Us βœ”

By FaryoonaHana

37.6K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... More

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
NEW BOOK!

Epilog

657 35 17
By FaryoonaHana


EIZ menuruni satu-persatu anak tangga sambil matanya meliar ke sekeliling. Kosong. Sunyi sahaja rumah itu.

Apabila telinganya dapat menangkap bunyi bising yang datang dari dapur, laju dia bergegas ke sana.

Tangannya memegang bucu dinding yang memisahkan ruang makan dan dapur basah. Kepala dipanjangkan untuk menjenguk si gerangan yang sedang memasak.

"Lahh, Mama ke." Eiz mengeluh. Muncung sedepa bibirnya apabila mendapati gerangan itu rupa-rupanya ialah Puan Yani, ibu mertuanya.

"Kenapa? Ada apa Eiz?" Puan Yani menyoal sebaik sahaja menyedari Eiz yang tiba-tiba muncul.

"Cari Ika. Mama ada nampak dia tak?"

Puan Yani menarik senyum sinis. "Kenapa? Dia merajuk lagi?"

"Haah." Eiz senyum kelat. Sebelah tangannya naik meraup belakang leher. Rasa bersalah pula buat anak Mama merajuk.

"Ika tu memang macam tu. Kalau dah benda dia tak suka tu memang dia protes lah. Yang Eiz bagitahu kawan-kawan tu kenapa?"

"Terlepas cakap la Ma. Tak sengaja.."

Puan Yani menggeleng. "Haih, macam-macam la korang ni."

"Mama memang tak nampak dia ke?"

"Dia tak balik lagi lah tu."

Eiz mengerut dahi. "Tak balik lagi? Dia pergi mana?"

"Keluar jogging kot." Ujar Puan Yani sambil mengeringkan tangannya.

"Jogging?!" Membulat mata Eiz.

"Haah. Dia tak bagitahu pun la nak pergi mana tapi dia pakai jersey dengan cap. Rasanya keluar jogging lah kot."

Sampai hati keluar jogging tak ajak aku!

"Selalunya dia jogging kat mana Ma?" Soal Eiz lagi.

"Ha, yang tu Mama tak tahu. Sorry." Puan Yani tergelak kecil.

Eiz mencebik bibir. Tak boleh jadi ni.

"Okay lah. Thank you Ma." Eiz senyum lalu beredar ke luar rumah. Ingin mencari kelibat Ika yang menghilang sejak tadi.

Tergeleng Puan Yani melihat karenah dua orang anaknya. Seorang kuat mengusik, yang seorang lagi kuat merajuk.

Haih macam-macam.



+++++++

Aku berhenti berlari apabila bahagian abdomen sebelah kiri terasa sakit. Aku memperlahankan langkah dan kini hanya berjalan. Aku mengawal nafas yang sudah tidak lagi teratur. Sebelah tanganku naik memegang pinggang.

Mengah!

Aku tercungap-cungap seolah baru selepas dikejar anjing. Penat gila. Mungkin sebab dah lama sangat tak jogging kot, macam ni lah jadinya. Cepat penat. Stamina pun dah berkurang.

Mataku melirik fitness tracker di tangan. Bibirku menarik senyum kecil. Alhamdulillah hari ni aku berjaya turunkan sebanyak 500 kalori selama satu jam. Berbaloi aku keluar joging sorang-sorang hari ni. Tak sia-sia!

Asalnya, niat nak jogging 30 minit je tapi sajalah lajak sampai sejam. Alang-alang dah lama sangat tak joging, aku lajaklah terus. Dan sebenarnya ada satu sebab lagi, aku malas nak balik rumah.

Aku rasa korang tahu kot kenapa.

"Ika!" Suara yang sangat aku kenali itu mula kedengaran. Rasanya tak jauh dari belakang aku.

Aku mengerutkan dahi. Aku rasa aku sorang je ada kat jalan ni sekarang. Haih Ika, dah kenapa pula teringat kat dia sampai dengar suara dia ni. Angau ke apa?

"Ika!"

Kejap. Jangan kata yang dia betul-betul ada kat belakang aku?

