Home | Heaven

By sfxlullas

44K 5.7K 449

Semuanya bermula bila aku ditinggalkan di Kanada untuk memuaskan hati seorang lelaki tua yang jahat lagikan b... More

1
2
3
4
5
6
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
Yo
35
36
37
~CAST~
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
H|H Special 1
H|H Special 2
H|H Special 3

7

931 109 5
By sfxlullas

Gais, aku gurau je. Takkan dengan penuh tak malunya aku nak cakap aku sayang dia kan?

Gila ke apa?

Jadi penuh bodoh, aku menyambung ayat tu walaupun kedengaran pelik.

"Kau..wan- kawan aku, abang aku, mama papa aku, kak Liana, grandma, Purru, Froggy, abang Jalal, janda Melah-"

Ok lah, cukup-cukup la tu throwback. Orang dah nak sarung cincin dah tu.

Yea, harini Dee bertunang gaess! Wuuh! Maju betul kawan aku sorang tu. Tak menyempat. Umur baru 23 kot. Muda-muda ni enjoy duluu!!

Kalau dah namanya jodoh, terima jelah. Takkan nak ajal datang dulu?

Sh't. Aku terasa dengan kata-kata hati sendiri. Dasar lo hati.

"Wuih Farah"

Lia jentik bahu aku. Tak, sekarang ni, kenapa kau jentik? Kenapa tak tepuk je? Pelik benar minah ni. Elok pergi kawin dengan abang Delya jelah.

"Kau taknak makan ke? Aku lapar duh. Tunggu minah ni punya sarung cincin, kemain lama lagi. Setiap detik nak kena tangkap gambar. Gila lah. Takut pulak aku nak kawin nanti" Panjang lebar Lia membebel.

Takut nak kawin?

"Asal pulak?"

"Yelah, diorang nak tangkap gambar, aku nak makan. Kang, elok-elok bakal mak mertua nak sarung cincin, perut aku berbunyi. Tak pasal-pasal diorang ambik balik hantaran cau balik rumah" Lia menjeling ke atas. Sempat aku pandang Dee kat atas pelamin ringkas yang dibuat dua hari lepas.

Hemm. Betul la tu. Cahaya tak habis-habis memancar ke muka minah tu. Mesti lenguh rahang nak kena senyum sampai setengah jam.

Ni baru bertunang. Dah kawin nanti? Berpinar mata agaknya.

"Jom lah makan. Japgi kita datang balik, selfie dengan minah ni" Lia tarik-tarik tangan aku.

KOT YE PUN ELOK-ELOK LA SIKIT WOI TERANGKAT BAJU AKU SIOT!

Aku tibai tangan Lia sebelum bangun dan berlari keluar.

Tapi tulah, siapa je yang dapat lari dengan perfect sambil pakai baju kurung?

Tak, aku bukan nak kata aku tersalah langkah pastu terjatuh tergolek kat sini. Cuma sandal aku tadi entah hilang kemana.

Tak ada kena mengena kan? Hohoho.

Selipar purple berlogo gajah kat tepi pasu aku pakai. Dee punya ni. Tapi memandangkan harini dia tak dibenarkan pakai selipar, so aku pinjam la kejap.

Kepada orang yang ambik sandal aku tu, aku doakan kau tak dapat part ayam yang kau suka. Amiinn.

🐺🐊🐺🐊🐺

"Dia reject aku"

"Kau biar betul?"

"Betul.. Kesian pulak aku dekat dia. Nak kata tak hensem, ok je aku tengok. Ada mix lagi. Tinggi, pandai, kerja pun bagus. Kira boleh jadi Mr Perfect Ten la"

"Dah tu? Kenapa dia reject?"

"Eh mana aku tau. Aku tak wasap dia lagi. Balik nanti lah" Aku senyum nipis sebelum tarik cawan polisterin berisi air mangga dan minum.

