Us ✔

By FaryoonaHana

37.6K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... More

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 73

575 35 3
By FaryoonaHana






"KAU..kau tak bagi ke aku jadi tentera?" Eiz menyoalku kembali.

Dan buat seketika aku dapat membaca pandangan matanya, yang dia betul-betul nak pergi.

Aku mendengus sambil tersenyum sinis. Baru tadi saja kitaorang berbaik tapi sekarang ni jiwa aku meronta-ronta untuk memberontak.

Kenapa dia masih berkeras nak pergi? Ah! Aku tak sanggup.

Ika, relaks.

Sabar. Jangan ulang kesalahan sama. Kawal emosi kau.

Aku menarik nafas dalam lalu melepaskannya. Aku kembali memandang Eiz di depan mata.

"Aku tak kisah bila kau jadi tentera as a trainee, sebab nanti aku pun pergi sambung belajar right?  Tak ada lah nak teringat sangat bila duduk dengan kawan-kawan. Tapi macam mana kalau kita dah habis belajar, dah besar, ada kerja nanti?  Aku kena hidup sorang-sorang lagi ke? Tentera mana ada masa dengan keluarga, Eiz." 

"Schedule tentera pack gila, aku tahu tu. Handphone korang pun nanti kena ambil. For a long time, korang tak boleh nak contact ahli keluarga kecuali bila phone diserahkan balik je. Macam mana aku nak stay contact kau?" Ujarku panjang lebar. Mataku dah mula berkaca.

"Aku tak nak berjauhan dengan kau lama-lama." aku memasamkan muka.

Ya, menjadi tentera bukanlah mudah. Pelatih terpaksa menjalani latihan awal selama 9 bulan, tanpa gajet. Aku ulang, tanpa gajet.

If ada hal kecemasan sekalipun, waris perlu menghubungi pejabat terlebih dahulu untuk memaklumkan perkara tersebut. Nak call rindu-rindu, homesick apa semua tu, pakai public je lah.

Mana aku tahu?

Sebab aku dan Eiz kedua-duanya ahli PKBM. Kami pernah join kem Tentera semasa form 4 dahulu, di mana tentatifnya memang seakan-akan latihan tentera sebenar. Kami juga didedahkan dengan pelbagai info tentangnya. Latihan, kawad, masuk hutan, merentas halangan, latihan menembak dan macam-macam lagi. Sumpah penat tak tipu!

Walaupun aku suka aktiviti-aktiviti lasak macam tu, tapi tentera bukanlah pilihan aku sebagai kerjaya. Dan aku tak faham kenapa Eiz minat sangat dengan pekerjaan itu.

"Asal manja sangat ni?" Eiz senyum mengejek. Lebar betul senyum tu sampai mata sepet.

"Aku tak nak duduk sorang-sorang. Bosan tahu tak. Cukuplah 16 tahun aku jadi anak tunggal. Nanti dengan siapa aku nak gaduh? Siapa nak dengar aku bebel?"

"Izzah ada. Edhan ada. Haa tu Isyraf lagilah, adik kesayangan kau kan." Dia tergelak kecil.

"Eiz, aku serius ni."

Eiz ketawa kecil seraya menggelengkan kepala. Dia berdehem kecil sebelum kembali memandang aku. "Ika, cuba pandang atas."

Aku mengerut kening. Pandang atas?

"Just look up."

Tidak mahu berbalah, aku turutkan sahaja arahannya. Aku mendongak memandang ke langit.

"Can you see? We both are under the same starry sky."  Bahuku dipaut Eiz lalu dia menarikku ke sebelahnya. Dia turut memandang ke langit.

"As long as we share the same sky and breathe the same air, we're still together."

Aku menoleh ke arahnya, memandang dia yang masih bermadah pujangga.

"And I want you to know, even there are many stars in the sky, but only one shines trough my heart."

Eiz menoleh ke arahku menyebabkan anak mata kami saling bertemu. Menambahkan lagi debaran dalam hati.

"And that is you."

Eiz sekali lagi berjaya buat aku tersenyum. 

"Aku minta maaf kalau aku pentingkan diri tapi ini impian aku dari kecil. Dah lama aku nak kan benda ni. Aku tak tahu kenapa aku suka sangat nak jadi tentera sedangkan semua orang tahu yang banyak risikonya."