Aku segera memusingkan kepala dan ya, sangkaan aku benar sekali. Ini bukan mimpi. Eiz benar-benar ada di belakang aku. Laju langkahnya datang menghampiri.

Oh, shit.

Eh, maksud aku.. Panjang umur.

"Ika, tunggulah." Eiz yang tercungap-cungap itu kini menyamai langkah aku.

Aku hanya memutarkan bola mata. Mengabaikan kewujudannya di sebelah.

Malas aku nak layan dia. Tak habis-habis buat aku marah. Aku masih lagi tak puas hati dengan kejadian kemarin. Boleh dia pergi bocorkan rahsia kitorang depan kawan-kawan aku?

Dulu dia yang warning orang jangan sebarkan, sekarang tengoklah siapa yang mulut celupar?

Geramnya aku!

Memang balik sahaja dari sekolah, aku langsung tak bercakap dengan dia. Walaupun aku rindukan dia sangat-sangat, tapi ego aku menguasai segalanya. Terang-terangan Eiz memang bersalah dalam hal ini.

Telefon aku pula tak berhenti berbunyi sejak semalam. Berderu notifikasi masuk. Yang Whites pula tak habis-habis call. Suruh aku ceritakan perkara sebenar kat diorang. Geng Eiz pun sama je.

Argh, stress aku.

"Sampai hati tak ajak joging sekali." tegur Eiz di sebelah aku.

Aku tidak memberi sebarang respon. Malas nak melayan.

"Ika, I'm sorry okay." Ujar Eiz dengan nada lembut. Macam lah dia tu softspoken sangat.

"Saya tahu salah saya."

Sedar pun.

"Janganlah diam macam ni, I miss your voice."

Tak payah la nak ngorat aku. Ingat sweet ke?

Aku dapat mendengar dia yang mula mengeluh.

Penat la tu kena palau dengan aku.

"Ika, stop." Akhirnya lenganku ditarik Eiz. Menghentikan langkah aku. Aku mendengus perlahan sambil merenungnya dengan pandangan tajam.

"Tak nak lah macam ni, saya tahu saya salah. Tapi janganlah sampai tak nak bercakap dengan saya langsung. Rasa macam kena palau." Ujar Eiz.

"Memang pun." Jawabku sekali nafas. Aku membuang pandang ke arah jalan raya yang kosong. Tak mahu bertentang mata dengannya.

"Ika, maafkan saya."

"Saya tak nak cakap pasal ni lagi." Balasku dingin.

"At least jawab la, awak maafkan saya ke tak."

"Kalau tak nak maafkan, awak nak kata apa?" Aku menjongket kening ke arah Eiz.

Eiz terdiam sejenak sebelum perlahan-lahan bibirnya menarik senyum. "Saya akan buat awak maafkan saya juga."

Aku tergelak kecil. "So confident, huh? "

"Of course girl, I know you very very well. Inside and out." Eiz mendekatkan dirinya denganku sambil tersenyum sinis.

"Then, proove it."

"Awak cabar saya?"

"Yes, I do. Awak ingat saya takut ke?" Dengan penuh lagak yakin, aku mengungkapkan kata-kata itu. Tapi jujur sebenarnya aku takut.

Sekelip mata, pinggangku ditarik Eiz.  Perlahan-lahan tangannya menyelinap masuk ke dalam baju aku.  Aku dapat rasakan jarinya bermain-main di situ. Dia mendekatkan jarak kami.

Pandangannya usah dikata. Tajam merenung ke dalam anak mataku, membuatkan aku terkedu seketika. Aku nak lari, tapi kenapa tak boleh ni?! 

Lengan kananku dipegang dengan tangannya yang satu lagi, menyebabkan aku tidak dapat bergerak. Dia kunci pergerakan aku.

Mula dari mata, pandangannya jatuh ke bibir aku. Tangan yang memegang lengan aku tadi, naik mengelus lembut daguku yang sedikit terbelah.

Okay, aku tarik kata-kata aku balik. Sumpah, Eiz ni bahaya!

Hampir sahaja bibirnya ingin mendarat di situ, aku terlebih dahulu menolak dadanya. Eiz terundur ke belakang.

