Legend Beast ✅ [Complete]

By Un__Name

49.6K 6.6K 1.5K

Rain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bonus Chap!!!
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54

Bab 17

943 127 21
By Un__Name

"Yeay!!!! Kita berjaya selesaikan misi!!!" Ujar Sara sambil mengangkatku ke udara.

"Hahaha... Kita memang bertuah kali ni, serigala ni sememangnya membawa tuah!" Balas pula Tuck sambil erat memegang cawan beernya di tangan.

"Hehe... Awak semua perlu berterima kasih pada saya. Kalau bukan sebab saya mahu jadikan anak serigala ni sebagai peliharaan. Awak semua takkan bertuah seperti hari ni," kata Sara memuji diri sendiri. Aku hanya mampu tersenyum lebar apabila dia memelukku erat.

"Baiklah baiklah... Awak menang, kita adalah pemburu yang paling awal selesaikan misi. Malah rank kita dah naik ke rank D," balas Tuck dengan sengihan besar.

"Huuuuurayy!!!" Jerit mereka semua serentak meraikan kemenangan mereka. Aku terus tersengih riang sementara Sara terus memelukku erat.

"Kenapa kadang-kadang aku rasa serigala ni macam seseorang yang menjijikkan?," kata Ivy tiba-tiba tanpa aku sedar bahawa dia memandangku dari awal tadi. Aku terus berpeluh dingin mendengar apa yang dikatakannya.

"Ivy... Jangan kata begitu...  Awak menyeramkan saya lah. Tak mungkin serigala yang comel ni adalah manusia yang mungkin menyamar menjadi serigala menggunakan magik tertinggi [disguise] kan?" Balas Sara membuatkan aku semakin berpeluh dingin. Mereka tiba-tiba senyap seketika. Aku pula risau jika mereka dapat tahu rahsiaku yang sebenar.

"I-iya... Sememangnya tak mungkin," balas Tuck kekok.

"Walaupun ada kemungkinannya tapi ia... Tak mungkin kan?" balas Ivy. Mereka bertiga tergelak kekok membuatkan aku turut semakin berpeluh dingin.

"Apa-apa pun disebabkan serigala ni kita bertuah," balas Sara dengan senyuman manis.

"Sekarang awak perlu beli... Kolar sebagai tanda ia peliharaan awak kan? Oh ye awak perlu berikan namanya sekali," ujar Ivy.

"Hmm... Nak beri nama apa ya? Gabungan nama kita? Savvy? Hm... Warna bulunya hitam. Black? Ha! Bagaimana dengan Kuro?" Soal Sara dengan ceria. Nama tu bukannya buruk tapi... Aku risau akan keliru nanti.

"Hmm... Saya rasa serigala awak tak sukakan nama tu," balas Tuck sambil memandangku yang hanya berdiam.

"Eh? Awak dah ada nama awak ke serigala kecil?" Soal Sara memandangku.

"Auf," aku menjawab.

"Oh? Jadi apa nama awak?" Soal Sara semula seakan memahamiku. Aku memandang sekeliling untuk mencari objek yang boleh dijadikan petunjuk. Tak mungkin aku perlu tuliskan nama aku di kertas haha.

Aku ternampak ada gambar awan yang berhujan. Itu adalah objek terdekat sekali untuk menjadi petunjuk. Aku menunjuk ke arah gambar itu membuatkan perhatian mereka tertarik ke gambar itu.

"Awan? Oh nama awak 'Kumo (awan)'?" Soal Sara dengan riang. Aku menggeleng sebagai isyarat ianya salah.

"Eh... Bukan? 'Mizu (air)' ke?" Soalnya lagi dan aku menggeleng lagi sekali.

"Mungkin gunakan bahasa lain, Water?" Ujar Ivy cuba meneka. Aku memandangnya tajam menandakan tekaannya hampir.

"Ah? Water ke?" Soal Ivy membuatkan aku hampir menangis.

"Rasanya mungkin hampir, Cloud?" Soal Tuck membuatkan aku menggeleng.

"Ame (hujan)?" Soal Sara membuatkan aku menyilangkan tangan.

"Rain!!!" Sambut semua pelanggan yang berada di dalam kedai makan itu membuatkan Sara dan yang lain-lain terkejut. Aku mengangkat tangan dengan senyuman besar menandakan tekaan mereka semua betul.

"Ahh... Maaf maaf. Kami cuma teruja melihat kepandaian serigala kecil tu," balas salah seorang dari pelanggan itu.

"Untunglah awak dapat serigala yang mempunyai kepandaian yang tinggi," ujar seorang pelayan perempuan yang merapatiku dan mengusap kepalaku. Aku hanya tersenyum senang.

"Ini pemilik kedai belanja sebagai sambutan ahli baru awak bertiga," sambung perempuan itu lagi dengan senyuman lebar lalu meletakkan stik daging  di hadapanku membuatkan aku terliur. Ia bukan hanya stik daging tapi ia adalah stik daging yang mempunyai perencah dan garam. Ia rasa yang tak mungkin akan jumpa di dalam hutan. Bau dia... Aroma dia... Sempurna!

"Hahhaahha terima kasih," sambut Sara.

"Hei dari mana awak bertiga jumpa serigala ni?" Soal salah seorang pemburu dari kumpulan lain.

