DEADLY ROMANCE

By _Aisywa

18.1K 869 98

1ST ACTION BY _AISYWA Dia kejam. Dia pembunuh. Dia tiada perasaan. King Of Red Rose. Dialah raja organisasi g... More

D E A D L Y R O M A N C E
PROLOG
1
2
4
5
6
7
8

3

920 76 25
By _Aisywa

KAORU yang berjalan terjengket-jengket di bahagian utara dalam mansion milik King berasa pening kerana dia berasa dia sudah sesat dalam rumah itu. Bagaimana dia mahi lari dari semua ini jika dia masih belum dapat jumpa jalan untuk turun? Sampailah dia berdiri di hadapan sebuah pintu bilik yang ukiran begitu menarik perhatiannya.

"Are you lost, babygirl?"

Dengarkan suara itu jantung Kaoru bagai mahu berdetak laju di luar kawalan dan ia bagai mahu meletop. Kaoru dapat merasakan lelaki itu benar-benar berada di belakangnya kerana dia dapat dengar hembusan setiap nafas milik lelaki itu. Oh, tidak!

"Run away?" Kali ini Kaoru tak perlu beritahu apa perasaannya apabila kepala milik lelaki dingin semalam sudah berada di bahu kanannya. Kedua-dua tangan milik lelaki itu melekap pada pintu dan ia terus memerangkap Kaoru dari melarikan diri.

Kaoru cuba menolak wajah King yang benar-benar dekat dengan wajahnya dan cuba mengecilkan diri dari terperangkap antara King dengan pintu. "Aw... awak..."

King smirk.

"Don't you ever enter this room or you want to be mine, babygirl." Gulp! Adakah ia satu ugutan yang menjerat lehernya? Kerana sekarang dia benar-benar berasa terjerat saat bibir King sudah mencium rambutnya yang baru kering.

Kaoru pejam mata. King yang melihatnya hanya tersengih sekejap. Dia terus melepaskan gadis itu dari terus terperangkap. "Follow me." Hanya dengan satu arahan Kaoru terus membuntuti langkah lelaki itu.

Apabila melihat langkah lelaki itu sungguh besar sehingga meninggalkan dia di belakang Kaoru berlari anak dan akhirnya hidung dia mencium belakang tubuh King. "Auch!"

"Yang kau berlari kenapa?" soal King dengan penuh dingin dan mendatar.

"Yang awak brek tiba-tiba kenapa? Ni mesti bawa kereta macam orang gila kat atas highway," rungut Kaoru sambil menggosok hidungnya. King yang malas mahu melayan gadis itu meneruskan langkahnya yang terhenti seketika.

Mereka menuruni tangga sehinggalah King membawa Kaoru masuk ke ruang makan. Kaoru yang berdiri di belakang King cuba mengintai dengan menyengetkan kepalanya sedikit. Kelihatan tiga lelaki semalam sedang menjamah sarapan.

"Come and join us, Rell. Eh? Kepala langsuir mana tu kat belakang kau?" tegur Shawn apabila sedar kehadiran King. Dan, suara Shawn menarik perhatian Ken dan Gabriel. King beriak tenang lalu duduk di tempatnya. Manakala, Kaoru masih terkebil-kebil berdiri disitu sambil diperhatikan tiga orang lelaki tanpa berkelip.

King yang sedang mengunyah potongan penkek menghela nafasnya dengan perlahan, "Stop staring at her, guys." Tiga jejaka kacak tadi sengih tak bersalah lalu fokus mereka kembali kepada makanan.

"And you... tak lapar ke?" Sebaik sahaja mendengar pertanyaan King terus perut milik Kaoru berbunyi dan ia terus menyepikan suasana disitu. Shawn cuba menahan ketawa manakala Gabriel tersengih. Ken pula mukanya sudah merah kerana tidak dapat menahan tawanya. Hanya King sahaja masih beriak tenang dan dingin.

"Aku rasa kau patut join kitaorang. Well, perut kau pun menjerit kuat tu." Shawn berkata sambil menarik kerusi di sebelahnya sambil menjemput Kaoru untuk menjamah sarapan sekali.

Kaoru duduk dengan senyuman nipis. Dia tidak dapat tahan dari menahan lapar sejak semalam dan makanan yang terhidang di hadapan matanya begitu menyelerakan. Tapi... tak apa ke dia makan makanan orang lain? Kaoru kembali menundukkan kepalanya.

"Kau nak tenung makanan tu sampai dia berjalan masuk dalam perut kau ke?" Sarkastik sahaja ayat yang dituturkan oleh King itu. Kaoru dengan tidak malunya selepas ditegur sebegitu terus mengambil beberapa penkek ke pinggannya.