"Gila!" Aku merengus kasar. Kemudian apa lagi. Makin sakanlah dia tertawakan aku.

"Eleh, tak takut konon. Orang goda sikit dah cuak." ujarnya.

Aku hanya melemparkan jelingan dingin. Dia ni memang, tak habis-habis guna cara gatal tu.

Malas nak berbalah panjang, aku segera mengangkat kaki pergi dari situ. Meninggalkannya terpinga-pinga seorang diri.

"Ika," Eiz mengikut di belakang.

"Nak apa lagi?!" Bentakku tanpa menoleh ke arahnya.

"Tak maafkan saya lagi ke?"

"Jangan harap." Dia ingat dia buat perangai miang macam tu aku boleh maafkan dia? Hello, memang tak lah.

"Fine."

Pada mulanya aku langsung tak hiraukan keberadaan dia. Namun, aku mula menoleh apabila suara Eiz tidak lagi kedengaran selepas itu.

"Eiz?"

Kosong.

Mana dia pergi? Aku melihat di sekitar kawasan itu. Langsung tiada sesiapa selain aku.

Sebaik sahaja aku menoleh ke hadapan, tubuhku tiba-tiba diangkat oleh seseorang.

"Eizzaril!"

"Tak nak maafkan saya sangat kan, padan muka." Ujar Eiz yang sedang berlari sambil mendukung aku.

"Eiz, lepaslah. Turunkan saya!" Aku memukul belakangnya.

"Tak nak. Selagi awak tak maafkan saya, selagi tu saya tak nak berhenti."

"Eiz, stop lah. Awak nak pergi mana ni? Lepaslah!" jeritku. Nasib jalan kat sini sunyi dan tak ada orang je tau. Kalau tak memang tak tahu nak sorok muka ni kat mana.

"Saya nak bawa awak pergi public."

Gila!

"Eiz turunkan saya sekarang!" Aku memulas telinganya.

"Aduh aduh, woi sakitlah!" Kepala Eiz dah terteleng.

"Turunkan saya cepat!" Tak cukup dengan itu, aku cubit lehernya pula.

"Sakitlah woi!"

"Lepaskan saya."

"Tak nak." Balasnya yang masih berdegil. Badan dia ni cap apa kebal sangat. Aku buat apa pun tak jadi.

Duk sakit sakit tapi tak nak berhenti juga!

Tiba-tiba, dia mula berlari sambil memusing-musingkan badannya. Aku dah seram sejuk takut sekiranya jatuh.

"Eiz bahaya lah!"

Eiz mengabaikan jeritan aku malah hanya ketawa besar. Seronok dia kenakan aku.

Kalau dia jatuh sorang-sorang tak apalah juga. Ni nanti aku sekali yang kena teruk. Dah la jalan tar.

Eiz mula memecut laju. Lebih laju dari tadi.

"Eizzaril!" Aku memeluk kuat lehernya. Gayat.

"Cepat cakap awak maafkan saya."

"Eiz, berhenti lah!"

Mengabaikan kata-kata aku, dia memecut lagi sepantas yang mungkin.

"Ya ya ya! Saya maafkan awak. Berhenti lah..." Ujarku nada merayu.

Eiz akhirnya memperlahankan langkah lalu menurunkan aku. Kedua-dua kami tercungap. Dia yang lari aku pun penat sekali.

Penat menjerit.

"Yeay, thank you bidadari." Eiz mendepakan tangannya lalu memeluk aku. Aku menolaknya jauh.

Meluat! Suka kenakan orang! Aaa benci lah ada lelaki macam ni.

"Nak naik roller coaster Eizzaril lagi tak lepas ni?" Eiz ketawa kecil sambil mencuit-cuit bahuku.

"Diamlah."

Roller coaster kepala hotak dia.

"Comellah bila awak marah. Ni makin suka usik ni." Dicubitnya pula pipi aku.

"Ish pergi sana!"

"Jangan lah marah saya lama-lama. Nanti saya rindu." Dia menyiku perlahan lengan aku sambil tersenyum nakal.

