Romance : Ahmad Khalif ✓

By dsyaf_

34.2K 3.4K 263

Book 2 (Masih edit dan tak digalakkan baca kerana cringe) 8 tahun yang lepas Nama aku Khalif. Bekas pelajar a... More

Akan datang
1 | Permulaan
2 | Pengenalan
3
4
5
6
7
8
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45 (Akhir)

9

657 72 3
By dsyaf_

(Simpan - Daniesh Suffian)

"Aku nak kau curi duit kelas dari beg Dee."

Khalif memandang Qayeed tak percaya, tak akanla dia mahu buat begitu terhadap Dee merangkap kawannya.

"Kenapa? Kau kan dah bekerja bawah aku, so kau kene ikut cakap aku. Kalau tak.. " Qayeed tersenyum sinis sambil membuat gaya pisau di lehernya dan berlalu pergi.

***

Hari pertama,

Saat loceng rehat berbunyi, semua buru-buru keluar dari kelas untuk ke kantin, termasuk juga Khalif.

"Oi!" Jerit Dee apabila melihat Khalif terus pergi tanpa menolehnya, pelik.

Selalunya Khalif akan rehat sekali dengannya dan Hanum. Mungkin laki tu nak pergi tandas kot. Dee hanya mengangkat bahu dan mula mengikuti langkah Hanum ke kantin.

Setelah memastikan keadaan kelas dan koridor sunyi, Khalif pantas bergerak ke arah beg Dee, dibuka zip beg biru gelap itu, lalu satu dompet berwarna kelabu diambil.

Beberapa langkah Khalif mahu keluar dari kelas, tiba-tiba terhenti.

"Anta dengar kes curi kat dorm pelajar perempuan haritu?" Soal Hazwan kepadanya.

" Ada, ana tak sangka Qaiyum tergamak lakukan itu. Apa tak cukupkan penerangan ustaz haritu berkaitan mencuri dan balasan akibat mencuri? " Khalif menggelengkan kepala, kenapa perlu mencuri kalau boleh meminta dengan baik?

"Haih, ana harap kita takkan terhasut dan jadi macam tu. "

" Tak akan punyala." Balas Khalif yakin.

Dompet berwarna kelabu ditangannya dilihat, jadi jika dia lakukan ini apa bezanya dia dengan Qaiyum? Apa bezanya dia dengan pencuri di luar sana?

Kakinya mula berpatah balik ke arah beg Dee.

"Kenapa? Ragu-ragu?"

Suara itu, suara Qayeed. Khalif sedikit menggeletar, dia takut dengan lelaki itu, dia akui.

"Kau tu dah jadi jahat dah pun Khalif, sekali kau dah langkah kaki ikut aku, jangan harap nak jadi baik lah. "

"Kau dah jahat."

Khalif merengus geram, dia masih bisa jadi baik!

"Kau masih tak percaya yang kau ni jahat?"

"Kenapa kau mencuri? "

Khalif berpaling memandang Qayeed.

"Kau yang suruh aku Qayeed. "

"Eh? Aku suruh je, kau yang tekad nak buat, kau yang mencuri bukan aku, kau dah jahat Khalif, mengaku ajela hahaha. " Asap rokok dihembus.

Senang bermain mental dengan Khalif, membuat lelaki itu lemah, membuat lelaki itu tiada keyakinan dan menurut kemahuannya.

***

Hari kelima,

"Aku dengan yang lain akan follow kau dari belakang, target makcik tua tu, ragut dan lari ke arah lorong dan kita akan jumpa dekat sana. "

Khalif hanya mengangguk, dia sudah jahat tiada guna berbuat baik. Malam ini sekali lagi mereka kabur mengikut jalan biasa yang berlubang itu.

Harini dia akan meragut beg tangan wanita tua itu. Mendapat anggukan Qayeed, Khalif memecut motor dengan kelajuan tinggi, semakin dekat.

Dan dekat,

Zap!

"Tolong-tolong!" Jerit wanita tua itu.