"Kadang-kadang kita sendiri pun tak dapat nak jelaskan kenapa kita suka pada sesuatu. Rasa minat dan suka tu datang dengan sendiri. Aku tak boleh nak jelaskan and it same goes to you."

Tangan Eiz naik bermain-main dengan tudungku.

"Bila semua orang cakap kau teruk, kau jahat, kau tak boleh berubah.. Tapi kau masih jadi diri kau sendiri.  Kau abaikan apa yang orang lain cakap sebab kau kenal diri kau macam mana. Walaupun pada mulanya aku pun tak suka kau, tapi lama-kelamaan aku mula nampak sisi kau yang lain. Pada aku, kau gadis yang paling kuat yang aku pernah jumpa."

"Bila aku dah kenal kau dan aku berjaya approach kau, aku happy sangat. Dan aku tekad betul-betul nak dekat dengan kau. Sebab tu setiap hari aku akan cari gaduh. Aku nak kau selalu ingat aku." Ujar Eiz lalu tergelak kecil.

Cis, masalahnya dia cari pasal teruk sangat!

"And yeah, thats it. Bila aku cakap aku nak kan sesuatu, aku betul-betul maksudkannya. Tak kiralah even benda tu susah dan banyak halangan sekalipun. Aku tetap akan cuba selagi ada peluang."

"Suprisingly, aku tak sangka hubungan kita akan sampai sini." Hujung bibir Eiz menarik senyum. Aku dapat mentafsir senyuman bahagia itu.

Kerana aku juga turut tersenyum sepertinya. Seolah-olah kami berkongsi perasaan yang sama.

"Tapi itulah.."

"Itulah apa?" celahku. Memandang Eiz hairan.

"Kahwin muda." Eiz menghamburkan tawanya. Dan begitu juga aku.

"Aku tak expect langsung yang aku akan kahwin muda. Tahun ni pula tu. Cepat gila. Ingatkan dapat start relay je dengan kau. Sekali Allah bagi, abah pinang kau terus buat menantu."

Aku gelak besar mendengar kata-katanya. Lucu bila teringat balik kisah lama.

Eiz kembali mencuri pandangan aku apabila kedua tanganku  digenggamnya.

"Tapi sekarang kau dah jadi milik aku Ika. Milik aku yang halal, dan aku takkan sesekali lepaskan walau ada apa jua halangan sekalipun. Itu janji aku. Same goes to this matter, aku betul-betul tekad nak jadi tentera. Aku minta maaf aku tak boleh nak lepaskan impian aku yang satu ni. Aku harap kau faham." Ujar Eiz bersama pandangan bersalah.

Aku mengangguk kecil sambil mengemam bibir. Aku menghela nafas berat. Tak sanggup nak melepaskan.

"Aku takut kau tinggalkan aku. Tu je."

Kalau dulu aku nak Eiz jauh dari aku, sekarang aku nak dia selalu ada dengan aku. Aku tak boleh bayang kalau dia tak ada dengan aku.

Sekali lagi mata kami berdua bertentang. Eiz senyum lalu tergelak kecil.

"Eiii manjanya!" Pipiku dicubitnya penuh rasa geram.

Aku mencebik. Orang tengah sedih ni. Dia ingat main-main ke. Nak mengata aku lah tu!

"Janganlah sedih-sedih. Bukan confirm pun aku layak masuk sana. Result SPM pun tak keluar lagi."

"Tak kisah la. Aku tak nak kau tinggal aku. Kau jangan mengurat orang lain eh..." Jari telunjukku ditala ke mukanya. Bagi warning siap-siap dah ni. 

"Kau akan setia dengan aku kan?" Aku menyoalnya lagi. Walaupun aku boleh mengagak jawapannya, sengaja aku nak menguji.

"No one can replace you Ika."

"Betul?"

Eiz tergelak mendengar soalan aku. Entah kat mana yang lawaknya.

"Ika, wake up. You are my wife, not my girlfriend. How can I left you just like that?"

"But you're still 17. Both of us still young. Tak mustahil banyak benda akan terjadi sepanjang kita nak membesar ni."

"Kau masih tak percayakan aku?" 

Aku hanya mampu terdiam mendengar soalan itu.

"Jawab la." Ujar Eiz.

"Percaya."

"Then? Kenapa masih ragu-ragu?"

Bibir dikemam rapat. Aku diam tak menjawab.