Tak cukup dengan itu, dia menggeser-geserkan bahunya dengan bahu aku pula. Berterusan dia berbuat demikian sehinggalah kami pulang ke rumah.

Dia buat dah perangai gila dia!



*******



Perhatianku pada Sugar kini beralih pada telefon yang berdering di atas meja.

Telefon Eiz.

Aku meletakkan Sugar di lantai lalu bingkas bangun. Aku melihat sekilas nama pemanggil di skrin telefon.

Umi Sayang ♥️

Tanpa berlengah, aku menjawab panggilan itu.

"Hello, assalamualaikum along."

"Waalaikumsalam, umi. Ni Ika ni." Aku tersenyum mendengar suara lembut umi di talian.

"Lah, Ika ke. Eiz mana?"

"Dia dekat bawah, tengah makan dengan Mama rasanya." Jawabku.

"Ika tak makan sekali ke?"

Aku terdiam. Takkan lah aku nak bagitahu Umi yang aku masih merajuk lagi dengan dia?

"Eh tak, Ika makan dah tadi. Biasalah dia kan makan banyak. Dia tambah. Tu yang Ika naik dulu."

"Oh ya ke.."

"Ada apa ni Umi telefon?" Sengaja aku menukar topik. Nak berdalih. Tak pasal-pasal nanti Umi tanya banyak, mampus aku.

"Oh ni ha, Eiz dah keluar beli barang semua dah?" soal Umi.

Keningku bertaut. Hairan. "Beli barang? Barang apa Umi?"

"Lah, Eiz tak ada ajak Ika keluar beli barang ke? Minggu depan dia dah nak sambung belajar dah." kata-kata Umi mengejutkan aku. Dahiku berkerut seribu garisan.

"Sambung belajar? Dekat mana?"

"Akademi Tentera la sayang, Eiz tak ada bagitahu Ika ke?" Umi seperti dapat mengagak.

"Bukan akademi tu ada ujian fizikal ke Umi?" soalku yang masih tak percaya.

"Haah, Eiz lulus ujian tu." jawab Umi.

Dua kali ganda aku terkejut. "Bi-bila dia buat ujian tu?"

"Lama dah. Lepas SPM lagi, lepas Ika dah balik rumah. 12 haribulan 11 tak silap Umi." Aku tersentak. Bibir bawah digigit melepaskan geram.

"Hari apa dia kena lapor diri kat sana Umi?" tanyaku lagi.

"Isnin."

Membulat mata aku mendengar jawapan Umi. Isnin mingu depan? Lagi lima hari je dia akan stay kat sini. Dan maknanya...

Selepas itu dia akan tinggalkan aku.

Aku berasa sedikit terkilan. Kenapa Eiz langsung tak bagitahu aku pasal ni?

Tiba-tiba, pintu bilik dibuka dari luar. Aku menoleh melihat Eiz yang mula melangkah masuk ke dalam. Lama aku memandangnya.

"Kenapa?" Eiz menghayun dagunya sambil memberikan pandangan hairan.

"Umi nak cakap dengan awak." Telefon yang dipegang aku hulurkan kepadanya bersama wajah kelat.

Kemudian, segera aku beredar ke balkoni bilik. Aku melangkah setapak merapati tiang besi balkoni di depan mata lalu mengenggamnya erat. Air liur yang ditelan kini terasa pahit. Sakit.

Aku mendongak memandang ke langit hitam pekat sambil memejamkan mata buat beberapa saat. Tak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaanku sekarang ni. Marah dan sedih bercampur baur.

Kenapa sekarang? Aku tak bersedia lagi nak berjauhan dengan suami aku..

Aku mengeluh berat.

Perlu ke dia berahsia dengan aku?

Aku tersentak apabila ada sepasang tangan yang tiba-tiba merangkul erat pinggangku dari belakang. Kehangatan tubuh dan bau wangi Eiz yang memelukku menusuk ke dalam rongga hidung.

Eiz mengeluh. Dia menyembamkan kepalanya di bahu aku. Lama. Dia mengemaskan pelukan.

