Golden Brain vs Golden Physic...

By reenshi

81.6K 14.6K 7.9K

▪︎Kenapa kita perlu pilih untuk menjadi salah satu, sedangkan kita boleh menjadi kedua-duanya sekali▪︎ 《A Jeo... More

Introduction
1: Kedatangan
2 : Kelas
3: Pelik
4: Sekarang!
5: Pensel
6: Lari
7: Berbeza
8: Denda
9: Welcome
10: Deal?
11: Sertai
12: Rahsia
13: Same
14: Sejuk
15: Berita
16: Dua?
17: Kawan
18: Ketua
20: Idea!
21 : GPS
22: Belakang
23 : Bikar
24: Perhatian
25: Add
26: Karnival
27: Kaunter
28: Together!
29: Tolak
30 : Duality
31: Game
32: Jangan!
33: Jauh
34: Nama
35: Dating

19: Cover

1.7K 352 228
By reenshi

120 votes + 80 comments

"Kenapa sejak akhir-akhir ni kau layan aku macam ni? apa aku dah tak cukup kacak ke, hah?!" soal Jungkook dengan nada yang sedikit tinggi.

Tipulah jika Kim Minjung tidak terkejut dengan soalan berani Jeon Jungkook itu.

"Kau memang selalu merepek ya?" soal Minjung sambil menghadiahkan jelingan tajam kepada jejaka itu.

Belum sempat Jungkook berkata apa-apa, Minjung terlebih dahulu keluar daripada kelas itu.

Mahu sahaja Jungkook menghentak-hentakkan kakinya akibat tidak berpuas hati, tapi kerana masih di dalam kawasan sekolah, Jungkook tidak buat begitu bagi menjaga imej cool-nya.

"Ok Jungkook, fikir, fikir, kenapa boleh perempuan marah secara tiba-tiba" katanya pada diri sendiri.

"Aku ada buat dia marah ke? tapi memang selalunya aku buat dia marah pun, tak ada pula dia marah sampai macam ni" katanya lagi.

"Dia tak nak kawan dengan aku ke? tapi tak akan lah secara tiba-tiba macam tu" kata Jungkook.

Tiba-tiba satu perkara yang terlintas di fikirannya,

"oh ya! Period! hormon perempuan tak stabil jadi waktu dia period jadi perasaan dia akan bertukar-tukar macam angin monsun" Jungkook bertepuk tangan apabila telah mengagak apa yang telah merasuki Minjung itu.

☆☆☆☆

Jeon Jungkook memerhatikan Minjung yang sedang beratur di hadapannya. Sudah pasti untuk mengambil makanan yang disediakan oleh pihak kantin.

Apabila tiba giliran Minjung untuk mengambil dulang, cepat-cepat Jungkook turut mencapai sebuah dulang lain dan kekal beratur di belakang Minjung.

Jeon Jungkook hanya kekal berjalan ke hadapan mengikut gilirannya, dulangnya yang di isi oleh mak cik kantin itu, tidak dihiraukannya.

Malahan matanya kekal memerhatikan Minjung yang berada dihadapannya.

Setelah dulangnya sudah penuh berisi makanan, dia berjalan menuruti Kim Minjung.

Tidak kiralah di mana gadis itu duduk, dia akan duduk bersebelahan dengannya.

Akan tetapi Jeon Jungkook menyedari sesuatu dan tangannya terus bertindak meletakkan dulangnya ke atas meja yang berdekatan dengannya.

"Weh, apa ni?" soal seorang remaja lelaki yang sedang makan tetapi dia terganggu apabila Jungkook tiba-tiba sahaja meletakkan dulangnya di atas meja itu, nasib baik sahaja makanan mereka tidak tercampur.

"Tumpang kejap, weh" balas Jungkook lalu dia berlari mendekati Minjung yang menuju ke arah meja makan untuk makan bersama bekas pelajar kelas Mantel.

Kim Minjung POV💚

Hampir beberapa langkah lagi untuk gadis itu tiba di meja makan itu, tiba-tiba sahaja pinggangnya dirangkul lembut dari arah belakang.

Nasib baik sahaja makanannya tidak jatuh bergolek di atas lantai.