Haih, kecewa betul dengan diri sendiri. Kenapa lah kau asyik ragu-ragu dengan Eiz, Ika?

Lantas, aku tersentak apabila kedua belah bahuku dipegang lalu badanku dikalih menghadapnya. Eiz tunduk sedikit menyamakan ketinggiannya dengan aku.

"Ika, keep this in your mind.. Yumna Zulaikha Asfieya hanyalah milik Eizzaril Ikhwan seorang. Sampai bila-bila. Tak akan ada orang lain." Dalam anak matanya merenung ke arahku.

Walaupun wajah tegangnya mula kelihatan, aku dapat lihat keikhlasan di sebalik kata-katanya.

"Kau percaya aku kan?"

Seketika, aku termenung selepas mendengar pertanyaan Eiz.

Aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Itu cita-cita dia untuk jadi seorang tentera. Eiz ada target dan matlamat sendiri. Siapa je aku nak menghalang? Aku sebagai seorang isteri, kena sokong dia bukannya buat dia berat lagi nak pergi.

Aku kena kuat demi Eiz.

Aku mengangguk laju bersama senyuman. "Aku percaya kau."

Eiz tersengih lega. "Thanks babe."

Dia kembali tegak membetulkan posisi badan lalu menampar lembut pipiku.

"Dah, tak payah cakap pasal ni lagi. Kau tu bukan boleh. Japgi mula nak meleleh air mata."

Aku mencebik lalu merenungnya tajam. Eii dia ni! Tadi bukan main sweet, lepastu ejek orang.

Dia tersenyum suka apabila melihat reaksiku yang bertukar garang.

"Kan comel sikit macam ni. Ni tak. Cengeng. Sikit-sikit nak menangis."

"Biarlah." Aku guling mata ke atas.

Eiz tersenyum lebar sehingga menampakkan lesung pipitnya di pipi sebelah kiri. Terhibur dengan reaksi aku mungkin. Kemudian, kami sama-sama terdiam terbuai dalam dunia masing-masing.

"Terima kasih sebab terima aku dan tak give up dengan hubungan ni." Ucapku sambil menoleh ke arahnya. Eiz yang tersentak hanya tersenyum manis.

"Terima kasih juga sebab percayakan aku untuk jaga kau."

Aku tersenyum bahagia. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya aku tika ini. Memang benar, aturan Allah tak pernah silap.

Keputusan Abah menjodohkan aku dan Eiz bukanlah perkara yang bodoh. Ianya satu keajaiban dan menjadi perkara terindah dalam hidup aku.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)

Pelukan di bahuku dikemaskan lalu Eiz menarikku lebih rapat dengannya. Kami sama-sama melangut ke arah langit yang terbentang luas.

Watching the stars with your loved one, isn't the most precious moment that all girls dreamed of?

Entah apa yang kami bualkan pada malam itu. Yang pasti kami memohon maaf atas kesilapan masing-masing dan cakap pasal masa depan. Ada juga la kami throwback sikit-sikit.

Malam ini menjadi memori paling bahagia untuk aku. Berada di samping Eiz buatkan aku rasa selesa dan selamat. Berduaan sambil dijamah dengan pemandangan langit di waktu malam tanpa gangguan sesiapa.

Aku inginkan lagi saat-saat ini!

"Eiz," panggilku. Aku menoleh ke arahnya di sebelah. Kini kami berdua sudah duduk bersila di atas tanah. Ada je kerusi batu kat tepi kolam ikan tu tapi sajalah tak nak. Tak best.

Eiz menjongket sebelah kening.

"Kalaulah nanti ada orang ketiga, ataupun aku buat masalah lagi.. Kau masih nak bertahan ke dengan aku?" Tiba-tiba sahaja soalan itu terpacul dari mulut.

Itulah Ika, tengok drama banyak sangat. Semua kemungkinan kau nak fikir.

Aku dapat lihat pipi Eiz ternaik. Dia tersenyum sinis. Dah kenapa pula dia senyum macam tu? Berdebar pula aku dibuatnya. 

"I will choose you. I will choose you over and over.  Without pause, without doubt. I will keep choosing you bidadari." Eiz tersenyum kecil ke arahku.

"And no matter what happen, I will never give up on us."

Aku senyum. Semakin berbunga-bunga hati ini dibuatnya.

