Rintihan Melodi Rindu

By syafasuha

256K 9.2K 545

Seteguh manapun sesebuah cinta itu andainya salah seorangnya tidak memperjuangkannya maka tiada apalah erti c... More

RINTIHAN MELODI RINDU
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62 ( END)
NOTA

BAB 43

3.3K 115 18
By syafasuha

Sejak dari tadi air mataku masih tak kering. Aku memutuskan untuk berkurung saja dalam bilik dan ditemani Ariz Aqeel yang masih diulit mimpi. Setelah hampir tiga tahun berlalu diri aku masih dibenci! Dihina! Aku tak peduli jika diri ini diletakkan pada kedudukan di paling bawah tapi bukan anak aku. Anak aku adalah segala-galanya. Aku sanggup mati kerana anak!

Ya Allah tak sanggup melihat anak kecil yang tak berdosa ini dihina sedemikian rupa.

"Ayah Ariz takkan sayang Ariz, dia bencikan ibu tapi dia palitkan kamu sekali sayang." Ku kucup sekali lagi pipi gebu Ariz. Ikutkan hati sekarang juga aku nak balik! Takkan semudah itu aku nak mengalah. Apa ingat aku dah tak ada maruahkah.

Kesal! Ya aku sangat kesal sebab setuju untuk ikut Hilman ke sini. Aku tak tahu yang Faiq adalah sepupu Hilman. Patutlah masa mula-mula kahwin dulu dengan Faiq aku ternampak yang mereka bersembang dah macam lama kenal. Rupanya memang lebih dari kenal!

Tiba-tiba pintu bilikku diketuk.

Aku kesat air mata. Bingkas aku bangun dari katil lalu segera membuka pintu. Terlihat wajah manis Faiq yang mengukirkan senyuman. Bersebelahan ada adiknya Feiqah. Baru aku sedar yang Feiqah dah bertudung labuh. Dah insaf ke? Entahlah kadang luaran nampak baik tapi dalaman busuknya hati Tuhan saja yang tahu. Masih berlayar difikiran tentang kata-kata hinaan yang keluar dari bibirnya dahulu.

"Assalamualaikum Esha."

"Walaikumussalam, nak buat apa datang sini? Tak cukup hina anak aku? Kau nak apa? Kau jangan risau aku takkan tuntut apa-apa pun dari kau untuk aku mahu pun anak aku. Ariz Aqeel anak aku. Jangan sesekali sakiti dia. Aku takkan berdiam diri. Kau belum kenal aku sepenuhnya Faiq Aiman." Aku menjeling melihat Faiq Aiman.

Pelik. Lelaki itu langsung tak melenting macam petang tadi. Kalau tak dah meroyan macam orang gila.

"Saya minta maaf." Itu saja yang mampu keluar dari bibir lelaki itu.

"Maaf? Kau kan tak ada dosa dengan aku. Eh pergilah layan bini kau si Ratna tu. Sibuk sini apahal? Ni yang bawak adik kau yang paling bagus sekali ni kenapa?" Aku menjeling melihat penampilan Feiqah dari atas sampai bawah.

"Dia tak kacau awak kenapa awak perlu babitkan dia? Benci sangat awak pada dia. Apa dosa dia pada awak." Faiq mula mengeraskan suaranya.

"Kau dengan berpakaian macam ni kau mesti lebih tahu soal hukum kan? Kau tahu kan dosa sesama manusia selagi orang tu tak maafkan kau. Kau akan tanggung dosa tu. Takkan senang macam tu aku nak maafkan kau!" Benci! Meluat! Perasaan yang aku tak dapat gambarkan pabila melihat mereka berdua.

"Feiqah tahu feiqah salah. Tolonglah maafkan Feiqah. Feiqah takut, Feiqah akan tanggung dosa ni sampai Feiqah mati." Rayu Feiqah yang mula melutut.

"Benci betul awak dengan keluarga saya kan." Balas Faiq yang merenung wajahku. Suaranya kembali mengendur.