Hei, memanglah dia terkejut apabila pinggangnya dirangkul sebegitu, tetapi sebaik sahaja dia berpaling dan melihat wajah Jungkook di belakangnya. Minjung menjadi tidak terlalu terkejut.

Jungkook memang suka buat benda pelik. Itu, memang, dah, sah!

"Kau dah kenapa?" soal Minjung.

Jungkook tidak membalas sebaliknya dia berbisik di telinga gadis itu.

"Letak dulang kau, dan ikut aku, sekarang" bisik jejaka yang setinggi 179 sentimeter itu.

"Kalau aku tak nak?" balas Minjung.

"Huh, kau bocorlah, kira baik dah ni aku tolong back up kau dari malu nampak tompok darah dekat skirt kau" balas Jungkook.

Oh tuhan! bocor?! rasanya pagi tadi dah pakai wings overnight yang 42 sentimeter. Ok, cukup, jangan malukan diri sendiri Minjung!

Sekarang ini, seluruh kantin itu sedang memerhatikan babak diantara mereka berdua itu.

Maka, bermulalah khabar angin yang dibuat-buat oleh mulut orang lain.

"Ermm, kenapa Jungkook peluk Minjung?" soal Nayeon kepada rakan-rakannya.

"Fikir positif, mungkin dia nak ukur saiz pinggang Minjung ke?" balas Chanyeol.

"Wah, aku nak ukur pinggang untuk beli seluar pun guna tali pengukur, Jungkook peluk je dah tahu saiz pinggang" balas Taehyung dengan nada memerli. Sudah tentu dia hanya menjeling ke arah Jungkook dan Minjung di situ.

"Mungkin Jungkook nak diet rasanya, jadi sebelum tu dia nak ukur pinggang Minjung sebab nak jadikan goal" kata Eunwoo pula.

"Ah, korang ni, diorang tu tengah bercintalah" kata Park Jimin yang tiba-tiba sahaja datang di meja itu.

"Eh, sejak bila kau ada dekat sini?" soal Nayeon.

"Tadi, lagipun aku nak tengok juga babak percintaan diorang tu" balas Jimin lalu menolak sedikit Taehyung agar ke tepi.

"Tepi sikit, aku nak duduk juga" kata Jimin.

"Kau.. tak kisah ke makan dengan kitorang?" soal Eunwoo.

"Kenapa? aku tak boleh makan dengan korang ke?" soal Park Jimin.

"Ehh, mestilah boleh" balas Chanyeol sambil tersenyum lebar.

☆☆☆☆

Jeon Jungkook POV💚

"Dah siap ke?" soal Jungkook dari luar tandas perempuan.

"Diam lah! janganlah tanya banyak kali, aku dah siap nanti aku keluarlah" balas Minjung dari dalam.

Jeon Jungkook hanya tergelak kecil apabila mendengar nada suara gadis itu menjadi marah. Comel la!

Namun, senyumannya mati sebaik sahaja melihat kelibat Chaeyoung menuju masuk ke dalam tandas.

"Yah, Chaeyoung-ah" panggil Jungkook dengan nada dingin, membuatkan Chaeyoung memandang ke arahnya.

"Apa?" balas gadis itu.

"Kenapa kau bersungguh sangat nak aku jadi ketua kelas?" soal Jungkook tanpa berlapik.

"Bukan kau sendiri pun nak jadi ketua kelas?" soal Chaeyoung.

"Aku tak kisah pun, tapi kau tu. Kenapa kau bersungguh sangat? sebelum ni kau mana ada kisah tentang orang lain dalam kelas tu" balas Jungkook lagi.

"Sebab kau ketua kelas sky, aku tak nak ketua aku orang yang lebih bodoh daripada aku, Minjung memang langsung tak sesuai" balas Chaeyoung.

Kesabaran Jeon Jungkook hampir runtuh apabila mendengar orang memaki Kim Minjung sebegitu rupa.

"Minjung  tu sebenarnya--" belum sempat Jungkook menghabiskan ayatnya, Kim Minjung terlebih dahulu keluar dari tandas perempuan dan menarik Jungkook untuk menjauhi Chaeyoung.

Langkah mereka pantas meninggalkan kawasan tandas itu dan menuju ke arah kelas mereka.

