HI, ENCIK PROFESSOR!

By Angel_k20

126K 13.7K 7.9K

G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesai... More

Bab 1
BAB 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10 [1]
Bab 10 [3]
Bab 11 [1]
Bab 11 [2]
Bab 11 [3]
Bab 12 [1]
Bab 12 [2]
Bab 12 [3]
Bab 13 [1]
Bab 13 [2]
Bab 13 [3]
Bab 14 [1]
Bab 14 [2]
Bab 14 [3]
Bab 15 [1]
Bab 15 [2]
Bab 15 [3]
BAB 16 [1]
BAB 16 [2]
Bab 16 [3]
PERHATIAN
Bab 17 (1)
Bab 17(2)
Bab 17 (3)
Bab 18 (1)
Bab 18 (2)
Bab 18(3)

Bab 10 [2]

3.1K 386 254
By Angel_k20

"Minah kuat tidur tu bukannya makwe aku. Kasihannya kau, tersalah info ya?" provok Qarizh sambil tersenyum sinis. Thanks, Rayyan. Kau memang sifu terbaik.

"Tak guna!" tempik Black.

Tak guna. Tak guna. Tak guna! The King sudah melampau. Walau apa pun yang berlaku, mana-mana perempuan yang dikatakan sebagai gadis kesayangan The King mesti dibunuh. Itu janjinya pada dirinya sendiri apabila sebulan yang lalu, The King tanpa belas kasihan menjatuhkan reputasinya pada Father.

Nasib saja manusia yang digelar The Great Father lebih baik daripada Father, jika tidak merempat juga dia di dalam penjara. Kau memang tak guna The King, kau lumpuhkan aku pada malam itu. Aku bersumpah akan buru semua orang yang kau sayang termasuklah budak Amirul itu!

Black mendengus kasar lalu tanpa menghiraukan lagi provokasi daripada Qarizh, dengan kelajuan maksimum  tangannya dihayun laju bagi membenamkan mata pisau ke belakang Aralyn yang masih lena. Namun, tindakannya tiba-tiba terbejat apabila telinganya terlebih dahulu menangkap suatu bunyi asing yang semakin lama semakin mendekat.

Bum!

Sebuah motosikal berkuasa besar tanpa amaran terus merempuh kuat pintu dewan yang sedikit terbuka lalu dengan sebilah pedang terhunus di tangan kanan, si penunggang memulas throttle motosikalnya dengan tangan kiri sehabis mungkin lantas menghalakan jenteranya ke arah Black dengan kelajuan maksimum.

Vrom!

Deruman enjin superbike berjenama Kawasaki mengaum hebat membelah hiruk-pikuk suasana. Suasana dewan yang sebelumnya dipenuhi dengan suara berdegung bagaikan lebah menghurung serta-merta senyap. Black yang terperanjat besar melihat jentera tersebut menghala laju ke arahnya dengan pedang terhunus terus mengelak ke tepi. Namun, nasibnya agak malang apabila bilah pedang daripada si penunggang terlebih dahulu tertoreh ke pehanya.

Slash!

Efek daripada layangan mata pedang mengakibatkan Black terundur ke belakang lalu terempuh kerusi yang tersusun tidak sekata. Darah berjejeran keluar dari lukanya namun bagaikan manusia yang tiada saraf sakit, Black terus bangun lantas mengutip semula pisau rambonya yang terpelanting ke bawah kerusi.

"The King, serahkan Gamer pada aku," ujar si penunggang.

Dari atas superbikenya yang diberhentikan seketika, dia berpaling kepada Qarizh di belakang. Senyuman penuh sinis dilemparkan kepada bosnya lalu dengan tangan kiri diangkat tinggi, dia membuat isyarat peace sebelum jenteranya dideram laju ke arah Amirul yang masih tergantung.

"Thanks, The Slayer," bisik Qarizh perlahan lalu bergegas mendapatkan Aralyn yang mula menunjukkan tanda sedar.

