3rd Romance: What If Series Vol I.
[ stand alone, ebook 2024 ]
"Don't forget to include me..."
Zarra dan Adriel pernah memiliki cinta yang sempurna, atau sekurang-kurangnya itulah yang mereka fikirkan.
Namun, ujian hidup telah meretakkan hubungan mereka, meninggalkan jurang di antara pasangan itu. Hidup Zarra hancur ketika dunia mengambil satu-satunya cinta yang pernah dia punya.
Dan semuanya berubah bila Zarra tanpa sengaja membawanya kembali ke masa lalu, ke saat semuanya belum hancur.
"Adriel?" Tak. Mana mungkin Adriel bisa berdiri dihadapannya sekarang sedangkan lelaki itu sudah mati.
Dia dapat peluang kedua. Tapi adakah itu bermakna cinta yang pernah hilang berputik untuk kali kedua, atau adakah takdir akan membawa mereka kepada pengakhiran yang sama?
Mampukah mereka mencintai sekali lagi apabila istana yang dibina kian retak dan hampir menyembah bumi?
"Find me. Across the world or even through time, find me. make me remember again. Save me, save us... because I can't."
[Stupid Zero 2: Bad]
Pertemuan pertama aku dan dia bukan tanpa dirancang, bahkan aku yang terlebih bijak menyahut cabaran Fatin dan Widad; kawan baik sejak zaman sekolah menengah untuk buat deal yang akhirnya buat aku rasa nak terjun bangunan sebab malu.
"Saya suka awak." Yakin aku bersuara.
"Kenapa kau suka aku?" Bad membalas tak bernada.
"Err.. suka perlu alasan ke?" Acah polos aku menjawab. Sedikit tak senang apabila lelaki di depan aku itu buat smirk.
"Aku dengar pasal deal kauorang dekat kafe hari tu. Kau tak malu ke? Buat benda tak berfaedah semata untuk lelaki macam aku ni? Malulah sikit, kau tu perempuan."
Dan sejak itu, antara rasa malu dan aib yang menggunung aku cuba mengelak dan hilangkan diri dari Bad.
"Bagi tahu aku apa yang jadi antara kau dengan Bad." Fatin menjeling. Selepas beberapa tahun, kami bersua semula.
"Tak ada apa yang jadi." Malas aku menjawab.
"Widad cakap, Bad terlepas cakap panggil kau sayang." Ayat Fatin tu sumpah buat aku rasa nak tercekik.
Dan takdir sekali lagi mempertemukan kami. Kali ini tanpa ada deal yang merepek, hanya jalan cerita yang aku sendiri tak tahu apa kesudahannya.