Legend Beast ✅ [Complete]

By Un__Name

49K 6.6K 1.5K

Rain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bonus Chap!!!
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54

Bab 21

957 114 23
By Un__Name

"Kita akan mula gerak malam ni, saya pasti tuan muda dikurung di tempat ni," kata Redeth sambil membulatkan ruang di petanya.

"Oi, kau buat apa ni?" Soalku namun mereka masih kelihatan tegang.

"Saya tahu ini susah, kita tak tahu sekuat mana musuh tapi selagi kita berpeluang untuk bawa tuan muda keluar. Itu sudah mencukupi," ujar Redeth penuh serius. Mereka masih tak menyedari aku berada di sini

"Jadi... Redeth akan gunakan panah tidur pada pengawal lalu Ailana menarik perhatian pengawal yang selebihnya?" Soalku memahami lukisan mereka yang terang di atas peta itu yang penuh dengan contengan idea.

"Ya, seperti yang kita bincangkan Aedeus dan Ixcel akan pecah masuk ke dalam bilik tu bersama lelaki yang pakai rantai biru tanpa dia sedari selepas kami berjaya tidurkan mereka. Plan kedua, kalau dia menyedari kehadiran kita dahulu Izard dan Loma akan gantikan tempat Aedeus dan Ixcel dan biar dia tertipu bahawa kita kalah. Bila dia tidak berjaga-jaga Aedeus dan Ixcel kembali  mengikut dia. Tuan muda mungkin cedera jadi gunakan kuasa Ixcel untuk tuan muda bertahan," ujar Redeth.

"Hmm... Kalau tak jumpa tuan muda apa pula yang kita perlu buat?" Soalku membuatkan mereka terdiam.

"Ini sahaja tempat yang ada, k-kalau tuan muda tak ada maknanya dia sudah... Jadi mangsa untuk 'dragon slayer' Sob sob," Redeth mula ingin menangis.

"Ahh... Kalian fikir saya ni dungu sangat ke sampai tak boleh lepaskan diri sendiri?" Soalku membuatkan mereka tersentak dan memandangku secara serentak.

"Tuan Muda!!!! Tuan Muda selamat!!!" Ujar mereka lalu terus memelukku.

"Haih... Kamu semua ada lebih 20 ekor tapi seekor pun tak perasan saya dah lama ada di sini," ucapku kini sudah biasa dipeluk rapat oleh mereka.

"Kami minta maaf tuan muda, kami cuma terlalu fokus pada rancangan untuk memecah masuk kota humana," kata salah seekor dari pengikutku.

"Pfff... Tapi sekarang kalian tak perlu lagi. Mujur saya diculik oleh 'dragon tamer' bukannya 'dragon slayer' hahahhhaa. Kalau tak hmm... Saya tak rasa saya ada di sini," ujarku lagi sambil mengangkat bahu.

"Tapi... Dengan hanya kurang dari 30 ekor kamu semua cuba untuk menyerang kota? Kamu semua gila ke?! Nak bunuh diri?! Humana ada beratus dan kamu semua cuba serang kota tu?! Dah tak nak hidup ke ha?!" Jeritku membuatkan mereka terus melutut dan memejam mata seolah dimarahi oleh orang tua mereka.

"Ta- tapi..." Redeth cuba mengatakan sesuatu tapi aku segera memotong.

"Rancangan kau bernas Redeth tapi kau terlalu memandang rendah pada apa yang humana boleh lakukan. Di mata humana, kalian semua adalah pendapatan. Kulit kau boleh dijadikan perisai, tulang kau boleh dijadikan pedang, gigi dan kuku kau boleh dijadikan aksesori. Kau fikir dia hanya akan tinggalkan kau lepas menyerang kau? Lagi satu, Redeth!" Aku mula berkata tegas membuatkan Redeth tersentak.

"Y-ya tuan muda!" Sambutnya tergagap.

"Kamu kata Izard dan Loma akan gantikan tempat Aedeus dan Ixcel kalau rancangan mengikut lelaki itu secara senyap tak berjaya kan?" Soalku.

"Y-ya... Tuan muda," balasnya lagi.

"Tapi kalau lelaki tu tak berseorangan, kamu rasa Izard dan Loma masih selamat ke selepas tu?" Soalku tegas membuatkan mereka semua tersentak.

"T- tu tak mungkin, Ailana dan Ixcel sudah mengintipnya hampir seminggu jadi... Kami yakin dia akan berseorangan kalau dia menuju ke bilik tu. Malah kami akan mula bergerak pada waktu malam jadi pengawalan tidak begitu ketat berbanding hari cerah," ujar Redeth sambil berpeluh dingin membuatkan aku memandang Ailana yang masih tenang dan Ixcel yang gementar.