"I'm sorry for disappointing you, again. Saya tak berniat pun nak rahsiakan benda ni dari awak." ujarnya perlahan. Dari nada suaranya aku tahu yang dia rasa bersalah.

"Kenapa awak langsung tak bagitahu saya pasal ni?" soalku tanpa menoleh ke arahnya. Walaupun ada sedikit rasa kecewa, namun aku cuba untuk mengawal egoku. Sampai bila lagi nak merajuk Ika?

"Saya tak berani nak bagitahu awak pasal ni. Nanti awak sedih."

"Then awak ingat dengan cara berahsia macam ni saya happy ke?" Aku memusingkan badan menghadapnya.

"Tak. Saya.."

"At least tell me Eizzaril." Aku bersuara lirih.

"Yes, I've planned to tell you. Tapi macam mana saya nak bagitahu kalau setiap kali saya approach awak, awak mengelak dari saya? Saya nak bercakap dengan awak, awak abaikan saya." kata-katanya menyentapkan aku. Aku terdiam.

Benar, memang selepas kejadian pada hari keputusan SPM tu aku masih merajuk dengan Eiz sehinggalah sekarang. Langsung aku tak bercakap dengannya. Pagi tadi pun sebab dia cari pasal je, aku bercakap lah juga. Tapi selepas balik rumah, aku kembali buat tak endah dengan dia.

Aku tertunduk. Mati kata.

Lama kami berdiam diri. Suasana kembali sunyi. Eiz memegang kedua belah bahuku. Dagu runcing milikku dilangutkan supaya aku bertentang mata dengannya.

"Saya minta maaf. Kita betulkan semula okay?" Ucap Eiz dengan riak wajah yang serius.

"Orang dah berbaik dah pun, dia yang start cari pasal. Gedik pergi bagitahu semua orang tu kenapa." Bebelku perlahan namun dapat didengari oleh Eiz. Aku mencebik bibir.

Eiz ketawa kecil mendengar celoteh aku. Sementara itu, tangannya naik bermain dengan anak rambut aku. Tepi rambut diselak ke belakang telinga.

"Ya I know. Saya tahu salah saya. Saya tak boleh nak kawal diri waktu tu. Saya tak bolehlah tengok awak dengan Ryan. Dia tu diam-diam ubi berisi tahu tak." Jelas Eiz tak puas hati. Nak bela juga diri tu.

"Berapa kali saya nak cakap, saya dengan Ryan tak ada apa-apa pun. Awak tu cemburu buta sangat." Memuncung mulut aku memarahi Eiz.

Lelaki ni jealous sangat pun payah!

"Okay fine. Saya minta maaf okay. Saya mengaku salah saya.. Tak apa, lepas ni saya tak kacau awak dah. Saya tak cari gaduh dengan awak lagi dah."

Aku menghadiahkan pandangan tajam. Sengaja tau dia ni nak buat aku sebak. Dia ingat lawak ke buat ayat pasrah macam tu. Tahu la yang dia nak pergi jauh dari aku.

Aku melarikan pandangan ke arah lain. Cuba menutup kesedihan.

Kedua tanganku digapai. Eiz mengelus lembut belakang tapak tanganku dengan kedua ibu jarinya.

"Janganlah merajuk lagi. Saya rindu nak dengar suara awak, saya rindu nak peluk awak, saya rindu nak gaduh dengan awak macam tadi." Mata Eiz masih tertumpu pada wajah aku. Dia tersenyum manis.

Aku mengalihkan pandanganku semula ke arahnya.

Lelaki ni memang macam ni kan? Kalau buat ayat manis tu cukup pandai.

"Bosan tahu tak duduk kat rumah awak ni. Dah la tak ada orang, awak pula tak nak bercakap dengan saya. Saya sembang dengan Mama je sehari ni." sambungnya.

Amboi-amboi. Sedap mulut dia je kata rumah kita bosan. Dia yang nak sangat ikut aku balik sini.

"Yumna Zulaikha Asfieya.. Saya minta maaf ni. Maafkan saya?" Eiz mengeratkan tautan di tangan.

Bohonglah kalau aku masih tak maafkan Eiz. Dah lama sebenarnya aku maafkan dia. Cuma itulah rasa marah dan kecewa tu masih ada.

