Legend Beast ✅ [Complete]

By Un__Name

49K 6.6K 1.5K

Rain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bonus Chap!!!
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54

Bab 19

929 113 30
By Un__Name

Hampir seminggu aku disini, sekurangnya mereka tak sakiti aku. Mungkin bagi mereka aku terlalu berharga untuk dicederakan. Sisik aku yang gugur sentiasa tidak dibiarkan membazir dan sangkar aku sentiasa dibersihkan seolah aku berada di dalam zoo tapi erghhh... Aku tak suka dikurung dengan rantai begini. Makanan yang mereka sediakan pun daging yang mentah.

Tiba-tiba seorang budak perempuan datang melawat dan kelihatan teruja melihatku. Aku hanya memandang senyap tanpa sebarang bunyi.

"Wahhh!!! Cantiknya naga ni! Sisik dia bersinar. Tanduk dia pun cantik!!" Ujar budak perempuan itu.

"Kamu mahukannya?" Soal lelaki semalam yang meletakkan kolar ini padaku. Aku tak tahu namanya jadi aku cuma akan panggilnya... Erm... Taik.

"Boleh ke?! Saya memang mahukannya!" Ujar budak itu dengan teruja. Ah... Kesiannya dia sangat naif dan rasa macam aku ni haiwan untuk dibela.

"Ayah akan berikannya pada kamu bila umur kamu mencecah umur yang sesuai. Naga ini terlalu kuat untuk kamu kawal jadi kamu perlu berusaha lebih kuat untuk naikkan tahap kamu," balas Taik dengan tenang. Budak itu mengangguk dengan penuh semangat membuatkan Taik tersenyum nipis. Tiba-tiba Taik mengeluarkan seutas rantai berpermata kelabu untuk diberikan kepada budak itu.

"Cuba teka ini apa?" Soal lelaki itu sambil melutut kepada anaknya untuk menyamakan ketinggian. Budak itu menarik nafasnya teruja.

"Batu simpanan naga! Hanya 'Dragon Tamer' yang mempunyai naga akan memakainya!" Balas budak itu dengan teruja.

"Ya, anakku. Dengan naga ni... Kamu takkan diambil kesempatan oleh 'Dragon Slayer'. Naga ni akan tumpaskan mereka dan kamu tak perlu korbankan naga-naga yang kamu berjaya jinakkan untuk mereka naikkan tahap mereka," balas Taik lalu menyarungkan rantai itu ke leher budak itu.

"Dia kuat?" Soal budak itu sambil melihatku.

"Ya, kuat seperti naga pak cik Ashdi atau mungkin lebih kuat," balas Taik lembut. Melihat dari luaran Taik sememangnya seperti seorang bapa yang baik, tapi dia merampas dan menculik aku.

"Betul ke?!! Naga comel tu? Ayah dapatkan naga ni sebab Bell minta naga pak cik Ashdi dulu ke?" Soal budak itu. Jadi nama dia Bell. Adakah sebab namanya dia pakai pengikat rambut yang ada loceng?

"Ya, untuk tebus kesalahan ayah dan pak cik Ashdi tak dapat berikan Bluey pada kamu kami dapatkan naga ini untuk kamu," balas Taik lagi membuatkan budak itu mula ingin menangis.

"Terima kasih ayah! Bell sayang ayah!" Balasnya sambil memeluk Taik dengan lebih erat. Aku memaparkan wajah tiada perasaan, budak ni dilayan seolah puteri dan sememangnya dimanjakan.

"Hei... Blacky, tengok rantai ni awak akan tinggal dalam ni bersama saya. Awak akan berada dengan saya ke mana-mana sahaja saya pergi," kata Bell itu penuh teruja. Dia dah siapkan nama aku. Grrr... Aku tak suka nama tu. Aku menghembuskan angin melalui hidungku menyebabkan angin itu meniup tepat ke wajahnya.

"Aahahhaahahaha... Awak suka ke? Jangan risau, saya akan berusaha kuat naikkan tahap saya dan saya boleh lepaskan awak dari sini kemudian kita akan jadi kawan!" Balas budak itu yakin membuatkan aku semakin geram. Arghh!! Aku tak suka langsung! Aku nak bebas tak guna! Aku tak mahu dalam kawalan sesiapa!

