crystal.

By cypeofy

29.3K 6.2K 13.1K

Tujuh kristal, satu peluang. Dua nama, satu jurang. Bala daripada hujan meteor yang diturunkan daripada dew... More

c r y s t a l
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62

50

160 39 30
By cypeofy


CHAPTER
t h e m o n s t e r s h e b e c o m e

JERITAN kuat Alana membuatkan semua orang terhenti. Pergerakkan mereka yang berada di dalam istana menjadi perlahan dan suasana di dalam istana menjadi malap. Ke semua cahaya lampu di dalam istana mula berkelip-kelip seakan ingin terpadam.

Jungkook melirikkan matanya ke arah Alana. Aneh sekali, tubuh Alana seakan mengigil.

Namjoon lekas menghampiri Jungkook dan lainnya. Dia memerhatikan Alana dengan teliti. Firasatnya kuat mengatakan ada sesuatu yang ganjil pada Alana.

" Jangan sentuh dia!! " Alana menjerit lagi. Jeritannya terasa seperti angin dingin yang sejuk. Serta merta Hoseok dan Taehyung terundur sedikit kebelakang kerana terasa seperti graviti angin menolak tubuh mereka.

" kau semua sudah keterlaluan! " tengking Alana lantas mengangkat wajahnya. Bengis, kebencian yang meluap-luap jelas kelihatan. Rambutnya menjadi hitam dan beberapa helaian putih kelihatan. Matanya mencerlung tajam, ada cecair hitam mengalir pada wajah. Alana sedang menangis.

Taehyung tersentak. Dia nampak semua ini di dalam bayangannya semasa mereka baru sahaja tiba di Skyfall. Ini tak boleh dibiarkan. Jika Alana hilang kawalan, mereka akan—

Tangan Alana diraup pada wajahnya. Lemah gemalai gerakkan tangan dia lantas membentuk sebuah pusaran di hadapan tubuhnya. Kemudian, dia mengangkat tangannya ke udara.

" σκιά του θανάτου " kata Alana dengan suara lantangnya. Sejurus itu, bagaikan ada bayangan hitam muncul pada permukaan lantai istana.

Putera Aedirn yang ada di situ daripada tadi menjadi terpana. Matanya bergementaran. Mantera yang disebutkan oleh Alana, dan bayangan hitam ini..

Membuatkan dia mengingati semula peristiwa hitam itu.

" ini.. " Kitsune menekup mulutnya. Dia tak sangka apa yang dilihatnya adalah nyata. Tambahan lagi apabila melihat perubahan drastik Alana yang kini kelihatan seperti dewi purba di zaman dahulu. Fizikal wajah Alana berubah sepenuhnya.

" Hades.. apa yang kau dah buat pada anak kau..? " Kitsune mengumam perlahan.

" Το φάντασμα που αγαπώ, Μάρα! " suara Alana sekali lagi bergema. Lantai istana menjadi retak seribu dan bergegar pada masa yang sama. Bayangan hitam semakin lama mengaburi pandangan mereka semua.

Jungkook terpusing-pusing. Dia mencari kelibat tubuh Alana, tetapi tak berjaya. Kabus hitam menyukarkan gerakkannya.

Buat seketika, dia merasakan ada sesuatu yang aneh. Dia melihat sekeliling dan mendapati sekelilingnya gelap. Hitam. Bagaikan tiada penghujung.

Jungkook tercungap-cungap. Bagaikan sesak nafas dalam kabus hitam tersebut.

Pada masa yang sama, suatu bayangan hitam yang tinggi lampai bergerak ke arahnya perlahan-lahan. Jungkook membawa keluar pedangnya dan ingin menebas bayangan tersebut. Tetapi walaupun hayunan pedangnya mengena pada bayangan tersebut, bayangan itu masih ada.

Jungkook terduduk di atas lantai, tak mampu membuat apa-apa. bayangan itu mendekat. Sebiji bebola mata muncul pada bayangan tersebut membuatkan Jungkook terkejut.

" υπηρετούμε την πριγκίπισσα, τραυματίζουμε την πριγκίπισσα,
πεθαίνεις. "

Bayangan itu seakan membisik dengan suara yang aneh. Halus sahaja menyapa gegendang telinga Jungkook. Tak lama kemudian, bayangan itu dengan liarnya menyusup masuk ke dalam tubuh Jungkook melalui celah-celah bebola mata, lubang telinga dan lubang hidung Jungkook.