Aku menghela nafas perlahan.

"Hm.." Balasku acuh tak acuh.

"Apa hm. Cuba cakap elok-elok. Dah bisu ke?"

Ish dia ni kan! Annoying betullah. Ada je benda yang tak kena. Dia sengaja nak suruh aku cakap juga.

"Ya, saya maafkan awak." Ujarku sambil buat muka. Puas hati dia. Nak sangat.

Eiz senyum suka.

"Thank you, bidadari." Ucapnya dengan sengihan yang melebar. Tanganku yang berada dalam pegangannya dihayun-hayunkan.

Reaksi aku? Masih tayang muka tak ada perasaan.

"Ika."

Aku mengangkat wajah melihat Eiz.

"I love you." ujarnya lalu menghadiahkan sebuah ciuman di pipi kananku. Membulat mata aku dengan tindakan spontannya.

Jantung aku berdetak makin laju. Aku menggigit bibir dalam cuba menyembunyikan senyum. Walaupun perkataan yang diucap itu tersangatlah ringkas, tapi ia berjaya membuatkan hati aku jadi tak keruan.

Hati tolonglah bertenang!



************

Aku merenung Eiz sayu dari jauh. Dia dah nak pergi!

Eiz tengah sibuk mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Umi dan Abah juga ada bersama menolongnya apa yang patut. Hanya aku seorang je yang bersendirian, bersandar di tepi kereta sambil melihat Eiz dari sini. Orang lain semua tayang muka happy, aku je tak.

Nak happy apa kalau duduk berjauhan dengan suami. Ya lah walaupun masih dalam satu negara tapi Kuala Lumpur dengan Kedah kot. Jauh!

Jauh tu tak kisah sangat sebenarnya tapi sebab kitorang tak boleh contact.

Aku seorang saja yang ikut untuk hantar dia ke sini. Adik-adik dia semua tinggal kat rumah aku dengan Mama. Diorang kan sekolah, mana boleh ikut.

Eiz pun dah jumpa dengan Mama Papa hari tu kat rumah, minta restu apa semua. Dah la aku ada sekali waktu tu. Sumpah sedih. Cukuplah aku sedih sekali je. Itu yang aku pilih untuk stay je kat sini sekarang ni. Tak nak tengok dia minta restu dengan Umi Abah, mesti lagi sedih.

Eiz tu dah la manja dengan Umi. Tak pasal-pasal nanti buat drama air mata depan aku, sekali aku menangis.

Mata aku melilau melihat sekitar kawasan tempat ini. Boleh tahan cantik.

Tempat yang kami berada sekarang ialah blok pentadbiran. Di belakang pula barulah ada kawasan kem, hutan dan tempat latihan. Luas sebenarnya kawasan akademi ni, aku sempat tengok dekat peta je lah tadi.

Mata aku kembali menghala ke arah dewan terbuka yang merupakan tempat daftar pelatih baru itu. Secara kebetulan, mata aku bertembung dengan sepasang mata yang amat aku kenali. Eiz senyum tatkala matanya berjaya mengesan keberadaanku di sini. Dia mula mengatur langkah ke arahku.

"Ika.."

Aku angkat muka memandang Eiz yang sudah berada di depan mata. Bibir cuba mengukir senyum. Aku tak boleh menangis. Aku kena kuat demi Eiz.

"Dah selesai dah?" soalku cuba memulakan perbualan.

Eiz mengangguk. Aku hanya tersenyum kecil. Tangan aku naik mengemaskan kolar kemejanya. Nametag yang senget juga aku perbetulkan.

Segala gerak-geri aku diperhati Eiz. Matanya tak lekang dari memandang aku.

"Awak handsome sangat hari ni." Pujiku ikhlas. Eiz segak mengenakan kemeja putih dengan seluar slack hitam. Rambut dia pun dah dipotong kemas.

Haih, time nak berpisah ni lah nampak lagi handsome.

"Hari ni je? Sebelum ni saya tak handsome lah?" Eiz menjongket kening.