"Mari... Ia masih terlalu bahaya untuk kita mendekati. Kita akan lawatnya lagi esok," ujar Taik sambil membawa Bell keluar dari bilik itu.

"Bye-bye Blacky... Jumpa esok," ujar budak itu ceria. Siapa boleh jangka budak yang naif dan comel itu adalah anak kepada lelaki macam Taik. Ceh, rantai-rantai ni melenguhkan aku. Aku harap dapat jumpa Blizzard, haih... Aku baru dapat jumpanya sehari dan kini aku terpaksa berpisah dengannya lagi.

Tempat ni... Gelap. Oh ye! Kalau magik aku disekat maknanya klon aku di kampung Lizardre pun hilang ke?! Oh tidak... Mereka pasti mula mencari aku.

Seminggu lepas,

"Akhir-akhir ni tuan muda asyik diam je, kenapa agaknya?" Soal Aegeus pelik sambil menyilangkan tangan dan melihat klon Rain yang sedang leka menikmati makanan yang disediakan.

"Hmm... Mungkin tuan muda mahu keluar?" fikir Ixcel.

"Ya... Kita mengurungnya di sini kerana sangkakan ia masih kecil walaupun sepatutnya tuan muda bebas pada waktu sekarang," balas pula Redeth.

"Hmmm..." ngeluh mereka berempat lalu memandang sesama sendiri.

"Baiklah, kalau begitu mari kita bawa tuan muda bersiar lagipun saya tak rasa 'dragon slayer' berada di kawasan ni lagi," ujar Ixcel memberi cadangan.

"Tapi kita perlu laporkan pada Ketua Predat dulu," ujar Redeth. Tiba-tiba mereka menyedari klon Rain menderam garang membuatkan mereka gelisah.

"Grrrrr....." klon Rain menderam panjang seakan memarahi sesuatu.

"Tu-tuan muda?" Redeth cuba mendekati untuk memeriksa Rain.

"HUMANA!!" jerit klon Rain secara tiba-tiba menjadi debu membuatkan mereka yang memandangnya terkejut.

"Tuan muda!!!" jerit mereka semua lalu mula cemas. Hal itu terus dikhabarkan kepada Predat dan semua pahlawan Lizardre dikumpulkan.

"Saya dapat mengesan dan pasti ini adalah magik yang digunakan tuan muda untuk menggandakan diri. Melihat dari ciri-cirinya dan cara tuan muda menghilang ia sememangnya sama seperti magik [duplicate]," terang penetua Basak yang kini bertongkat untuk menyokong dirinya.

"Ahh... Leganya tapi... Tuan muda tentu dalam bahaya jika secara tiba-tiba klonnya hilang begitu," balas Aegeus.

"Ya, mendengar dari ucapan terakhir tuan muda tentang humana, atok yakin... Dia sememangnya ditangkap oleh humana," balas penetua Basak dengan serius.

"Kita perlukan strategi teliti untuk selamatkan tuan muda. Redeth, kali ni kami sememangnya perlukan kau," ujar Aegeus memberi arahan. Walaupun Redeth menelan liur ketakutan namun dia memberanikan diri untuk turut serta.

"Ketua, kami berempat sebagai waris paling awal dikurniakan kuasa oleh tuan muda meminta izin untuk membahayakan nyawa kami demi tuan muda," ujar Ailana sambil menunduk hormat.

"Kami juga akan turut serta," sambut pula pahlawan yang lain yang sudah bersedia untuk menyertai misi yang merbahaya.

"Misi ini akan menyebabkan kamu semua mati di tangan humana, kematian kamu akan menjadi kegembiraan kepada mereka dan tiada kehormatan kepada lawan. Setiap dari kamu apabila mati hanya memberi keuntungan wang dan harta kepada mereka, tiada siapa yang bersedih akan kehilangan kamu semua kecuali keluarga kamu sendiri! Kamu semua masih mahu turut serta?!!" soal Predat.

