Dia Pemilik Hati [C]

By LeannaRose_

4.7M 187K 27.3K

[ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ] AULIA SAFINNA. Seorang gadis kacukan German yang berumur 24 tahun berasal dari keturunan yang... More

ʜᴀʀʀᴀᴢ | ᴀᴜʟɪᴀ
BAB 1🌹
BAB 2🌹
BAB 3🌹
BAB 4🌹
BAB 5🌹
BAB 6🌹
BAB 7🌹
BAB 8🌹
BAB 9🌹
BAB 10🌹
BAB 11🌹
BAB 12🌹
BAB 13🌹
BAB 14🌹
BAB 15🌹
BAB 16🌹
BAB 17🌹
BAB 18🌹
BAB 19🌹
BAB 20🌹
BAB 21🌹
BAB 22🌹
BAB 23🌹
BAB 24🌹
BAB 25🌹
BAB 26🌹
BAB 27🌹
BAB 28🌹
BAB 30🌹
BAB 31🌹
BAB 32🌹
BAB 33🌹
BAB 34🌹
BAB 35🌹
BAB 36🌹
BAB 37🌹
BAB 38🌹
BAB 39🌹
BAB 40🌹
BAB 41🌹
BAB 42🌹
BAB 43🌹
BAB 44🌹
BAB 45🌹
BAB 46🌹
BAB 47🌹
BAB 48🌹
BAB 49🌹
BAB 50🌹
BAB 51🌹
BAB 52🌹
BAB 53🌹
BAB 54🌹
BAB 55🌹
BAB 56🌹
BAB 57🌹
BAB 58🌹
BAB 59🌹
BAB 60🌹| ENDING
AUTHOR TALKS
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2
SPECIAL CHAPTER 3
SPECIAL CHAPTER 4
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟭
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟮
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟯
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟰

BAB 29🌹

61.2K 2.9K 306
By LeannaRose_

Teratak Fatimah 2004

HARRAZ DANIAL yang hanya berumur 9 tahun ketika itu meronta-ronta dalam dukungan Pak Ali minta diturunkan.

Pintu kereta ditutup guna kaki. Perlahan-lahan tangga kayu dipijak berhati-hati. Pak Ali terus letakkan Harraz depan pintu.

"Nak pergi pantai! Nak pergi pantai!" Harraz merengek-rengek sambil kaki pemandu driver papanya ditarik-tarik.

Pak Ali garu kepala. Tak pernah-pernah anak majikannya buat perangai macam ni. "Alah tadi kan kita dah pergi taman. Cukuplah tu. Lain kali Pak Ali janji, Pak Ali bawa Harraz pergi pantai. Sekarang tak boleh lah."

"Harraz nak pergi pantai juga!" Harraz membentak kuat. Kakinya dihentak-hentak. Bergema bunyi lantai yang diperbuat dari kayu ni.

Hajah Fatimah muncul depan pintu. Bertempek
koyok di kepalanya menandakan dia tak berapa sihat. Dah 2 hari dia demam teruk.

"Cucu tokma kenapa ni?" Dia gagahkan juga untuk bangun dan jenguk di luar. Dari dalam bilik dia dah boleh dengar suara cucunya mengamuk.

"Tokma, Harraz nak pergi pantai. Pak Ali tak bawa Harraz." Ngadu Harraz. Dia peluk pinggang satu-satunya nenek yang dia masih ada.

"Harraz lain kalilah kita pergi pantai. Tokma kan sakit ni, atuk pula pergi kenduri kahwin. Siapa yang nak tengok kan Harraz kat sana nanti? Kita tunggu papa dengan mama balik dari Dubai lagi 2 minggu baru kita pergi bercuti kat pantai. Boleh pergi pantai dengan adik sekali." Pujuk Hajah Fatimah.

"Ishh! Bencilah macam ni! Tokma memang dah tak sayang Harraz." Harraz mendengus kuat. Dia peluk tubuh dan pusing membelakangi Hajah Fatimah. Nak tunjuk dia tengah merajuk sekarang ni.

"Harraz tak sayang tokma ke? Kenapa tiba-tiba degil ni langsung tak nak dengar cakap tokma."

