crystal.

By cypeofy

29.3K 6.2K 13.1K

Tujuh kristal, satu peluang. Dua nama, satu jurang. Bala daripada hujan meteor yang diturunkan daripada dew... More

c r y s t a l
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62

43

262 60 24
By cypeofy


CHAPTER 43
r e g r e t

KITSUNE berlari di hall istananya dengan termengah-mengah. Matanya berkaca. Air mata pada tubir matanya perlahan-lahan mengalir. Dadanya berombak. Nafasnya berat.

Hatinya sakit, sakit sekali. Apabila mengetahui kedatangan para Kristal, dia sungguh gembira. Tetapi sebaliknya ada berita buruk menyusuri. Berita yang dia tak sangka. Tak menduga.

Langkah dia akhirnya mendekati sebuah bilik yang dia tuju. Dia membuka pintu bilik tersebut dan melihat Para Kristal telah berada di dalam. Mereka semua berpandangan dan pandangan Kitsune melurut ke arah tubuh yang terlantar di atas katil.

Kitsune menarik nafas. Walaupun tangannya bergementaran.

" aku akan sembuhkan dia.. kalau Alana menang berlawan dengan naga aku. "

Kitsune memejam matanya sebelum melepaskan keluhan. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil lantas memandang Jungkook yang sudah tenat.

Retak.

Situasi ini membuatkan dia teringat di mana waktu pertama Alana dan Kristal yang lain datang kemari. Rasanya baru beberapa hari lepas mereka pergi.

Siapa sangka ianya merupakan kali terakhir dia berjumpa dengan Alana?

" Kitsu— " belum sempat Namjoon ingin menyambung katanya, Tangan Kitsune terus meraih ke arah loket kristal yang dipakai oleh Jungkook.

Ia membuatkan semua orang di dalam bilik itu terpana. Sebelum ini, jika salah seorang daripada mereka tenat dan memerlukan pertolongan Kitsune, Kitsune selalu mengajukan syarat dengan mereka untuk sebarang pertolongan yang diberikan.

Tapi kali ini tidak.

Kitsune mengusap Kristal Jungkook. Bagaikan magis, perlahan-lahan Kristal itu bercahaya dan bersambung semula.

Dengan itu, nafas Jungkook menjadi stabil semula. Matanya perlahan-lahan terkatup rapat.

Kitsune perlahan-lahan bangun. Dia berjalan perlahan melintasi yang lain, menuju ke arah pintu bilik.

" Mana.. Alana? "

Soalan itu— walaupun jawapannya begitu mudah untuk dijawab namun tidak ada seorang pun menjawabnya.

Melihat keadaan Kitsune, dengan hubungannya yang begitu rapat dengan Alana— tiada sesiapa mampu memberitahu pahit kebenarannya.

Tiada sesiapa sanggup.

" dia.. dia mesti sedang tidur di kamar dia kan..? Lagipun perjalanan korang kan panjang.. ya.. dia mesti sedang tidur. " Kitsune membuat spekulasi sendiri. Rambutnya yang kemas ditoncang itu dikusutkan oleh dirinya sendiri.

Akhirnya gadis itu terduduk di atas lantai. Tubuhnya mengigil. Titisan air mata menitis ke atas lantai.

" dia tak mati kan..? " soal Kitsune lagi dan lagi.

Jimin di situ sudah mengalirkan air mata. Taehyung, mengetap bibirnya— menahan sebak. Hoseok dan Seokjin juga sudah tersedu-sedan.Yoongi, hanya mampu termenung kosong. Kepala Namjoon tertunduk lemah.

Ini realitinya.

Perasaan hiba yang menghurung jiwa mereka. Perasaan menyesal. Perasaan marah dan juga sedih. Semuanya menjadi satu acuan. Perasaan yang berkecamuk.

Mereka sudah gagal untuk melindungi salah seorang daripada sahabat mereka.

Ya, gagal.


" Ray. "

Ray memandang ke arah si pemanggil. Rambutnya yang hitam, lurus dan bersinar itu tersisir kebelakang. Terus sahaja Ray tersenyum simpul apabila melihat Edmund berada dibelakangnya.

" Edmund! " Mata Ray terbuntang, tak sangka Edmund akan menegurnya.

Selama ini, dia seringkali mengusik Edmund untuk memperolehi perhatian daripada lelaki itu. Tetapi Edmund seperti menghindari dia.

" kenapa panggil aku..? " soal Ray, tersipu.

" Sejak semenjak ini, kau selalu ada di istana. Malah kehadiran kau pun Bonda dah biasa. " Edmund memulakan katanya. Ray hanya mendengarkan sahaja dengan senyuman.

