Trust

By Ciciqaa

24.8K 273 32

" Jangan pernah takut untuk buat . Kau ada aku . Dan selamanya aku ada dengan kau " -Dia- " Siapa pun kau... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8

Bab 6

1.9K 26 0
By Ciciqaa

Akan terdapat banyak kesalahan tatabahasa dan grammartical error dalam bab ini . Saya bukan lah lulusan dari mana-mana jadi sesiapa yang ingin mengkritik hanya kerana kesalahan kecil ini . Saya minta maaf sangat-sangat. Cerita saya hanya atas sebab penzahiran imaginasi semata-mata . Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
*
*
*
*
*
Selamat membaca
*
*


"Terima kasih Syaa." Kataku dengan tangan yang penuh dengan barang makanan yang dibelanjakan oleh Syaa.Lama kami membeli-belah selepas Syaa membawa aku dari klinik tadi . Kepala yang berat aku cuba tidak hiraukan .

Gila kan ? Sakit pun kaki masih juga gatal nak merayau. Ni semua sebab Syaa lah ni .Antara banyak-banyak  kawan aku , dia yang paling memahami aku . Sikap ketidakmatangannya itu kadang mengajar aku erti 'Umur bukanlah pengukur kematangan seseorang'.

Syaa merupakan seorang peguam . Dia memang lagi tua dari aku . Namun jarak umur bukanlah penghalang untuk aku kenal rapat dengan dia .

Wajahnya yang sugul itu aku pandang sambil tersenyum . Sedih sangat sebab aku tak nak ikut tidur dekat rumah dia . "Kau sure ke ni ? Kau kan demam . Kau duduk lah rumah aku . Bahaya la kalau kau sensorang . Kau tu dah lah kecik . Nanti tak pasal-pasal kau pengsan takda sapa yang nampak kau " Termuncung-muncung bibirnya membebel . Aku hanya menggeleng perlahan . Hidung yang tidak semena gatal aku tenyeh dengan belakang tangan .

"Aku okay lah " Kataku seraya menarik hingus yang hampir meleleh.

" Ha tengok ! Ihh kau ni . Kau duduk lah dekat rumah aku . Atleast sampai kau sembuh . Jangan risau , rumah aku takda hantu ."

Mataku membulat bila mendengar perkataan 'hantu' . Syaa ni memanglah !

Melihat responku yang sedemikian , dia tersenyum sumbing . Dasar gak ada akhlak !

"Aku kan tengah sakit , kang terjangkit pulak dengan kau " . Hingus aku tarik lagi . Sakit kepalaku semakin kuat .

" Ihh takda maknanya lah !  Antibody aku kuat " .

"Aku malu lah dengan abang kau . Tak nak aku . " Alasan demi alasan aku beri . Aku lihat dia menghela nafas pasrah . Penat dengan kedegilanku barangkali .

" Yelah . Nanti kalau ada apa-apa kau call aku tau . Kunci pintu bilik tu kang si Misha tu masuk nak aniaya kau ke apa. Aku takda ni kau jaga diri ya . Kalau kau lapar ke apa kau cepat-cepat inform aku . Lepastu kalau kau ..."

"Iyaa Syaa aku tahu . Nanti ada apa-apa aku terus call kau. Jangan risau . Sekarang ni aku nak rehat je "

" Haa yelah . Kau naik tangga tu hati-hati . " Pesannya lagi .

" Iye Sya . Terima kasih sebab belanja aku . Nanti aku dah kerja aku belanja kau pula ya " Kataku sekadar berbasa-basi .

" Kau ... Hati-hati ya . Kau faham kan maksud aku ? Dia tengah bebas di luar sana . Aku sendiri tak tau dimana keberadaan dia." Anak matanya kelihatan bergetar . Terzahir sungguh rasa takutnya.

Tapi kalau nak difikirkan , aku yang sepatutnya takut . Tapi sekarang ,aku rasa kosong . Mungkin belum ada tanda-tanda yang dia akan mengancam nyawaku lagi .

" Terima kasih sebab risaukan aku . Dah-dah kau balik lah . Kesian kau mesti penat kan ?"