"Ala.. please tokma. Pak Ali kan ada, Pak Ali boleh tengokkan Harraz. Lagi pun Harraz kan big boy bukan budak kecil lagi. Harraz boleh jaga diri sendiri."

"Kalau papa tahu macam mana? Papa tak benarkan tau Harraz pergi jauh mana-mana tanpa tokma dengan atuk. Habis tokma yang kena marah nanti. Tak kesian ke dengan tokma nanti?"

"Ala tokma janganlah bagi tahu papa dengan mama. Ni Harraz ada coklat ni, tokma janji tau dengan Harraz jangan bagitahu papa." Sebungkus gula-gula diseluk dari poket dan diletak atas tapak tangan wanita itu.

"Nak rasuah tokma ke apa ni?"

Rasa berat hati sebenarnya nak izinkan cucu kesayangannya pergi tanpa pengawasannya. Nak ikut serta tapi dia pun tak larat sangat. Nanti ada yang tumbang kat pantai tu karang. Lagi pun, bila Harraz buat perangai macam ni pujuk lah macam mana pun, tak akan jalan punya selagi tak tunaikan apa yang dia nak.

"I let you go this time. But you have to promise me. Kat sana nanti jangan buat perangai. Dengar cakap Pak Ali. Jangan degil. Jangan nak merayau-rayau seorang diri. Sharp 30 minutes you back home okay." Arh dia selalu kalah dengan pujuk rayu cucunya. Lagi-lagi bila Harraz dah buat muka comel.

Harraz dah melompat kegirangan. Seronok kemahuannya dituruti. "Okay Harraz promise." Jari kelingkingnya disatukan dengan jari kelingking tokma. Tanda yang dia betul-betul berjanji.

"Ali, nanti bawa dia pergi Teluk Batik. 45 minit je dari sini. Cukup 30 minutes bawa dia balik. Kalau dia tak nak, heret je dia masuk kereta."

"Baik Hajah." Pak Ali angguk faham. Memang inilah tugasnya sebagai pemandu peribadi Tan Sri Kamil merangkap penjaga kepada Harraz juga.

"Harraz sayang tokma!" Sempat dia peluk tokma sebelum laju tarik tangan Pak Ali turun tangga.

"Turun baik-baik sayang. Jatuh nanti."

"Yeay..yeayy kita pergi pantai." Harraz terkinja-kinja. Betapa dia sangat seronok sekarang ni dapat pergi pantai.

Harraz keluar dari kereta balik. Dia berlari masuk dalam rumah.

"Hah tak jadi nak pergi pantai pula ke?" Ujar Hajah Fatimah kuat.

Harraz dah kembali sambil sarungkan topi putih atas kepalanya.

"Harraz nak pakai topi atuk bagi ni. Handsome kan Harraz?" Dengan pakai jeans hitam dan jaket putih dah cukup menyerlahkan ketampanannya walaupun baru usia 9 tahun.

"Cucu tokma memanglah handsome. Dah pergi cepat. Cepat pergi cepat balik." Dahi cucunya dikucup.

"Bye Tokma." Harraz melambai-lambai Hajah Fatimah dari dalam kereta.

"Jaga cucu aku baik-baik Ali." Laung Hajah Fatimah kuat.

Semakin lama semakin hilang kereta itu meninggalkan teratak ini.



        *******************



Teluk Batik,Perak 2004


Sekian lama dia tak jejakkan kaki kat pantai, akhirnya hari ni dia boleh datang pantai lagi.

Harraz berjalan-jalan tepi pantai. Ikutkan hati nak je dia bermandi manda bersama kawan-kawan yang sebayanya dengannya. Walaupun dia sendiri pun tak kenal siapa. Tapi budak-budak kan senang buat kawan.

Tapi baju salin tak bawa. Lagi pun tokma cuma izinkan sekejap je datang sini.

"Pak Ali nak aiskrim."

"Okay jom kita pergi kat motor aiskrim tu." Mereka permimpin tangan menuju ke tapak yang menjual aiskrim.