"Tak. Selekeh." Jawabku sambil mencebik. Sengaja nak usik.

"Selekeh pun handsome okay." Balas Eiz. Kami sama-sama tergelak kecil.

Kemudian, sunyi mula kembali menyapa. Awkward. Kami berdua masing-masing senyap. Namun, mata Eiz langsung tak lari dari memandang ke arah aku.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Aku bersuara memecah kesunyian.

"Saya nak tengok awak puas-puas."

Aku mati kata. Haih, aku tahan je mata ni.

"Jangan nangis tau." Kata Eiz lagi.

Ish dia ni. Dia cakap macam tu lagilah buat aku nak nangis. Aku mengedip-ngedip mataku yang dah berair. Bibirku dikemam.

"Aip. Saya baru je cakap."

"Mana ada, saya tak menangis lah. Tengok ni." Aku menjegilkan mata lalu mengukir senyum lebar. Fake sangat.

Eiz senyum lagi.

"Nanti dah dapat keputusan Upu, bagitahu tau awak dapat U mana." Dia cuba untuk mengubah topik. Mengalihkan perhatian aku.

Memang kebiasaan pelajar tentera atau polis akan sambung belajar lebih awal daripada pelajar jurusan lain. Sebab tu lah ujian kelayakan pun diadakan awal. Sebelum SPM lagi.

Yang aku ni nak masuk U mana pun tak tahu lagi, dia dah kena lapor sini.

"Nak bagitau apanya. Macam lah saya boleh call awak."

"Tak apa nanti saya call guna public phone."

"Nak tunggu awak call tu hm, mereput lah saya."

"Janganlah mereput. Nanti jadi skeleton saya tak nak mengaku isteri." Kata-kata Eiz membuatkan aku menjegil mata. Eii dia ni mulut tu ada je nak kata. Cubit kang!

Eiz ketawa. "Guraulah. Kalau awak jadi skeleton pun saya sayang. Bagilah macam mana pun. Gemuk ke tulang rangka ke, saya tetap sayang awak."

"Ya lah tu." Dasar mulut manis.

"Ika." Mataku kembali tertumpu pada Eiz. Aku melihat dia yang mengeluarkan sesuatu dari poket seluar.

Ianya kotak cincin.

"Dah lama sangat awak tak pakai. Saya nak lepas ni awak pakai cincin ni setiap masa." Pesannya.

Cincin pernikahan kami. Memang selepas sahaja pernikahan aku dan Eiz berlangsung, aku tanggalkan cincin itu dan hanya simpan dalam laci di bilik. Lagipun kitorang kan sekolah, memang tak pakailah.

Tapi itulah. Lepas habis SPM pun aku tak pakai juga.

"Saya letak dalam laci saya. Macam mana boleh ada dekat awak?" Soalku hairan.

"Saya ambil lah. Tengok tu, orang ambil cincin dia pun tak perasan. Nampak sangat tak kisah kalau cincin ni hilang."

"Eii, mana ada. Saya simpan elok-eloklah. Awak yang curi." Bibirku muncung sedepa.

Eiz sengih. Tergeleng kepalanya melihat karenah aku. Tanganku digapai lalu perlahan-lahan dia sarungkan cincin itu ke jari manisku.

"Yumna Zulaikha Asfieya milik Eizzaril Ikhwan seorang. Awak adalah hak saya kepunyaan saya. Tak ada siapa yang boleh ambil awak dari saya." Ucap Eiz.

"Saya minta maaf sepanjang perkenalan kita saya banyak buat awak sakit hati. Saya usik sebab saya suka tengok awak bebel." Pipiku dicuit manja. Eiz tersenyum memandang ke arahku.

"Saya pun minta maaf Eiz. Saya berdosa banyak dengan awak. Maafkan saya." Getusku. Air mata ditahan daripada tumpah.

Hujung bibir Eiz menarik senyum. Tangannya mengusap belakang kepalaku lalu dia menarik aku dekat dengannya. Sebuah kucupan singgah di dahi aku. Lama.

Selepas itu, dia mengalihkan wajahnya ke telinga aku yang berlapik tudung.

