang .

" Something wrong here. I know you are here . Aku dapat rasakan ."

Tergerak hati si konco untuk melangkah ke depan sambil memerhati sekeliling . Tidak kisah jikalau dia ditinggalkan oleh sang ketua .

" Woi ! Keluarlah ! Kecut ke sampai menyorokkan diri ? Apahal senyap je ? Kau bukan anak jantan ke ? Ke pondan hah ? Berani , keluarlah ! "

Tanpa disedarinya , kaki makin melangkah dan memijak cat minyak . Saat melangkah ke depan lagi , kakinya tergelincir .

Ketidakseimbangan badannya menyebabkan dia tergelonsor sendiri sambil menjerit nyaring hingga berlanggar dengan rak penyimpanan cat .

Tambah memilukan lagi apabila rak penyimpanan cat tumbang ke arahnya yang sedia terbaring di atas lantai .

Konco itu tidak dapat menyelamatkan diri apabila ada serpihan kayu yang usang dan reput dimakan anai-anai tercucuk pada dadanya . Dia meninggal dunia di situ juga tanpa sempat bertaubat .

Kizz Calvien melihat kejadian tersebut daripada awal di lubang kecil yang sememangnya telah ada sekian lama . Dia bangkit dan menekan permukaan dinding yang mana keberadaannya kembali ke dalam bilik itu .

Dia menggeleng kepala . Tidak terjangka perkara seperti ini akan berlaku tapi nak buat bagaimana , dah ajal dia sampai .

" When I am silent , I have thunder hidden inside . That's my answer for your question , dude . " Wujudnya permainan tanpa menggunakan senjata api ini disebabkan dia malas nak kotorkan tangannya daripada dinodai dengan darah .

Kakinya berlalu ke tepi dinding di mana tiada tompokan minyak diletakkan sehinggalah dia selamat keluar .






•♕•♕•






Kepalanya terjengul sedikit ke luar .

Mata Irfan mengecil bagi memfokus pada salah seorang konco yang masih berlegar-legar di kawasan ruang tamu .

Irfan berpaling ke belakang untuk mencari sesuatu benda di dalam ruang bilik itu . Dia mahu kenakan lelaki itu sejenak .

Akhirnya , anak mata Irfan tertumpu pada rak kasut yang bersaiz besar, tinggi dan beroda . Mujur beroda kerana mudah untuk dia menolak rak itu ke bawah .

Rak kasut itu ditolak keluar dari balik dengan menggunakan kekuatannya . Walaupun beroda , ia tetap berat . Barangkali ada pelbagai jenis kasut di dalamnya .

Hingga tiba di tangga , rak kasut itu ditahan . Kepalanya menyenget sebelum berdehem kuat bagi mengejutkan lelaki itu .

" Ehem ! Buat apa tu ? Nak mencuri barang antik ke ? "

" Kau siapa , hah? Macam mana kau ada dalam rumah ni ? " Ternyata lelaki itu jelas terkejut dengan suara Irfan yang muncul tiba-tiba .

Soalan berbalas soalan. Irfan mengguling matanya . Muak pula mendengar soalan bodoh sebegini.

" Kau tak boleh bagi soalan cerdik sedikit ke ? Tanya nama aku ke? Nama sekolah aku ke ? Tinggi ke? Ini tanya aku siapa . Mestilah aku manusia . Kalau aku bukan manusia, aku gigit kau lepastu mayat kau aku campak dalam kubur . " Irfan mula melalut . Dahlah selamba memegang rak kasut itu dengan satu tangan .

Manakala tangan satu lagi menghalang lelaki itu daripada menentang percakapannya .

Dia tidak habis lagi .

" Macam mana aku ada dalam rumah ni ? Cara kau tanya , macam rumah ni tak ada pintu dengan tingkap pula . Sudah semestinya aku masuk melalui pintu . "

Si konco tidak membalas. Hanya mendengus geram. Dia mulai naik ke tangga . Ingin melepaskan berangnya . Namun , Irfan lebih pantas .

Rak kasut itu ditolak dengan kadar laju . Si konco tidak sempat melarikan diri . Dia dengan rak kasut itu sama-sama merudum jatuh , hingga berlanggar dinding . Malah dia tersepit dengan bebanan yang berat

Oleh hal demikian, dia tidak dapat mengeluarkan badannya . Dan meninggal dunia di situ juga akibat cedera parah di kepala setelah terhantuk kuat di dinding.