"Harraz nak aiskrim apa?" Soal Pak Ali.

"Harraz nak yang ni la." Jarinya ditunjuk pada gambar kon aiskrim yang ada 3 jenis aiskrim atasnya.

"Dik bagi ni satu." Ujar Pak Ali pada penjual aiskrim itu.

"Mummy, ais krim princess jatuh." Budak perempuan yang hanya jarak 20 meter darinya sedang menangis teresak-esak.

Harraz terus pandang ke arah tangisan itu. Jelas kat tangan budak perempuan itu hanya tinggal kon je manakala aiskrim dah selamat bersalut pasir di bawah.

"Shuh don't cry Aulia sayang. Princess kan dah jadi big girl mana boleh nangis. Jom kita beli aiskrim baru."

"Nah aiskrim untuk awak. Kita nampak awak nangis tadi tu yang kita datang sini nak bagi awak aiskrim ni. Ambil lah." Aiskrim kon dihulurkan pada budak perempuan comel itu.

Aulia berhenti nangis. Air matanya disapu kasar. Huluran budak lelaki itu diambil teragak-agak.

"Say thank you to him princess." Datin Zahrah mengingatkan anak perempuannya untuk berterima kasih.

"Terima kasih awak." Selepas berterima kasih Aulia terus menyorok dibelakang mummynya. Malu bila budak lelaki itu dah nampak wajah buruknya lepas nangis. Hilang lah aura princessnya.

"Sama-sama." Harraz senyum lebar. Dia cuba nak mengintai budak perempuan itu tapi makin budak tu menyorokkan diri.

"Adik datang dengan siapa ni? Mana ibu bapa adik?" Risau tengok budak-budak berjalan seorang diri tanpa pengawasan orang tua. Dah lah sekarang banyak kes culik.

"Saya datang dengan Pak Ali. Tu dia ada kat sana." Ditunjuk keberadaan Pak Ali. Orang tua itu masih di motor aiskrim.

"Okaylah kalau macam tu. Makcik tak lah risau tengok kamu ni. Ingat kamu sorang-sorang je kat sini tadi. Terima kasih tau bagi anak makcik aiskrim."

"Sama-sama makcik."

"Makcik minta diri dulu. Ada rezeki kita jumpa lagi." Pamit Datin Zahrah.

"Bye princess." Harraz masih tak lepas pandang budak perempuan itu. Aulia curi-curi toleh ke belakang. Nak tengok budak lelaki yang handsome itu.

Mata mereka bertembung. Harraz terus melambaikan tangannya dengan penuh teruja. Mereka berbalas senyuman.

"Amboi kecil-kecil lagi dah pandai mengorat anak dara orang. Nah Pak Ali belikan aiskrim yang baru." Aiskrim baru dihulur pada budak kecil itu.

"Mengorat tu apa Pak Ali?" Soal Harraz polos.

"Eerr.." Pak Ali tak tahu nak menjawab macam mana.

"Eh tak ada apa lah. Jomlah kita jalan-jalan lagi. Kejap lagi nak balik dah."


            ******************


"Harraz tunggu Pak Ali depan toilet ni tau jangan nak pergi mana-mana. Kalau ada orang yang tak kenal tegur Harraz jangan layan. Pak Ali pergi toilet sekejap je." Arh dia tak tahan nak membuang. Perutnya dah memulas.

"Okay Pak Ali." Harraz menunggu di satu sudut agak terpencil. Dia mencangkung sambil pasir dikuis-kuis dengan rotan kayu. Bosan menunggu.

"Mummy, daddy help me!" Suara kanak perempuan yang sedang meronta-ronta dalam dukungan seorang lelaki bertopeng hitam. Mulutnya ditekup.

Itu budak perempuan yang dia bagi aiskrim tadi.

Harraz terus bangun nak mengejar tapi laju saja penculik itu terus masuk dalam van putih. Dan berdesup van itu meninggalkan kawasan itu.

Harraz resah. Di usia yang baru 9 tahun, dia tak tahu nak buat sekarang ni.

