Romance : Ahmad Khalif ✓

By dsyaf_

34.2K 3.4K 263

Book 2 (Masih edit dan tak digalakkan baca kerana cringe) 8 tahun yang lepas Nama aku Khalif. Bekas pelajar a... More

Akan datang
1 | Permulaan
2 | Pengenalan
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45 (Akhir)

20

763 74 4
By dsyaf_


"Nah!" Puan Sri Khalisa menghulurkan bungkusan kepada Hadi.

"Apa ni?"

"Spaghetti?"

Hadi menepuk dahi, lupa pulak dia ada minta tadi.

"Umi kene gerak dulu ni, ada meeting dengan client, Hanum dengan Khalif bawak kereta elok-elok. Hadi, nanti kita calling-calling okeh?" Puan Sri mula berdiri handbag dicapai.

"Baik tokmi, jangan lupa follow Tiktok Hadi tau!"

"Beres cucuku! Assalamualaikum. " Hanum, Khalif dan Hadi sempat bersalam dan berpelukan dengan Puan Sri Khalisa.

"Saya pun nak gerak, lunch dah nak habis." Hanum turut berdiri, diikuti dengan Hadi yang sedang menjinjit plastik yang berisi spaghetti.

"Pasal dinner malam esok, jangan lupa tau? Kalau boleh bawa abang Harris. "

Hanum hanya mengangguk, itu pun kalau abang Harris nak ikut. Tangan Hadi dicapai.

"Salam." Arah Hanum kepada Hadi.

Hadi mencapai tangan Khalif lalu disalam, Khalif pula sempat menundukkan wajah untuk mencium dahi Hadi.

"Jaga ibu, ayah sayang dua-dua." Kepala Hadi diusap.

"Serahkan saja pada Hadi ayahnda." Hadi mengenyitkan mata sebelah.

"Bawak kereta elok-elok, assalamualaikum."

Khalif melihat langkah Hanum dan Hadi yang berlalu meninggalkannya sendiri di bilik itu.

Dada dipegang, senyuman melebar.

"Aku akan dapatkan kemaafan Hanum walau apa cara."

***

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam. "

Rais tersenyum, tangan dihulur untuk bersalam.

"Silakan duduk encik.."

"Asiddiq."

"Baik encik Asiddiq, saya ingin memaklumkan projek yang sedang kita hasil tinggal lagi 90%, dan dijangka shopping mall tersebut akan mula beroperasi dalam tempoh 3bulan sahaja lagi,

Ini plan bangunan yang sudah siap dibina, ada apa-apa yang encik Asiddiq ingin tambah?"

Asiddiq hanya melihat acuh tak acuh, bukan dia faham pun. Papa yang suruh datang dan dengar, dia ikut jelah sambil-sambil menjalankan misi iaitu mendekati Rais.

"Tiada apa yang saya nak ubah, semua perfect."

Rais tersenyum puas,

"Sebenarnya aku datang nak cakap pasal Khalif." Jujur Asiddiq.

Senyuman Rais mati, macam mana lelaki dihadapannya tahu tentang Khalif?

"Ma.. macam mana encik tahu tentang Khalif?"

"Panggil aku kau je."

Setelah Rais mengangguk, Asiddiq memulakan biacara.

"Aku kenal kau, geng club VIP dulu kan? Aku dengar kau sekarang berkawan dengan Khalif, betul? "

"Betul."

"Aku kawan dia waktu sekolah, termasuk Qayeed."

Rais terkedu.

"Ada perkara aku nak minta tolong, sebenarnya Qay.."

Tiba-tiba pintu diketuk dan dibuka.

"Air tuan." Rais mengangguk kepada PAnya.

Perbualan disambung sebaik sahaja PAnya keluar.

***

"Hadi suka ayah?" Soal Hanum yang sedang memotong sayur.

"Suka! Ayah baik macam ibu, hihi."

Hanum tersenyum memandang Hadi yang duduk di meja makan sambil melayan kartun di ipad.

"Ibu masak sup dengan telur okay?"

"Okay."

Tangan Hanum lincah memotong isi ayam, lalu ditinggal sekejap dan diambil dua biji telur dari peti, dibasuh terlebih dahulu sebelum dipecahkan ke dalam mangkuk.

Telur dikacau sehingga menampakkan buih lalu diletakkan sedikit garam, air yang sedikit mendidih di dalam periuk membuatkan tangan Hanum mula mencampakkan isi ayam untuk dimasak terlebih dahulu.

"Esok ayah ajak pergi rumah tokmi, diorang ajak makan, jadi malam ni siapkan homework, faham?"