"Kami jumpanya di hutan Avender sebelum kami selesaikan misi kami," balas Tuck dengan ceria.

"Eh? Tu bukan ke hutan yang dikatakan ada kemunculan naga? Awak bertiga masuk juga ke hutan tu?" Soalnya kembali.

"Ya... Tapi kami amat bernasib baik," balas Tuck sambil menggaru belakang kepalanya.

"Ya, awak memang tersangat bernasib baik, hari ini memang hari awak semua. Awak tak menghadapi naga malah jumpa anak serigala yang sangat jarang dijumpai. Ahh... Saya harap saya jadi awak Tuck," kata lelaki itu lalu meletakkan tangannya di bahu Tuck.

"Saya dengar awak bertiga dah naik rank? Hari ini memang nasib awak semua sangat baik! Tahniah!" Balas salah seorang perempuan yang berada di dalam kumpulan pengembara yang lain.

"Mari kita sama-sama raikan nasib baik mereka!" Sambut pula lelaki tegap di dalam kumpulan yang lain lalu disambut oleh hampir semua pelanggan di dalam kedai tersebut.

"Terima kasih semua!!" Sara bangun dari duduknya dan menunduk hormat sebagai tanda terima kasih. Aku hanya tersenyum senang. Melihat kedatanganku disambut begini sememangnya membuatkan hati aku terharu. Namun, tanpa aku sedar ada beberapa mata memandang kami dengan pandangan keji.

Di luar kedai,

"Ahhh... Saya tak pernah rasa macam ni. Saya rasa kita terkenal," ujar Sara sambil memelukku semakin erat dan membuatkan aku sukar untuk bernafas. Dia berjalan dengan penuh gembira.

"Hmmm... Sara, awak tak pelik ke? Hanya haiwan yang pernah bertuan sahaja akan ada nama, mungkin dia peliharaan orang lain?" Soal Ivy mula sangsi.

"Eh? Tapi... Dia tak ada kolar ataupun simbol apa-apa yang menunjukkan dia peliharaan orang lain," balas Sara mula resah.

"Mungkin dia pernah dibela manusia sebab itu masa kita jumpanya awal-awal dulu dia tak takutkan manusia malah dia seperti faham apa yang kita katakan membuatkan saya semakin yakin yang dia pernah dibela," ujar Tuck memberi pendapat.

"Tapi... Kalau tuannya datang untuk mintanya semula, apa yang awak nak buat Sara?" Soal Ivy membuatkan Sara terdiam lalu mendakapku lebih erat seakan risau.

"Au... Au..." Aku cuba menceriakannya semula dengan menggoyangkan ekor. Sara hanya membalas dengan senyuman pahit.

"Hmm... Selagi tuan sebenarnya tak datang untuk ambilnya semula selagi tu saya akan jaga dia dengan baik," balas Sara dengan senyuman. Aku menarik nafas lega namun aku mula dapat mengesan beberapa mata seakan mengekori sejak dari kedai makan tadi.

Tiba-tiba seorang lelaki menghampiri dan memandangku dengan lama membuatkan Sara rasa tidak selesa. Aku hanya membalas dengan pandangan dingin. Aku dapat rasakan lelaki ini ada niat yang tidak baik.

"Dia milik aku," kata lelaki itu tiba-tiba.

"Hah?! Tak mungkin! Kami yang jumpanya di hutan! Kalau ia peliharaan awak kenapa tak berikannya kolar?" Soal Tuck mula baran. Ahh... Lelaki ni pasti cuba dapatkan aku. Mungkin aku dah letakkan mereka dalam keadaan bahaya.

"Tenang Tuck, tapi encik... Rain tak kelihatan seperti mengenali awak," Ivy masuk campur dengan penuh tenang menyedari wajahku yang memandangnya dingin. Sara memelukku erat takut kehilangan aku.

"Haih... Kau semua tak faham. Apabila aku kata ia milik aku ia adalah milik aku," balasnya lalu seekor naga biru muncul di belakang lelaki itu. Aku membutangkan mata terkejut.

"Dragon Tamer?!" Ucap Tuck terkejut dan Ivy mengetap giginya. Sara pula melangkah ke belakang sambil terus memelukku penuh erat enggan untuk melepaskan aku.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

[Dragon Tamer]
~ Selain daripada naga mereka dipergunakan untuk Dragon Slayer, ada juga segelintir daripada mereka mendapatkan naga secara paksa lalu menggunakan mereka sebagai bahan pertarungan dan jualan.
~ Disebabkan kebanyakan naga kini sukar untuk mempercayai manusia, kini tidak ramai lagi dragon tamer yang benar-benar menjinakkan naga.

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Continue Reading

You'll Also Like

213K 15.7K 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya...
267K 1.7K 6
Kisah kehidupan pasangan muda yg berjiran
2.8K 658 24
GENRE (SHORT-STORY/FANTASY/THRILLER) [Book 1] Pernahkan anda mendengar misteri si kucing hitam? Benarkah keberadaan kucing hitam petanda nasib malang...
16.3K 1.4K 52
Sudah lama dia 'tertidur'. Sudah lama dia tidak dibangkitkan. Bagi Ashwin, dia hanya seorang pelajar biasa. Tiada kuasa mahupun kelebihan. Hanya mem...