"Oh mak kau!" Seorang pemuda yang baru memarking motornya disitu terkejut bila ada budak lelaki dah panjat motornya dan duduk dibelakang.

"Eh adik ni siapa? Kenapa naik motor abang ni?" Soal pemuda itu.

"Abang, boleh tolong saya tak? Kawan saya ada dalam van tu. Saya nak ikut van tu." Harraz dah peluk erat belakang pemuda itu. Bersedia untuk merempit.

"Kawan adik? Kenapa dia ada dalam van tu?"

"Saya tak tahu bang. Tapi saya nampak ada orang bawa dia masuk dalam van tu."

"Tapi dik, abang ada hal ni. Abang..."

"Abang cakap banyak lah! Cepatlah nanti van tu hilang."

Pemuda itu pula yang terdiam. "Amboi budak ni dah lah cakap macam orang besar."

"Abang termenung apa pula ni? Cepatlah." Belakang pemuda itu ditampar dengan tapak kecil tangannya.

"Okay fine. Adik tak pakai helmet tau. Kalau kena saman dengan polis adik bayar sendiri tau. Abang tak nak bayarkan." Enjin motor distart semula.

"Tak kesah. Papa kita kaya. Nak belikan kereta untuk abang pun boleh."

"Amboi budak ni." Pemuda itu terus tekan gear dan pulas minyak.

Motor EX5 laju mengekori bayangan van putih. Nasib baik van itu masih tak jauh. Dan kelajuan motor dapat mengejar van itu. Kalau naik kereta mesti dah terlepas. Kalau naik motor boleh selit sana sini.

Setelah 20 minit mereka mengekori van putih itu. Mereka berhenti di satu kawasan yang agak terpencil dalam hutan. Pemuda itu memberhentikan motor agak jauh dari situ. Perlahan-lahan mereka berjalan menuju ke kawasan yang berhampiran rumah usang yang dah lama ditinggalkan orang.

2 orang lelaki keluar dari van. Seorang dari lelaki tu sedang mendukung seorang budak perempuan yang dah tak sedarkan diri.

Mereka terus bersembunyi di semak samun. "Ni kes culik ni adik."

"Tunggu apa lagi jomlah selamatkan dia." Harraz dah bangun dan tarik tangan pemuda itu.

Pemuda itu mengeras. "Cakap tu perlahan sikit dik, nanti diaorang perasan kita. Lagi satu, tak nampak diaorang semua ada pistol. Kita tak boleh serbu macam tu je. Nanti kita semua kena bunuh." Harraz didudukkan balik.

"Dah tu macam mana kita nak selamatkan dia m? Tak akan nak tengok je?"

Pemuda itu sedang berfikir. "Okay macam ni, kita balik dulu kita bagitahu polis. Nanti kita datang sini balik dengan polis selamatkan kawan adik tu."

"Abang telefon je la polis."

"Tak boleh call macam tu je. Abang tak tahu tempat ni kat mana, macam mana nak bagi tahu polis nanti. Nanti kita sama-samalah datang sini balik dengan polis."

"Tak apa abang pergilah bagitahu polis, saya nak tunggu sini."

"Mana boleh dik, bahayalah. Kalau diaorang nampak adik macam mana. Jom ikut abang balik dulu. Ni mak ayah adik tak risau ke kalau adik menghilang ni?"

Harraz baru teringat Pak Ali. Mesti orang tua tu tengah risau. Arh biarkan je la dulu. Sekarang ni cuma fikirkan keselamatan budak perempuan yang dia bagi aiskrim tadi.

"Tapi saya nak tunggu sini juga!"

Pemuda itu garu kepala. Ya Allah apehal budak ni degil sangat. Karang ada yang kena ikat kat motor ni.

Tiba-tiba telefon pemuda itu berdering. Cepat-cepat dia angkat sebab tak nak terkantoi.

"Hello?" Jawabnya dengan berbisik.

"Hello abang kat mana ni? Air ketuban saya dah pecah ni. Saya dah nak bersalin ni abang!"

"Hah nak bersalin? Okay awak tunggu jap, saya balik sekarang." Pemuda itu dah panik. Macam mana boleh nak bersalin sekarang ni. Ikutkan due date lagi 2 minggu.