Gadis itu kelihatan menggeliat kecil dengan mengurut-ngurut tengkuk serta belakang. Ya, akibat terlalu lama terlena dengan posisi tertunduk, ketidakselesaan pada tulang belakang dan tengkuk memang akan terjadi. Aralyn juga nampak mamai dan terpinga-pinga, tetapi tidak apalah. Sekurang-kurangnya, buat masa sekarang Aralyn bebas daripada kuasa hipnotis Black.

"Qarizh...ah... sakitnya kepala aku." Aralyn memicit-micit tengkuk dan kepala yang terasa berdenyut-denyut. Nampak tidak nampak saja wajah Qarizh di depan matanya.

"Lari, Aralyn," bisik Qarizh keras.

Dia tiada masa untuk melayan ulahan seorang Aralyn Awliya. Tolonglah minah, tolonglah sedar yang diri kau dalam bahaya sekarang. Tanpa mempedulikan cerlungan mata Black, sempat gadis itu dipaksa bangun sebelum dibawa berlindung di belakangnya. Bahaya, Black kini kelihatan semakin menggila selepas terkena bilahan pedang Awraq.

"Kau tak guna!" Kemarahan Black memuncak. Cis, nampaknya The King sempat meminta bantuan!

Qarizh tersenyum sinis mendengar amukan Black. Ya, begitulah Black. Marah lagi, lagi! Pesan Rayyan, dalam menghadapi orang yang psiko macam Black... ubat yang paling mujarab untuk mematahkan serangan ialah dengan menggunakan teknik psikologi. Senyum saja, Qarizh. Insya-Allah si batu hitam itu akan tertewas.

Tit.

"Abang, The Slayer akan selamatkan Amirul. Jadi, abang uruskan Black," beritahu Sarah kepada Qarizh.

"Okey," balas Qarizh perlahan.

"Hati-hati, abang. Sarah sayang abang," pesan Sarah dengan penuh khuatir.

"Black, lawan kau ialah aku," kata Qarizh kepada Black lalu membetulkan postur badannya.

Apa nak jadi, jadilah. Kekudanya terus dibuka tanpa kerisauan Sarah dipedulikan. Bukanlah dia mahu mengabaikan perasaan Sarah, tetapi Sarah sendiri sudah ada jawapannya. Sarah, kau seorang saja adik aku, jadi sampai bila-bila pun aku tetap sayangkan kau.

"Heh," ejek Black lalu turut membuka kekuda. Dalam sinis dia mengejek, tetap terselit raut marah pada wajahnya. The King tak guna!

Melihatkan reaksi Black, Qarizh menarik senyuman sinis sekadar membalas ejekan Black yang dilihat menderam marah. Fuh, lama betul dia tidak bertumbuk sejak dari sebulan lepas. Maaflah Black, aku tak kisah jika kau cederakan aku tetapi kalau Aralyn dan Amirul? Maaf, aku tidak akan benarkan.

"Hoi minah, aku bilang tiga kau mesti lari sini," bisik Qarizh kepada Aralyn di belakangnya.

Aralyn hanya mengangguk lesu mendengarkan suruhan Qarizh. Sebenarnya, tidak ada sepatah perkataan pun daripada tutur kata Qarizh itu sampai ke otaknya untuk dicerna. Mahu dibuat macam mana, sekarang ini matanya betul-betul mengantuk. Rasa macam berada di awang-awangan pun ada.

"Satu..." Qarizh menentang mata Black yang merah menyala turut menentang pandangannya.

"Dua..." Kepalan penumbuk dikemaskan dan pancangan kakinya juga dikukuhkan.

"Ti..." bilangan Qarizh terjeda dek matanya terlebih dahulu menangkap larian kemas seorang perempuan dari belakang tanpa amaran terus menerjah kencang ke arah Black.

"Ga!" jerit si pelari lantas menujah muka Black dengan tapak kasut lima incinya.

Kung!

"How dare kau tidurkan aku? Kurang ajar!" tempiknya nyaring lantas membelasah Black tanpa belas kasihan.