Jungkook seakan tak boleh bernafas. Tekaknya terasa seperti terbakar. Ada sesuatu yang bayangan itu lakukan pada organ dalamannya membuatkan Jungkook terbatuk-batuk.

Darah hitam yang likat terkeluar daripada mulut Jungkook. Dia terpana. Rasa sakit pada abdomennya teramatlah luarbiasa. Jungkook mengerang kesakitan sehinggakan terbaring. Darah hitam tak henti-henti keluar daripada mulutnya.

Di saat dia di ambang penghujungnya, kedengaran bunyi derapan kasut tumit tinggi menghampiri.

Alana muncul daripada celah bayangan itu. Matanya yang penuh dengan kebencian memandang Jungkook yang mengeliat-ngeliut kesakitan. Jungkook menepuk-nepuk dadanya. Darah hitam tersembur keluar lagi daripada mulutnya.

Alana menyeringai melihat keadaan jungkook. Kepalanya disengetkan sedikit. 

" kematian itu.. indah kan? " Alana berkata dengan suara sinis. Wajahnya kelihatan mengerikan.

Lalu, segalanya menjadi hitam.


Kelopak mata Jungkook terasa begitu berat untuk dibuka. Kepalanya berdenyut-denyut kesakitan. Malah, tubuh badan dia juga lumayan sakit. Sendi-sendinya terasa lenguh. Dia bagaikan tiada kudrat langsung untuk bangkit.

Namun dia telah sedar sepenuhnya.

Jungkook cuba sedaya upaya untuk mengumpulkan tenaga yang bersisa. Dia akhirnya berjaya membuka kelopak mata. Walaupun pandangannya masih lagi kabur dengan cahaya-cahaya yang ada disekeliling, dia bersyukur kerana masih berupaya untuk menyedarkan diri.

Perkara pertama yang dia lihat, adalah sangkar besi. Terus, pandangannya menjadi tajam semula.

Dia cuba bangkit. Tetapi apabila dia mengerakkan sendinya, dia mengerang. Tubuhnya terbaring semula dan dia mengeliat kesakitan.

" jangan bergerak kalau kau tak mahu mati. "

Suara feminin milik seseorang yang Jungkook kenal itu membuatkan dia tersentak. Kepalanya diiringkan ketepi. Terus, pandangannya bertembung dengan seorang gadis yang memakai gaun putih dan berwajahkan mulus.

Alana memandangnya dengan eksperiasi kosong. Daripada pandangan gadis tu, hanya terasa kedinginan yang membeku. Jungkook mengacip giginya.

" Alana, Kat mana aku? Hyung?! " Jungkook berteriak dengan lantang. Keringat mula mengalir. Jungkook menyedari tubuhnya dibiarkan topless dan terbaring di dalam penjara yang berbatuan sejuk.

Dia tak pasti sudah berapa lama dia tak sedarkan diri, tetapi terasa seperti tubuhnya mengerutu kerana tidak berganjak pada masa yang lama.

" kawan kau semua aku sudah buang. Hanya kau sahaja yang aku simpan. " Alana menjawap salah satu soalan yang ditanyakan Jungkook tadi. Namun, sukar sekali ingin dipercayai daripada wajah yang tak menunjukkan eksperiasi langsung.

" Buang..? Alan—! "

Jungkook ingin menggunakan kuasanya supaya dia boleh menebas Alana. Setelah apa yang dilakukan oleh Alana, dia tak boleh memaafkan gadis itu lagi.

Alana yang dulu mungkin sudah mati selama-lamanya. Alana yang dia lihat sekarang ini sama sekali bukan seperti siapa yang dia kenali dahulu. 

"  kau tak boleh guna kuasa kau lagi. " Alana memberitahu. Jungkook terhenti daripada gerakkan nya. Dia melirikkan matanya kepada Alana.

Alana menundukkan wajah. Dia membawa keluar beberapa kalung rantai. Ada ketujuh semuanya.

Mata Jungkook membuntang. Hatinya berdegup kencang dan terasa seperti dunianya berpusing. Di tangan Alana— tak mungkin.

Ianya ketujuh-tujuh Kristal mereka semua.

" checkmate, kristals. "

— c r y s t a l

Continue Reading

You'll Also Like

2K 15 6
Ramai gak dh dgr cita ni tapi saya nk buat je sbb xde idea so enjoy je
138K 909 8
duniaku yg penuh dgn dugaan