Aku harap hubungan ini akan kekal sampai bila-bila. Moga Eizzaril Ikhwan menjadi lelaki yang pertama dan terakhir untuk aku. Amin. 

"Saya sayang awak, Eizzaril." Luahku tiba-tiba membuatkan Eiz merenung aku dengan pandangan terkejut.

Saya awak?

Walaupun Umi dah pesan lama untuk guna panggilan tu tapi sekarang baru aku rela untuk menggunakannya. Nampak simple tapi bagi aku susah sangat nak guna. Tak tahulah kenapa.

Eiz tersenyum lebar. "Saya sayang awak juga, Zulaikha." 





********************





Harinya telah tiba.

Setelah tiga bulan bermalas-malasan dan mengaratkan otak di rumah, hari ni dah ambik result woii!

Takut!

Punyalah gelisah sampai tak boleh nak lena semalam. Lebih kurang dalam pukul 3 juga la baru aku boleh lelapkan mata. Sekarang ni aku masih lagi termenung di depan cermin, menatap sekujur tubuhku yang siap bersarungkan uniform sekolah.

Boleh tak kalau aku tak nak ambil result?

"Ika, siap tak lagi tu?" Mama mengetuk pintu dari luar.

"Sudah." Aku menyahut.

"Jom. Papa dah siap tu."

"Okay. 5 minutes."

Aku bingkas bangun dari duduk lalu mengambil apa yang patut. Sekali lagi aku mengerling ke arah cermin, memastikan kekemasan dan penampilan aku berada dalam keadaan baik. Setelah berpuas hati, dompet dan telefon pintar di atas meja solek dicapai.

Tiba-tiba telefon aku berdering menandakan ada panggilan masuk. Melihat nama yang tertera pada skrin, terus sahaja hati aku melonjak riang. Kemain lebar senyum.

"Hello!" Ujarku excited.

"Assalamualaikum.." Eiz membalas di hujung talian.

Okay. Fine.

"Waalaikumsalam." Jawabku sambil mengguling mata. Tak habis-habis cari pasal.

"Kat mana dah?" Soal Eiz.

"Baru nak keluar rumah. Kenapa? Awak dah on the way?"

Ya, kami dah tukar panggilan guys. Saya-awak. Tak ke lebih manis giteww.

"Haah.." Jawab Eiz. Dia jeda seketika sebelum kembali membuka mulut.

"So, how? Are you ready?"

Aku mengeluh kecil mendengar soalan Eiz. "No, I'm scared.."

Eiz tergelak kecil. "Kenapa nak takut? Result je pun. Chill chill la."

"Hm, pandai bolehlah chill. Straight A dalam tangan." Ujarku.

Eiz budak target. Aku yakin punyalah dia mesti dapat straight A. Aku ni? Hm, lainlah. Entah berapa A lah yang aku sempat kutip.

Eiz menghamburkan tawanya. "Awak tahu mana? Result tak umum lagi kan. Sampai sekolah pun tak lagi."

Aku hanya diam tak membalas. Layankan saja kata-katanya. Dalam hati, aku nervous gila. Sumpah tak tipu.

"Ika?" Eiz bersuara apabila mendapati aku mula berdiam diri.

"Hey.. Janganlah diam. Orang call nak lepas rindu ni."

"Mengada. Kejap lagi jumpa juga kan?" Aku muncung bibir. Hish, manja betul.

"Rindu lah, dah seminggu tak tengok muka. Bilik saya rasa sunyi je."

Aku menepuk dahi. Haih la Eizzaril..

"Goodluck tau." Ucap Eiz.

"All the best. Awak dah buat yang terbaik." Sambungnya lagi.

"Eiz saya takut.." 

"Janganlah takut. Percaya diri sendiri okay? Sekarang ni kita serahkan semuanya pada Allah. Sabar, redha, tawakkal. Dalam kereta nanti, sepanjang perjalanan jangan lupa selawat dan doa. Moga Allah permudahkan urusan kita."

Aku gigit bibir. "Tapi, macam mana nanti kalau result saya tak macam yang diharapkan? Macam mana kalau result saya teruk? Kalau Papa dengan Mama kecewa dengan saya macam mana? Saya tak nak diorang sedih sebab saya."

Aku meluahkan segala yang terbuku dalam hati. Itu lah perkara yang aku sangat risaukan sejak semalam. Kalau aku seorang je yang kecewa dengan result aku, aku tak kisah. Tapi macam mana pula dengan perasaan Mama dan Papa nanti?