Sebut saja pukulan, tendangan, tumbukan atau sepakan jenis apa, semuanya bergabung dalam satu serangan. Tidak cukup dengan muka, habis seluruh poin penting badan Black dikerjakannya. Ya, Cik Tunang Abang Sayang Aralyn Awliya tengah naik minyak sekarang!

"Kau nak pukul Qarizh aku? Jangan mimpilah!" jerit Aralyn lagi tanpa ada tanda-tanda mahu berhenti menyerang.

Penat. Ya dia penat tapi apalah sangat kepenatannya jika dibandingkan dengan perasaan takut yang melanda diri ketika berada di belakang Qarizh tadi. Dalam melayan bengang kepala, matanya tertangkap imej cecair merah likat keluar dari badan Qarizh tepat di tempat luka semalam. Baju kot yang dipakai oleh profesor itu sudah lencun dengan darah. Dia ini sudah gila ya berlawan dengan Black dengan kecederaan teruk macam itu sekali?

"Aralyn... kau..." Qarizh memekup lukanya yang mula berasa semakin menyengat. Tak guna, lukanya akibat dihiris oleh Black semalam terbuka semula!

"Puh!" Black meludah darah dan giginya yang terpatah ke lantai. Amarahnya memuncak.

"Jaga kau perempuan. Hiargh!" tempik Black lalu dengan menghunus pisau Rambonya, dia meluru laju ke arah Aralyn.

"Aralyn!" laung Qarizh lantas menyepak kerusi ke arah Black.

Gang!

Sepakan kerusi mengenai kaki Black namun bagaikan tidak lut, lelaki berkulit hitam tersebut terus melompat gagah lalu cuba membenamkan mata pisaunya ke badan Aralyn. Namun, Aralyn bernasib baik apabila benaman mata itu tidak sempat mengenainya dek matanya terlebih dahulu menangkap gerakan Black.

Ping!

Mata pisau yang diperbuat daripada besi waja itu berdenting bunyinya dek efek hentaman pada lantai simen. Aralyn sempat mengelak serangan tadi, namun Black seolah-olah 'high' akibat dadah. Tanpa berputus asa, lelaki itu semakin menderam marah lalu dengan langkah penuh gagah, sekali lagi dia mentargetkan Aralyn sebagai mangsanya yang mesti dibunuh!

"Hiarg!" tempik Black sambil meluru laju ke arah Aralyn yang kelihatan agak goyah dalam mengambil langkah. Masa yang terbaik, perempuan. Hatinya mengejek sinis.

Bahaya. Aralyn dalam bahaya! Tanpa mempedulikan kesakitan diri, Qarizh melaung nyaring nama Aralyn lalu  dengan sehabis tenaga yang tersisa, dia menolak gadis itu ke tepi. Walau apa pun yang terjadi, Cik Tunang Abang Sayang mesti selamat. By hook or by crook, Aralyn adalah amanahnya yang mesti dijaga baik-baik.

Zap!

"Allah..." Qarizh mendesah kesakitan selari dengan mata pisau milik Black dirodok dan ditarik rakus dari perutnya.

"Aku puas hati, The King. Semoga bertemu pula di neraka nanti. Hahaha," gelak Black lantas menghilangkan diri dalam celahan orang ramai.

Allah... Allah... tidak putus-putus nama Tuhan Yang Agung keluar dari mulut Qarizh. Suara jeritan Sarah dan Aralyn saling bertingkah menerpa pendengaran, namun tika itu hanya bayangan sinis Black terlayar di mata. Lelaki itu berjaya mencederakannya buat kali kedua dalam masa dua hari berturut-turut.

Akhirnya, berjaya juga kau melunaskan dendam kau padaku, Black.

Done!

Btw, Angel suka baca komen dari korang semua. Komenlah, Angel nak sangat kenal dengan pembaca setia novel Angel ❤️

Banner by: Nooroo_Edayu03

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 61K 132
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
1.5M 64.1K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
657K 27.3K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...