[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS...

De penadlahkoo

203K 37.2K 53.3K

[CHAPTER MASIH LENGKAP] [SILA BACA SEASON 1 : LEGEND OF A SINNER DULU] "Work for me, sold yourself." Kisah te... Mais

؛ ١ ؛
؛ ٢ ؛
؛ ٣ ؛
؛ ٤ ؛
؛ ٥ ؛
؛ ٦ ؛
؛ ٧ ؛
؛ ٨ ؛
؛ ٩ ؛
؛ ١٠ ؛
؛ ١١ ؛
؛ ١٢ ؛
؛ ١٣ ؛
؛ ١٤ ؛
؛ ١٥ ؛
؛ ١٦ ؛
؛ ١٧ ؛
؛١٨؛
؛ ١٩ ؛
؛٢٠؛
؛ ٢١ ؛
؛ ٢٢ ؛
؛٢٣؛
؛ ٢٤ ؛
؛ ٢٦ ؛
؛ ٢٧ ؛
؛ ٢٨ ؛
؛ ٢٩ ؛
؛ ٣٠ ؛
؛ ٣١ ؛
؛ ٣٢ ؛
؛ ٣٣ ؛
؛ ٣٤ ؛
؛ ٣٥ ؛
؛ ٣٦ ؛
؛ ٣٧ ؛
؛ ٣٨ ؛
؛ ٣٩ ؛
؛ ٤٠ ؛
؛ ٤١ ؛
؛ ٤٢ ؛
؛ ٤٣ ؛
؛ ٤٤ ؛
؛ ٤٥ ؛
؛ ٤٦ ؛
؛ ٤٧ ؛
؛ ٤٨ ؛
؛ ٤٩ ؛
؛ ٥٠ ؛
؛ ٥١ ؛
؛ ٥٢ ؛
؛ ٥٣ ؛
ATTENTION TO ALL READER ♥️
؛ ٥٤ ؛ [1.0]
؛ ٥٤ ؛ [ 2.0 ]
؛ EPILOG ؛

؛ ٢٥ ؛

2.7K 564 431
De penadlahkoo

[ My Oh My ]

__________

"Erm.. t..tu rambut palsu kan ?"

Elys tahu dia mulakan perbualan dengan topik yang entah apa - apa. Ada ke tanya pasal rambut dulu ? Entahlah tapi Elys separuh mati nak tahu Ella ni pakai rambut palsu ke atau...

Bila dia tukar identiti jadi Ella, automatik rambut dia akan panjang ? Ha sudah dari mana pula rambut tu datang ? Jatuh dari siling lepastu PUK melekat dekat kepala Daniel ?

"Palsu. Daniel mungkin akan bunuh diri kalau tahu aku biarkan rambut dia panjang sampai pinggang. Lagipun aku jarang muncul sebab biasalah, jantan tu benci betul dengan aku. Junjung sangat ego kejantanan dia tu sampai malu dengan aku."

Ella bangkit dari duduknya dan membuang air kopi yang Elys sediakan untuknya ke dalam sinki. Dia tak suka kopi. Dia akan minum susu segar Dutch Lady saja dipagi hari.

Elys mengerutkan dahi makin dalam apabila melihat cara Ella berjalan. Begitu lenggang - lenggok, bahkan cara dia menunduk untuk mengambil susu didalam peti ais, cara dia membuka penutup bekas susu itu sangat feminim.

Suara Daniel yang selalunya berat juga kini lebih halus dan mendayu, bukan sengaja dibuat - buat tetapi memang itu sifat seorang Ella.

Ella duduk dan menyilangkan kakinya, rambut panjang diselak ke belakang. Mata tajamnya memerhatikan Elys dari hujung rambut sampai hujung kaki sambil bibir menyesap susu sejuk segarnya.

"Kau pembantu rumah Daniel ke ?"

Elys terus tak berselera nak makan. Ada ke dia cakap orang secomel ni pembantu rumah ?

"Taklah.. erm tak tahu nak cakap macam mana tapi kami berdua tidur bersama dan yeah.. duduk bersama untuk keuntungan kedua pihak."

Elys tahu dia tidak patut jujur kerana dia tak tahu apa akan jadi jika Elys beritahu yang tujuan Elys berada didalam rumah Daniel ini adalah untuk menghapuskan kesemua identiti didalam diri Daniel.

Mungkin Ella akan terus menyerangnya, tidak mungkin dia akan membiarkan Elys yang faktanya orang yang bakal menghapuskan dirinya kekal hidup.

"Oh, Friends with benefits ?"

Membulat mata Elys apabila selamba Ella menuduhnya begitu. Segera dia mengelengkan kepala laju. Heol, dia tak adalah seliar itu.

Eh... tapi macam betul. Mereka tidur bersama untuk puaskan diri masing - masing kan ? Cuma mungkin bahagian friend tu salah sebab mereka bukan kawan.

"Muka kau nampak macam kau masih muda. Umur berapa ?"