"Hmm... Saya hargai cubaan kamu semua untuk selamat saya tapi... Hati humana lebih rumit dari apa yang kamu semua bayangkan malah mereka lebih bijak. Saya tak mahu mereka yang saya sayangi terkorban semata-mata untuk selamatkan saya. Baiklah... Mungkin rancangan kamu berjaya memandangkan Redeth membawa tuah tapi haizzz saya tak boleh menolong selain resah," ucapku sambil mengeluh berat. Mereka semua mengetap gigi kerana kesal. Tiba-tiba Ailana menghampiriku lalu memelukku erat.

"Jangan tinggalkan. Begitu," ucap Ailana membuatkan aku tersentak. Ailana yang sangat jarang menunjukkan emosi kini menangis sambil memelukku membuatkan aku agak terkejut. Biarpun mereka adalah Lizardmen tapi hati mereka hampir menyamai manusia juga.

"Ya, ya... Minta maaf. Salah saya juga tinggalkan kampung tanpa pengetahuan awak semua," ujarku mula cemas apabila Ailana masih memelukku erat.

"Sob sob... Kenapa tuan muda buat begitu. Tuan muda benci kami ke?" Soal Ixcel pula dengan air mata mengalir deras sambil turut memelukku.

"Sob... Tuan muda tahu kan saya tak boleh buat apa-apa tanpa tuan muda?! Saya takut sangat walaupun saya rancangkan semua ni... Huwaaa!!" Jerit Redeth sambil menangis.

"Sob humana kejam... Tak boleh nangis tak boleh nangis... Uhuk" ujar pula Aedeus yang aku langsung tak sangka dia turut akan menangis walaupun dia cuba menahan. Kejap, ya walaupun tubuh mereka semua seolah remaja tapi mereka baru berusia satu hingga dua tahun. Kebanyakan dari mereka semua ni masih lagi budak dan muda.

Tiba-tiba hampir kesemua dari mereka menangis teruk seolah bayi membuatkan aku  hanya memandang buntu. Aku sekarang faham apa yang dilalui oleh seorang ibu yang menjaga berpuluh budak. Ada beberapa dari mereka yang mungkin askar sebelum penduduk Lizardmen terhapus sepenuhnya cuba memujuk mereka. Lihat dari gaya mereka seolah memujuk budak kecil buatkan aku makin kekok. Aku mengeluh berat tidak percaya dengan apa aku lalui sekarang.

"Ahem! okey okey disebabkan sebahagiannya salah saya, saya tak kan buat apa-apa pada kamu semua. Sekarang mari kita pulang dan lihat dari keadaan kamu semua sememangnya kamu rindukan keluarga kamu kan?" Ujarku menangkap perhatian mereka.

"Sob sob... Ya saya rindukan mama..."

"Saya pun... Sob" balas mereka mula tenang dari terus menangis. Yep, mereka sememangnya masih budak.

"Okey baiklah, sebagai hadiah pertemuan semula apa kata kita buru Oxant (Ox+giant) dan kali ni saya akan ketuai pemburuan, bagaimana?" Soalku membuatkan mereka terus bersemangat. Naluri selepas menyusu untuk lizardmen adalah memburu jadi setiap kali topik pemburuan dibangkitkan mereka automatik akan bersemangat.

"Kita akan berburu bersama tuan muda?! Betul ke ni?!" Ujar salah seorang dari mereka. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum lebar. Mereka mula menghayunkan ekor mereka penuh keterujaan.

"Baiklah!!! Mari kita tumpaskan Oxant!!" Kata mereka penuh teruja. Kami kemudian memburu bersama dan berjaya menumpaskan sepasang Oxant. Anak mereka pula kami bela supaya ia dapat membantu dalam membangunkan kampung kami.

Kepulanganku disambut meriah dengan makan besar. Aku menceritakan semua yang berlaku pada penetua Basak, Angura, Frangis dan Predat. Mereka mula faham dan aku meyakinkan mereka bahawa penyatuan antara naga dan manusia ada peluang namun dengan kewujudan 'dragon slayer' dan 'hero' yang menganggap naga adalah haiwan belaan demon akan membahayakan aku.

Disebabkan aku boleh bercakap dengan manusia aku berpeluang untuk berbincang dengan mereka namun aku juga boleh berada dalam bahaya kerana mereka hanya akan menganggap aku sebagai peluang keemasan untuk dijual lalu aku tidak menyorokkan apa-apa lagi. Aku menukarkan tubuhku menjadi seorang budak kecil yang berusia tiga tahun.

"Sebenarnya ini adalah kemampuan saya. Ya, saya boleh bertukar menjadi manu- maksud saya humana tapi malangnya ia mengikut tumbesaran biasa humana," ujarku membuatkan mereka terdiam. Tiba-tiba Basak memegang dadanya mungkin kerana terlalu terkejut.

"Ahhh!! Penetua tak apa-apa?!!" Mereka mula cemas melihat penetua yang secara tiba-tiba berkelakuan begitu. Angura dengan segera terus menghulurkan air dan terus diminum rakus oleh penetua itu.