"Alah ibu, esok kan cuti.." Rungut Hadi.

"Nope! Siapkan malam ni juga, tak tahu tanya ibu."

Hadi mula menutup cerita kartunnya, ipad dibawa bersama lalu diturun dari kerusi dan berjalan ke tingkat atas.

Setelah lebih setengah jam berperang di dapur, siap package kemas dapur, basuh baju dan menjemur baju, Hanum mula menghidangkan lauk dan nasi di atas meja makan.

Pembantu memang ada, tetap hanya sampai pukul 7 malam sahaja, pembantu itu lebih kepada babysitter yang menjaga Hadi di waktu dia bekerja.

"Lalala.." Nyanyi Hanum ceria sambil tangan ligat menyedok nasi ke dalam pinggan.

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi, dahi Hanum mula berkerut.

Siapa pula datang malam-malam ni? Sempat disaji makanan di atas meja sebelum tudung sarung dicapai dan disauk sahaja.

Pintu dibuka, mata cuba dikecil untuk melihat siapa gerangan di luar pagar. Selipar dipakai dan dirinya mendekati pagar.

"Ya? Ada apa?"

"Penghantaran."

"Ha?" Hanum mengerut dahi, dia ada order apa-apa ke?

Rasa macam tak ada.

"Puan Hanum kan? Ada bungkusan untuk puan, agak besar jadi er.. tolong bukak pintu boleh?"

Hanum melihat lelaki dihadapannya dari atas hingga ke bawah, nampak mencurigakan.

"Tak nak." Putus Hanum.

"Habis barang puan ni?"

"Letak depan pagar." Arah Hanum dengan wajah tiada reaksi.

Hanum terdengar keluhan lelaki dihadapannya,

"Bukak sayang, abang tak tahan ni.."

Membulat mata Hanum mendengar bicara lelaki dihadapannya.

"Lembab la kau buat kerja, blahla!" Seorang lelaki yang berpakaian hitam muncul lalu terus memanjat pagar rumah Hanum.

"Eh nak buat apa ni?!"

Hanum berganjak ke belakang,

"Nak tubuh boleh?"

Hanum terus berlari ke arah pintu rumah, namun lelaki yang memanjat pagar terlebih pantas menahan tangan Hanum.

"Kau nak pergi mana?"

"Hadi! Call ayah sekarang Hadi!" Jerit Hanum yang cuba lepas dari pegangan lelaki dihadapannya.

"Alalalaa.. minta tolong ye? Sini ikut abang meh."

Mulut Hanum ditutup, tubuhnya diheret ke dalam rumah, lelaki sebentar tadi turut berjaya memanjat pagar rumahnya,

Pintu rumah dikunci.

"Jangan jerit-jerit, abang tak kuat lah.."

"Lepaslah bodoh! Jantan bodoh!" Jerit Hanum apabila mulutnya dilepas.

"Bodoh? Kau panggil aku bodoh?!" Lelaki dihadapannya mula melonggarkan tali pinggang.

"Kau pegang dia, biar aku ajar perempuan ni!"

***

Khalif yang baru sahaja mahu melelapkan mata kembali tersedar apabila telefon berbunyi.

"Hanum?"

Segera diangkat.

"Hello?"

"Ay.. ayah"

"Hadi? Kenapa ni?"

"Ayah datang cepat, ada orang jahat! Cepat ayah!"

"Ha?! Orang jah.."

"Cepat ayah!"

Khalif terus meloncat dari katil, kunci kereta dicapai lalu terus berlari keluar dari bilik.

"Khalif! Nak pergi mana tu?!" Laungan Puan Sri Khalisa diabaikan.

kereta dihidupkan, lalu terus dipecut dengan laju, habis lampu isyarat semua dia langgar. Tolongla ya Allah, jangan ada jadi sesuatu yang buruk.

Sampai sahaja di rumah Hanum, keadaan dari luar dilihat terang, baru sahaja tangan mahu menekan nombor Hanum, terdengar jeritan.

"Lepaslah bodoh! Jantan bodoh!"

Khalif mengerut dahi, macam suara Hanum. Pagar dipegang,

"Ah, kunci pulak!" Nak tak nak kene panjat jugalah.

Khalif menuju ke arah pintu rumah dengan berhati-hati, pintu rumah cuba dipulas namun terkunci, nafas ditarik sebelum pintu ditendang kuat.

Tubuh Hanum yang terdedah dan ditindih membuatkan wajah Khalif berubah bengis.

"Kau ni memang sial lah!" Lelaki yang sedang menindih Khalif ditarik.

Tumbukan diberi sekuat hati dan bertubi-tubi sehingga lelaki itu layu bersama mulut dan hidung yang berdarah, terdapat juga kesan kebiruan di tepi mata.