"Adik kena ikut abang sekarang juga. Abang kena balik cepat." Dia dah pergi ke arah motor.

Pemuda itu toleh belakang balik. "Dik cepatlah. Abang tak ada masa lagi ni."

"Saya tetap nak tunggu sini. Tak apa, abang pergilah dulu, saya tunggu abang datang sini dengan polis."

Pemuda itu dah putus asa nak memujuk budak lelaki itu. Agaknya memang budak tu dilahirkan dengan kepala batu. Degil semacam. Lepastu berani terlebih.

Pemuda itu dah melutut depan Harraz. Kedua pipi dipegang. "Okay adik tunggu sini. Tapi adik janji dengan abang yang adik tak akan sesekali masuk dalam rumah tu. Jangan berani nak buat apa-apa tindakan. Tunggu abang datang balik sini dengan polis. Abang janji abang pergi tak lama." Pesannya.

Ikutkan hati nak je terus angkut budak lelaki tu naik motor tapi dia risau kalau budak lelaki nekad nak terjun dari motor nanti. Bila tengok kedegilan dan keberanian budak lelaki tu dia dah boleh agak.

Dan terus dia bergerak pergi. Dia tak sanggup sebenarnya nak tinggalkan kawasan tu. Tapi isterinya sangat memerlukan dia sekarang ni.

Bila keadaan dah aman, penculik itu dah masuk dalam rumah Harraz terus beranikan diri menghampiri rumah itu. Dia menapak perlahan-lahan tanpa buat sebarang bunyi. Dia berjalan sambil menunduk mengelilingi luar rumah.

Kakinya terhenti. Dia yakin disebalik dinding bilik ni ada budak perempuan itu yang dah dikurung.

Harraz cari jalan macam mana nak masuk ikut jendela kayu tu.

Ada sebuah kerusi terbiar di situ. Harraz terus ambil dan panjat.

"Yes tingkap tak berkunci." Jendela itu perlahan-lahan dikuak dan dia dah selamat masuk.


                        ********************

Pak Ali dah macam kucing mati anak. Kehulur ke hilir dia cari anak majikannya. Dia keluar je dari tandas tengok-tengok Harraz dah tak ada.

Puas dia cari satu Teluk Batik tapi bayangan anak kecil itu masih tak kelihatan. Ditanyakan pada orang ramai pun semua tak nampak dimana Harraz berada.

"Ya Allah Harraz kat mana ni nak? Jangan buat Pak Ali risau. Apa yang Pak Ali nak jawab dengan atuk dengan tokma ni."

Datin Zahrah dan Dato' Hisyam dah tak tahu nak cari kat mana Aulia berada. Sumpah dia sangat menyesal biarkan Aulia pergi ke tandas seorang diri.

"Abang saya rasa anak kita dah kena culik ni bang. Jomlah kita buat report polis sekarang."

"Mana boleh buat report lagi. Belum cukup 24 jam lagi."

"Habis kalau betul anak kita kena culik. Abang nak tunggu kita jumpa mayat dia dulu ke baru abang nak terhegeh buat report."

"Maaf tumpang tanya ada nampak budak lelaki tak pakai jaket putih dengan jeans hitam? Dia pakai topi putih. Tinggi dia lebih kurang 135 cm." Pak Ali bertanyakan pada pasangan itu yang tengah kusut.

"Anak encik hilang juga ke? Bang betul lah anak kita kena culik!" Datin Zahrah dah menangis.

"Awak tenang dulu Zah."

"Saya rasa anak kita sama-sama kena culik ni encik. Jom kita pergi balai polis sekarang buat report." Ujar Dato' Hisyam. Wajahnya memang nampak tenang tapi Allah je yang tahu dalam hatinya dah kerisauan.

"Sebenarnya dia anak majikan saya. Dia hilang masa saya pergi tandas tadi."

Sah memang budak berdua tu kena culik. Lokasi terakhir mereka sama.

"Okay jom kita gerak sama-sama."

Mereka pergi ke balai polis yang terdekat.