" Hoi ! Tak guna ! "

Satu teriakan kuat dari arah bawah mengejutkannya. Tadi dia terkejutkan si konco lelaki ini , kali ini dia pula yang terkejut .

Irfan mula menggelabah .

Gerun melihat sang ketua di hadapan dengan jelas . Bertattoo dan panas baran . Matilah dia . Kizz Calvien tiada bersamanya . Jadi, dia perlu berani berhadapan dengan musuh.

Bukan ?

Okay. Irfan . Just chill .

Dia menghela nafas dan mengawal riak muka menjadi selamba .

" Apahal pandang tak puas hati ? Ada hutang masih tak selesaikan ke ? "

" Kau yang hantar mesej tu kan ? Dasar budak mentah ! Tinggi serupa tiang ! Apahal kau nak jumpa aku hah ? Kita tak ada apa-apa deal pun . Jangan kata kau sengaja nak perangkap aku , kan ? Sebab itu semua anak buah aku kau bunuh supaya kau boleh ugut aku . "

" Bisinglah pakcik ! Membebel je ? Pakcik dah kahwin ke belum ? Mesti belum eh ? Mungkin sebab pakcik tak kahwin , pakcik suka membebel. Patutlah tak kahwin lagi . "

" Pakcik, my foot ! Aku mudalah , setan ! Still 36 tahun ! Eh tiang ! Baik kau bagitahu apa hal kau nak jumpa aku dekat sini ? Bagitahu aku cepat sebelum aku telefon polis yang kau dah bunuh orang-orang aku . You murderer ! "

Riak muka Irfan terus berubah apabila dipanggil pembunuh . Baru Irfan membuka suara , bunyi picu pistol ditekan dan menembak rambang pada dinding di belakang Irfan .

Bang!

Bang!

Bang!

Atau lebat tepat, peluru yang dilepaskan sipi-sipi mengena pada sang ketua yang angkuh .

Sang ketua tersentak.

Dia berpusing ke belakang .

Menghadap Kizz Calvien yang berdiri di hadapan pintu utama yang menunduk kepala . Pistol yang dalam genggaman jatuh ke atas lantai dan dia sepak ke tepi.

Irfan mengukir senyum nipis. Akhirnya , penyelamatnya datang ! Dia tahu Kizz Calvien akan selamatkan dia juga.

Eh eh !

" Who are you?! "

Soal sang ketua. Dalam masa Kizz Calvien menunduk kepala , sengihan sinis kelihatan .

" Vien . " Suara Kizz Calvien seperti menderam garang . Menakutkan sang ketua di hadapan .

Mata sang ketua meluas .

" V...Vi... Vien ? Ap... Apa ka.. Kau nak hah? Aku tak cari pasal dengan kau pun. "

" Are you sure ? Cuba ingat balik apa kau suruh konco-konco kau buat pada keluarga aku atau lebih tepat mama aku . "

Sang ketua tidak membalas. Bebola matanya bergerak ke kiri dan kanan . Langkah kaki menginjak perlahan ke belakang . Malah , badannya turut menggigil ketakutan .

Sang ketua berpusing ke belakang. Bersedia untuk berlari ke kawasan lain. Tidak mahu bersemuka dengan Kizz Calvien .

Kerana jejaka itu lebih kejam!

" If you try to run , I've got six little friends and they all can run faster than you can . " Ujar Kizz Calvien dengan suara meninggi dan sinis . Sengaja dia gertak padahal pistol telah dia campak ke tepi .

Sang ketua menghentikan langkah .

Irfan masih di atas hanya berpeluk tubuh melihat situasi di bawah . Sesekali dia mengutuk keangkuhan sang ketua yang bertukar menjadi mangsa .

Hujung bibir Kizz Calvien menyenget . Dia bersuara lagi .

" Apa kau cakap dekat kawan baik aku tadi ? Murderer? Huh ! Let me tell you a little something about murder. It's fun , it's easy , and you gonna learn about it. " Kini , dua pisau dikeluarkan daripada poket hoodienya .

Dia ambil pisau ini pun yang terlekat di pagar magnet . Hanya dia seorang sahaja yang tahu cara matikan sistem magnet itu .