"Ambuih dah pandai menghalau aku ye sekarang ? "

Aku hanya ketawa . Setelah dia memelukku dan mengucapkan selamat tinggal , aku menghantar dia dengan anak mata . Melihat keretanya yang meluncur perlahan melalui pondok pengawal keselamatan .

Kepalaku terasa semakin memberat. Ya , aku perlukan rehat sekarang ni .
Tanpa melengahkan masa , aku terus membawa kakiku naik ke bilikku .

***

Petang khamis , aku membawa diri ke tempat biasaku.Demamku sudah kebah setelah beberapa hari berperang dengan suhu badan yang tidak menentu. Seperti kebiasaannya , aku duduk dikerusi kayu berseorangan . Memang selalu seorang pun kan ? Namun kali ini , bukan sebab nak tengok Husin. Tapi aku dah terbiasa . Aku hanya membawa pandanganku ke depan . Tapi fikiranku menerawang entah kemana.

Aku rasa .. kosong .

Handphone ditanganku aku pandang. Terpapar gambarku dan Mikael di skrin utama. Aku tersenyum sendiri. Terlihat senyumannya dengan pipi yang tembam dan mata yang menyepet. Hampir hilang saja matanya dengan senyumannya. Wajah aku ? Jangan tanyalah . Nampak sangat muka pasrah dan tidak redha diperlakukan oleh Mikael.

"Puteri ! Duduk lah dulu . Aku penat lah !" Katanya dengan nafas yang tercungap-cungap .

Aku yang masih berlari anak disebelahnya menjeling . Ih dia ni! Baru lari sikit dah penat .

" Baru 10 minit kut ! .Aduh come on la Mika . Kau kata nak kurus kan ?"

" Memanglah aku nak kurus , Puteri . Tapi kau punya warm up ni macam nak jalankan misi bunuh diri ." Seperti orang tidak cukup nafas saja dia bercakap . Padahal jogging saja pun .

"Kau duduk lah dulu mana-mana . Aku nak habiskan lagi satu round . Kau jangan pergi mana-mana ya . Jangan ingat aku tak tahu niat kau nak ke kantin . Aku nak bila aku sampai nanti kat sini balik muka kau yang pertama aku tengok . Faham ?!" . Kataku sambil tanganku ligat mengelap peluh di dahi .

Aku lihat dia tersenyum sumbing .Betul la tu tekaan aku yang dia nak ke kantin. Kan aku dah cakap, dia ni pantang ada masa terluang sikit. Asyik nak melantak je kerja dia.

"I just want to feed my angry tummy. Can I?" Katanya seraya membuat muka comel . Matanya dikedip-kedipkan beberapa kali .

" Tapi kita baru ja sarapan tadi ! Kau ni biar betul "

"Let me remind you arh . Mikael sentiasa lapar. Ingat tu sampai bila-bila" .

Bayangan Mikael menerjah lagi buat kesekian kalinya .Lagi sakit rupanya kehilangan kawan dari kehilangan cinta .

Eh no ! Dua-dua sakit .

"Ain ?"

Tiba-tiba aku terdengar satu suara memanggilku. Aku mendongak memandangnya yang berdiri di hadapanku sambil tersenyum senget.

Husin .

Melihat wajah itu , aku hanya mampu tersenyum hambar . Wajah itu , wajah yang pernah aku dambakan dulu. Tapi sekarang .. entahlah . Peristiwa dengan Jasmin hari tu serta merta mengganggu fikiranku.

Jasmin . Perempuan ini mengingatkan aku tentang kedudukan aku yang sedia rendah ini . Aku bukanlah seorang bangsawan.Aku datang dari keluarga yang biasa-biasa saja.Memang tidak layak untuk bergandingan dengan jejaka idamanku. Termasuk orang yang sedang tersenyum dengan aku sekarang ini.

Santai dia mengenakan baju jersi lengan panjang itu. Peluh yang merenik di dahinya menyerlahkan lagi imej atlet dalam diri dia.

"So , erm ..Boleh I duduk sini?" Pintanya denganku.Dah ber I-I pulak huh ?

