Legend Beast ✅ [Complete]

By Un__Name

49K 6.6K 1.5K

Rain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bonus Chap!!!
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54

Bab 20

915 109 31
By Un__Name

"....." Aku terdiam apabila Bell yang datang secara senyap tanpa Taik. Aku tak tahu kenapa dia ke sini dan dia... Membawa buku.

"Hi... Awak jangan takut saya datang ke sini bukannya nak apa-apakan awak. Jangan bising tau... Ayah tak tahu saya di sini," kata Bell lalu membuka bukunya di hadapanku. Aku rasa dia yang sepatutnya takut dengan aku.

"Tengok ni... Ini gambar naga ayah yang dulu comel kan?" Tunjuknya kepadaku. Kini baru aku tahu itu bukannya buku tapi album. Ada banyak foto anak naga yang kecil seakan baru menetas dari telurnya. Warna dia agak cantik yang nampak seperti cyan.

"Ayah kata ayah jaga Wings sejak dia dari telur lagi sebab itu ayah sayangkan Wings. Ayah dan Wings membesar bersama-sama tau tapi bila umur ayah 10 tahun dan Wings umur 6 tahun... Wings jadi lebih besar dari ayah dan ayah dapat menunggang Wings," ceritanya lagi. Jadi maknanya mengikut perkiraan aku dia dah jaga Wings sejak umur dia 4 tahun.

"Ini waktu ayah kahwin dengan mak, tengok Wings pun sukakan mak juga dan badan dia sememangnya besar kan? Ayah kata dalam pertarungan Wings tak pernah kalah," katanya lagi sambil terus menyelak album itu satu persatu. Aku hanya senyap memandangnya.

"Tapi... Waktu umur Bell 4 tahun... Kami diserang oleh 'dragon slayer' sebab ayah tolak tawaran mereka untuk berikan Wings kepada mereka. Mak dibunuh depan Bell semata-mata nak lindungi Bell dan Wings. Ayah tak sangka mereka akan buat begitu dan balas dendam untuk kami tapi Wings cedera parah," jelas Bell lalu air matanya mula menitik ke atas album. Aku hanya senyap, dunia ni memang kejam dengan sikap pentingkan diri manusia.

"Walaupun Wings tak mampu berlawan lagi, Wings sentiasa teman ayah dan ayah pun enggan nak jaga naga yang lain. Untuk keselamatan, ayah rahsiakan kewujudan Wings dari semua orang dan menyamar sebagai pemain pedang dengan rank yang rendah," terang Bell lagi sambil mengusap matanya.

"Ja-jadi Blackie... Sebenarnya Bell harap Blackie terima Bell jadi kawan Blackie jadi bolehlah Blackie dan Bell jaga ayah, pak cik dan Wings dari 'dragon slayer'. Ayah dan pak cik tak jahat, mereka cuma risau yang kejadian pada kami dulu berlaku lagi," katanya dan ingin mendekati aku. Dia memasuki sangkar dengan mudah kerana tubuhnya yang kecil. Aku rasa serba salah tapi kalau aku ikut dia, impian aku untuk hidup bebas tak kan tercapai. Aku hanya mahu hidup tenang dan nikmati dunia ni tanpa sebarang gangguan.

"B-Bell akan buka muzzle ni... Jangan gigit Bell tau," ucapnya menggeletar. Aku tahu dia cuba untuk dapatkan kepercayaan aku dengan melepaskan aku dari muzzle ni. Setelah dia membuka muzzle dan rantai yang mengikatku ke lantai akhirnya aku mampu bernafas dengan selesa. Leher aku yang selama ini lenguh akhirnya dapat aku gerakkan.

"Bell!" Jerit seseorang membuatkan Bell terkejut dan terjatuhkan kunci rantai yang melepaskan aku dari terus dikunci ke lantai. Dia kelihatan ketakutan dan merapati aku.

"Bell keluar dari situ! Dia masih bahaya!" Jerit Taik lalu mengeluarkan tali libas dan melibasnya di luar sangkar sebagai amaran kepada aku.

"Tak ayah! Blackie tak jahat! Tengok! Blackie tak gigit Bell pun," ujar Bell lalu memelukku sambil menggeletar. Mungkin dia sendiri tidak yakin apa yang aku akan buat tapi pada masa yang sama dia mahu yakinkan ayahnya. Haih... Baiklah aku akan turut serta dalam lakonan ni.

Aku hanya berdiam diri dan Taik terdiam melihatku tidak mengapa-apakan anaknya. Kemudian dia mengeluh berat dan menyimpan semula tali libasnya.

"Nampaknya... Kau lebih bijak naga. Bell keluar dari situ," arahnya tegas lalu Bell seakan teragak-agak lalu memandangku.