" I'd like you to meet two buddies of mine. We never miss . " Terus dua-dua pisau di dalam tangan dilontarkan tepat di belakang badan sang ketua dan ianya mengena di bahagian jantung .

Di hadapan Irfan , sang ketua itu mengeluarkan cecair merah pekat berkuantiti sangat banyak sebelum tumbang , jatuh meniarap di atas lantai .

Irfan terus meluru mendapatkan Kizz Calvien di muka pintu . Bahu Kizz Calvien dipegang kejap dengan muka penuh persoalan .

Bukan , penuh ayat loyar buruk .

Tengoklah .

" Vien ! Kau kata kita tak main guna senjata pun ! Kita guna otak. "

" Terpaksa -"

" Kau terpaksa... selamatkan aku ? Kau ... Kau tak sayang aku rupanya . Tak apalah . Kau tinggalkan aku . Nanti aku balik sendiri . "

Dengan riak muka mendung , Irfan mengujar . Tangan memegang Kizz Calvien tadi, jatuh longlai ke bawah .

Pedihnya hati.

Kizz Calvien terpaksa menyelamatkan dia . Oh Tuhan ! Mengapakah semua ini harus berlaku ? Irfan masih berdrama .

Kizz Calvien mengguling mata . Tanpa berlengah , rambut Irfan ditarik kasar hingga Irfan menjerit nyaring .

" Sakitlah, mangkuk ! "

" Okay . Ini barulah Irfan aku . Kau tak payah berdrama sangat. Kalau aku tak sayang kau , aku biarkan je kau kena belasah dengan dia tu. Dah . Jom balik ."

" Habis mayat-mayat ni ? "

" Kau buat dia orang ni macam mumia . Simpan dalam keranda . Kalau kau sanggup angkut satu-satu. Simpan dalam locker sekolah . "

Laju Irfan menggeleng .

Eii ! Bodoh apa Vien ni ! Memang taklah dia nak bawa mayat balik . Seram !

" Tinggal je dia orang dekat sini. Pandai-pandailah aku call polis sekejap lagi . " Kizz Calvien mula melangkah keluar bersama Irfan di sisi . Beredar daripada perkarangan rumah yang telah dijadikan tempat mayat-mayat berkumpul.

Mission accomplished !





•♕•♕•






Enjin kereta menderam laju akhirnya berhenti di sebuah bangunan . Tingkap kereta diturunkan .

Cermin mata gelap yang dipakai langsung tidak menjejaskan penglihatannya . Kertas di tangan dikerling sekilas.

Kemudian bangunan di tepinya dipandang sekali lagi sebelum senyum sinis terlakar di bibirnya .

" Tak sabar nak jumpa dengan kamu sayang . Tomorrow... "

Phone di tempat duduk sebelah diambil kemudian nombor seseorang ditekan lalu menekap phone pada telinga .

" Bila kau nak balik Malaysia , Mike ?"

" Apa aunty ni . Tiba tiba terjah orang . Aunty tanya apa tadi ? "

" Mike tak tahu balik Malaysia bila. Mike tengah sibuk uruskan syarikat papa . Mungkin 4 tahun lagi, Mike balik. "

" What? 4 tahun? Habis plan aunty macam mana ? Kau ni sebenarnya memang sengaja tak nak balik lagi kan ? " Marah si dia . Naik angin dengan perangai Mike .

" Aunty . Nama pun plan Aunty . Aunty lah uruskan . No worries . Mike ikut je . Okaylah Aunty . Mike chaw dulu. Ada hal . "

Tit. Tit.

Talian yang disambung dimatikan oleh Mike . Dia mendecit geram lalu phonenya dicampak ke atas tempat duduk sebelah pemandu .

" Aku tak habis cakap lagi, budak ni dah tutup . Menyusahkan ! Kau ingat aku tak tahu apa kau buat dekat sana selain uruskan hal syarikat papa kau? Dasar kaki perempuan ! Kalau tak disebabkan hal anak aku , tak ingin aku ajak kau berkomplot sekali. " Gumamnya sendirian .

Gear ditolak sebelum pedal minyak ditekan laju , meninggalkan kawasan itu.



♕•♕•♕




Earphone di atas meja dicapai dan dimasukkan ke telinga setelah hujungnya dicucuk di lubang pada phonenya .