"Aku memang benci! Kau tuduh anak aku anak haram! Kau tahu tak sembilan bulan aku kandungkan anak aku tanpa suami disisi. Aku lahirkan anak aku tanpa suami disisi. Sakit yang aku tanggung selama ni tak ada yang faham! Kau senang-senang tuduh anak aku macam tu. Kau memang iblis! Aku takkan maafkan kau!" Akhirnya terhambur segala kemarahanku.

"Kita boleh bincang cara baik Esha. Esha yang saya kenal dulu lemah lembut bukan macam sekarang."

"Dahlah, bincang apa? Dulu lepas aku keguguran kau ada nak bincang dengan aku? Sikit pun kau tak pandang aku. Kau ceraikan aku dalam keadaan hina. Mama kau campak aku macam sampah. Kau lupa kau cakap kau kahwin dengan aku bukan sebab cinta kan? So apa kau nak? Kita dah lama bercerai kau pun dah bahagia dengan cinta hati kau si Ratna kan. Apa lagi? Lagi satu sebelum kau terlupa kau sematkan dalam kepala hotak kau tu. Aimara Qalesha dah mati! Mati dalam hati kau! Mati dalam hidup kau! Kau tak perlu rasa bersalah dengan apa yang kau buat. Itu adalah keputusan yang betul. Aku betul-betul bahagia bercerai dengan kau. Buktinya aku dah jumpa cinta sejati aku Hilman!" Bergema satu ruang bilik dengan suara aku. Belum pernah aku semarah ini.

"Saya cuma kesal dengan apa yang jadi. Saya tak sedar masa tu." Faiq mula teresak-esak.

"Kau tak payah menangislah. Air mata kau dah tak laku pada aku. Tak sedar konon habis masa cerai aku dulu siapa? Syaitan!Cukuplah ini bukan drama bila kau dah tahu perkara sebenar kau mintak maaf melutut merayu pada aku kemudian aku maafkan kau dan hidup bahagia. Dahlah aku dah malas nak fikir cuma aku nak ucap terima kasih.
Terima kasih sebab perkahwinan kita dulu aku dikurniakan anak yang baik macam Ariz Aqeel. Kau boleh buang aku tapi bukan dia. Aku tak nak tuntut walau sesen pun harta kau cuma aku harap kau doakan yang terbaik untuk dia. Dia pun perlukan doa dari seorang bapa. Apatah lagi kau bapa kandung dia." Entah kenapa bila berkata soal anak ini hati aku jadi sayu, sedih dan terkilan.

"Saya tak tahu nak jelaskan macam mana Esha. Tapi tolonglah maafkan saya. Paling penting maafkanlah perbuatan Feiqah dulu. Dia dah insaf." Faiq merayu.

Feiqah yang masih melutut memandang sayu kepadaku.

"Bangun Feiqah." Arahku.

Feiqah menurut saja.

"Kau tak perlu buat macam ni. Jangan rendahkan maruah kau mintak maaf dengan orang hina macam aku. Kalau kemaafan yang kau ingin baiklah aku maafkan kau cuma permintaan aku. Kau jangan tunjuk muka kau lagi lepas ni. Aku mintak macam ni bukan sebab aku tak ikhlas maafkan kau. Aku manusia Feiqah. Aku ada hati. Bagi aku ruang."

"Kak, Feiqah salah. Feiqah yang...," belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Faiq mula menghalang.

"Terima kasih sebab maafkan adik saya." Pintas Faiq.

"Dah tak ada apa-apa kan? Bolehlah kot beredar dari sini," ujarku setelah lama mereka membisu tapi masih berdiri disitu.

"Saya tahu susah nak dapat kemaafkan awak. Perbuatan saya memamah diri saya. Tak apa saya sanggup tanggung dosa ini sampai mati tapi boleh tak izinkan saya jumpa anak saya sebentar?"

Hatiku mula terasa berbahang kerana bisikan syaitan agar suruh menghalau mereka. Tetapi masih ada suara yang berbisik agar mengizinkannya. Faiq ada hak untuk melihat anaknya.

"Sudi pulak kau nak lawat anak aku kan. Tapi tak apa aku izinkan. Silakan, bawak masuk adik kau sekali nanti orang fitnah aku buat perkara sumbang kan."