" kau ada buat sesuatu ke? "

Senyuman Ray terus mati. Dia berbalas pandangan dengan Edmund. Edmund yang menyedari itu hanya mengekalkan riak wajahnya.

" maksuddd kau? ~ " sengihan gadis itu mekar lagi.

" kau tahu maksud aku apa. " balas Edmund lagi. Dia memeluk tubuhnya.

" Edmund, aku tak faham..? " Ray berkata lagi. Berpura-pura. Edmund menjadi bengang melihat reaksi Ray.

" Kau mempermainkan aku ke? Aku serius. " Jelas Edmund, berharap agar Ray menjadi lebih serius untuk menjawab soalannya.

Ray melepaskan keluhan panjang.

Wajahnya yang tadi kelihatan riang dengan senyuman yang tak lekang, terus menjadi kosong. Edmund dapat rasakan sisi gelap Ray mula muncul.

" kau tanya pasal perempuan tu ke? "

" ya , Ala— "

" aaaaAAAAAGH! " Ray mengusutkan kepalanya. Dia memukul-mukul kepalanya berulang kali. Sekali sekala, dia ketawa sinis.

Edmund hanya melihat. Sudah biasa dengan tingkah laku sebegini selama dia hidup dengan bondanya.

" kEnAPa SeMuA oRAnG aSYIk kEsAHkan TEntANg PeRemPUan tUUuu?! " pekikkan Ray bergema. Sekali lagi, gadis itu ketawa terbahak-bahak. Gadis itu bagaikan lunatik.

" Ray. " Edmund cuba menegah Ray daripada kegilaan dalam diri gadis itu. Tetapi Ray terus menerus berteriak.

" kAlAu KaU NaK tAhU, AkU dAh BuNuH dIaa heeeeEEhh " Ray berkata lagi diselangi dengan tawa.

Edmund terpaku di situ. Dia memandang Ray dengan pandangan yang begitu tajam. Wajahnya berubah. Ray terduduk sambil ketawa. Tangannya sekali lagi mengetuk kepalanya berulang kali.

" Kau.. buat apa.? "

" bUNUH! BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh! BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh! BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh! " Ray sekali lagi ketawa.

Edmund tak tahu ingin berkata apa. Dia terdiam. Tangannya digenggam erat.

Dia terus memcengkam kolar Ray dan menghentak tubuh gadis itu pada dinding. " kau.. bunuh dia?! " tempik lelaki itu kasar. Ray sekali lagi ketawa.

Tapi Edmund pelik.

Kenapa ada air mata pada tubir mata Ray?

" aKu BUnuh dia.. Ed. " Suara Ray bagaikan berubah. Nafas Edmund tersingap.

" dia suruh aku.. dia paksa aku... " Ray menekup kedua telinganya. Tangisannya mula didengari semakin kuat.

Edmund mengetap bibir. Dia melepaskan kolar baju Ray dan gadis itu terduduk lemah di atas lantai.

" aku dah muak dengan semua ni. " Kata Edmund lantas berlalu pergi.

Ray perlahan-lahan menarik kedua kakinya kemudian memeluk tubuh. Tubuh dia bergementaran. Dia ketawa, ketawa dan ketawa. Pada masa yang sama, dia nangis juga. Air matanya mengalir deras. Hatinya sakit bagaikan dirobek.

Kenapa kau nangis? Kau dah buat yang terbaik!

Perempuan tu yang halangi apa yang kau nak buat untuk bonda dan Edmund, biar dia rasakan!

Kau tak layak hidup.

Kau berjaya! Kau patut diagungkan!

Bonda semestinya bangga dengan kau!

Kau pembunuh.

Kau adalah yang terbaik!

Bunuh sahaja orang yang halangi kau, mereka tak tahu apa-apa!

siapa sebenarnya kau ni?

BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh!BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh!BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh!BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh!

" hentikan.. " Ray menekup telinganya. Tetapi suara itu menjadi lebih kuat dan kuat sehinggakan dia rasa sepertu gegendang telinganya ingin pecah.

Ray mencakar-cakar telinganya. Luka mula terbentuk pada kulitnya yang putih itu. Darah menitis-nitis akibat ketajaman kuku gadis itu terbenam pada kulitnya.

Ray menangis tak henti-henti.

Maafkan fy ye sebab terlupa lima hari tak update HAHAHAH fy leka dengan game

Continue Reading

You'll Also Like

68.7K 330 3
Kisah athirah yang masih di bangku sekolah dimanfaatkan kepolosan nya oleh si tua.
2K 15 6
Ramai gak dh dgr cita ni tapi saya nk buat je sbb xde idea so enjoy je