"Apa nama kau?" tanya Shawn.

"Err... hmm... Kaoru. Kaoru Hanashi."

"Hah? Apa ru? Garu?"

Gabriel yang duduk bertentangan dengan Shawn menggulingkan matanya ke atas, "Garu abah kau! Kaorulah pekak." Shawn sengih bersalah sambil memandang Kaoru di sebelahnya.

"Kenapa kau baring kat tepi jalan semalam? Kau tak ada katil eh? Ke kau..."

"Kau jangan tanya soalan bodoh boleh tak? Terserlah kebodohan kau tu, Shawn." Ken pula menyuarakan kata-katanya. Geram dengan tindakan Shawn yang kelihatan agak dungu. Ya, dungu sangat!

"Hahahaha sorrylah. Korang pula melebih marah. Dia elok je diam kat sini. So, Kaoru... kenapa kau pengsan kat tepi jalan semalam?"

Kaoru berhenti mengunyah lalu mengangkat kepalanya dan empat pasang mata merenungnya termasuk King yang senyap. Tangannya mencapai gelas berisikan air kosong dan meneguk sedikit.

"Sssaya... saya lari dari mereka."

"Mereka? Siapa mereka?"

"Saya tak tahu. Saya diculik ketika saya berada di hospital dan bila saya sedar saya dah berada di Itali. Saya dikurung selama beberapa hari tanpa makanan dan jauh di dalam hutan." Kaoru mengenggam tangan di atas ribanya.

Gabriel pula menanyakan soalan, "Kau tak tahu apa yang diorang nak?"

Mata Kaoru memerhati semua orang disitu dan berakhir pada sepasang mata tajam bak helang, "Saya dengar diorang nak bunuh saya. Dan malam semalam saya cuba melarikan diri. Saya masuk ke satu gudang lama tapi..."

"Oooo cop! Cop! Gudang lama? Gudang yang dibom?"

Kaoru menganggukkan kepalanya laju. Ketiga-tiga lelaki itu berbalas pandangan lalu memandang King sekilas lalu. "Macam mana kau boleh survive?"

"Saya menyorok dalam sebuah tong dan saya dengar dua suara nak bomkan tempat ni. Lepas mereka berdua lari, saya pun lari." Kaoru pelik melihat wajah ketiga-tiga lelaki mula berubah.

"Awak semua kenapa?"

"Nasib kau sempat lari. Kalau tak memang kau mati semalam. Oh lupa nak cakap, kitaorang yang bomkan gudang semalam tu." Tenang saja Shawn menuturkan ayat itu.

Ken melihat Kaoru cuba menghadam ayat Shawn terus berkata, "And you should thanks to our King that he helped you. Dia nampak kau pengsan tepi jalan. Luckily, dia tak ada niat nak bunuh kau."

Kaoru memandang seorang lelaki yang digelar King itu. Kenapa dia dihurung rasa bersalah? Semalam dia menuduh lelaki itu sembarangan dan dia bagai tidak kenang budi bahawa lelaki itu telah menyelamatkan dirinya.

"Eh, Kaoru! Kau tahu nama aku Shawn kan? Tu depan aku ni Gabriel. Tapi kau boleh panggil dia setan tiga tanduk. Sebelah dia tu pula Ken. Bukan Ken boyfriend Barbie tau. Ken je. Kentucky Fried Chicken."

Kaoru ketawa kecil mendengar kata-kata Shawn. Ia agak lucu di telinganya dan dua lelaki duduk bertentang dengan Shawn menjeling Shawn dengan tajam. "Kau jangan sampai aku cucuk lubang jubur kau dengan garpu ni." Gabriel menggenggam garpu di tangannya dengan erat.

Shawn ketawa besar. Pandangan Kaoru mula jatuh kepada lelaki bernama King yang masih merenungnya. Dan... Kaoru berasa tak selesa?

"Apa nama awak?"

"Oh nama dia tu, King. Kau panggil je King. King yang raja tau bukan King Kong." Shawn masih dengan lawak hambarnya itu. Gabriel menyampah. Kaoru tersengih lebar. Not bad.

"Aku... Arell Hayden."

***

KINI dia sudah terpacak di hadapan pintu bilik yang berukiran cantik dan berwarna emas serta di tengah-tengahnya ada ukiran bunga ros merah. Niatnya disini bukan untuk meneliti ukiran pada pintu ini tetapi mahu bersua muka dengan pemilik kepada bilik ini. Air liur ditelan kesat apabila teringat ugutan yang diberikan oleh Arell.

Kaoru tersenyum lebar apabila Arell memperkenalkan nama sebenarnya semasa sarapan pagi tadi. Dia tidak perlu memanggil lelaki itu dengan gelaran King tetapi hanya nama. Arell Hayden. What a nice name?