Nyanyian lagu Chloe Adams yang bertajuk Pretty's on The Inside ditekan sambil menggeledah beg untuk mencari buku rujukan .

Tatkala buku rujukan diambil , iris mata Aisha menangkap satu buku panjang yang asing baginya . Buku rujukan dia letakkan ke atas meja manakala buku panjang itu diraih .

" Ini bukan buku aku . Siapa punya buku ni ? Aku ada terambil buku orang lain ke ? "

Jarinya menari-nari di atas permukaan kulit buku , mencari nama si pemilik buku ini sebab di kulit buku tiada nama yang tertera .

Terukir senyum lebar saat helaian buku yang utama dia baca .

" Kizz Calvien bin Qaz Aldine. "

Apabila terfikir bagaimana buku Kizz Calvien ada padanya , senyuman yang lebar termati .

" Aku terambil buku dia ke ? Tapi... Dekat mana ? Kizz Calvien tak bawa buku pun tadi . Hurm . Pelik . " Ujarnya sendirian sedikit hairan .

Tangan Aisha gatal menyelak buku milik Kizz Calvien tanpa keizinan . Minta-minta Kizz Calvien tidak marah memandangkan dia telah menyibuk dalam privasi lelaki itu.

Gerakannya terhenti saat iris mata tertancap pada sticker note yang berwarna biru tertampal di atas permukaan kertas .

Tolong selesaikan homework aku. Esok aku ambil buku ni daripada kau . Nanti ada hari aku bagi kau upah . Upah paling istimewa !

- your bully; K.C

Aisha mendecit .

Patutlah banyak cakap hari ni . Ada makna rupanya . Hampeh betul ! Dengan kasar buku Kizz Calvien dia tutup . Gayanya , dia tidur lewat sedikitlah demi jejaka idaman bernama Kizz Calvien .

Ting !

Message yang muncul di skrin dikerling sekilas . Tidak berminat ingin membaca daripada nombor tidak dikenali . Dia biarkan skrinnya gelap sendiri .

Namun, lima minit kemudian tiba-tiba hatinya tergerak untuk membaca message tersebut biarpun hanya daripada luar .

0111-544****

I'm coming to you, ma dear! ')

Kening Aisha berkerut . Dia menatap skrin dengan tatapan hairan . Phone dan earphonenya diletakkan di atas meja sebelum bergerak mendekati langsir yang menutupi pandangan luar . Langsir diselak sedikit .

Memerhati keadaan di luar .

" Tak ada siapa-siapa nak datang pun . Mesti scammer bagi message. " Aisha sekadar sedapkan hatinya sahaja . Setelah langsir ditarik, dia naik ke atas katil lalu mencapai bantal .

Jam loceng dikerling sekilas.

Pukul 8.03 malam .

Sempat dia nak lena sekejap.

Ditepuk bantal agar menjadi gebu semula . Matanya layu. Bagi dia tidur sejenak untuk memberinya tenaga kembali . Letak sahaja kepala di atas bantal, mata Aisha terus terpejam . Melayari mimpi .





Tbc.

Votes and comments as always.

Thanks for the wishes and for the comments at chap 34. Much love. ❤️

Ini hadiah untuk korang sebab dane published lambat lagi . Busy settlekan hal U . Memandangkan nak masuk sem 4 .

SPAM COMMENTS BEBANYAK ! ❤️
DANE AKAN CUBA HABISKAN STORY NI SECEPAT MUNGKIN WALAUPUN CHAPTER BANYAK LAGI. EHEKS ')

- Instafamous or Artis ?

- Bersukan or Bernyanyi ?

- One word for Irfan & Kizz.

- One word for Qaz & Shen .

- Give me any question and I'll answer honestly! ✨




Unlock new chapter : 200 Comments ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

128K 4.4K 40
By: yanaablossom Take note! -Imaginasi semata-mata -asli dari otak saya -jangan lah tiru,karya saya mana lah hebat mana sampai orang nak tiru -baca j...
770K 45.7K 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mat...
170K 5.6K 40
Siapakah sebenarnya dia?? Kenapa Rayyan tertarik untuk berkahwin dengan wanita itu.. Akankah mereka akan bersama?? Kalau mau tauu silakan dibacaaπŸ˜†πŸ˜†...
250K 1.1K 10
Kisah tentang kakak kandung n kakak ipar nye yg terjebak dalam dunia pelancuran