Legend Beast ✅ [Complete]

By Un__Name

49K 6.6K 1.5K

Rain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bonus Chap!!!
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54

Bab 23

892 128 26
By Un__Name

Sekarang tubuh aku seperti kanak-kanak berusia lima tahun buatkan aku mudah untuk bergerak. Kini kampung Lizardre menjadi kampung yang luas dengan pelbagai kemudahan moden dengan penduduk sudahpun mencapai 500 lizardmen.

"Tuan muda, kami sediakan pakaian yang sesuai untuk tubuh tuan muda," ujar seseorang. Aku memandangnya dan seekor SpiUr memandangku bersama senyuman manis.

"Oh hi Tyra, pakaian ni masih elok dipakai dan selesa," ujarku sambil memandang wanita separa labah-labah di depanku.

"Tapi... Kualiti pakaian ni lebih tinggi dari sebelumnya memandangkan semenjak kami tinggal di sini, pemakanan kami terjaga jadi tali sutera yang terhasil lebih kuat dari sebelum ni," ujarnya dengan senyuman.

"Oh kalau Tyra berkeras mahu memberi sememangnya saya tak boleh menolak memandangkan kamu semua berusaha keras menghasilkannya. Saya dengan besar hati menerimanya," ujarku sambil tersenyum manis. Dia puas hati dan aku terus menerima pakaian itu daripada pengikutnya.

Tyra merupakan puteri SpiUr yang kehilangan habitat kerana diserang manusia. Beberapa dari mereka dibunuh untuk mendapat sutera dari mereka. Hanya 20 dari 200 terselamat dan aku mengambil mereka sebagai penduduk di sini. Aku membenarkan mereka membuka kedai pakaian memandangkan mereka sememangnya boleh hasilkan sutera dan penduduk memerlukan pakaian.

Aku memakai pakaian yang diberikan khas untukku dan ia ternyata sememangnya selesa dan mudah untukku bergerak. Sayapku juga tidak terhalang untuk dibebaskan bila-bila masa yang aku mahu. Selain itu, kami bergabung dengan puak horn-lizardman. Mereka terus setuju apabila mengetahui aku adalah naga.

"Tuan muda, nampaknya perlu pergi," ujar Predat dengan nada berat.

"Hahaha sekejap saja mungkin paling lama sebulan. Saya perlu cari adik beradik dan ayahanda saya. Jangan risau selagi ada makanan lazat saya akan balik ke sini semula," ujarku lalu  keluar dari rumah agam itu dan berubah menjadi naga. Kini tubuhku lebih besar dari manusia biasa malah aku perlu memandang ke bawah apabila ingin memandang mereka.

"Saya pergi dulu! Aegeus, Ixcel, Ailana dan Redeth akan jaga kamu semua!" Ujarku sambil terbang ke langit. Agak sukar untuk mencari papa kerana ia adalah 'lone dragon' manakala mama berkumpulan. Adik beradik aku yang lain pula masing-masing berpecah ke tempat lain.

Aku melalui tempat yang dulunya merupakan sarang kami dan nampaknya keadaan kembali pulih dengan anak-anak pokok mula membesar. Dulu tempat ini musnah teruk kerana serangan naga sage dulu. Aku turun sebentar dan memijak tanah tersebut. Aku mengunakan magik tumbuhanku mencipta kembali hutan yang dulunya hanya tanah lapang kesan daripada serangan sebelum ini.

Aku pergi masuk ke dalam gua tersebut yang kini kosong, perasaan rindu mula menyapa mengenangkan papa dan semua yang menjagaku dulu. Aku mula terfikir semula, aku pernah terdengar ada gunung yang didiami naga lagenda mungkin itu tempat tinggal asal papa. Aku keluar semula dan terdengar bunyi loceng yang kuat dan kelihatan seekor pari-pari kecil menghampiri, aku menggunakan [translate] untuk memahaminya.

"Ya?" Soalku apabila ia secara tiba-tiba mendekatiku.

"Terima kasih pulihkan kediaman kami, kami terhutang budi. Kami tak sangka ada naga sebaik awak," ucapnya sambil memberi tundukan. Nampaknya pari-pari ini lebih berani dari pari-pari yang lain memandangkan aku mengesan beberapa lagi ekor pari-pari yang menyembunyikan diri. Aku mengangguk faham memandangkan sebenarnya ia adalah salah aku juga.

"Tak apa, tempat ni pernah jadi sarang saya," balasku lalu ingin berangkat pergi namun sekali lagi dihalang.