"Kau nak berdiri depan bilik aku ni sampai esok ke?" soal satu suara di hadapannya. Kaoru terkejut dan nasib baik dia tidak terjatuh ke belakang apabila Arell berdiri benar-benar di hadapannya. Macam mana dia boleh tidak sedar lelaki itu sudah buka pintu dan merenungnya sejak tadi?

Melihat Kaoru yang hanya senyap, Arell menolak sedikit tubuh kecil gadis itu ke tepi untuk membuka langkah. "Aw... awak. Kejap." Kaoru menahan lengan Arell dari terus melangkah. Arell berhenti.

"Kau lupa ke amaran aku? Jangan datang ke kawasan aku." Kaoru menggelengkan kepalanya perlahan menunjukkan dia tidak lupa akan amaran dan ugutan lelaki itu.

"Awak."

"Hm."

"Sorry. Saya minta maaf sebab saya tuduh awak bukan-bukan semalam. Saya cuma takut. Saya takut awak nak bunuh saya sama seperti mereka." Kaoru menundukkan wajahnya ke arah lantai mozek yang cantik. Kenapa mansion ini sudah mewah dan gah?

"Okey." Baru kakinya mahu menyambung langkah, sekali lagi Kaoru menahan.

"Awak."

"Apa lagi?"

Kaoru teragak-agak untuk menyuarakan hasratnya kerana dia merasakan dia akan memberi beban kepada lelaki ini. Melihat gadis itu diam tanpa bicara, Arell pula membuka mulutnya, "Kau nak balik? Kau dari Jepun, kan? Family kau tahu tak yang kau..."

Lengan Arell ditarik kuat oleh Kaoru membuatkan kata-kata Arell terhenti seketika, "Tak... Jangan hantar saya pulang ke sana. Tak boleh." Kaoru merayu dalam menggigil ketakutan. Arell mula berasa pelik lalu tubuh gadis itu dibawa masuk ke dalam biliknya.

"Arell... ssaya... saya tak nak balik ke sana."

"Bukan semalam kau merayu nak balik?" soal Arell dingin sambil bersandar pada dinding. Kaoru hanya duduk diam di atas sofa dalam bilik mewah Arell. Bau haruman Arell menusuk ke rongga hidungnya membuatkan dia kembali tenang.

"Itu sebab... saya takut awak pembunuh."

"And now?"

Kaoru bertindak dengan melutut di hadapan lelaki dingin itu membuatkan Arell berasa terkejut namun dia hanya senyap memberi peluang kepada gadis itu berbicara. "Saya takut. Awak... saya takut. Keluarga saya semua dah mati dalam kemalangan di Tokyo dan hanya saya yang terselamat. Aw... awak... mereka akan buru dan bunuh saya." Setitis dua titis air mata Kaoru mengalir.

Badannya menggigil ketakutan lalu tragedi hitam yang menimpa keluarganya mula kembali terlayar di mindanya. Di mana mereka sekeluarga dalam perjalanan untuk berkelah namun entah bagaimana ada dua buah kereta menghentam kereta keluarganya dari arah belakang dan tepi. Kaoru memejamkan matanya cuba memadam memori itu.

"To... tolong saya." Dan, dia pilih lelaki di hadapannya ini untuk membantu dirinya dari dibunuh. Itu kerana dia mula berasa selamat ketika dia duduk di mansion lelaki ini.

"Kau takut dibunuh dengan mereka. Tapi, kau tak takut dibunuh oleh aku? Aku lagi kejam dari mereka yang memburu kau dan aku boleh ambil nyawa kau bila-bila masa saja. Kau tak takut?" Arell yang tidak mempunyai perasaan malah riak dinginnya membuatkan Kaoru verasa seram sejuk.

Kaoru menelan liurnya, "Macam mana kalau saya cakap saya berasa dilindungi bila duduk disini?" Kaoru kembali berdiri bertentang mata dengan Arell. Pandangan membunuh Arell dia cuba lawan.

"Don't put your hope too high, Kaoru Hanashi." Sebaris ayat itu membuatkan Kaoru sedar bahawa dia bukan siapa-siapa disini. Ya, baru sehari dia duduk disini dan baru beberapa jam dia mengenali lelaki di hadapannya kini tetapi... Salahkah dia mahu dilindungi?

Satu senyuman cuba diukir oleh Kaoru. Air matanya dikesat dengan perlahan, "Saya minta maaf sekali lagi. Saya tahu saya tak patut minta sesuatu dari awak. Saya janji saya akan keluar dari sini. Terima kasih sebab beri tumpang kepada gadis jalanan seperti saya." Kaoru menunduk hormat terhadap Arell lalu langkahnya diatur perlahan keluar dari bilik lelaki itu.