Dato' Hisyam terus duduk dihadapan polis nak buat laporan. Dia menceritakan apa yang dah terjadi termasuk sekali tentang kehilangan seorang budak lelaki.

"Begini encik, tadi ada seorang pemuda buat laporan tentang kes penculikan seorang budak perempuan. Dan team kami dah pun bergerak ke lokasi tersebut. Saya rasa budak tu adalah orang yang sama berdasarkan lokasi yang sama tempat diculik.

Ya Allah alhamdulillah secepat ini mereka tahu keberadaan Aulia. Semoga Aulia baik-baik sahaja. "Saya nak pergi ke sana tuan."

Inspektor Rosli mengangguk. "Baik. Orang-orang kami akan mengiringi kamu semua ke sana. Mari."

Mereka terus bergegas ke lokasi itu.



                           *******************


Langit semakin gelap. Matahari dah tukar syif diganti dengan bulan yang akan muncul nanti. Keadaan di luar hujan lebat berserta guruh dan kilat sambar menyambar. Aulia dah menggigil ketakutan. Dia tak berhenti menangis.

Harraz bersandar lemah di kerusi. Dia dah sedar dari pengsan.

"Auch." Harraz mengerang kasakitan. Tubuhnya sangat sakit sekarang ni. Darah di kepalanya dah pun kering.

"Princess..." Seru Harraz lemah.

Aulia terus toleh ke sisi. Dia berhenti menangis. "Yeay awak tak mati lagi."

"Belumlah. Kalau saya mati siapa nak jagakan awak kat sini." Harraz berusaha nak ukirkan senyuman.

"Awak janji yang awak tak kan mati. Awak tak akan tinggalkan kita."

"Saya janji princess. Ni kenapa awak menangis lagi ni? Awak tak comel tau kalau menangis."

Nak je Aulia dekatkan diri pada Harraz. Tapi tangan mereka masih terikat di kerusi. "Kita ingat awak dah mati, lepastu kita takut kilat."

"Shuh jangan takut. Saya kan ada ni." Harraz memujuk.

Bunyi dentuman kilat masih kuat menyambar diluar. Mereka terus terdiam. Aulia makin ketakutan.

"Awak..awak nak kahwin dengan saya tak bila kita dah besar nanti? Saya boleh jaga awak."

"Kahwin? Kahwin tu apa?" Walau dia tengah ketakutan dia masih menjawab.

"Kahwin tu macam ibu bapa awak. Ayah awak jaga ibu awak kan? Saya pun nak jaga awak bila besar nanti."

KEDEGUM. Bunyi kilat kali ini lebih kuat dari sebelumnya. "Okay..okay, kita kahwin dengan awak."

                                ***************

Mereka bertiga berseronok main judi tanpa hiraukan kilat petir di luar.

"Boss rasanya Poji ni main tipu ni. Kita asyik kalah je ni." Muiz bengang. Kad judi dihempas atas lantai.

"Eh dah ong aku malam ni. Dah kalah en, bak sini duit tu." Dengan tak rela 2 orang lelaki itu bagi duit hasil taruhan judi.

Mereka bertiga terus bangun mencacak bila pintu rumah dah pun tercabut sebab ditendang.

"Jangan bergerak, kami polis! Rumah ni dah dikepung. Jangan nak cuba buat apa-apa kalau tidak kami tembak." Laung seorang aggota polis sambil mengacu kan pistol.

Muiz nak menggagau pistol di pinggangnya. Arh shit tak ada. Pistol dalam bilik. Dia bawa keluar tadi.

"Angkat tangan ke atas. Serahkan diri kalian." Laung polis itu lagi.

Inspektor Malik mengarahkan kelima-lima anak buahnya untuk mengari tangan ketiga-tiga penculik itu.

Ketua penculik itu terus berlari ke bilik yang menempatkan budak berdua tu. Terus dipotong ikatan tali Aulia. Aulia dibangunkan dan terus diacukan pisau rambo di leher Aulia.

"Princess takut." Merambu-rambu air matanya jatuh ke pipi.

2 orang penculik yang lain dah selamat digari dan ditahan.