"E..Enam belas.."

Membulat mata Ella apabila Elys menyebut umurnya. Ella bangun dan mendekati Elys, mencengkam dagunya lembut dan mendongakkan wajah itu. Dia memiringkan wajah itu ke kiri dan ke kanan.

"Enam belas ? Wah, baguslah kalau macamtu."

Elys mengedipkan matanya hairan. Apa yang bagusnya ? Apa yang bagus dari umurnya ?

Ella tersenyum cerah dan mencubit pipi Elys geram. Wanita itu berlutut dihadapan Elys hingga wajah mereka sejajar.

"Umur aku 37. Jadi boleh lah kau jadi anak aku. Aku teringin nak ada anak, you know, mengandung tapi bodohnya badan ni lelaki jadi pupus sajalah harapan aku. Jadi mulai saat ni, you are my daughter. Call me Mama Ella."

Hehe.

Matilah Elys.

Gadis itu hanya mampu tersenyum paksa apabila Ella memeluknya erat, mengusap rambutnya lembut dan menepuk - nepuk punggungnya.

Dengan Daniel dia dah Daddy/Baby, lepastu muncul satu identiti yang nak Mama/ Baby dengan dia.

Elys tak boleh berdiam diri. Dia perlu lakukan sesuatu.

Dia perlukan penjelasan dari keadaan Daniel ini. Dia perlukan Jimin.

"E..Erm, Mama Ella.. Elys dah 16 tahun tau j..jadi tak payah kut rasanya nak timang macam bayi macamni."

"Eh biarlah. Comellah bayi Mama ni mumumu ! Eh pampers kamu dah penuh lah baby ! Meh Mama tukarkanㅡ"

"HUWAAAAAA TACODDDD !"

________

BRAAK !

Terus tercampak tali leher kucing yang dipegang Jimin, terbaling keluar dari balkoni apartmentnya. Dia baru fikir nak pakaikan tali kolar dan sakat Yoongi, buat lelaki itu seperti anak kucingnya.

Dia menoleh dan baru saja mahu menjeling siapa yang membuka pintu rumahnya tak bagi salam namun apabila melihat Elys yang masuk dengan keadaan termengah - mengah, terus Jimin bangkit dan menghampiri gadis itu.

Yoongi yang sedang tertidur langsung tidak terjaga, tidak sedar dengan niat jahat Jimin dan kehadiran Elys yang tiba - tiba.

"Kenapa, kenapa, kenapa ? Ada apa - apa jadi ke ?!"

Elys memegang bahu Jimin yang sudah berputar - putar mengelilinginya dalam keadaan panik.

"D..Daniel.. dia dah tak adaㅡ"

"YA TUHANKU, DANIELKU YANG MALANG ! Hiks.. si gay yang baru nak taubat hiks.. walaupun dia tu sumpah aku menyampah gila tapi aku tahu dalam diri dia tu baik orangnya walaupun aku tak tahu celah mana baik dia hiks.. Dia hensem hiks kalau aku tak ada Yoongi mungkin aku akan goda dia dan jadikan dia laki aku hiks.. Mulut macam loji tapi kenapalah bibir tu seksiㅡ"

"JIMIN !"

Elys menekup kedua pipi Jimin dan menekan jari telunjuknya ke bibir tebal, merah mekar, gebu, berkilat, lembut, seksi, bak patung barbie milik Jimin.

"Daniel dah tak ada yang ada sekarang ni Daniella ! Identiti dia versi perempuan !"

Jimin mengerutkan dahinya namun apabila terhidu bau strawberi dari jari telunjuk Elys terus saja dia jilat jari itu.

"Woi !"

Elys melepaskan pipi Jimin dan melangkah setapak ke belakang, terkejut dengan aksi tak senonoh Jimin. Lelaki itu bercekak pinggang dan berdehem.

"Okay, sorry aku khilaf tapi jari kau bau strawberi dan aku obses dengan benda merah dan ada jerawat tu. Kembali pada kata - kata kau tadi, a.....PAA ?! DANIELLA ?!"

Jimin segera menutup pintu rumah dan menguncinya dengan 15 selak pintu dan kunci mangga. Dia menarik tangan Elys dan mendudukkan gadis itu ke sofa.

"Duduk sini, jangan sentuh Yoongi hujung jari pun sebab dia aku punya. Biarkan dia tidur, penat kena raba dengan aku tu. Okay, sekarang ni dengar baik - baik aku cakap."

Elys mengerling Yoongi yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek sedang leka berdengkur bak anak kucing disofa tempat dia duduk itu.

Segera dia memperbaiki duduknya, hanya hujung punggung yang menyentuh sofa, takut dia terlanggar Yoongi atau merasakan sesuatu yang pelik pada sofa ini.

