Home | Heaven

By sfxlullas

43.8K 5.7K 449

Semuanya bermula bila aku ditinggalkan di Kanada untuk memuaskan hati seorang lelaki tua yang jahat lagikan b... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
Yo
35
36
37
~CAST~
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
H|H Special 1
H|H Special 2
H|H Special 3

21

868 117 10
By sfxlullas

Jauhari cuma mengenal Manikam.

Sepertimana anda tertanya-tanya siapa manikam, seperti tu lah aku tertanya-tanya siapa Adel.

Siapa Adel sia? Adela butter tu ke?

Nak tanya karang, potong mood pulak. Jadi terpaksa lah aku senyap acah-acah sendu dengan berita tadi.

Peah pun dah tanya sampai 20 kali kenapa aku senyap sejak jumpa Riyaz.

"Wehh pehal kau senyap.. Jawab laa.. Riyaz mintak break eh?"

Kali ke 21.

Jap. Ehh break kepala jambu dia!

"Apa benda kau merapu siot? Dia cuma bagitau aku Adel dah tak ada lahh"

"Siapa Adel? Skandal dia ke? Ke jenama butter?"

Kata-kata Peah buat aku terpikir sesuatu. Adel.. Macam pernah dengar tapi kat mana eh?



"Mi.. Ra?"

"Full name"

"Mirana Adelia"



Mata aku terus membulat. Adel! Adelia! Mirana Adelia bakal bini Riyazbabhi!!

Omai- gosh.. Takkan lah??

Habis nanti dia nak kawin dengan siapa?? Mak Leha? Atau aku??

"Oihh Sya. Aku bercakap sorang-sorang ehh?"

"Weh Peah.."

"Per?"

"Aku rasa.. Adel tu bakal bini dia la"

"WHATDAHEQQ?!"

Masyaallah minah ni.. Sedar la diri sikit kita ni kat dewan penduduk Kampung Dusun Gorengan.. Ramai kot makcik mulut kepoh kat sini.

"Aku malas nak bukak princess story kat sini. Jom makan dulu. Kebulur la" Aku bangun dari kerusi dan menuju ke meja yang penuh bekas buffet dengan lauk yang catering biasa hidang kat kenduri.

Pernah pergi kenduri makan megi?

Mungkin ada, tapi aku tak pernah jumpa. Jadi jom makan ayam masak merah, gulai daging, daging masak kicap, laksa, bihun sup, dan buah oren.

Jangan expect aku makan semua eh. Perut aku tak sebesar perut Peah yang boleh telan ikan paus tu.

Baru tangan aku nak capai sepotong buah oren, lengan aku dicucuk dengan jari seseorang.

Peah la.. Siapa lagi yang berani nak cucuk aku macam tu. Nama aku kat kampung ni masih jadi sebutan tau walaupun tak se badass dulu.

"Weh Sya. Ada dua orang female dengan dua orang male cari kau" Peah angkat kening dengan muka hairan. Mungkin pelik sebab along yang kawin, aku yang dicari.

"Mana?" Mata aku pandang sekeliling dewan yang penuh dengan penduduk dan dj yang suka gelak sorang-sorang.

Mana along aku dapat dj tu?

"Kat luar. Lawa siot diorang! Yang lelaki pun hensem! Kau duduk KL tu jadi mother chicken eh?" Peah angkat kening berulang kali pandang aku.

Timun betul minah ni. Mother chicken, chicken dia!

"Sorang lelaki tu mata sepet sikit, and sorang perempuan tu pakai spek silver bulat eh?"

Peah mengangguk laju. Matanya membulat tak percaya.

"Betul la kau mother chicken?!"

Malas cakap banyak, aku tarik tangan Peah. Pinggan aku letak atas meja dulu dan teruskan langkah pergi pintu utama dewan.

Empat orang remaja- ehh dah tua la, mana boleh panggil remaja. Ahh lantak lah. Aku menuju ke arah diorang. Peah yang ditarik masih tunjuk muka bendul.

"Farah!" Perempuan tu bersorak bila nampak aku. Baju kebaya purplenya elok tersarung di badan.

Lawa siot baju! Lagi lawa dari baju anak makcik Rogayah yang rempit tu.

Menggelegak air liur aku tengok dia usya Riyaz tadi. Macam nak pergi sepak motor ysuku yang dia bawak tu.