"Kau datang dekat aku bunuh budak ni!"
Ketua penculik itu mengugut.

"Bawa bertenang. Turunkan pisau tu kalau tidak kami tembak." Bukan kali pertama mereka berhadapan situasi macam ni.

"Korang jangan nak buat tindakan melulu. Nyawa mangsa dalam bahaya!" Inspektor Malik mengingatkan anak buahnya.

"Aku tak akan lepaskan budak ni! Eh budak bodoh kau diam la. Bingit lah telinga aku dengar kau nangis." Ketua penculik itu meludah ke lantai.

Harraz terus bangun bersama kerusi plastik dan menggigit tangan lelaki itu kuat bagai nak tembus ke isi.

"Fuck! Sakitlah bodoh!" Aulia dilemparkan ke lantai dan terus dia menikam perut Harraz.

Harraz dah terkulai lemah atas lantai. Mulutnya tak berhenti keluarkan darah.

"Awak!" Aulia menghampiri Harraz sambil tangan kecilnya diperut Harraz. Tangannya dah berlumuran darah.

BANG! Inspektor Malik terus melepaskan satu tembakan di lengan lelaki itu. Anggota polis yang lain laju menahan lelaki itu. Penculik itu masih gagah untuk melarikan diri. Dan terus tangan lengan lelaki itu dibawa ke belakang. Lutut anggota polis itu menekan kuat belakang lelaki itu supaya tidak dapat melawan. Tangan dah digari.

"Bawa dia. Telefon ambulance secepat mungkin." Arah Inspektor Malik.

"Adik bertahan. Kami akan bawa adik ke hospital secepat mungkin."

Pak Ali bersama pasangan itu terus berlari menghampiri mereka. Mereka baru sampai.

"Ya Allah Harraz. Maafkan Pak Ali sebab tak jaga Harraz betul-betul." Pak Ali dah menangis. Rasa nyawanya dah putus tengok anak majikannya dah tak sedarkan diri dan dah berlumuran darah.

"Lia, Lia tak apa-apa sayang?" Wajah Aulia dikucup tak berhenti oleh pasangan itu. Dia lega Aulia baik-baik sahaja.

Aulia sikit pun tak beralih pandangannya dari pandang Harraz. Dia sangat terkejut dengan apa yang dah berlaku.


                       *******************


"Alhamdulillah Harraz dapat selamatkan. Nasib baik dia cepat dibawa ke sini. Kalau tidak saya tak berani jamin yang dia dapat bertahan sebab dia alami pendarahan yang banyak tadi."

"Alhamdulillah Ya Allah Kau masih beri peluang untuk cucu aku bernafas." Hajah Fatimah dan Haji Ismail mengucap rasa syukur tak terhingga.

"Tapi..."

"Tapi apa doktor?" Pasangan itu berdebar-debar.

"Cucu puan masih koma. Dan sekarang keadaan dia masih lemah dan masih dalam pantauan kami. Jadi kami terpaksa tempatkan dia wad ICU."

Mereka berenam terduduk. Apa pun mereka bersyukur Harraz masih hidup. Hanya Aulia je yang terkebil-kebil kat situ. Satu patah pun dia tak faham apa yang dibualkan.

"Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu." Pamit doktor itu.

"Terima kasih doktor."

"Mummy, mummy kenapa? Doktor cakap apa tu? Harraz dah bangun ke mummy? Princess nak jumpa dia."

"Belum boleh jumpa sayang. Harraz masih sakit tak boleh jumpa lagi sayang."

"Harraz sakit teruk ke mummy?" Soal Aulia polos.

"Ya sayang. Jadi Lia kena doa banyak-banyak tau kat Allah semoga Harraz cepat sihat."

"Okay mummy."

Mereka masih menunggu di ruang menunggu.

"Saya nak minta diri dulu. Sebab saya nak tengok anak dan isteri saya." Pemuda itu mahu pamit pergi. Nasib baik isterinya di hospital yang sama. Boleh lah dia selalu melawat budak lelaki itu nanti.