"Eh duduk jelah. Kerusi ni bukan saya punya" . Seraya berkata , aku melemparkan kembali pandanganku ke depan -padang bola yang terdapat beberapa orang yang mundar mandir disitu .

"Berapa hari ni , Ain pergi mana ? Jarang pulak I nampak . Biasanya ada ja dekat cafe . " Tanya Husin.

" Saya ada ja . Cuma dah malas nak buang masa macam selalu ."

Jujurnya , aku kurang selesa dengan pertanyaannya . Mana tidaknya ? Benar aku selalu lepak di cafe . Tapi dengan siapa ? Semestinya Mikael .

Dia kan ... sentiasa lapar.

"You ." Panggil Husin .

" Ya?"

" You free tak malam ni ? "

" Free kot . Kenapa ?"

" Jom tengok wayang . Don't worry I belanja "

Aku tergaru-garu sekejap . Tiba-tiba pulak dia ni nak ajak keluar . Sumpah dia buat aku tak selesa .

" Ehh .. ehh tiba-tiba tak free pulak . Saya rasa malam ni ada meeting "

" Rasa ? . Maksudnya tak sure lagi kan ?"

Aku hanya senyum . Tak baik menipu .

" Please .. keluar dengan I . I rasa bersalah dengan apa yang Jasmin buat dekat you . Sumpah I rasa bersalah "  Ujarnya yang tiba-tiba menyebut nama mumia bedak sejuk tu .

"Jasmin ? Mana you tau ?" Tanya ku hairan.

Seingat aku . Hanya beberapa orang yang tahu pasal kes ni . Tak sangka pulak sampai ke telinga pelajar fakulti lain .

" I boyfriend Jasmin . Kami dah lama bersama . Cuma dia selalu tak ada masa untuk I . Kadang dia selalu busy lepak dengan kawan-kawan dia yang setaraf dengan dia ."

Aku .. terkejut . Terasa ada batu menghempap atas kepalaku . Dalam diam aku menyukainya , rupanya dalam dia juga ada orang lain . Maksud aku , sudah berpunya.

But wait.

" Setaraf ? Maksud awak ?"

"Well you know , rich people comunity. "

Wah aku baru tau ada kominiti orang kaya ya .

"Ouhh .. sabarlah ya " Kataku di lisan sebelum menyambung dalam hati 'wahai raga yang prak prak'.

" Dah cukup bersabar dah. Dia keluar dengan lelaki lain boleh pulak . Alasannya nak study . The hell ? I dapat Anugerah Dekan kot ? Dengan budak kaya bodoh tu jugak dia nak tuntut ilmu .Sekarang bila nampak I pergi makan dengan you hari tu . Dah nak melenting "

Patutlah meroyan mumia tu .

"Eh bila masa kita pergi makan ?" Tanyaku hairan . Seingatku , hanya Mikael seorang sahaja lelaki yang pernah keluar makan dengan aku.

Ha tengok ?? Mikael lagi !

" Ada .. yang dengan kawan I tu . Lepas you tengok kita orang main bola . Yang you gaduh dengan boyfriend you . Dah ingat? "

"Oh yaa , tapi . He's not my boyfriend. He's my boy-friend" . Selorohku

" Ohhh I see . So malam ni okay ?"

" Tengoklah dulu macam mana . Saya tak biasa keluar malam . Takut"

"Buat apa nak takut ? I kan ada ? " Katanya dengan bibir mengukir senyuman kasanovanya .

Aku hanya memberi senyuman kekok.Berdasarkan cerita dia tadi . Aku terfikir ,kenapa dia tak putus kan hubungan mereka saja? Bukankah itu lagi baik ?

"I bet you wonder why I choose to stay in this relationship" Katanya tiba-tiba .

Aku hanya mengangguk sedikit . Dia ni macam tahu-tahu ja.Dia kemudianya memandang ke depan . Lalu memasukkan tangannya kedalam poket seluarnya.

"For a God sake , I love her "

3 perkataan , satu lafaz , beribu makna .Dengan ini , Ain Qistina akan bertekad untuk moveon !