Lelaki yang sedang memegang tangan Hanum mula terketar,

"Khal.. Khalif.." Sebut lelaki itu tersekat-sekat.

"Ye, aku Khalif! Korang ni memang sial lah, salah rumah la lu harini." Kolar baju lelaki itu ditarik.

Wajah didekatkan, Khalif tersenyum sinis lalu diludah air liur tepat ke muka lelaki itu.

"Jangan buat aku rasa nak bunuh orang, blah."

Kolar baju lelaki itu dilepaskan, terus terkocoh-kocoh dia memapah rakannya yang lunyai keluar.

Pandai-pandai la kau panjat balik pagar tu.

Khalif melihat selimut yang berada di sofa terus dicapai, lalu tubuh Hanum yang terdedah ditutup.

"Hanum.."

"Ja.. jangan dekat!" Jerit Hanum tiba-tiba lalu menjauhkan diri dari Khalif.

"Saya ni, Khalif..." Dirinya cuba mendekati Hanum.

"Kau! Kau rosakkan hidup aku!", Hanum menunding jari tepat kearah Khalif.

"Hanum, jangan macam ni.."

Tsk, tsk..

"Hanum tak salah, bukan salah Hanum, bukan.." Tangis Hanum tiba-tiba.

Melihat keadaan Hanum begitu membuatkan dirinya lebih merasa bersalah.

Hadi yang menyorok disebalik tangga turun apabila melihat ibunya menangis.

"Hadi!"

"Hadi tak apa-apa?" Soal Khalif sambil membelek tubuh anaknya.

"Hadi okay. Ayah, ibu kenapa nangis?" Soal Hadi lalu cuba mendekati Hanum.

"Ayah tak tahu.." Khalif menunduk, salah aku ke ya Allah?

"Ibu, Hadi ada ni." Tangan kecil itu mula memeluk Hanum.

Namun keadaan Hanum masih begitu, menimbulkan kerisauan.

"Kita bawak ibu pergi hospital okay? Hadi tolong buka kan pagar, dan kuncikan pintu dengan pagar selepas keluar ye? Ayah bawak ibu masuk kereta. "

Hadi hanya mengangguk dan mula mencari remote pagar. Khalif mendekati Hanum, lalu tubuh itu diangkat.

"Sorry.." Bisiknya perlahan.

Hanum yang berada dalam dukungannya hanya terus menangis.

***

"Macam mana dia doktor?"

"Doktor Hanum okay, cuma trauma dia datang lagi. Saya harap encik dapat pantau keadaan dia dan banyakkan masa dengannya."

Khalif mengangguk lemah, jadi Hanum trauma? Adakah dari perbuatannya dulu?

"Saya boleh tengok dia?"

"Boleh, tapi jangan bising sangat ye? Biarkan dia berehat."

Khalif mengangguk, Hadi yang sudah tertidur di kerusi menunggu dipandang sayu.

Tubuh Hadi diangkat lalu berlalu ke wad Hanum. Dapat dilihat Hanum sedang tidur dengan mata yang berbengkak akibat menangis tak henti-henti.

"Saya minta maaf, saya minta maaf.." Khalif mengemam bibir dari memecahkan bunyi akibat tangisan.

Begitu perit melihat Hanum yang terbaring kaku,

Dan

Lebih perit Hanum trauma disebabkan dirinya, saat dia memperkosa Hanum dahulu lalu meninggalkan Hanum.

Sakit, sakit yang bukan kepalang untuk mengaku kejahilannya.

"Saya minta maaf Hanum.."

Continue Reading

You'll Also Like

53.3K 3.6K 56
Stranger. Schoolmate. An engagement. A wedding. From school uniform to wedding dress. Seorang perempuan yang takut untuk jatuh cinta. Seorang lelaki...
12.7K 1.1K 11
Cinta itu wujud saat dia sudah tiada :') #shortstory
10.1K 1.2K 21
[2nd book of Hanya Series] ♡8 namanya terlalu indah sehingga melekat di fikiranku Dah tahu kisah Ad dan Syai kan? Ni kisah anak mereka pulak. Nur Fa...
840 78 8
𝐐𝐚𝐢𝐝 𝐀𝐟𝐧𝐚𝐧 | 𝐐𝐚𝐦𝐫𝐚 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐚 𝑻𝒉𝒆 𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔: 𝑷𝒆𝒍𝒊𝒏𝒅𝒖𝒏𝒈 𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉 𝑷𝒖𝒓𝒏𝒂𝒎𝒂 Purnama. Tahukah anda bula...