"Nanti dulu. Boleh kita bercakap sekejap di luar?" Soal Dato' Hisyam.

"Boleh Dato'. Marilah."

"Ambil lah cek ni sebagai tanda terima kasih sebab dah selamatkan anak saya dan budak lelaki tu." Sehelai cek bernilai 100 ribu dihulurkan pada lelaki itu.

"Eh tak payah la Dato'. Saya betul-betul ikhlas nak membantu." Besar sangat nilai duit tu. Dia laju nak berjalan meninggalkan Dato' Hisyam. Betapa dia tak nak terima duit walau satu sen pun. Dari tadi pun tak berhenti keluarga itu berterima kasih padanya.

Dato' Hisyam mengejar. "Ambil lah. Saya betul-betul ikhlas nak bagi ni. Atau anggaplah ini hadiah saya untuk anak awak yang baru lahir tu." Cek tadi terus diletak atas tapak tangan pemuda itu.

Nak tak nak pemuda itu terpaksa terima. "Terima kasih banyak-banyak Dato'. Semoga Allah murahkan lagi rezeki Dato' sekeluarga." Mereka berpelukan. Dia sangat sebak sekarang ni. Betul lah Allah akan beri rezeki dalam perbagai cara. Cepat atau lambat je.

"Sama-sama." Belakang pemuda itu ditepuk.


             ******************

"Sayang jom balik. Petang ni kita dah kena naik kapal terbang. Kita kan nak pindah Jerman 3 tahun."

Aulia berat hati nak tinggalkan hospital tu. Dah 2 hari dia berkampung di sini. Dan Harraz masih belum sedarkan diri.

"Daddy nanti kita jumpa Harraz lagi tak?" Aulia masih tengok Harraz dibalik cermin. Dia nak tengok untuk saat-saat yang terakhir.

"InsyaAllah princess. Nanti kita dah balik Malaysia, kita sama-sama cari dia balik. Jom princess."

Dato' Hisyam dan Datin Zahrah pamit minta diri pada Hajah Fatimah dan Haji Ismail.

"Nantikan sampaikan salam kami pada orang tua Harraz."

"InsyaAllah. Ni nak terus balik KL ke? Petang nanti anak menantu saya sampailah dari Dubai. Tak nak tunggu dulu ke?" Ujar Hajah Fatimah.

"Tak apalah makcik. Lagi pun flight kami pukul 4 petang nanti. Kami kena gerak KL sekarang. Kalau lambat gerak nanti takut terlepas pula flight kami."

"Baiklah kalau macam tu. Hati-hati dijalan. Cucu tokma ni pun hati-hati tau. Jadi anak yang solehah besar nanti." Pipi Aulia dicubit.

Mereka bertiga terus melangkah perlahan-lahan

Aulia pandang ke wad Harraz untuk kali terakhir. Topi Harraz masih ditangannya. Dan dia nak bawa topi tu bersamanya. Sejak malam Harraz ditikam, tak sekali pun topi tu jauh darinya. Dia nak simpan sebagai kenangan supaya dia tak akan lupa akan lelaki itu sampai bila-bila.

"Semoga kita dapat jumpa awak lagi. Awaklah hero saya Harraz. Kita tak akan lupakan awak sampai bila-bila."




————————————————————————

NOTES :
Thankyou guys for your support. I'm really touched read all your comments. And i appreciate all of you and silent readers also.

InsyaAllah i akan buat cerita ni sampai habis itupun kalau ada sokongan korang.

*Boleh baca balik BAB 9 untuk ingat balik POV Aulia kena culik.

Continue Reading

You'll Also Like

93.4K 4.2K 51
- not edited - 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐨𝐨𝐤 𓂃 ࣪˖ ִֶָ𐀔 Dibesarkan sebagai anak angkat keluarga bangsawan, namun aturan hidupnya seakan telah dirancang sepenu...
1.1M 30.4K 32
Beku. Sombong. Kerek. Tipikal seorang Arden Mikael. Perjanjian yang berlangsung selama tiga bulan itu menarik hati Ryana untuk mendekati Arden. Namun...
207K 11K 50
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
7.3M 129K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...