Tapi kenapa , aku tak rasa cemburu ya ? Sedangkan jejaka seksi di hadapanku ini adalah crushku . Aku sepatutnya rasa frust !

"Bertuahnya dia " Hanya itu saja yang mampu aku katakan.

"I cuma budak kampung, Ain. Sedangkan dia anak pereka fesyen terkenal . Bapak tiri dia pula dari golongan bangsawan . I ni , taraf bawah kaki dia ja"

" Yeah budak kampung . Budak kampung panas"

Dia tergelak seksi .

" So you're think I'm hot too ? Could you stop stating something obvious ?"

Dah sudahhhh.. Angkat bakul naik sendiri dah dia .

***

Malam itu , Husin membawaku ke Toppiest Pub untuk menyaksikan live band . Tiba-tiba pulak dia tukar plan last minute . Katanya Movie yang baru ni tak best . Sangat cliche !

Aku cuma menurut . Apa salahnya tengok sekali-sekala ? Aku dan Husin duduk di salah satu meja set couple . Kedudukan meja yang sedikit tersorok itu dapat membuatkan aku bernafas lega . Kut-kut lah ada pelajar dari fakultiku perasan aku berada disini dengan Husin ,pastinya menjadi bualan para macik bawang kampusku itu.

Sekarang ni bukan boleh salah sikit. Silap langkah , terkenal lah jawabnya.

"So Ain , you nak makan apa?" Tanya Husin tanpa memandangku. Tangannya ligat membelek buku menu di hadapannya.

Melihat nama menu disini, membuatkan aku terkelu sendiri.
Lahfe Macarena , Ebilo Paciato dan macam-macam lagi nama-nama makanan yang pelik.

" Dekat sini nama makanan diorang memang pelik . But dont worry , makanan biasa ja. Nama ja pelik.Contohnya macam ni .." Katanya sambil menunjukkan satu nama di buku menu di tanganku "Applava ni mee goreng ayam je sebenarnya"

Aku terngaga . Dah kenapa letak nama macam tu ?

" Apa kebendanya pelik sangat ?"

Husin hanya menjongket bahu . Mungkin inilah kelainan tempat ini.

Beberapa minit kemudian, terhidanglah chocolate cake untuk Husin dan french toast untuk aku . Malas nak makan yang berat-berat.

Senyap suasana antara kami . Masing-masing fokus menjamah makanan sendiri.Nak berbual pun entah apa yang nak dibualkan.

Tak lama lepastu , tiba-tiba ada handbag dihempas secara kasar di atas meja kami . Dengan itu , terhasil lah bunyi detingan pinggan kaca dan sudu berlaga dengan kuat .

Aku mendongak memandang manusia tiada adab tersebut. Mataku terbeliak . Matanya sedang tajam merenung Husin. Hidungnya kembang kempis menahan marah yang tidak terbendung. Oo ouhhh. ..

This is not good ! Mumia tu nak mengamuk !!!

"Jasmin ! Apa you buat ni . " Tanya Husin dengan nada marah.

" You tanya I ? I yang sepatutnya tanya you . What are you doing here , you cheater! " Tanyanya kembali dengan lantang . Mujur , suara gitar dan drum masih menguasai suana. Jadi tidaklah tegang mana pun.

Aku pula tiba-tiba terasa cuak . Aduhh mohon lah orang tak nampak aku . Kalau tak mesti orang anggap aku ni perampas kekasih hatinya. Pantas , tanganku mencapai powerbankku di atas meja dan memasukkan ke dalam beg kecilku.

"Jom kita discuss dekat luar . Malu lah orang nampak " Muka Husin semakin tegang .Urat di dahinya semakin mengeras.

" Ouhh you malu ? Habis keluar dengan perempuan ni tak malu?"

Arhhhh ayat drama pukul 7 sungguh. Takda ayat lain ke ?

"I cuma makan dengan dia, Jasmin . You ada nampak I buat benda tak elok ke ? I ada tempah hotel untuk buat candle light dinner dengan dia? You ada nampak kitaorang duduk dekat bermesra walau dengan alasan belajar ? Ada ?! Answer me Jasmin !"