"Daniella tu, dia macam Daniel tapi dia sadis versi perempuan. Sumpah diva gila, aku tak boleh lawan. Mulut macam bazooka, dush dush dush hati kau bila dia tak puas hati tentang kau. Dan paling penting.. dia obses dengan budak perempuan yang comel, haa macam kau ni lah ! Dia akan jadikan anak dia ! Layan macam kau tu hanya milik dia seorang. Satu orang pun takkan boleh sentuh kau ! Bercakap dengan kau pun tak boleh ! Dia akan atur hidup kau macam kau ni patung barbie !"

Jimin menarik nafas dalam apabila oksigen berkurangan kerana bercakap tanpa henti.

"Okay.. jadi habislah aku kan ?"

"Kenapa pula ?"

"Dia dah kata yang aku ni anak dia. Tadi baru saja dia nak tukar pad aku tapi aku lari ke sini sebab sumpah aku takut !"

Jimin nyaris pengsan apabila mendengar kata bernada panik Elys itu. Dia menatap Elys penuh kasihan.

"Aku cuma mampu cakap, kesian kau. Sepatutnya kalau kau pertama kali jumpa dengan dia, kau buat perangai macam budak juvana.. sepak semua benda, mencarut, panggil gua lu, lepastu muka tu tumbuk sikit bagi hilang comel.. tapi semua tu dah terlambat.."

Jimin menghelakan nafas dan menepuk paha Elys yang sudah keliru dengan perlahan, memberi semangat.

"Tak ada cara lain, kau kena hadap dia sampai Daniel atau Bwi kembali.."

Elys mengusap wajahnya, putus asa. Dah lah pertama kali jumpa dia dah berani nak tukarkan pad.. Agaknya lepasni Elys nak buang air pun dia flushkan..

"M..Macam mana dia boleh jadi macamni ? Ni kritikal, Jimin.. Elys okay saja kalau identiti dia banyak dan semuanya lelaki tapi ni perempuan ! Elys tahu dari internet.. kalau lelaki itu penghidap kecelaruan identiti dan dia ada identiti perempuan.. itu sudah level teruk.."

Jimin memicit kepalanya yang sudah berdenyut. Dia tidak sangka pula Daniella akan muncul setelah sekian lama.

Identiti yang ini sukar dikawal kerana identiti ini fikir dia seorang saja yang betul, dia saja yang atas dan semua dibawahnya, dan jika sesiapa tahu tentang identiti ini, imej Daniel akan tercemar.

CEO dan raja bagi dunia perniagaan gelap yang penuh aktiviti haram, darah dan mayat... memakai rambut palsu, berpakaian bak perempuan, jalan lenggang - lenggok punggung kiri kanan kiri kanan..

"Elys boleh tahan lagi pasal sayap, tattoo dan identiti sebenar yang dia tu raja dunia bawah tapi kalau nak hadap identiti yang melibatkan Elys ni, mungkin susah.."

Mata Jimin menatap Elys terkejut, dia mengorek telinga berfikir yang dia salah dengar tapi dia tahu betul apa yang Elys cakapkan tadi.

Jadi.. Elys dah tahu..

"O..Oh kau dah tahu pasal tu ? Kau okay ?"

Elys cuba tersenyum walaupun senyuman itu lemah. Dia mengedipkan matanya dan mengangguk.

"O..Okay saja.. baru tahu semalam.. Daniel yang tunjuk.."

Jimin mengangguk. Sangat takjub yang Elys biasa - biasa saja perihal ini padahal kalau manusia lain tu dah pergi mandi bunga.

Semua ini buat Jimin teringat akan seseorang, bagaimana tenangnya Elys menghadapi identiti sebenar Daniel buat Jimin tanpa dapat ditahan menyamakan Elys dengan...

Elise.

Ha, nama pun nak dekat sama. Tapi macam mustahil sebab dia kenal anak Dylan dan Elise. Atau mungkin Elys ni jelmaan Elise versi baru ?

"Aku tahu kau mesti keliru pasal Daniel kan ? Ya, aku tahu penyakit dia ni makin teruk.. dan aku tahu punca dia.. Jadi disebabkan kau dah berbaik hati layan dia, nak sembuhkan dia jadi aku rasa lebih baik aku jujur dengan kau tentang punca sebenar penyakit Daniel ni."

________
TBC
________

Scroll sebab nanad double update ehe !

Borahae dan terima kasih ✨🙆❤💜

Continue lendo

Você também vai gostar

492K 52.8K 104
"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me c...
474K 47.9K 36
Semuanya perlu berada di dalam genggamannya. Gelar si dia, Jeon Jungkook. Si Mr Sexy. Start: 18/10/2018 End: 02/12/2018 Photo [Using For Cover]: Cred...
589K 69.6K 98
"Sanggup ke kahwin dengan saya?" Angguk. "Betul awak sanggup?" Angguk lagi. "Awak gantikan tempat Jin tau ni." Dia angguk lebih lama untuk yakinkan a...
26K 3.6K 42
+ kisah seorang perempuan tersuka dekat driver grab start : 13 / 12 / 18 end : 09 / 05 / 20