"Ika, relaks. Awak tak tengok lagi pun result tu. Kenapa nak overthinking? Kenapa nak fikir negatif?" Eiz cuba menenangkan aku.

"Saya tak nak kecewakan semua orang, Eiz. Saya je satu-satunya harapan Mama Papa."

"Ya, I know babe. But please, dont let the negative thoughts conquer your mind. Everything will be fine. Trust me."

Aku menarik dan menghembus nafas seketika untuk menghilangkan gentar. Cool down Ika. Ni baru kat rumah tau, bukan lagi kat dewan.

"Ika dengar ni," Eiz bersuara lagi.

"Kejap lagi, Yumna Zulaikha Asfieya dan Eizzaril Ikhwan akan naik pentas sama-sama." Ujar Eiz.

Aku tersenyum kecil seraya meng 'amin' kan kata-katanya. Moga-moga ia menjadi kenyataan.

Tapi..

Aku masih takut!

"In shaa allah semuanya akan okay. Kita usaha, doa, tawakkal. Jangan nervous okay. Semua orang ada dengan awak. Allah ada, saya pun ada." Ujar Eiz lembut.

Aku tersenyum kecil. Buat seketika, hatiku terdetik rasa syukur kerana dikurniakan pasangan seperti Eiz.

Dia selalu faham aku, dia selalu ada dengan aku, dia selalu tenangkan aku dan dia sahaja yang boleh handle aku.

"Ika!" Oh no, Mama dah panggil.

"Eiz, Mama dah panggil tu. I have to go."

"Okay, okay."

"Eiz," panggilku.

"Ya?"

"Thanks." Bibirku menarik senyum.

"My pleasure, bidadari."

"Goodluck to you too. All the best. Tak sabar nak tengok awak naik pentas."

"Dengan awak." Eiz menyambung ayatku. Aku hanya tersenyum suka.

"Okaylah. Got to go now. Thanks for everything." Ucapku lagi.

"Most welcome, sayang. Bye. Love you." Ujar Eiz dengan suara gedik dia.

"I love you more."







***********




Segala Puji Bagi Allah..

Aku menatap lama sekeping sijil peperiksaan di tangan bersama senyuman yang tak dapat diselindung lagi.

Mama pantas menarik aku ke dalam pelukan lalu mencium seluruh wajahku. Aku hanya tergamam, masih tak percaya.

"Tahniah anak Papa. You did it." Papa mengusap-usap belakang aku.

"Congrats sayang, I'm very proud of you. You did it really well. Mama tahu Ika takkan pernah kecewakan Mama dan Papa." Ujar Mama lalu memeluk aku semula.

Pelajar-pelajar di belakang kami hanya diam menonton adegan menyentuh hati. Ya majlis penyerahan slip keputusan masih lagi berlangsung. Kami bertiga baru sahaja kembali ke tempat duduk.

Nak tahu sebab apa?

Aku baru sahaja turun dari pentas tadi sebagai pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang! Walaupun bukan straight A, tapi keputusan ini cukup membanggakan aku. Dan Mama Papa juga.

Guys, I got 9A 1B!

Betapa gementarnya aku, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sesak nafas, rasa nak pengsan semua ada.

Syukur, akhirnya nama aku disebut juga untuk naik ke pentas.

Dan seperti yang dijangkakan. Eizzaril Ikhwan memang dapat straight A. Dia berjaya buktikannya. Abah dan Umi pun nampak gembira sangat.

I'm very happy for him.

Terima kasih Allah, Engkau makbulkan doa kami. Kami berdua berjaya naik pentas sama-sama. Walaupun bukan dengan keputusan yang sama, tapi ia tetap bermakna.

Mama menghela nafas panjang.

"How grateful I am, having you both in my life. My daughter and son-in-law got a super excellent result. Mama bangga sangat dengan korang berdua." Ujar Mama sambil menyeka air mata yang dah bertakung.

"Maa, janganlah nangis. Malulah kat orang." Aku tergelak kecil sambil mengelap air mata Mama.

"Hm macam tak tahu perangai Mama Ika tu. Cengeng. Anak tak menangis pun dia pula yang melebih." Usik Papa.

"Eii abang ni, biarlah." Balas Mama seraya menjeling lembut.

Aku tersenyum sendiri. Okay, tahu dah dapat perangai cengeng dari siapa.