"A-ada berapa banyak lagi rahsia yang tuan muda sorokkan dari kami," soal penetua termengah.

"Hmm... Ada sikit lagi. Sage telah kurniakan saya kuasanya kepada saya dan saya mampu gunakan hampir semua magik yang saya belajar. Selain dari menyamar sebagai humana saya juga mampu menyamar sebagai haiwan lain," ujarku membuatkan mereka semua memegang dada.

"Bukan sahaja penetua yang akan terkena serangan jantung tapi kita juga," ujar Frangis.

"Saya setuju ayah," balas Predat kini terduduk sambil memegang dada.

"Ugh... Saya boleh mati kalau berterusan begini," ujar Angura.

"Oh... Tapi tuan muda, walaupun tuan muda kini bertukar menjadi humana tapi tanduk dan sisik tuan muda tak dapat disorokkan," tegur Predat menyedari sesuatu yang aku langsung tak sedari. Aku menyentuh kepalaku, ia memang ada di situ walaupun kecil malah sisik juga kelihatan walaupun sikit. Mungkin penyamaran ini masih tak sempurna lagi.

"Hmmm... Adakah ada kemungkinan kacukan antara lizardman dan humana terjadi?" Soalku membuatkan mereka terperanjat.

"Menjawab soalan tuan muda, mengikut sejarah sememangnya ia tidak pernah terjadi jadi kami tak tahu ia satu kemungkinan tapi kalau tuan muda mahu jadikan ia alasan untuk keadaan tuan muda, patik sarankan tuan muda gunakan puak horn-lizardman memandang mereka mempunyai rupa yang paling hampir dengan naga tapi seperti namanya, mereka tiada ciri lain selain tanduk mereka," Terang Frangis.

"Saya setuju tuan muda, ia lebih baik untuk tuan muda gunakan mereka sebagai alasan untuk ciri-ciri tuan muda," ujar pula penetua.

"Hmm... Tapi kemungkinan untuk mereka rasa saya adalah peluang untuk dijual tak akan hilang. Terutamanya bila saya adalah orang pertama yang merupakan kacukan lizardman dan humana yang berjaya. Haih... Saya cuba untuk hilangkan semua ni. Lagipun masih awal lagi untuk muncul pada waktu sekarang," balasku membuatkan mereka mengangguk. Apa-apa pun alasan yang aku cari sememangnya tak kan mengubah bahawa aku kewujudan yang sangat jarang berlaku dan itu akan menarik perhatian mereka untuk jadikan aku aset jualan.

Manusia agak pentingkan diri jadi aku perlukan rancangan sandaran jika semuanya tak mengikut rancangan asal aku. Uhuk! Aku memang nak makan sushi! Nasi! Lauk manusia! Arghhh!!! Kejap... Atau mungkin aku boleh hasilkan beras tu sendiri. Hmmm...

"Hei penetua Basak, ada kemungkinan ke untuk dapatkan beras?" Soalku kepada penetua.

"Beras?" Soalnya dengan wajah kosong. Ha?! Nampaknya mereka tak tahu apa itu beras. Hmm... Aku fikir sekurangnya penetua tahu memandangkan dia paling tua tapi nampaknya aku terlalu memandang tinggi. Haih... Nampaknya aku perlu cari sendiri.

"Erm, tuan muda nampaknya fikir terlalu dalam. Kalau tak keberatan boleh berkongsi dengan patik?" Soal penetua.

"Erm... Sebenarnya saya mahu mulakan penghasilan padi memandangkan saya sukar untuk dapatkannya. Bagaimana agaknya saya nak dapatkan benihnya terlebih dahulu?" Ujarku dengan wajah kecewa.

"Mungkin patik ada jalannya," sambut Predat dengan senyuman membuatkan aku terus teruja.

"Betul ke?! Bagaimana?" Soalku mula tertarik.

"Ada laluan yang selalu digunakan pedagang jadi patik rasa mereka ada menyediakan beras tapi patik tak tahu kalau dia akan menjualnya pada lizardman," balas Predat membuatkan aku semakin teruja. Pendagang takkan kisah dengan siapa dia akan menjual barangannya asalkan dia dapat duit.

"Jangan risau... Saya ada rancangan hehe..." Ujarku lalu tersenyum lebar.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Continue Reading

You'll Also Like

196K 22.2K 56
Kisah seorang remaja yang mendapat tittle 'The Strongest' pada umur yang sangat muda. Leon lah remaja tu! Masa silamnya yang mengubah dia menjadi lua...
14K 1.7K 61
GENRE (FANTASY/ACTION/FRIENDSHIP) [BOOK 3] Alpha. Walaupun hanya sekadar manusia biasa, namun Alpha mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk memimpi...
162K 17K 186
Lily dan Lyle pasangan kembar tak seiras hidup di zaman moden.Mereka adalah pelajar universiti medical yang popular dengan kecantikan dan ketampanan...