"Terima kasih Esha." Laju Faiq dan adiknya menonong masuk mencari kelibat Ariz. Huh! Dah tahu perkara sebenar baru nak cari anak aku. Kalau tak sebelah mata pun tak nak pandang. Aku memeluk tubuh lalu mengekori mereka dari belakang.

Faiq yang pertama kali berjumpa anaknya yang sedang lena. Dia tersenyum sendiri.

"Esha izinkan saya naik atas katil dan pegang anak saya."

Melihat wajah Faiq yang betul-betul berharap tanpa banyak kata aku hanya mengangguk.

Perlahan-lahan Faiq naik ke atas katil lalu berbaring mengiring menghadap Ariz. Dia merenung wajah Ariz lama. Kemudian dia mengucup seluruh wajah Ariz seolah melepas rindu.

"Dulu ayah harap sangat ibu bagi ayah anak lelaki ternyata ayah tak sedar yang ayah memang dah ada anak lelaki. Maafkan ayah sebab tinggalkan Ariz." Air mata Faiq menitis jatuh mengenai dahi anaknya.

Tersentuh aku mendengarnya namun cepat-cepatku singkirkan perasaan itu. Entah-entah ini rancangan dia supaya aku maafkan dia dan lupakan segalanya. Takkan semudah itu.

"Esha, Izinkan saya azankan anak saya sendiri. Saya tahu saya lambat. Saya tahu saya tak layak nak jadi ayah untuk Ariz tapi saya sayangkan anak saya."

Ikutkan rasa hati mahu tumpah segala air mataku yang dah bertakung namunku tahan hati. Sebak! Aku mula teringatkan Arwah ayahku. Segarang mana pun Arwah ayah tapi dia sayangkan aku. Ya Allah, aku sayangkan ayah aku. Takkan kerana ego aku. Aku nak pisahkan anakku dengan bapa kandungnya. Aku pernah rasa kehilangan. Aku tak nak anak aku mengalami perkara yang sama.

"Esha." Lembut suara Faiq memanggilku.

"Huh, suka hati awaklah tak apa saya izinkan."

Suara lelaki itu mula mengazankan di telinga anakku. Pilu hatiku mendengarnya. Perlukah aku melembutkan hati demi anakku?

Usai diazankan Ariz terjaga dari lenanya. Bangun saja Ariz dari lena aku bersiap sedia untuk mendukung untuk meredakannya dari tangisan. Kalau bangun tidur tak mengamuk tak sah.

Tiba-tiba Ariz tertawa melihat Faiq disebelahnya. Dia mengekek melihat Faiq. Ariz mula meraba-raba wajah ayahnya kemudian dia tertawa sendiri. Faiq begitu teruja melihat Ariz.

"Assalamualaikum anak ayah."

Ariz kemudian ligat memanjat badan Faiq.

Aku berasa hairan. Sejak Ariz lahir bangun saja dari tidur mesti menangis tapi untuk kali ini tidak. Bangun saja Ariz dari tidur dia terus senyum melihat Faiq di sebelahnya. Adakah dia rindu pada ayahnya?

"Ucu, tengok anak abang chik muka dia sama macam abang kan. Ya Allah kesalnya aku sebab buat anak aku macam ni."

Feiqah mengangguk sebagai tanda setuju.

Iya, ini adalah kasih sayang seorang bapa. Aku dapat lihat perlakuan Faiq sekarang sama seperti Arwah ayah padaku. Layanan Faiq pada Ariz sangat ikhlas bukan lakonan semata-mata.

Continue Reading

You'll Also Like

168K 10.1K 61
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
95.7K 3.2K 43
Sinopsis "Aku benci orang macam kau ni. Kau ingat kau bagus sangat ke. Siapa la yang malang bersuamikan kau ni agaknya" ~ Raisya Zahra "Kau ingat lel...
21.2K 690 49
"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...T...
235K 9.4K 57
| This was written when I was 15 n 16, and I know that this story is so cliche but I don't have time nor chances to edit it. But anyway thanks for re...