Khalif tersenyum bahagia, kelajuan ditingkatkan lagi ke arah lorong yang dijanjikan oleh Qayeed dan yang lain.

***

Lima bulan kemudian,

Hari-harinya dipenuhi dengan Qayeed dan rakan-rakan yang lain. Penampilannya? Tak ubah seperti samseng jalanan, penuh kusut dan penuh comot.

Dia tak peduli.

Cikgu dan pihak sekolah mula mengata tentangnya yang sudah mengikut jejak Qayeed dan yang lain, tapi

Dia tak peduli, langsung.

"Woi, mana barang aku?" Soal Aiman memeluk leher Khalif.

Sekotak rokok dihulurkan kepada Aiman.

"Kau memang mantap la Khalif, nah sebatang."

Khalif hanya tersenyum sedikit sebelum rokok yang dihulur oleh Aiman diambil, lalu dibakar sedikit hujungnya dengan lighter.

Tarik

Hembus..

Nikmat, nikmat yang tiada banding, segala kecelaruan seolah hilang, fikiran terhadap abi umi yang sibuk hilang, peperiksaan hilang, dan juga masalah dirinya sendiri.

Lama tidak solat, lama tidak mengaji kadang terdetik rasa bersalah, namun pandai Qayeed dan yang lain menarik perhatiannya.

Dia tahu apa dia buat salah, tetapi sampai kini masih dipegang kata-kata Qayeed yang

"Kau dah jahat."

Dia akan teringat dan terus perasaan bersalah itu terhapus.

"Guys, aku ada plan baik punyaa." Ucap Asiddiq secara tiba-tiba.

"Apa dia?" Soal Amad tidak sabar.

Paan, Idan, Aiman menayangkan reaksi tidak sabar.

"Ro."

Pak!

"Sakitlah Man! Kau ni..." Rungut Asiddiq.

"Dah tu, ro apa benda? Bocah!" Balas Aiman kasar.

" Rogol."

Qayeed yang sedang bermain kiub di tangan, terhenti. Wajah Asiddiq dipandang.

"Siapa?" Soal Qayeed dingin.

"Hanum?"

"Aku tak setuju." Khalif terus berdiri, mana mungkin dia akan menyakiti Hanum dan dia takan sesekali biarkan mereka sakiti Hanum.

"Tak nak ah! Hanum awek aku la, perempuan lain." Bantah Paan.

"Ntah, Hanum tu bakal zaujah aku kot!" Sokong Idan yang tidak mahu turut serta.

" Tapi best juga kalau dengar Hanum jerit hahaha." Aiman ketawa nakal.

Buk!

" Sakitlah bodoh!" Marah Aiman apabila bantal dibaling oleh Asiddiq tepat kena di kepalanya.

"Macam mana?" Soal Asiddiq.

"Aku setuju." Balas Qayeed lalu menyambung kembali bermain kiub.

" Tapi bukan dengan korang, dengan Khalif."

"Ah sial lah." Carut Aiman.

Khalif tergamam, tak kan. Dia tak kan buat macam tu dekat Hanum.

"Kalau kau buat, kau bebas. Kau tak payah ikut aku, dan aku tak kan bunuh kau, deal?"

" Kalau kau tak nak, aku sendiri pergi buat dan aku akan sebar videonya. Pilih Khalif, pilih."

" Kau setan Qayeed! Kau setan!" Tengking Khalif lalu menghampiri Qayeed, baju lelaki itu dicengkam.

"Ya aku setan, kita sama saja Khalif, apa kau buat selama berbulan ni, itula yang aku buat. Kita sama-sama setan hahaha."

" Aku tak kan buat Hanum macam tu la!" Wajah Khalif kian memerah menahan amarah.

" Kenapa?! Kau suka dia?! Eh dia tu dah takde daralah! Kau usik dia pun, tak kan jadi apa-apa! Sial!" Qayeed terus beredar.