"Kau dah janjikan, aku jaga rahsia kau, kau jaga rahsia aku" ujar Minjung sambil memberikan pandangan tajam kepada Jungkook.

"Tapi dia kutuk kau, tak akan aku nak diam" balas Jungkook.

"Ah, biarkan saja" balas Minjung. Jeon Jungkook hanya mampu menghela nafas apabila mendengar jawapan Minjung itu.

"Jadi, macam mana?" soal Jungkook.

"Macam mana apa?" soal Minjung kembali.

"Hilang ke tompok merah tu dari skirt kau?" soal Jungkook.

"Warna dia pudar lah sikit.. tapi ermm" Minjung menjadi malu untuk menjawab memandangkan Jungkook itu lelaki.

"Tch, patutlah jalan kepit-kepit takut nampak tompok rupanya" balas Jungkook. Weh, tipulah sebagai seorang perempuan kalau tak malu sekarang ini.

"Nah, kau ikat lah dulu blazer ni dekat pinggang kau" kata Jungkook sambil menghulurkan blazer uniform sekolah miliknya.

"T-terima kasih" balas Minjung sambil tangannya menyambut pemberian Jungkook itu.

"Haih, berapa banyak kali dah ni aku selamatkan kau, macam kena tambah je hari untuk kau jadi hamba aku" balas Jungkook.

Minjung melamparkan jelingan kepada lelaki itu.

"Hahaha, tak lah, aku gurau je" ujar Jungkook berselang ketawa.

"Oh ya! weh, aku nak bagitahu ni" cepat-cepat Jungkook mengubah topik perbualan sebaik sahaja dia teringat sesuatu.

"Apa?" balas Minjung.

"Aku rasa, Jung Jaehyun terlibat dalam eksperimen Golden Brain" kata Jungkook perlahan.

☆☆☆☆

Jeon Jungkook melihat ibunya yang asyik membaca majalah kecantikan sambil duduk di atas sofa.

"Ibu, Jungkook nak tanya" anak tunggal itu memulakan perbualannya.

Ibunya mengalihkan pandangannya ke arah Jungkook tanda dia sedang mendengar apa yang Jungkook mahu bicarakan.

"Ermm, kalau perempuan datang bulan, apa yang lelaki boleh buat untuk tolong?" soal Jungkook.

"Tak pastilah, sebab setiap perempuan tu berbeza, ada yang kalau sakit dia suka bersendiri, ada yang suka tidur, ada yang suka menangis secara tiba-tiba, tengoklah keadaan dia macam mana" balas ibunya.

"Ohh"

"Tapi, kenapa tiba-tiba Jungkook tanya pasal ni?" soal ibunya.

"Ermm, mana tahu kalau ibu datang bulan nanti, boleh lah Jungkook tolong, ayahkan jarang ada dekat rumah" balas Jungkook.

"Eh, tak payah nak menipu dengan ibu, ibu ni menopause setahun lepas tau. Tak ada pula kamu nak tanya sebelum ni" balas Puan Jeon.

"oh.. ye eh? hehehe" balas Jungkook lalu dia bangkit dari duduknya dan ingin bergerak menuju ke dapur.

"Ke, kamu dah ada girlfriend, Jungkook-ah?"

 

TBC

Okay, sila drop sedikit komen tentang chapter hambar ni.

Maaf lama tak update, makin hari makin rasa nak stop menulis duh. Tengok ayat aku dalam chapter ni, jahanam, ulang perkataan sama, tak ada feel langsung. eii











Continue Reading

You'll Also Like

514K 23.3K 61
"She my fiancee" Ucap Rayyan kepada lelaki dihadapan Lyna "Rayyan!" "Get away from her right now if you love your life" ****************** "Enough T...
66.2K 5.5K 41
175K 7.4K 44
[𝘨𝘢𝘺 / 𝘣𝘰𝘺𝘴𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺] : "I - I'm em ... I'm pregnant Niel." "You must be kidding me" [ 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙨𝙖 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨...
94.4K 5K 59
Cerita ini dibuat selepas Boboiboy movie 2. Pastikan korang dah tengok semua musim Boboiboy dan movie... Semua watak dari Monsta kecuali nama2 watak...