Aku sebenarnya tengah bercakap pasal Rafael dengan Alice tadi. Rafael tu broken sebab Alice reject cinta dia. Jadi dia call aku tapi phone aku kat Riyaz. Nasib baik aku tak pernah cerita pasal Riyaz kat Rafael. Kalau tak, sumpah kantoi.

"Kesian dia.. Suruh dia datang Malaysia la, kawin dengan aku. Aku nak jugak anak aku ada mix Perancis eheks"

Amboih minah ni. Tadi kemain taknak kawin. Tibre.

"Pastu sekarang cemana? Dia tak frust ke?"

"Entah. Dia kata nak jumpa aku. Tapi aku cakap aku kat Malaysia, so.."

"So?"

Aku pandang Lia. Saja nak buat suspen sikit.

"Dia on the way"

"What?"

"Heyy Farah!"

Aku angkat tangan menegur lelaki berkemeja putih tu. Lia kat sebelah dah ternganga. Hilang ayu siot.

"I thought you said dia on the way datang Malaysia?"

"Nah. Dia on the way datang ke sini"

"Gila lah" Lia menggeleng dan terus bersandar kat kerusi. Rafael pun dah duduk depan aku. Muka dia memang nampak frust tapi dilindung dengan senyuman.

Haihh.. Pehal la dua orang ni. Penat aku kenenkan dulu. Siap belikan hadiah lagi.

Tak sampai seminit Rafael duduk, dua kerusi ditarik dan dua orang lelaki duduk disitu.

Riyaz dan Aril.

Oh yelah, Danny kan tak boleh datang harini. Sksksk. Kesiaann..

"Jadi kau la Rafael?" Tanpa memberi salam, Riyaz menegur lelaki di sebelahnya. Penuh dengan kekurangan ajaran.

Rafael senyum nipis.

"Yes I am. Rafael Jean-Marvellion. Nice to meet you, Riyaz" Tangan yang dihulur disambut Riyaz. Lepastu dia bersalaman dengan Aril pulak.

"Rafael"

"Aril"

"Dah berapa lama dengan Farah?" Tanpa berkias, Riyaz bertanya buatkan aku rasa nak baling selipar ni ke muka dia. Tapi of course la sebelum tu aku rendam dalam lubang jamban dulu. Baru ada rasa.

"Uhh.. 8 years ago I think? Saya kenal dia lepas dia pindah ke sekolah saya. Start from that, kami jadi kawan baik" Rafael senyum lagi. Aku tak rasa dia faham soalan Riyaz tadi.

Bengap jugak ye kau ni Rafael. Aku ingat kau orang paling bijak kat alam semesta ni.

"Aku tanya, dah berapa lama kau dengan Farah. Bukan bila jadi kawan"

"Sorry? What do you mean?"

"Dah berapa-"

"Dia ingat kau boyfriend aku" Malas nak menampakkan Rafael macam orang bodoh, aku terus mencelah.

Ehh cakap jela kau taknak Riyaz salah faham sebenarnya kan? Budu la kau ni Farah.

Rafael tercengang. Matanya berkedip beberapa kali sebelum dia gelak penuh sopan.

"For real? Haha! Woww.. This is another level of jokes" Rafael menggeleng perlahan. Cemana dia nak jadi pakwe aku kalau hati dia kat Alice lol?


Couple paksa ala-ala drama melayu giteww.

"Apa yang lawaknya?" Aril yang noob nampak makin tertanya-tanya dengan apa yang tengah berlaku sekarang.

Riyaz pandang aku. Jangan gitu brader. Sherram I.

"Jadi kau bukan pakwe dia la?"

"Nah. I have my own love eventough cuma bertepuk sebelah tangan" Rafael bangun dan tepuk meja perlahan. Cukup kami-kami je dengar. Makcik meja sebelah tak payah.

"But still, I need to talk personally with Farah later"

"Kau nak pergi mana?"

"Umm.. Balik hotel?"

"Ehh bro. Makan la dulu. Meh ikut aku. Kita melantak sama-sama" Aril turut bangun dan sangkut lengan kanan dia kat leher Rafael. Terus dia usung pergi khemah makanan .

