Bab 2

1.5K 151 36
                                    

Aku bukan lagi manusia ke? Ini tak mungkin... Kenapa aku makan lagi daging mentah ni. Ini menjijikkan tapi kenapa aku tetap makan. Sob sob

"Sedap kan? Hehe saya rasa kenyang, ahhh nak tidur," kata Leavy dan terus tidur begitu juga dengan yang lain. Aku memandang tangan kecilku yang kini berubah tidak seperti tangan manusia lagi. Kini ia hanya tangan yang bersisik dan berkilat berwarna hitam.

[You have learn power absorb]
[You have learn bite]
[You have learn reflect]

Tiba-tiba sahaja notifikasi keluar membuatkan aku terdiam seketika lalu menepuk muka. Ini... Tak mungkin jadi...

"The shit!!! Kenapa aku masuk dalam dunia virtual!!! Arghhh!!!" Jeritku membuatkan Tornado melibasku dengan ekornya kerana mengganggunya tidur. Aku mengetik lidah dan secara senyap-senyap pergi jauh ke dalam gua dan jauh dari mereka. Tempat ini ibarat [dungeon] dan satu-satunya jalan keluar adalah melalui lubang di bumbung gua, ini sememangnya tempat yang sesuai untuk anak naga yang tidak boleh terbang lagi dan mereka tidak boleh keluar sesuka hati. Haih...

Apa-apa pun mari kita tengok [cheat] aku. Ehek... Sememangnya aku harap dapat kuasa luar biasa biarpun sebagai naga mungkin aku boleh berubah menjadi lelaki kacak dan mengorat semua gadis di dunia ni. Ahahahhahahahahhahahah!!! Ohok!

"Status!" Jeritku namun tiada apa yang keluar. Selalunya berhasil, mungkin aku perlu sebut perkataan lain?

"Profile?" Sebutku namun masih tidak berhasil membuatkan aku terus mendagu dan menjongketkan kening. Aku cuba perkataan lain lagi sekali.

"Check!" Jeritku lalu status keluar mengenai diri aku.

Lagend Dragon Cub
Rank A
Level 2

Name: Rain
Age: Two days
Sex: Male
Status: Confuse, annoyed
Skill: power absorb lvl1
Reflect lvl1
Dodge lvl2
Swing lvl2
Bite lvl1
Magic: lock!
Title: Dragon In Rain

Hoho... Jadi aku ada magik tapi masih terkunci sebab aku baru menetas. Berapa lama yang aku perlu ambil untuk belajar magik agaknya ya?

"Yo! Anak papa buat apa? Kamu menyorok di sini nanti ada raksasa kejar kamu tau," kata seekor naga yang sangat besar lalu menggigit belakangku membuatkan aku mengelupur untuk lepaskan diri.

"Arghhh!!! Lepaskan!! Arghhh!!!" Jeritku cemas apabila aku berada di antara giginya yang besar dan runcing. Dua batang giginya bersamaan saiz tubuhku yang masih kecil. Namun naga itu membawaku dengan penuh berhati-hati malah meletakkanku kembali ke sarang. Aku dikelilingi dengan adik beradikku yang masih tidur.

Mama naga yang juga turut tertidur merapatkan lagi gulungan ekornya agar tiada lagi jalan keluar untukku melarikan diri. Waktu itu, tiba-tiba sahaja aku rasa mengantuk dengan kehangatan ekor naga tersebut.

"Anak kecil papa... Kamu masih kecil lagi, bila cukup besar papa bawa kamu mengembara. Sekarang tidur ya," kata naga itu lalu mengusap kepalaku dengan satu kukunya yang runcing dengan berhati-hati. Aku terdiam lalu melihat naga kecil yang lain. Apabila mereka sedang tidur, mereka tidak kelihatan berbahaya membuatkan aku turut rasa mengantuk. Akhirnya aku menguap dan tertidur di tengah mereka.

.

.

.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now