Tiga puluh minit berlalu, akhirnya majlis ini sudah melabuhkan tirainya.  Semua orang dah dapat keputusan SPM masing-masing. Aku pun dah jumpa dengan cikgu-cikgu, mengucapkan terima kasih atas segala ilmu yang pernah dicurahkan.

Then, aku pun apa lagi. Jom jumpa geng Whites!

"Ika!!"

"Congrats!"

"You too!" Aku berpelukan dengan Zulfa dan Anis. Kelihatan Ema, Nuryn dan Syaf dari jauh berlari meluru ke arah kami.

"Tahniah korang!"

"Alhamdulillah we did it well."

"Tak sia-sia kita stay up sampai lewat malam, study sama-sama."

"Alhamdulillah."

Kami berpelukan sekali lagi. Syukur, kami berenam berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.

Zulfa dan Syaf straight A. Ema, Nuryn dan Anis pula dapat keputusan yang sama seperti aku.

See? Kan aku dah pernah kata, Whites permata sekolah.

"Hey girls!"

Kami berenam menoleh ke arah suara yang memanggil.

Rafiqy!

"Tahniah korang semua." Ujar Rafiqy yang tersenyum manis. Kemudian, geng-geng dia pula menyusul di belakang mendekati kami. Ryan pun ada sekali.

"Tahniah Zulfa, Syaf. Set-set padu ni." Ucap Ayyad.

"Thanks. You too." Balas Syaf malu-malu.

"Tahniah Fieya. Aku bangga ada cousin macam kau." Bisik Ryan yang menghampiri aku. Kini kami berdiri bersebelahan.

Aku tergelak kecil. "Thank you. Kau pun. 8A kot, tak kan tak hebat lagi."

"Dapat aura cousin macam tu lah."

"Hek eleh. Poyo." Aku kembang hidung sambil buat muka toya. Kemudian, kami saling berpandangan sebelum sama-sama tergelak.

"Congrats semua. Aku bangga ada kawan macam korang." Kata Naufal. 

"Eh sejak bila kitorang kawan dengan kau?" Soal Anis sinis. Pertanyaannya mengundang tawa kami.

Naufal menjeling. "Hek eleh. Diamlah. Aku kunci dalam loker nanti baru tahu. Biar sesak nafas."

"Ish!" Anis muncung bibir. Bebal.

"Korang nanti dah berjaya, kerja hebat-hebat jangan lupa aku pula." Pesan Rafiqy dengan muka sebiknya.

Sedih sebab semua orang bakal bawa haluan masing-masing nanti.

"Huhu.."

"Eh Eiz mana? Tak nampak pun dia." Ema menjenguk sekeliling. Pertanyaannya mencuri perhatian aku.

Haah la baru perasan dia tak ada sekali.

"Alah, head prefect kesayangan ramai. Mesti la semua orang nak bergambar dengan dia." Jawab Ayyad.

Pantas aku melihat sekitar dewan, mencari kelibat Eiz. Membulat mata aku apabila melihatnya sedang bergambar dengan sekumpulan budak perempuan. Rapat pula tu!

Yang perempuan lain pun ramai lagi tengah tunggu turn. Lepas tu ada juga yang bergelak ketawa dengan dia. Entah apa la yang dibualkan.

"Oh, macam ni perangai. Tak apa tak apa. Tengoklah nanti. Hmph!"

Kemudian, aku sambung berbual dengan mereka dan turut mengambil beberapa gambar untuk dijadikan kenangan. Buat seketika, hati aku dihurung rasa sebak.

Aku perhati satu-persatu wajah mereka. Wajah insan-insan yang selalu ada dengan aku. Sahabat jatuh bangun, yang sentiasa menghulurkan tangan bantu aku bangkit semula. Semoga persahabatan kami akan kekal sampai bila-bila.

Selalu dengar orang kata,

Dalam banyak-banyak kawan, kawan sekolah menengah lah yang kita akan paling rapat dan akan stay sampai besar.

Harapnya begitulah.

"Fieya jom ambil gambar berdua." Ajak Ryan yang dah sedia dengan telefon di tangan. 

Aku pun apa lagi, on je!

Snap!

Sebaik sahaja satu keping gambar diambil, aku terundur ke belakang.

"Dah dah. Tak payah nak banyak-banyak sangat."