Nasib kau la Rafael. Aril tu jenis cepat ngam dengan orang. Silap silap, malam ni dia ajak tidur rumah dia lagi.

"Weh Farah. Aku nak shushu la. Kau tunggu sini eh, jangan jumpa Dee lagi. Nanti korang tangkap gambar,aku tak ada" Lia tepuk bahu aku dan terus memecut masuk rumah.

Wah wahh. Macam dah lama peram je.

Sekarang,kat meja ni cuma tinggal aku dan Riyaz yang tak berhati perut. Aku cakap macam tu bukan membuta tuli, okey.

Haritu, lepas habis minum kat Starbucks, terus dia pergi kaunter. Aku ingat dia nak bayar. Ehh rupa-rupanya dia tunggu aku kat situ.

Ingatkan dia nak jadi hero typical wattpad iaitu tolong bayarkan walaupun heroin kata nak belanja.

Dah la bukan aku yang offer nak belanja pulak tu. Riyaz, is still Riyaz. Lelaki yang macam pisang.

Berjantung, tapi tak berhati.

"Sampai tembus ye meja ni kau tenung"

Aku angkat kepala pandang Riyaz yang berkemeja hitam. Rasanya tadi ada tie sebab dia baru balik dari pejabat. Sekarang dah hilang entah ke mana.

"Ano pinagsasabi mo?"

"Anak pinang sesat lima?"

Muka keliru abang Fir aku pandang sekilas. Menyibuk je aku nak berdating dengan Riyaz. Hek eleehh.

"Tumpang duduk jap tau. Ada makcik kacau aku tadi" Abang Fir sengih dan duduk kat kerusi Lia.

"Makcik? Really? Dia tak ada taste ke?"

"Amboih mulut kau. Nak aku rejam dalam tray sambal ayam ke?"

"Gurau. Makcik mana ni?"

"Entah. Tiba-tiba je datang promote produk kesihatan dia kat aku. Apa entah namanya. Almarsh Pretty kot"

"Haa betul la tu! Encik,cik semua ni nak tau tak, Almarsh Pretty ni banyak kebaikannya. Dia boleh membantu sistem penghadaman, cuci buah pinggang, turunkan berat badan.." Makcik berbaju kebaya biru yang entah datang dari mana mula bercakap sampai bersembur air liur.

"Astaga.. Sampai ke sini dia ikut aku" Abang Fir tunduk dan tekup telinga.

".. dan tambah tinggi. Antara ramuan yang terkandung dalam Almarsh Pretty ni ialah manjakani, limau gedang, halia, tunjuk langit-"

"Makcik, kenapa nak tunjuk langit sedangkan boleh tunjuk jodoh?"

"Fir, tu, jodoh kau!"

Aku terus pandang pagar rumah bapak Dee. Walaupun ramai orang yang lalu-lalang, tapi aku tetap dapat nampak dengan jelas.

Kak ****?!

Ok jujur, sebenarnya aku lupa nama dia. Tu perempuan yang tolong aku masa kena tolak masuk dalam kolam Froggy dulu. Apa namanya pun aku dah lupa. Maisara eh? Ke Mashitah? Masimmo?

Entah lah. Yang pasti, abang Fir dah berpeluh teruk. Tak tau lah kenapa. Tergigit cili agaknya.


4 September 2020  [ 5.04 P.M. ]

Continue Reading

You'll Also Like

394K 18.3K 55
Cinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan kisah dari Alexandra Highschool Banyak...
1.4K 46 5
Seorang lelaki bernama illham hakkim bin dato hisham zulkarnaen merupakan seorang student di Politeknik Melaka. Dia berumur 22 tahun. Dia merupakan...
154K 1.1K 6
🐬PAID VERSION.DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Zehra Ivory. Seorang nerd? Mungkin. Pemalu. Kekok. Sudah tentu. Dia ada rahsia yang tiada siapa tahu. Lebam.l...
242K 15.8K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...