"Bell nak ayah lepaskan Blackie!" Tegasnya membuatkan aku dan Taik terkejut.

"Itu naga kamu Bell... Itu masa depan kamu. Ayah terpaksa buat begini untuk kamu," ujar Taik dengan pandangan kesal.

"Tapi... Bell tak suka ayah paksa Blackie. Bell akan jadi lebih kuat jadi Bell akan jinakkan Blackie dengan kemampuan Bell sendiri. Paksa Blackie terima Bell dalam keadaan macam ni memang tak adil! Wings pun tak kan suka kalau kena ikat macam ni!" Ujarnya lagi dan memelukku dengan lebih erat mungkin kerana yakin yang aku tidak menggigitnya lagi. Aku tarik balik dengan apa yang aku kata sebelum ni, budak ni memang baik. Taik hanya terdiam.

"Haih... Kamu memang macam mak kamu. Baiklah, ayah akan lepaskan dia tapi kalau dia kembali ke hutan... Ayah tak kan mampu buat apa-apa lagi. Pak cik Ashdi dapat tangkap dia pun kerana dia hanya bertuah," ujarnya lalu membuka sangkar dan merapatiku.

Dia memandangku dengan peluh dingin dan cuba membuka kolar yang ada pada leherku. Setelah dia membuka kolar itu dia berundur bersama anaknya. Aku memandangnya lama dan tersenyum sinis.

"Oi humana... Kau tak perlu buat begini kalau kau perlukan pertolongan dari aku," ucapku selamba membuatkan Taik dan Bell terkejut besar.

"Ka-kau boleh bercakap?," soalnya masih dalam keadaan terkejut.

"Heh, bukan tu sahaja. Aku boleh bertukar jadi manusia tapi aku rasa ia tak sopan terutamanya anak kau perempuan dan lihat tubuh seorang lelaki yang tak berpakaian sememangnya tak patut," balasku sinis. Dia terkedu dan turut memandangku lama.

"A-apa yang kau nak lakukan sekarang?" Soalnya semula. Aku memandang Bell semula yang turut memandangku dengan pandangan tidak percaya.

"Maafkan saya Bell, saya ada keluarga yang perlu dijaga jadi saya tak dapat berada di sisi awak," ucapku lembut membuatkannya terkejut dan menyorokkan wajahnya di belakang Taik seakan ingin menangis.

"Oh ye Taik," aku memanggil Taik sambil memandangnya terus membuatkan wajahnya berubah.

"Taik?" Soalnya semula dengan kening berkerut.

"Ah maaf maaf... Aku tak tahu nama kau hehe... Kau tak kisah kan kalau aku cuma beri kau nama panggilan begitu lepas apa yang kau buat pada aku?" Ujarku melepaskan geram. Dia mengetap gigi kegeraman.

"Nama aku Eiost. Apa yang kau nak sebenarnya?" Soalnya dengan peluh dingin.

"Haha... Okay Eiost, aku sememangnya tak boleh jadi naga untuk anak kau tapi aku dengar Wings masih hidup tapi dia tak mampu berlawan sekarang. Jadi, apa kata kalau aku sembuhkan Wings dan biarkan dia jaga semua keturunan kau?" Soalku membuatkan dia terkedu. Ya, cuba bayangkan kalau Eiost sekarang mungkin umurnya dalam 30-an dan kalau naga yang ada padanya ia dah dikira dewasa dan mampu untuk bertelur. Aku cuma harap Wings tu betina. Kalau jantan... Hmmm... Rasanya dia perlu bawa anak yang ada nanti untuk Bell.

"Kau boleh sembuhkannya?" Soal Eiost semula.

"Kau tak percaya? Kau yang akan rugi," balasku. Dia memegang rantainya di leher yang setelah sekian lama tidak disentuh.

"Baiklah... Tak salah kalau tak cuba," ujarnya lalu mengeluarkan rantai berwarna Cyan. Di dalamnya ada seekor naga berlingkar yang nyenyak tidur.

"Wings! Keluar," ujarnya lalu rantai itu bercahaya. Seekor naga tiba-tiba muncul dalam keadaan yang lemah. Seluruh badannya tidak dapat berfungsi seakan lumpuh. Liurnya meleleh tidak mampu dihentikannya sendiri. Keadaan naga ni sememangnya teruk.

"Bagaimana? Kau boleh sembuhkannya? Aku dah guna pelbagai penawar tapi tak ada penawar yang sesuai untuk naga," kata Eiost. Naga ini sangat besar. Walaupun tidak sebesar ayah aku tapi tubuhnya yang berusia lebih 30 tahun sememangnya cukup untuk mengalahkan semua 'dragon tamer' atau 'dragon slayer' dalam kawasan ni.