"Haa Peah. Female-female dan male-male yang kau tanya tadi tu, ni la geng highschool aku"

Dee, Lia, Danny dan Aril yang dah lama tak dengar khabar sampai author pun dah lupa nama tersenyum.

"So.. Diorang ni bukan chicken children la?"

"Heck no, Peah"

"Aisy.. Kau ni pun, pe barang Peah Peah kat sini. Panggil aku Nadine" Peah hulur tangan pada Dee.

HAHAHAHA FIRST TIME DIA SURUH ORANG PANGGIL DIA NADINE SIOT! MENGGIGIL BONTOT AKU DENGAR!

"Diana Johanson. You can call me Dee" Dee menyambut salam Peah. Lia di sebelah turut hulur tangan.

"Elya Durrisa Melyanie. Lia"

"Daniel Harrison Lew"

"Nik Aril Rafhan. Single ke?"

"Ehemm.. Aizat Amrin.Pakwe Shafira Nadine"

Jat yang tiba-tiba muncul macam hantu, mengejutkan kami. Siap bersalam dengan Aril lagi. Pandai-pandai je mamat tu tanya status Peah. Haa kan dah mendapat.

"Ohh . Hehe, sorry bro. Mencuba nasib katakan"

"Kau nak cuba nasib, pergi ambik anak makcik Rogayah tu. Dia baru break kelmarin" Aku tunjuk Saleha a.k.a Sherlly Auu yang tengah berselfie mulut itik dengan iPhonenya.

Mintak-mintak dia tak tangkap gambar Riyaz senyap-senyap atau aku akan lempar phone dia bawah tayar kereta pastu gilis.

"She's nice tho. Jap aku try" Aril berura-ura nak melangkah ke meja tu tapi disepak Lia dari belakang.

"Jangan nak menggatal kat sini. Aku tinggal kau jap lagi"

"Alohh"

Aku cuma garu kening dengan kehambaran cerita harini sebelum terpandang Riyaz yang cuma senyap kat meja makan.

"Dee. Riyaz ada bagitau aku tadi-"

"HAAA RIYAZ! ADEL DAH MATI KAN??"

Astaga Dee.. Pelannya kau jerit.. Nasib baik meja Riyaz jauh.

"Haa betul la tu"

"Kesian dia.. Mesti dia broken kan? Walaupun aku alah dengan dia, tapi aku faham la rasa kehilangan tu" Lia buat muka sayu.

Jangan cakap dia pun tak suka bakal bini Riyaz? Teruk sangat ke perempuan tu?

"Tapi kenapa dia tak balik je? Mesti la nanti orang nak tanam apa semua. Takkan dia taknak tengok untuk kali terakhir?" Kening aku berkerut. Malam nanti patutnya ada kenduri tahlil bagai kan?

"Takkan dia nak tinggal kau kat sini? Mau kena lepuk dengan abang-abang kau nanti"

Kata-kata Danny agak menghairankan aku. Takkan aku lagi penting dari bakal bini dia kot?

"Tapi.. Dia mati sebab apa?"

"Actually dia dah lama sakit. Sejak kena langgar depan rumah minggu lepas, dia tak boleh berjalan dah. Like.. Nyawa-nyawa ikan macam tu. Pergi klinik, doktor pun kata dah tak ada harapan"

"Pahal pergi klinik pulak? Dah kes berat macam tu pergi la hospital"

"Ada eh hospital haiwan? Aku taktau pun"

"Haiwan?"

"Yelah. Kau ingat Adel tu siapa? Jiran sebelah?"

"Bakal bini Riyaz"

"Masyaallah Farah!! Adel tu kucing la pandai!"



7 Oktober 2020  [ 6.24 P.M. ]

Sorry lambat hshshs..

Serious question. You guys baca ke tak book 1 before reading this? Waduhh waduhh anak muda..

Sila baca dan vote sebab Farah dah nak kena balik Kanada uhukk!

Continue Reading

You'll Also Like

BODYGUARD By 니엘

Mystery / Thriller

294K 15.9K 48
Aku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuha...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
79.8K 3.9K 68
Tengku Rose Arellyn...bdk nerd yg x seberapa nerd sebab perwatakan dia..dia adalah nerd 2.0..dia jadi mcm tu bersebab... keluarga adalaha seorang maf...
393K 18.3K 55
Cinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan kisah dari Alexandra Highschool Banyak...