"Nanti! Sa- saya rasa macam kenal awak. Saya tak tahu bagaimana tapi... Kita pernah berjumpa ke?" Soalnya lalu aku menelitinya. Rambut coklat dan mata hijau, hmm... Aku rasa aku memang pernah nampak dia ni. Eh ye! Dia ni...

"Kamu pari-pari yang terakhir dilahirkan ke?" Soalku mengingati semula kejadian hampir 3 tahun lalu.

"Ah! Ya! Waktu tu juga naga sage muncul dan tempat kami hampir musnah. Nasib baik ratu kami sempat membawa kami semua melarikan diri," ujarnya seakan bercerita dengan kawannya sendiri.

"Oh... Saya faham, nampaknya kamu pari-pari kecil tu," ujarku lalu dia tersenyum manis lalu memeluk hidungku.

"Saya tak tahu kenapa tapi saya rasa betul-betul rindu dan seperti kita berjauhan dalam waktu yang lama," ujarnya lalu kawan-kawannya yang lain kelihatan cemas dan segera menarik pari-pari itu pergi.

"Awak gila ke Nellia?!! Ia naga! Ia makhluk paling berbahaya di dunia ni!" Ujarnya membuatkan aku menangkap namanya.

"Wahh... Jadi nama awak Nellia? Ini kawan-kawan awak?" Soalku dalam bahasa pari-pari membuatkan mereka semua terkejut dan baru aku sedar yang Nellia tidak terkejut yang aku boleh bercakap dalam bahasa mereka.

"Ya! Ini Abell, Hazel, dan Winter," ujar Nellia penuh yakin sementara kawannya yang lain masih terdiam kerana terkejut.

"Oho... Kamu semua masih nampak kecil walaupun sedikit besar. Bagaimana dengan ratu?" Soalku dengan penuh mesra cuba membuatkan mereka tidak berwaspada denganku.

"Hehe... Ratu okey kalau awak nak ke sarang kami dan berjumpa ratu marilah," ajak Nellia bersama sengihan besar.

"Nellia! Gila ke?!" Jerit mereka tidak percaya. Melihat dari tindak balas mereka aku risau yang mereka tak selesa kalau aku ke tempat mereka lagipun aku mahu segera berjumpa dengan papa.

"Maaf tapi saya ada urusan penting yang perlu buat. Saya akan singgah lagi selepas semuanya selesai kelak," balasku bersama senyuman.

"Ah... Malangnya tapi saya memang tak boleh halang. Baiklah! Harap kita jumpa lagi," balas Nellia kecewa. Aku menggangguk setuju mengharapkan yang kita berjumpa lagi.

"Tak tak... Harap naga ni tak jejak ke sini lagi," ujar salah seorang dari rakannya.

"Saya pergi dulu," ujarku lalu terbang pergi. Pari-pari mempunyai jangka hayat yang pendek. Mungkin hanya dalam 10 tahun jadi aku harap aku boleh jumpa dengannya lagi nanti. Aku tertanya-tanya berapa agaknya umur ratu mereka sekarang.

Sebelum sampai ke gunung tertinggi yang dikatakan tempat naga lagenda beradu, angin kuat bertiup seakan cuba menghalang aku dari menghampiri. Aku terus terbang dan melawannya namun dengan skil [elemental resistance] ia tidak menggangguku. Aku mendarat betul-betul di hadapan pintu gua di puncak gunung tersebut.

"Siapa?" Soal suara yang mengerunkan di dalam kegelapan.

"Ahh... Tak ada lagi naga yang halau anaknya yang sekian lama tak berjumpa kan? Papa," ujarku lalu seekor naga keluar dan memandangku dengan penuh teliti.

"Kamu... Kamu Rain?" Soalnya tenang.

"Yep... Memang saya, waw walaupun saya lebih tinggi dari humana sekarang. Seperti dijangka naga lagenda sememangnya lebih besar dari naga yang bia-"

"Rain!!! Hidup lagi!!! Anak jantan papa yang lebih berbakat dari papa nampaknya hidup lagi!! Papa sentiasa dapat rasakan yang kau sememangnya masih hidup!" Ujarnya sebelum aku habis bercakap sambil memelukku erat.

"Saya yang ingat papa dah mati. Siapa tahu rupanya tulang-tulang tu bukan milik papa," ujarku cuba melepaskan diri dari pelukannya. Aku baru sahaja sebesar pehanya jadi aku rasa hampir dipenyek dipeluk sebegini. Hmm... Mungkin salah aku juga tak gunakan [appraisal] waktu tu.