"Ya! Kami akan turut serta!" jawab mereka penuh yakin.

"Bilangan mereka jauh melebihi kita! Peluang kita amat tipis! Masih mahu turut serta?!!" soal Predat lagi dengan tegas.

"Ya!!! Kami tak gentar!" ujar mereka penuh bersemangat.

"Bagus, kamu semua adalah masa depan Lizardre. Sepanjang tuan muda Rain ada bersama kita, kita dikurniakan dengan pahlawan yang kuat dan kita menjadi satu-satunya kaum lizardmen dengan rank A pada generasi ini membuatkan kita ditakuti humana, jadi kamu semua..."

"balik dengan selamat," ujar Predat dengan tegas lalu disambut dengan gemuruh oleh semua kaum lizardmen.

Lima hari kemudian di luar kawasan kota humana,

"Ailana bagaimana?" soal Redeth kepada Ailana yang baru sahaja tiba dari menyiasat dengan menyamarkan dirinya sebagai manusia.

"Pengawalan lebih longgar pada waktu malam, kebanyakan mereka lebih aktif pada waktu petang. Mereka akan lebih berfoya-foya di waktu tidur humana," jelas Ailana kepada Redeth. Redeth hanya mengangguk faham.

"Kita perlu menjalankan misi dengan lebih cepat, kalau humana mula perasan makhluk di sekitar semakin kurang kerana diburu kita, kedudukan kita akan terbongkar." ujar Redeth dengan serius dan berpeluh dingin.

Tiba-tiba Ixcel pula muncul turut dengan penyamarannya sebagai manusia. Dia terus memberi laporan kepada Redeth.

"Saya sudah memecah masuk Dragon Guild yang menangkap naga tapi saya tak mengesan mana-mana naga yang menyerupai tuan muda Rain," ujar Ixcel.

"Saya harap kita dapat selamatkan naga dari Guild itu juga," sambung Ixcel dengan wajah kecewa.

"Kita tak boleh ambil risiko untuk selamatkan mereka. Misi utama kita sekarang kita perlu selamatkan tuan muda Rain, mungkin ada tempat rahsia yang mengurung tuan muda," Ujar Redeth sambil mengeluh berat.

"Saya dapat bau tuan muda pada salah seorang lelaki yang mempunyai seekor naga biru. Dia merupakan 'Dragon Tamer' tapi saya tak pasti dia seorang yang mesra," balas Ailana serius.

"Betul ke? Awak dapat tahu kedudukan tuan muda Rain?" soal Ixcel. Ailana menggeleng.

"Dia tidak ke tempat yang meragukan, sepanjang saya cuba menyiasatnya dia hanya menyelesaikan misi di luar kota," balas Ailana membuatkan mereka mengeluh berat.

"Dapat apa-apa info?" soal Aegeus yang muncul dengan haiwan buruan mereka bersama beberapa pengikut.

"Ia lebih sukar dari dijangka," balas Redeth membuatkan Aegeus mengerutkan kening.

"Aku lunyaikan siapa yang apa-apakan tuan muda Rain," balas Aegeus geram.

"Jangan risau, tuan muda Rain lebih bijak dari naga-naga yang pernah kita jumpa sebelum ni. Saya rasa mungkin tuan muda sekarang ini turut memasang strategi untuk melepaskan diri, saya pun harap... Tuan muda Rain tak apa-apa," ujar Redeth penuh serius sambil melihat peta yang dikumpul Ailana dan Ixcel.

Kota humana sememangnya amat rumit, namun mujur setiap kota ada tempat gelap yang mengumpulkan pelbagai jenis jenayah di bahagian gelap kota. Dari situ Ailana dan Ixcel menemui cara untuk menceroboh masuk dan keluar. Benteng raksasa dikawal dengan ketat namun kawalan kepada manusia tidak seketat seperti kepada raksasa. Mereka tidak terfikir bahawa raksasa kali ini mempunyai kecerdasan minda dan IQ yang menyerupai manusia.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Continue Reading

You'll Also Like

25.4K 114 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
136K 893 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
211K 15.6K 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya...