Kembali Cinta

By zatulzukefli

338 38 6

Mampukah aku harus bertahan dari terus mencintaimu? - Orked Sri Dewi Siapa sangka kebahagian yang dicipta ber... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5

Bab 4

26 7 0
By zatulzukefli

Tekad atau keputusan yang terburu buru? Dia sendiri keliru. Pendirian diri juga seakan goyah. Hati kata lain. Otak kata lain. Dia tak nak jadi seperti pepatah. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kini, dia akui melawan hati memang susah walaupun otak telah berkali-kali bagi amaran. Penat! Lelah bila bermain rasa.

Mangkuk tingkat digengam kuat. Cerita yang disampaikan oleh Adi membuatkan dia rasa tercabar. Dia menutup mata sebentar dan menarik nafas dalam. Cuba mentafsirkan adakah keputusan dia ini betul.

"Betul ke tindakan aku ni?" Desis hati Orked.

Orked merenung mangkuk tingkat yang di isi dengan makanan kegemaran Al Ryan. Asam pedas ayam campur bendir dan ikan pekasam. Lauk kegemaran yang Al Ryan minta pada setiap minggu ketika mereka dalam ikatan pertunangan.

"Masakan ni mampu beri ingatan pada dia untuk ingatkan aku?" Soal Orked pada diri sendiri. Jawapan yang tiada penghujung. Sendiri yang terluka.

"Memori bahagia sentiasa ada dalam memori saya." Dia masih ingat kata kata ini ketika mereka bertunang. Pandangan ikhlas Al Ryan terhadap dia. Senyuman manis yang terukir pada bibir.

Orked pegang dada kiri. Dia menumbuk dada beberapa kali. Kenapa rasa sakit dan perit? Bahagia yang dia rasa hilang sekelip mata bila Al Ryan lupa padanya. Oh ini rupanya yang terjadi bila orang yang disayangi lupa akan dirinya.

"Bukan salah Al Ryan." Otak mula mengingatkan kembali.

Orked gagahkan diri mengangkat kaki menuju ke wad Al Ryan. Biarlah apa akan terjadi sebentar nanti. Dia hanya mahu bagi lauk kegemaran Al Ryan sahaja. Perasaan yang keliru tak endahkan.

"Assalamualaikum." Orked memberi salam bersama senyuman manis. Lana yang duduk di hujung katil masam mencuka melihat figura Orked. Riak Al Ryan pula berbeza hari ini. Tiada riak sinis mahu pun keliru. Dia lemparkan senyuman manis. Orked agak terkejut tetapi riak wajah dikawal sebaik mungkin.

"Waalaikumusalam. Kenapa berdiri kat situ? Marilah sini. You bawa apa tu?"Soal Al Ryan mesra. Pandangan mata jatuh pada mangkuk tingkat. Perut pula tiba tiba berbunyi. Tak sabar untuk mengetahui lauk yang di bawa oleh Orked.

"Saya bawa lauk. Asam pedas ayam dengan ikan pekasam." Ujar Orked bersama senyuman. Rasa sedikit lega bila Al Ryan sambut dia dengan senyuman manis. Pandangan mata tajam Lana tidak diendahkan. Dia hanya pentingkan cara Al Ryan menerima dia disaat ini.

Mangkuk tingkat diletak atas meja makan. Orked menyusun satu per satu untuk memudahkan Al Ryan.

"You tahu kan Ryan sakit. Kenapa bawa makanan tak sihat?" Soal Lana garang. Mata membulat pandang pada Orked. Tak serik lagi Orked datang ke sini walaupun puan Rahimah melarang. Dasar perempuan tak tahu malu! Kutuk Lana dalam hati.

"You hanya pekerja I?" Tanya Al Ryan ingin kepastian. Mata merenung wajah ayu itu. Wajah itu nampak tenang seperti tiada apa apa.

Orked kaku seketika. Bagaimana cara mahu menjawab? Ya atau tidak? Dia sendiri bingung. Risau jika sikap gelojoh dia ini akan mendatangkan bencana pada hari mendatang. Dia harus bijak menghadapi situasi.

"Ya pekerja." Jawab Orked ringkas. Tangan kanan mencedok nasi ke dalam pinggan. Seketul ayam bahagian paha diletakkan lalu dihulurkan pada Al Ryan. Dia sedar yang Al Ryan tak berhenti menatap wajah dia dari tadi. Gerak geri dia juga diperhatikan.

"Cukup?"

Al Ryan mengangguk. Wajah itu seolah olah kecewa dengan jawapan Orked. Dia berharapkan sesuatu yang lebih. Jika benar Orked adalah seorang pekerja kenapa gadis itu prihatin. Pada hari pertama dia sedar, Orked memanggil namanya dengan lembut. Renungan mata itu sesuatu. Hari ini renungan mata itu sudah tiada lagi. Hanya biasa biasa sahaja. Al Ryan jadi keliru.

"You tak suka makanan kampung." Ujar Lana. Sakit hati bila melihat Al Ryan menyuap makanan ke dalam mulut. Dia rasa kalah.

"I suka." Balas Al Ryan. Dia menikmati asam pedas ayam. Masakan ini terasa seperti dia sering makan tetapi ingatan dia terbatas untuk mengingati. Siapa sebenarnya gadis ini padanya?