"Heh! Macam mana naga lagenda ni boleh mati dengan begitu mudah? Papa sudah hapuskan hampir 6 [dragon slayer] sepanjang papa hidup. Mustahil papa dengan mudah tewas begitu," balasnya penuh bangga.

"Tapi... Seingat saya papa pengsan waktu tu," balasku dengan wajah sinis.

"It-itu sebab papa terkejut dan cemas. Papa biasanya boleh mengelak dengan mudah kamu tahu?" Ujarnya lagi sambil cuba mengelak.

"Oho..." Balasku sinis.

"Ehem! Jadi... Bagaimana kehidupan kamu selama ni?" Soal papa cuba mengubah topik.

"Seronok, saya jumpa dengan puak lizardmen dan dia menjaga saya sehingga kini. Saya ada banyak lagi yang nak diceritakan, nak dengar?" Soalku membuatkan papa tersenyum.

"Ya... Tentulah," balasnya. Aku menceritakan semuanya dari mula hingga akhir dan papa tenang mendengarnya malah aku baru tahu papa turut boleh bertukar menjadi manusia.

"Saya baru tahu ini perkara biasa untuk naga lagenda," balasku kecewa. Aku fikir mungkin sebab aku pernah jadi manusia dulu sebab itu aku boleh berubah menjadi manusia. Patutlah aku tak boleh terus berubah jadi manusia dewasa.

"Tak, ia tak juga biasa. Naga hanya boleh bertukar menjadi humana setelah mereka mencapai tahap 100 dan kamu dapat mencapainya dalam usia yang sangat muda. Kamu sememangnya anak papa. Papa pun mengambil masa hampir 10 tahun untuk mencapai tahap tu malah kamu diterima sage sebagai pewaris. Ia sememangnya luar biasa mungkin kamu disasarkan oleh hero atau demon king kelak," balas papa tenang.

"Maknanya saya akan dibunuh?" Soalku serius.

"Tidak juga, ada kalangan hero yang mengelak dari bertarung untuk lebih mudah melawan demon king. Demon king juga mungkin menggunakan kita sebagai haiwan peliharaan untuk menentang hero. Walaupun kebanyakan hero akan membunuh untuk menaikkan tahap tapi ada antara mereka tidak dungu," jelas papa sambil duduk memandang ke luar gua dan matahari hampir tenggelam.

"Papa nampaknya menerima humana sekarang?" Ujarku lalu papa menggeleng.

"Papa cuma benci kerajaan humana yang menuduh kita sebagai makhluk yang ganas dan pemusnah sedangkan mereka yang awalnya mahu memusnahkan kita. Bila kita bangkit untuk mempertahankan diri, mereka dengan mudah menuduh kita sebagai pengikut demon. Mereka hipokrit yang hanya mahu keuntungan dan lebih menyakitkan hati lagi mereka menyeru hero untuk masuk campur peperangan dalam dunia ni. Mereka kata mereka makhluk terbijak tapi kenapa peperangan ni masih berlaku jika mereka betul bijak? Mereka memandang rendah pada semua makhluk di tanah ni," terang papa lagi tenang. Aku hanya senyap dan kadang-kadang terfikir yang apa papa katakan sememangnya betul. Di dunia aku dulu, walaupun tiada makhluk seperti demon dan makhluk humonoid yang lain manusia tetap masih mengadakan perang.

"Tapi seperti kamu ceritakan tentang humana bernama Eiost dan Bell tadi. Papa rasa kamu berpeluang untuk mengubah dunia ni tanpa berperang lagi," ujar papa tenang.

"Saya akan cuba buat yang terbaik," balasku. Hero... Mereka bersetuju untuk perang kerana mahu balik ke dunia mereka jadi aku hanya perlu mencari jalan bagaimana untuk mereka pulang ke dunia mereka kembali. Aku turut mungkin jumpa jalan untuk aku kembali ke dunia aku dulu atau mungkin aku perlu tinggal di sini. Dunia ni walaupun penuh dengan kekacauan ia masih tempat yang nyaman untuk aku.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Continue Reading

You'll Also Like

5.1K 1.7K 61
GENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama...
168K 15.1K 122
Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang han...
162K 17K 186
Lily dan Lyle pasangan kembar tak seiras hidup di zaman moden.Mereka adalah pelajar universiti medical yang popular dengan kecantikan dan ketampanan...
920 40 3
Start with Congkak, end with ? Short Stories