Panahan Asmara Hitam [ TERBIT...

By arenayidin

74.3K 176 34

๐Ÿ’ŽExcellent Gifted Author 2019 ( EGA Award - Tempat Kedua ) Kerana satu kesilapan akibat kebodohan diri sendi... More

Bab 1
Bab 2
Bab 2(2)
Bab 3
Bab 3 (2)
Bab 4(1)
Bab 4(2)
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8 - Preorder sudah dibuka.
Bab 9
Bab 10 - Free gift Panahan Asmara Hitam.
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14 - Video PANAHAN ASMARA HITAM
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26 - Last Day Pre-order
Bab 27 - Sudah Cetak
Bab 28 - Buku siap cetak
Bab 29 - Baki buku PAH
Bab 31 - Review
Bab 32 - Review 2
Bab 33 - Stock bakal habis
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Jualan penghabisan stok

Bab 30

127 2 0
By arenayidin


🐞Part 1🐞

Kedengaran di corong radio sedang berkumandang sebuah lagu. Ijam terkinja-kinja menari dengan tangan kanan memegang botol mineral seraya meletakkannya berhampiran mulutnya sebagai mikrofon. Matanya terpejam rapat menghayati bait lagu yang didendangkan penyanyi Benladin itu.

Sesekali pula tangannya bergerak ke hadapan dan mundur ke belakang seperti lagak penyanyi rappers. Puan Zaiton yang baru tiba di bilik anak lelakinya, Shahrul Aizam itu menggelengkan kepala tanda tidak mengerti.

Dia memanggil nama anaknya itu tetapi suara radio yang bergema kuat menenggelamkan suaranya.

Beberapa kali tidak diendahkan, Puan Zaiton melangkah kaki ke depan menuju ke arah tempat radio diletakkan.

Tap!

Bunyi radio berhenti, dengan gaya Puan Zaiton berdiri mencekak pinggang. Pandangan menyinga dituju ke arah Ijam. Ijam yang terkejut mengangkat topi yang menutupi kepalanya.

"Alaa... kenapa tutup, ibu?" soal Ijam tidak puas hati.

"Bisinglah! Ibu panggil dari tadi tak dengar. Terkinja-kinja menari entah apa-apa. Kamu ni apa nak jadi, Ijam?" Puan Zaiton kerut muka.

"Apanya ibu? Dengar radio je pun! Ibu nak apa?" soal Ijam lagi.

"Lagu apa tu? Pening ibu dengar. Sudahlah bangun tidurnya tengah hari. Matahari dah tegak atas kepala. Lepas tu buat bising pasang radio kuat-kuat. Buku pelajaran langsung tak sentuh pun, kan?" bebel Puan Zaiton lagi.

"Alaa... ibu ni itu jelah. Nanti Ijam baca la buku tu. Ibu jangan paksa-paksa. Ijam tahu la tugas Ijam. Petang nanti Ijam buat." Ijam membela diri, kali ini merasa risih dengan ibunya.

"Ibu tak kira, kamu kemas bilik yang bersepah ni. Dah siap, pergi mandi. Bilik dah macam tokang pecah. Apa nak jadi ni, Ijam?"

Ijam mengetap bibir. Omelan ibunya serasa memekak telinga. Topi di kepala ditarik kasar dan dilempar ke atas katil.

"Yalah, Ijam buat!"

Puan Zaiton bergerak menuju ke bilik anak daranya Deana pula. Beberapa kali ketukan pun tidak mendapat apa-apa reaksi.

"Haih! Apa benda yang dibuat si Deana, ni?" Puan Zaiton berbicara sendiri. Terkumat-kamit mulutnya berleter.

"Deana! Deana! Buka pintu ni."

Diam. Tidak ada respon.

"Deana... apa kamu buat kat dalam tu?" jerit Puan Zaiton sambil jemarinya ligat mengetuk pintu.

"Kakak tak ada la, ibu. Keluar.  Tadi ada kawannya datang jemput." Ijam muncul di belakang Puan Zaiton.

"Heh? Pergi mana?" Kening Puan Zaiton dijongketkan.

"Mana la orang tahu. Si Rizal tu datang jemput tadi," cerita Ijam sambil menggaru lengannya yang gatal.

"Rizal? Kenapa tak bagitahu ibu awal-awal? Jangan biarkan kakak kamu tu bergaul dengan Rizal tu, Ijam. Ibu risaulah." Berkerut wajah Puan Zaiton mengeluh.

"Alah... tahu la kakak tu jaga diri dia, ibu. Dia dah besar panjanglah. Bukan budak kecik lagi kita nak kongkong dia." Ijam cuba meredakan kebimbangan Puan Zaiton.

"Sebab dia dah besar la yang buat ibu risau. Rizal tu bukannya budak baik, Ijam. Kalau apa-apa terjadi pada kakak kamu tu, macam mana?"


Buku dah ready stock ya. Pm utk dapatkan buku ni.


arenayidin

08 Oktober 2020

Continue Reading

You'll Also Like

5.9M 238K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
72.5K 3.2K 16
ENA ARUN SYNOPSIS Delony dan Melvin berkahwin kerana desakkan keluarga. Kerana keluarga Delony dan Melvin sememangnya bersahabat rapat mereka memutus...
8.7K 389 41
๐Ÿฅ€Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Rean...
6.8K 604 20
"Wtf ? She just ignore me?Handsome sangat ke aku ni sampai nak berterima kasih pun malu?Tak faham aku." -DANI INAYAT Tanpa lelaki itu tahu gadis yang...