"Sedap." Puji Al Ryan.

Lana pula berpeluk tubuh. Panas hati dengar pujian Al Ryan. Al Ryan dah tak macam dulu yang hanya gemarkan makanan barat. Al Ryan yang dulu langsung tak sentuh makanan kampung. Katanya itu bukan selera dia. Sekarang, Al Ryan sudah berubah citarasa. Bukan setakat citarasa makanan tetapi citarasa gadis impian juga turut berubah.

"You tak malu ke datang sini? You tahu kan Al Ryan tunang I."

"Lana." Keras suara Al Ryan sebut nama Lana. Dia tidak suka Lana meninggikan suara pada Orked.

"You langsung tak jaga hati I sebagai tunang."

Al Ryan menarik nafas dalam. Kunyahan terhenti dan dia menelan terus. Air kosong diteguk rakus. Mati seleranya.

"Stop Lana."

"Betul lah. You langsung tak jaga perasaan I." Marah Lana. Disebabkan perempuan ini. Al Ryan sanggup tinggikan suara pada dia.

"Jangan bodoh kan aku Lana. Aku tak ingat separuh ingatan bukan semua. Kau pura pura jadi tunang aku sebab mama kan." Ujar Al Ryan keras.

"Ryannnnn."

"Bukan kah aku kemalangan selepas kau minta putus tu?" Soal Al Ryan sinis.

"Tak."

Orked membatukan diri di situ. Dia hanya melihat situasi tegang. Dia hampa bila ingatan Al Ryan terhad sampai disitu sahaja. Kenapa bukan sampai mereka bertunang?

"Tak jadi putus tunang Ryan. Kita get back." Orked menafikan dan mulakan penipuan.

Al Ryan senyum sinis.  Dia bukan bodoh nak percayakan cakap Lana. Lana itu pandai putar belit. Curang dengan tunang tapi Al Ryan dipersalahkan. Hebat sungguh permainan seorang Lana. Dia jadi muak! Dia bukan lelaki dayus nak setia pada perempuan tak cukup jantan.

"Really? I tak akan jilat ludah I. I tak akan kutip perempuan yang curang dengan I." Ujar Al Ryan sinis.

"Noooo. You maafkan I dan terima I. You bagi I peluang kedua. You pun ingat I sorang je kan."

Orked yang mendengar terasa mahu balas tetapi dia sedar. Ini bukan masanya. Mungkin keadaan bertambah buruk bila dia mengaku sebagai tunang Al Rya. Dia hanya menonton drama ciptaan Lana.

"I baik dengan you sebab mama. Ikut kan I muka you pun I tak nak tengok."

"Al Ryannnn. Sampai hati you. Perempuan ni baru hantar makanan. You dah menidakkan hak I sebagai tunang."

Air mata palsu diseka. Dia harus meraih kepercayaan Al Ryan.

"Orked tak ada kena mengena dengan kita Lana! Dia bukan siapa siapa pada I."

Kata-kata Al Ryan menyentap seluruh hati Orked. Terasa jatuh berkecai. Orked menunduk pandang lantai. Pertengkaran antara Al Ryan dan Lana tidak diendahkan. Butir bicara mereka seperti angin lalu. Dia melangkah keluar dari bilik ini. Riak wajah tidak dapat ditipu apatah hati.

Ya dia berpura pura kuat sedangkan hatinya rapuh. Dia berpura pura pijak sedangkan ada ketika dia jadi bodoh sebentar.

"Dia bukan siapa siapa." Ayat itu diulang dari bibirnya. Kekuatan yang ada tadi sudah hilang sekelip mata.

Al Ryan tak tahu. Al Ryan hilang ingatan. Al Ryan tak salah. Orked cuba memujuk diri sendiri.

"Sudahlah Lana. I dah bosan. Tak habis dengan I tunang you. Muak tahu tak!"

"Sampai hati youuu. I ni perempuan yang paling you suka." Ujar Lana. Mulut muncung ke depan. Al Ryan memang keras hati. Perangai yang ini tak berubah.

"Suka?" Soal Al Ryan. Dia gelak sini. Perasaan dia boleh berubah bila manusia khianati dia. Tak perlu simpan hubungan toksik seperti lana.

Lana mengangguk. Bahu Al Ryan dipegang tetapi ditepis  . Al Ryan merengus kuat. Tidak suka badan dipegang oleh perempuan murah. Geli!

"You kata kita get back?"

"Ya."

"Tak mungkin! I tak akan get back dengan betina yang tidur dengan jantan lain.  You sedap kat kondo yang I beli untuk you." Ujar Al Ryan menekan. Bibir diketap geram. Mata terbayang adegan mesra antara Lana dan jantan itu.

Terbeliak mata Lana mendengar. Alamak! Mati lah dia kali ini. Bermakna ingatan Al Ryan lebih dari itu. Dia fikirkan ketika dia yang minta putus.  Ya ketika itu, esok hari mereka berbaik semula.

Al Ryan senyum sinis. Makan perangkap rupanya perempuan ini. Dia bukan bodoh nak percaya bulat bulat apa yang dikatakan Lana.

Continue Reading