Aku menggunakan [Appraisal] kepadanya untuk tahu keadaannya dengan lebih lanjut. Seperti yang aku harapkan dia betina dan tahapnya sememangnya cukup memuaskan aku. 'Dragon Slayer' yang biasa takkan dapat menandingi dia.

Sky Dragon
Name: Wings
Age: 32
Sex: Female
Level: 1 (103)
Condition: Paralysed

"Hahahhaha... Eiost, ini sememangnya lebih baik dari aku jangka," ujarku sambil tersenyum lebar. Aku kemudiannya menghampiri Wings dan menggunakan kuasa [Healer]ku membuatkan tubuhnya kembali pulih. Wings terkejut dan terus cuba untuk bergerak membuatkan aku hanya tersenyum. Eiost terkaku dan ternganga dengan mata membutang.

"Ayah?.." Bell memanggil apabila melihat Eiost mula mengalirkan air mata.

"Rahhhh!!" Jerit Wings mengeluarkan bunyi kegembiraan.

"W-Wings... Kau dah sembuh! Sememangnya dah sembuh!" Jerit Eiost lalu mendekati Wings dan memeluknya erat seakan seorang budak.

"Terima kasih tuanku menyembuhkan patik," ujar Wings sambil menunduk hormat seakan berdepan dengan raja. Eiost turut terkejut dengan apa yang baru sahaja dilakukan Wings.

"Jangan kata kau sebenarnya... Naga Sage. Patutlah tahap kau untuk anak naga tinggi..." ujar Eiost kembali memandangku.

"Haizzz... Kau gunakan kolar tu kepada aku dan kau tanya semula? Aku fikir kau sememangnya dah tahu siapa aku sebenarnya," balasku sambil mengeluh berat. Aku tak mahu membongkak tapi itulah kenyataannya.

"Aku cuma fikir kau mungkin dari keturunan naga lagenda seperti Bluey tapi aku tak tahu kau lebih dari tu," balasnya tidak percaya.

"Nama dia Blizzard, dan kami sememangnya adik beradik. Lihat dari Wings sememangnya sayangkan kau jadi aku yakin Blizzard ada di tangan orang yang betul. Aku cuma dapat harap kau jaga dia dengan baik Eiost. Wings akan jaga kau dan anak kau dengan baik. Aku berikan dia kuasa untuk melindungi jadi kau boleh buang kolar tu," balasku sambil memandang kolar yang masih dipegangnya.

"Ya... Kolar ni sebenarnya dicipta moyang aku bukan untuk mengawal tapi untuk ditandakan sebagai pemilikan. Maaf aku gunakan kolar ni dengan cara yang salah. Sememangnya agak sayang naga sehebat kau, aku tak dapat pegang dalam tangan aku sendiri tapi... Sekarang aku yakin pertemuan kita bukan sekadar kebetulan. Jujurnya aku berterima kasih," kata Eiost jujur membuatkan aku hanya tersenyum.

"Haha... Aku pun rasa macam tu. Haih... Aku pergi dulu, orang-orang aku pasti cari aku dan dalam keadaan panik. Aku perlu segera tunjukkan diri yang aku tak apa-apa," balasku dan mula ingin berlalu pergi.

"Blackie... Nanti!" Panggil Bell membuatkan langkahku terhenti dan aku memandangnya.

"Erm... Bl- Blackie akan datang lagi jumpa Bell ke?" Soalnya sambil mencengkam skirt.

"Tentulah tapi bukan sebagai naga dan oh ye! Nama saya Rain tapi saya tak kisah kalau Bell nak terus panggil saya dengan panggilan tu," ujarku sambil tersenyum.

"Em! Baik Blackie! Bell akan tunggu!" Ucapnya penuh semangat. Aku tersengih lalu mengubahkan diri aku menjadi seekor kucing hitam dan keluar dari tempat itu. Tiba sahaja di luar aku menyamar pula menjadi seekor gagak.

"Hah! Gagak hitam petanda tak baik!" Jerit seorang pengawal yang nampak aku keluar dari tembok itu menuju ke hutan. Aku cuma mampu berdiam dan terus ke arah satu kumpulan yang tidak jauh dari kawasan kota. Aku dapat agak yang itu adalah kumpulan Redeth dan yang lain-lain tapi biar betul!!! Dia nak cuba serang kota ni dengan bilangan yang tak sampai 30???!! Mereka ni nak bunuh diri ke?!!

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Continue Reading

You'll Also Like

168K 15.1K 122
Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang han...
14K 1.7K 61
GENRE (FANTASY/ACTION/FRIENDSHIP) [BOOK 3] Alpha. Walaupun hanya sekadar manusia biasa, namun Alpha mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk memimpi...
10K 1.7K 51
Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikgu Wan, makhluk berupa harimau dan berger...
6.7K 1.2K 49
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing mempunyai kepakaran melihat hantu namun...