Khalif terkedu, Hanum takde dar..a? Kenapa? Bukan dari cara Hanum, wanita itu sangat baik, solehah, menjaga batasan bahkan dengan sesiapa pun kurang bercakap.

Atau Qayeed sudah merosa..kkan Hanum?!

***

Pagi ini Khalif masuk ke kelas seperti biasa bersama Qayeed, meja bersebelah dengan Hanum dituju, kerusi ditarik dah dilabuhkan punggung di atas kerusi.

Wajah Hanum dilihat. Tiada reaksi, hanya dingin sedang membaca buku. Apa perlu dia tanya soalan yang bermain di minda kepada Hanum?

Tangannya menolak sedikit bahu Hanum, pembacaan Hanum terhenti. Hanum hanya mengangkat kening menandakan apa?

"Saya nak tanya sikit, awak erm.. dah tak ada tut ke?"

Hanum mengerutkan kening, tut?

Sticky note diambil bersama pen namun belum sempat tangannya mahu menulis, Khalif menarik pen tersebut.

"Cakap, saya nak awak cakap."

"Haih, kau nak apa?" Soal Hanum bermalasan.

"Betul ke kau dah tak ada tut?"

"Tut apa benda?"

"Dara?"

Kelihatan wajah Hanum mula merah, dadanya mula mengepam darah dengan laju, detak jantung sudah tidak teratur. Dari mana Khalif tahu?
Siapa yang memberitahunya?

Hanya seorang yang tahu dirinya, wajah pantas menoleh ke meja Qayeed, lelaki itu memberikan senyuman sinis.

Bibir diketap, meja dihentak kuat sebelum dirinya menghampiri Qayeed.

"Kau ada apa masalah dengan aku?!" Tengking Hanum kuat.

Seisi kelas terkejut, Hanum seorang yang pendiam, tapi atas sebab apa perempuan itu membuka mulut dengan keadaan marah?

"Kau nak apa ni?" Balas Qayeed bersahaja, tangan dimasukkan ke salam kocek seluar.

"Kita dah buat perjanjian kan? Kenapa kau tak tepati? Aku dah tak kacau hidup kau Qayeed.. jangan buat aku macam ni." Suara marahnya mengendur, hatinya mula merasa sebak.

"Janji tu dulu waktu kau dengan aku kawan, sekarang kita dah tak ada apa-apa pun betina."

"Kau memang tak kenang jasa Qayeed!" Tengking Hanum kembali.

Qayeed pernah melarikan diri dari rumah kerana kesedihan akibat kematian ibunya. Hanum dan abang Harris yang membantunya, memberi makan, tempat tinggal, bahkan Hanum dan Qayeed saling berkongsi cerita, namun setelah lelaki itu pulih dari kesedihan,

Jasa yang diberi, hanya dipandang sebelah mata oleh Qayeed, bahkan tentang dirinya yang dirogol oleh pakcik dan juga sepupunya diceritakan kepada Qayeed dan itu adalah penyesalan yang paling terbesar pernah dilakukan.

Mempercayai lelaki lain kecuali abang Harris.

"Pergi mampusla!" Balas Qayeed dengan nada yang tinggi.

Khalif dan Dee masih terkedu dengan pergaduhan yang berlaku, kawan? Qayeed dan Hanum pernah berkawan? Bagaimana? Fikiran semakin dipenuhi dengan tanda soal, kenapa masalah ini terlalu rumit?

***

"Malam ini Khalif, dan kau bebas." Dingin bicara Qayeed.

" Ak.."
















Bab 10 nanti adalah last throwback 8tahun lepas tau!

Continue Reading

You'll Also Like

491K 19.8K 55
Naura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan...
72.6K 3.3K 63
" I'll protect you. Macam mana awak lindungi saya, i'll protect you too. I care about you" - Rycca Atma. " Tak. Kau lindungi diri kau. Untuk aku. Nya...
12.7K 1.1K 11
Cinta itu wujud saat dia sudah tiada :') #shortstory
82.5K 8.1K 43
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...