" Yang you nak bangkit isu belajar ni kenapa ? You tau tak I percayakan you . Just now , Jacob called and told me that you were here , with this slut!" Tangannya menunjukkan ke arahku"

Who the hell is Jacob but wait.Are you kidding me ? Slut ?

" Watch your mouth !"

Dengan suara lantang itu , Jasmin terdiam . Kelopak matanya berkedipan sambil dia melihat keatas . Takut airmatanya tumpah dan merosakkan makeup mahalnya .

"Tell me , Jasmin . You nampak apa sampai you serang macam orang takda moral ni ? "

" Nampak apa lagi ? I nampak you keluar dengan dia lah . Duduk makan berdua . Orang gila pun akan fikir you dengan this slut dating lah . You curang kat belakang I !"

"Seriously Jasmin ? You jealous sebab benda ni ? After all this time , ada you fikir pasal I bila nampak you keluar dengan lelaki lain ?"

"They're just my friend ! you knew that. Jangan nak cuba nak salahkan I bila you dah kantoi buat salah dekat belakang I !"

Aduhhh . Dah mula dah diorang membuka buku kesalahan masing-masing. Aku yang tak tau apa-apa ni pun dah ter tahu.

"I cuma keluar makan sebab nak mintak maaf dengan Ain . Salah ke apa I buat ? You tau tak you dah malu kan I dengan perbuatan you yang tak reti nak hormat orang lain ? "

" She deserve it ! Budak kampung tak sedar diri. Miskin . ! "

Aku tergamam . Hak elah perempuan ni . Tapi bukan pasal aku yang penting sekarang ni . Tapi wajah Husin yang tiba-tiba memerah .

That budak kampung status !

" Husin I ..I'm sorry I--I tak maksudkan you yang --I tau you yang-- "

Dah sudah . Tertunggang terbalik dah bahasa mumia bedak sejuk ni .

"Jom Ain , I hantar you balik ." Katanya seraya meletakkan not Rm100 ringgit diatas meja .

Aku terkocoh-kocoh berdiri untuk beredar .

" And Jasmin , I'm sorry if I'm not good enough for you . I tak setaraf dengan you yang hidup mewah . I tak boleh bagi you kemewahan sebab I pun budak kampung macam Ain . "

"Husin I'm sorry baby. I tak maksudkan you pun sayang . You are my everything please don't leave me ..please " Rayunya dengan airmata nya yang membanjiri wajah cantiknya.Tangannya cuba mengapai lengan Husin tetapi pantas saja Husin menepis .

" You're right . I'm out of your league"

Laju langkah Husin keluar dari tempat itu . Aku terkocoh-kocoh membuntuti langkah Husin .

Kenapa dan kenapa , aku harus menghadapi drama sebabak ini ?

Sepanjang perjalanan ke asramaku , kami saling membisu . Sesekali aku terlihat Husin mengesat airmata jantannya .Faham benar aku rasanya orang yang patah hati ni . Paling sakit bila kau terpaksa pendam semuanya sendiri .

I feel you , Husin . I've been worse .

"I'm okay, don't worry" Kata Husin sambil tersenyum paksa ketika kami sampai di perkarangan asramaku.

" Ada apa-apa call saya tau ." Takda makna apa pun sebenarnya tu. Sekadar untuk mengingatkan dia bahawa aku ada jika dia perlukan .

Dia kan , first crush aku dekat sini.

Seraya menghantar keretanya dengan hujung mata , aku naik dan membersihkan diri.

Usai solat isyak dan membaca Al-Quran , aku terus tidur di katilku.

Tak semena , wajah Mikael terlayar di ruang mata .

Moga angin membawa bayu rindu yang kutitipkan buatmu , sahabatku .

tbc .

xoxo😘

So ada yang rindu Mikael tak ? Ke nak kita proceedkan #HusinAin ni.
I' m really sorry for the late update . I love you all .

And during this covid-19 pandemic, please be safe everybodeh !

Stay safe semua:)



Continue Reading

You'll Also Like

249K 12.7K 59
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
1.5M 127K 44
She is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis it...
46K 1.3K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
105K 9.8K 49
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...