Kaoru masuk ke bilik yang diberi tumpang seketika lalu memandang pantulan dari cermin. Baju t-shirt Arell di tubuhnya agak besar sehingga mencecah paras pahanya dan dia hanya memakai seluar pendek sahaja. Luka dan calar pada tubuh mulusnya diusap perlahan.

Semerta satu peristiwa hitam sekali lagi mula terlayar di mana dia berada di hospital. Doktor yang merawatnya memberitahu bahawa hanya dia seorang sahaja terselamat dari tragedi hitam itu. Kerana dia tercampak jauh keluar dari kereta. Kaoru memejam mata erat lalu mengetuk kepalanya agar semua memori itu keluar dari fikirannya.

Baju yang koyak dan ada kesan tanah serta darah miliknya diambil. Dengan baju ini dia datang ke sini, dengan baju ini juga dia akan pergi. Kaoru senyum nipis, dia tidak berfikir ke mana destinasinya selepas ini. Dia tiada apa-apa dan hanya sehelai sepinggang sahaja.

Selepas menukar pakaiannya Kaoru mengemas bilik yang dia menginap semalaman. Kaoru melangkah keluar dari bilik dan menuruni tangga dengan perlahan. Hanya Gabriel sahaja di bawah manakala Ken dan Shawn tidak kelihatan.

"Kau nak ke mana?" soal Gabriel.

Kaoru senyum nipis, "Saya nak keluar dari sini. Sini bukan tempat saya. Gabriel, terima kasih tau dan bagitahu Shawn dengan Ken juga saya berterima kasih dengan diorang. Saya pergi dulu, ya."

Gabriel menghalang, "Apa destinasi kau? Bukan kau tiada apa-apa dan hanya sehelai sepinggang ke?"

"Saya tak tahu. Kalau saya boleh survive, saya cuba. Kalau saya ditakdirkan untuk dibunuh, saya tak boleh elak, kan?" Sejujurnya dia takut untuk melangkah keluar dari mansion milik Arell ini namun dia harus gagahkan dirinya jua.

"Hmm, kalau itu pilihan kau. Ikut kaulah. Cuma aku nak bagitahu mansion ni terletak di kawasan yang sunyi dan jauh dari orang ramai. Tiada siapa boleh masuk ke kawasan ini lagi-lagi di luar sana gelap tanpa lampu jalan. Hati-hati dan semoga boleh survive." Gabriel kembali menonton siaran di televisyen.

Kaoru meneguk liurnya namun dia tetap meneruskan langkah. Apa-apapun dia harus bertahan untuk teruskan hidup. Benar kata Gabriel, di luar selepas dia melepas dalam dua puluh orang pengawal peribadi dia bertemu dengan sebuah jalan yang sunyi tanoa sebarang cahaya lampu jalan.

"Kau kena kuat, Kaoru. Ayah selalu cakap kau gadis terhebat yang dia pernah jumpa." Kaoru memberi semangat kepada dirinya.

Sudah lima belas minit dia berjalan namun langsung tidak jumpa jalan raya besar atau mana-mana rumah mahupun kedai. Adakah mansion Arell terletak di kawasan benar-benar dalam? Kaoru berhenti seketika lalu mendongak ke langit. Malam sudah larut dan kesepian malam menghimpit Kaoru yang sendirian.

Entah mengapa Kaoru berasa mahu menangis semahu-mahunya. Dia kehilangan keluarga. Dia diculik dan dibawa ke Itali tanpa sebarang barang peribadi miliknya. Dia diburu untuk dibunuh. Sekarang, dia tidak punya hala tuju. Itali. Langsung dia tidak kenal tempat di sini.

"Ibu... Ayah... Kaoru takut. Kenapa Kaoru tak mati bersama ibu dan ayah? Kenapa hidup Kaoru berubah sebegini?" Tubuh Kaoru jatuh ke atas tanah. Dia lemah.

Entah bagaimana, Kaoru merasakan tubuhnya diawangan seperti diangkat oleh seseorang. Matanya hanya terpejam membiarkan air mata mengalir. Adakah dia akan kembali dikurung dan dibunuh oleh orang yang memburunya?

Dia tiada daya untuk melarikan diri. Dia tiada daya untuk mempertahankan diri. Kaoru Hanashi, kau lemah.






Oh, Kaoru.
A sad girl in the town.
Why King don't want to protect Kaoru Hanashi, hmm?

Continue Reading

You'll Also Like

769K 45.7K 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mat...
5.6M 95.1K 39
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...
1.5M 64.2K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
661K 27.4K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...