Seseorang memeluk pinggang aku, menarik aku menjauhi Ryan.

"I'm watching you Ryan." Eiz mengecilkan matanya. Menghadiahkan pandangan tajam kepada Ryan.

Ryan tayang muka tak percaya. "Ya Allah, aku ambil gambar je."

"Tak kira, aku jeles jugak." Balas Eiz.

Laju aku menepis tangan Eiz. Gelabah.

"Eiz, not here. Kita kat sekolah." Marahku dengan nada berbisik.

Eiz hanya tayang muka tak bersalah sambil tersenyum sinis. Aku menjeling dingin lalu kembali menoleh ke arah Whites.

Dan ya, mereka semua tercengang melihat ke arah aku dan Eiz. Aku menelan liur.

Mampus.

"Erm actually we saw that." Nuryn senyum nipis sambil memeluk tubuh. Yang lain juga menunjukkan reaksi yang sama. Ada yang terkejut dan ada juga yang ketawa jahat.

Yang gelak jahat tu siapa lagi, Zulfa la!

"Kau jangan cakap yang kau buat perangai lama balik. Takkan dengan Ika pun kau nak sentuh?" Kata Dzar.

Eiz memang dikenali dengan perangai miangnya yang satu tu. Dia bukan kisah pun pegang-pegang perempuan ni. Anak ustaz saja!

"Tak, aku tak hairan Eiz tu. Tapi Ika." Sampuk Rafiqy.

"Dia macam tak terkejut pun Eiz buat macam tu. Macam.."

"Dah biasa." Sambung Luth.

Serentak mata mereka semua mencerlung ke arah aku.

"Mana ada! Korang ni suka-suka je tuduh aku." Balasku cuba mengelak.

"Haah, Ika nampak macam tak marah Eiz sangat pun. Ika yang aku kenal bukan macam ni. Kau pantang kalau lelaki pegang, jadi harimau. Tapi ni tak." Tambah Anis pula.

Aku memandang ke arah Eiz cuba untuk meminta pertolongan. Aku tak tahu macam mana nak cover.

Semua salah Eiz lah ni!

"Erm tak, aku.."

"Alah korang ni. Kitorang dah halal lah. Buat apa Ika nak marah aku pegang dia." Ujar Eiz selamba.

Masing-masing terbeliak mata mendengar pengakuan tak senonoh Eiz. Termasuklah aku yang dah terjegil ke arahnya macam nak telan.

"Eiz don't." Aku ketap gigi bagi amaran.

"Ika, saya penatlah. Sampai bila kita nak berahsia?" Eiz pandang aku lama. Dia memang sengaja nak buat aku naik angin.

Ryan dan Zulfa dah awal lagi gelak tak ingat dunia. Yang lain pula masih bingung. Tajam mata mereka mencerlung ke arah aku. Lagi-lagi Whites.

"Ika apa ni?" Ema, Anis, Nuryn dan Syaf mengerut kening. Fikiran mereka dipenuhi tanda tanya.

Geng Eiz juga tayang reaksi yang sama.

"Wei tak kan lah korang.."

"Haah, kitorang dah nikah." Eiz dengan bangganya membuat pengakuan. Aku pula dah rapat tertunduk ke lantai.

"Whatt?!"



















RINDU SIS TAK?!! HAHAHAHA

Ke rindu Ika dengan Eiz je 😭😭 kalau x rindu sis x nak kawan 🥺

Firstly, sorry sngt (1000x) sbb tangguh lama cerita ni. Sumpah busy sngt. Tambah2 nk dkt exam plak kan. Banyak sngt kerja, pastu kena tidur awal lagi. Sorry tau sbb buat korang tertunggu2. So, nahh sis tambah lagi satu chap, this one panjang punya!

Hope korang suka. And lastly, tq sngt2 sbb sanggup tunggu cerita sis ni. I is terharuu❤️ tq sngt2 tau, tanpa korang siapalah sis. Btw doakan sis dpt jwb exam yaaa.. After exam sis update epilog pula okayy.

Alright, dh nk tidur. Kita jumpa kat epilog ya. Hihik. Kali ni betul2 🤭🤭 tak ada dh tambah chap. Bye!! Night!

With love,
Faryoonahana 🌺💓

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 93K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
2M 78.6K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...
40.5K 2.7K 40
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
Lanets By /zu:/

Teen Fiction

3M 304K 86
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi y...