"Saya maafkan awak. Saya halalkan segala makan minum awak dan pakaian awak. Jaga diri baik-baik, jaga Mama Papa. Jaga Umi Abah dan adik-adik untuk saya. Saya sayang awak sangat-sangat." Bisiknya lalu mengucup telingaku yang ditutupi tudung.

"Awak tunggu saya tau. Sepuluh bulan kita contact balik." Eiz kembali memandang aku.

Sepuluh bulan contact ya bukan jumpa! Entah bila agaknya kami akan dapat berjumpa lagi.

"Janji awak tak kan lupakan saya. Selepas awak keluar dari sini, awak tak abaikan saya dan layan saya sama macam sekarang." Aku menghulurkan jari kelingking.

"Janji." Dia menyatukan jari kelingkingnya dengan jari aku tanpa rasa ragu.

Kami berdua tersenyum memandang satu sama lain.

Perhatian kami akhirnya dicuri oleh bunyi mikrofon di dewan terbuka itu. Pengumuman yang dibuat oleh pihak Akademi menyentak kami berdua.

"Awak dah kena pergi. Semua orang dah berkumpul tu." Ujarku. Namun Eiz semakin mengeratkan tautan di tangan.

Aku dapat melihat perubahan pada wajah Eiz.

"Eiz,"

"Saya sayang awak, bidadari. Jaga diri baik-baik. Kalau awak rindu saya, selalu ingat, Allah ada saya pun ada. Banyakkan berdoa kepada Allah. Utamakan Dia dalam apa-apa hal sekalipun." Kata Eiz yang tersenyum kelat ke arahku.

Aku angguk.

"Awak tunggu saya tau. Jangan nak menggatal dengan lelaki lain eh. Kalau tak, saya pancung kepala dia. Sekali awak saya pancung." Eiz memberi amaran.

"Ish tak kan lah. Dah dah. Awak kena pergi. Lambat nanti diorang marah." Aku menolak Eiz lembut.

"I love you, Ika."

"I love you more." Balasku.

Eiz senyum buat kali yang terakhir sebelum dia melepaskan tanganku dan mula melangkah pergi. Aku hanya merenung belakang tubuhnya sehinggalah dia hilang dari pandangan.

"Waiting does not bother me, nor does the distance that is cropping up between us. All I want is a true commitment and to know that your heart will never change."

Saya tunggu awak, Eizzaril!



TAMAT
















Alhamdulillah, finally! Its the end of Us. Lama betul sis nak siapkan cerita ni eh 😂😂 sebenarnya for this epilog, dah separuh siap lama dah tapi disebabkan assignment punya pasal tergendala habis lah semuanya..

Ingatkan pkpb ni bolehlah cepat2 habiskan. Tapi rupanya tak. Makin bnyk pula kerjanya yaa dgn online class lagi 😖 sabar je

Just wanna say thanks! Thank you very much for supporting me. Utk yg setia membaca Us dari awal sampai habis, sis hargai sangat2. Tanpa korang, cerita ni memang takkan hidup. Sis harap pengakhiran dia memuaskan hati even tergantunglah sikit kan. 😂

But the good news is sis akan buat book 2!! In shaa allah, doakan okay. Moga-moga pkpb ni sis adalah masa untuk nak menulis. Rangka dah buat haaa, but still x habis lagi.

Korang tunggu ja la ek💓 once dah siap sis akan bagitahu. Again, THANK YOU VERY MUCH. Sis sayang korang muah.

Continue Reading

You'll Also Like

37K 2K 15
𝓐𝓻π“ͺ𝓡𝔂𝓷 𝓀𝓢π“ͺ𝓲𝓻π“ͺ ~ 𝓑𝓲𝔃𝓺𝓲 𝓕𝓲𝓻π“ͺ𝓼𝓱 A little sweet moment between them. ps:-maaf sekiranya ada banyak kesalahan tatabahasa <3
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
3.6K 35 8
*blπŸ”ž* [sex18+] β€’Ziyan atau di panggil Zin adalah seorang pelajar baru di kolej Vokasional Twilight/VT. β€’Zin mempunyai kawan barunya iaitu Nazi dan M...